Monday, August 15, 2011

Manja






Waktu solat Zuhur, sementara menunggu Iqamat.

Pergi duduk sebelah Farah, lepas tu cakap kat dia nak tido nak tido. (wah, Sya Izz asyik tido aje sekarang) Angkat kepala, letak atas riba dia. Haha, manja! Lepas tu, tido. Dia picit-picit, dia gosok-gosok... alahai, manisnya awak! Menggedik dengan Farah, bestnyaaaaaa.

Oh, ada ceramah Nuzul Quran. Yeahhh yeahhhh hari rabu cuti alahai bahagianya hidup. Ops! Hehe. Sangat kelakar Ustaz Hasbi kasi ceramah tadi. Aku rasa kan, waktu aku Darjah 6... dia pernah datang ceramah kitorang. Hihi, dan aku tetap suka sampai sekarang! Tak mengantuk pun. Kesian Pqoh, mengantuk. Disandarkan kepalanya ke bahu aku, itupun masih tersengguk. Pegang kepala dia, gosok gosok... biar dia lena sikit -_-"

Misi kedua, pengagihan pakcik-pakcik Danbo. Okey, bebudak ni yang dah dapat pun masih merengek nak lagi satu! Haha, iye laa. Nanti aku buat lagi untuk korang. Suka tengok korang bahagia. :D

Awal pagi tadi, waktu BI. Waaa, mengantuk giler ~ Teacher kasi soalan pasal Gulp & Gasp. Waktu teacher tengah menulis, aku tido je. Siap pesan lagi kat Anis, kalau cikgu dah sudah menulis baru kejut! Ahh, bertuah punya anak murid XD Bila nak salin, letak kepala kat meja... baca dan hafal ayat kat depan, tulis sambil pejam mata aje. Teruk betul. Tapi, takde laa teruk sangat kot tulisan. Cantik je cuma terlebih senget laa. Haha, bila masa aku ada tulisan yang cantik ni? T__________T

Sekarang, mahu pergi siapkan pakcik-pakcik Danbo. Jumpa lagi, jaga diri! :)


Sunday, August 14, 2011

Nak Tido, Nak Tido






Rasa nak demam, sebab mimpi buruk. Hai, mimpi mainan tido je. Takde pape takde pape pun T_____________T

Belajar Sejarah, suka sangat tengok pembentangan Syatun. Haha, dia menarik. Macam cikgu daaaah. Tak habis-habis budak ni gelak. Waktu akhir, tetibe kena smash dengan cikgu omaigod hahaha terus si Baby Ipa berpaling ke arah aku sambil mengangkat ibu jarinya. Fine, terima kasih budak XD

Waktu MADmode, sekalung penghargaan untuk makcik-makcik yang dah tolong aku jawab soalan. Haha, dari meja makcik Cena ke meja makcik Ipa ke meja makcik Pqoh ke meja makcik Yana dan akhir sekali ke meja makcik Syatun. Huhu. Banyak-banyak terima kasih untuk makcik Yana yang setia ajar satu-satu T_____________T *terharu*

Rasa nak tido nak tido nak tido ohh tolonglah saya nak tido. Berita baiknya, lepas solat.. sepatutnya ada waktu Sivik dan Addmath. Huhu, bila cikgu Sivik masuk ke kelas tup tup terdengarlah pengumuman supaya semua cikgu sila bergerak ke Bilik APD sekarang juga. Ouwwwww. Bebudak ni biasalah kan buat nada mengeluh tapi dalam hati punya laaaaaa suka :D Aku pun macam, yes dapat tido sambil berharap cg Addmath tak masuk huahuahua. Hai, tak sedar diri betul ye awak... bulan 10 dah nak exam akhir tahun! Erk erk. Rasa nak baring, nak peluk sesuatu. Terus pergi dekat belakang kerusi Thirah dan Faeza lepas tu duduk menyandar tepi dinding. Tido, sambil peluk beg Thirah ala ala teddy bear. Haha, ada laa setengah jam jugak. Bila pukul 3, Azlina kejut aku. Dia tarik jugak aku tido atas kerusi. Kesian katanya. Okey, aku bangun then duduk atas kerusi Thirah sambil melandingkan muka di atas mejanya. Huuuu, bestnya tido ~





Bila nak pergi kat pondok... jalan macam orang takde semangat. Haha, sampai je terus duduk dan tekup muka. Okey, nak tido. Tapi, bila Aja dan Kak Mimi ada... tak jadi punya nak tido. Macam hilang mengantuk dapat borak-borak ceria dengan mereka. Okey, aku sayangkan mereka. 

Oh, untuk 'awak' yang pinjam buku SI saya... sila belanja aiskrim lepas raya nanti sebagai upah! 

(dah laa 'kutuk' buku orang, tahu laa tak berbalut T_T) :P






PS: Aku dan Baby Ipa buat date kat belakang pintu kelas waktu MADmode. Dia menyandar di sebelah kiri, aku menyandar di sebelah kanan pintu. Kami borak sambil main-main penyapu. Ceh, walhal teacher ada je kat meja cikgu tapi tengah dikerumuni oleh bebudak lelaki. So, inilah masa yang tepat untuk kami berbicara hahaha XD