Sunday, October 21, 2012

Main Hoon Na



Hai!

Rasa macam dah lupa yang aku ada blog. Hihi. Hmmm. Banyak sebenarnya nak cerita, ya ya, cerita sentiasa banyak cuma tak tertulis je. Tapi, konsep cerita masih sama iaitu tentang sekolah, kawan, guru, struggle, exam, emo, happy, marah, malas, kecewa, rajin.. semua ada!

Oh. Lima belas hari lagi. Huuuu, macam tak percaya. :D Tapi, nak menunggu lima belas hari tu macam erk, aku pun tak tahu kenapa tapi aku rasa benci dengan diri sendiri, rasa nak marah dengan diri sendiri yang sekarang sebab tak mampu nak kawal rasa marah, tak mampu nak buang emo, tak mampu nak deal dengan perkara sukar. Sungguh. Rasa macam, hei, ini diri aku lah. Aku sepatutnya boleh kawal tapi rupanya sangat lah susaaaaaaaaaaaah. Kalau dah fed up sangat, rasa geram gila kat diri sendiri, haa boleh menangis dalam sendu je la. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa T______T



Tapi dalam waktu-waktu sukar, sentiasa ada je bidadari-bidadari yang menenangkan jugak menceriakan. Yeah yeahh. Ye laa. Tak semua benda best, and tak semua benda tak best kan. Dalam setiap tawa, ada tangis. Dalam setiap suka, tetap ada duka. Cewahhh. Kalau tak, bukan hidup namanya. Hehe. Cis, cakap je pandai tapi bila nak aplikasi hahaha kalah jugak dengan emosi. Haihhh. Rasa nak belasah diri sendiri je. =.='

Okey, cukuplah setakat ini, jumpa lagi lain kali!
 (Lepas SPM kot lalala, tak sabar nak transform blog ni jadi warna hitam balik. Muahahahaha. Tak suka lah warna ceria-ceria ini. Huhu)

Nanti nak cerita tentang jamuan akhir tahun kitorang kat Bukit Tanah, Kelantan. Wah, jauh kita melancong.
Tentang bola ATM dan TRW.
Tentang hari ini, 20 oktober 12;BK.

Dan, tentang macam-macam lagi. Tunggu je la. Sekarang tak boleh sentuh lagi alam maya ni. Kena sentuh alam buku dulu hihihi lawak la sangat. =.='



Assalamualaikum, may Allah bless! :)
-tuan puteri-



Tuesday, September 11, 2012

Kawan-kawan Yang Kita Suka



Gambar kelas terakhir, bersama Rushdians! Ya, tahun kelima bersama mereka :)

Mereka yang memberikan senyuman, tatkala kesedihan datang menerpa.
Mereka yang menghilangkan resah gelisah, dengan pelbagai cara yang membikin tawa.
Mereka yang membiarkan damai memeluk hati, tika dunia sedang dilanda kedinginan.
Mereka yang menghulur tangan, tatkala diri ini jatuh berkali-kali, agar tidak kenal erti kalah.

Itulah mereka, walau pernah memberi tangis tetap setia memberi tawa. Menjadi sahabat kepada mereka, mengajar aku tentang apa ertinya kasih sayang, bertolak ansur, tanggungjawab dan segalanya yang aku fikir sangat memberi sesuatu untuk dipelajari =D

Aziz. Zakwan. Ikhwan. Fattah. Syafiq. Asyraf. Ajwad. Najdi. Hazim. Danial.
Ruhaiza. Faezadti. Syafiqa. Farahim. Maisarah. Syahirah. Amirah. Nazifa.
Husna. Nabilah. Fatin. Sya Izz. Zulhilmi. Aishah. Aina. Basirah. Nadiah. Khaleeda. Wan Nabilah.


Itulah mereka, yang aku sayang sangat-sangat.
Kita, masing-masing mempunyai kawan-kawan yang kita suka.
Dan mereka; kawan-kawan yang aku suka! :)



Ps. - Gelak dengan kawan-kawan selepas ambil gambar bersama, sebab berjaya capai misi. Sebelum bergambar, dah usik-usik Aishah (penolong ketua) yang aku nak duduk tepi ketua kelas! Haha. Menggedik la konon. Hehehe. Akhirnya, dapat jugak peluang :P Aishah jangan maraaaaaaaaaaaaaah =D