Tuesday, November 29, 2011

Kalah


Petang kelmarin yang cukup mengujakan.

Setelah lama terperap di dalam rumah, cewahhh ~ Main badminton dengan papa. Omaigod, kalah! Hmm, kena gelak laa nampak gayanya. Uhuuuu. Angin okay angin yang kuat sangat bertiup.. *salahkan angin XD* Tika Adam tengah main dengan papa, dan anak-anak jiran mula keluar bermain-main di sekitar kawasan rumah mereka.. ajak Adib berlumba basikal pusing kawasan kampung. Hoho.

Lumba punya lumba, nampak Cikgu Nik (cikgu sekolah rendah aku dahulu) ada dekat halaman rumah tengah main-main dengan baby kembar ~ Haifa dan Hafia. Alalala, sangat laa comel. Berhenti kejap nak tegur, borak borak lepas tu sambung berlumba lagi. Yeah yeahhh, dan semestinya... Adib yang menang. Argh, nak salahkan basikal laa pulak. Haha. =.=

Lepas tu, pergi pusing-pusing pantai dekat rumah. Rumah aku memang dekat dengan pantai tapi tu laa nak jejakkan kaki ke sana huhu macam amik masa empat lima jam jarakknya dari rumah aku. Hihi. Tu yang boleh bilang dengan jari berapa kali aku pergi pantai.

Aku sukaaaa pantai, tahun lepas selalu jalan kaki pergi Pantai Air Tawar dengan geng tuisyen. Manisnya kenangan :D Oh, yang rumah aku punya Pantai Bukit Keluang... dulu cantik tepian pantainya.. sekarang macam em, entah. Tapi, yang syoknya tempat sekitar dah banyaaak berubah. Siap ada pondok, kedai makan, taman permainan, macam-macam laa. Tapi, keindahan pantai yang berkurang. Oh, rindunya =.=







Mahu buat entry untuk Goki dan Goku. Hihi, keletah mereka sekarang sangat laa mengujakan =)




Monday, November 28, 2011

Menunggu Cinta Tuhan


Setelah mengerjakan pakcik addmad cukup-cukup petang semalam, sehingga buat aku rasa nak muntah haha makanya, sebagai hadiah kepada diri sendiri... jom baca novel :D



Menunggu Cinta Tuhan, novel Islamik. Huuu, best laaa.
Planet-planet Cinta, novel fiksyen-fantasi yang mempunyai kaver yang sangat cantik. Oh, aku suka. Ceritanya pun, okay.


Sebenarnya, aku rasa agak malas hendak membaca novel buat masa sekarang. Kalau dulu, pantang lihat novel huu bersengkang mata lah menghadapnya. Sekarang, tengok novel.. mesti fikir, nak baca ke tak eh? Untuk sebuah novel biasa, selalunya aku habiskan dalam dua jam setengah je. Haha, kalau sepupu-sepupu mesti tak percaya.. diorang selalu fikir yang aku langkau bacaan. Hoho, aku tak tahu samada aku yang baca cepat, atau novel tu yang nipis ~


Mungkin mood membaca novel, dah berkurang. Resah hendak membaca novel apabila melihat buku-buku masih menggunung di sekitar meja belajar. Macam bersalah je dengan makcik pakcik sebelas orang tu yang menggamit-gamit untuk diulang kaji, haiihh.


Korea? Aku tahu pada waktu cuti begini kawan-kawan aku kebanyakannya buat marathon cerita korea. Hoho, kalau kat sekolah... pantang berjumpa ramai-ramai, pantang berkumpul huhu mesti kebanyakan topik utama cerita korea. Siap hafal rupa dan nama artis korea, siap boleh hafal lirik lagu korea. Aku bukan tak tengok cerita korea, bukan tak dengar lagu korea tapi setakat biasa-biasa je laa.


Mungkin, entah sebab aku tak minat kot. Haha, aku cuma kenal Choi Si Won sahaja :D Tanya lah nama artis korea yang lain, semestinya aku tidak kenal. Oh, dan cuma lagu Sorry, sorry.. Fiction.. A Song Calling For You sahaja yang ada di dalam telefon aku dan yang aku boleh dengar XD Lagu-lagu lain, tidak berminat. ^^ Aku susah nak jatuh hati pada lagu korea, walaupun aku tahu kawan-kawan aku ramai yang boleh nyanyi-nyanyi lagu korea untuk aku :P


Baru-baru ni, Cik Nor telah berjaya membuat aku rasa penasaran haha sebab tak sempat habiskan tengok cerita City Hunter. =.= Nasib baiklah, aku tiada bekalan cerita korea dalam pendrive mahupun pc. Hihi. Kalau tak, mahunya semedang menghadap benda tu je. Apa pun, aku nak tengok City Hunter sampai habis! Okai, ketinggalan zaman. Bak kata Cik Nazifa, dia dari awal tahun lagi sudah khatam cerita itu. Alah. :D


Rindu nak menapak ke kedai buku la, rindu nak main rambang-rambang mata pilih buku.