Tuesday, September 11, 2012

Kawan-kawan Yang Kita Suka



Gambar kelas terakhir, bersama Rushdians! Ya, tahun kelima bersama mereka :)

Mereka yang memberikan senyuman, tatkala kesedihan datang menerpa.
Mereka yang menghilangkan resah gelisah, dengan pelbagai cara yang membikin tawa.
Mereka yang membiarkan damai memeluk hati, tika dunia sedang dilanda kedinginan.
Mereka yang menghulur tangan, tatkala diri ini jatuh berkali-kali, agar tidak kenal erti kalah.

Itulah mereka, walau pernah memberi tangis tetap setia memberi tawa. Menjadi sahabat kepada mereka, mengajar aku tentang apa ertinya kasih sayang, bertolak ansur, tanggungjawab dan segalanya yang aku fikir sangat memberi sesuatu untuk dipelajari =D

Aziz. Zakwan. Ikhwan. Fattah. Syafiq. Asyraf. Ajwad. Najdi. Hazim. Danial.
Ruhaiza. Faezadti. Syafiqa. Farahim. Maisarah. Syahirah. Amirah. Nazifa.
Husna. Nabilah. Fatin. Sya Izz. Zulhilmi. Aishah. Aina. Basirah. Nadiah. Khaleeda. Wan Nabilah.


Itulah mereka, yang aku sayang sangat-sangat.
Kita, masing-masing mempunyai kawan-kawan yang kita suka.
Dan mereka; kawan-kawan yang aku suka! :)



Ps. - Gelak dengan kawan-kawan selepas ambil gambar bersama, sebab berjaya capai misi. Sebelum bergambar, dah usik-usik Aishah (penolong ketua) yang aku nak duduk tepi ketua kelas! Haha. Menggedik la konon. Hehehe. Akhirnya, dapat jugak peluang :P Aishah jangan maraaaaaaaaaaaaaah =D


Wednesday, September 5, 2012

Mek Cheaq


Petang semalam, berada dalam bilik. Tetiba dengar riuh rendah, dan suara papa cakap pasal kucing la bla bla bla. Eh, takkan baby rabbits kena makan dek kucing pulak? Huhu. Buat-buat tak tahu je la.

Lepas solat Asar, tetiba si kakak ketuk pintu bilik sambil nangis ~ waaaaa, eish, apehal pulak ni? Dengan teresak-esaknya dia cakap Mek Cheaq dah mati. Kena gigit dengan kucing. T_____________T Conscience aku betul rupanya...

Erk.

Terus masuk dalam bilik Mama tengok Mek Cheaq dah diam kaku di atas tilam. Si adik pula nangis jugak sambil tengah belai Mek Cheaq yang sedang 'tido' tu. Lepas tu, aku pun usap-usap Mek Cheaq. Kesian dia. Mati dah T_____T Tengkuk dia berdarah, kena gigit dengan kucing tu.

Tanya sikit-sikit kenapa Mek Cheaq jadi macam tu, huhu. Sebak lah. Terus masuk bilik. Tahan. Tahan. Hah. Tak berjaya. Nangis jugak akhirnya. Dah la nangis dengan bersungguh-sungguh. Macam waktu Jebat mati dahulu.

Mek Cheaq la yang paling suka berjalan, yang paling aktif, yang paling kecik di antara adik beradiknya yang lain. Sekarang, Mek Cheaq dah takde. Tinggal Mek Tam dan Mek Bu sahaja. :'(




Mek Cheaq, kitorang kat sini rinduuuuuuu!
Sangat sangat sangat sangat.