Tuesday, August 2, 2011

Pakcik-pakcik Danbo






Waktu aku suruh dia lukis, dia kata

"aku suka laa tengok benda ni. sejuuuuuuuk hati.
" =_="





memang menyejukkan hati pun muka pakcik danbo ni.

hari ini, keluarkan pen kaler-kaler dan pinjam pensel kaler dia. kasi mekap-mekap danbo kat kertas, main gunting-gunting dan esok mahu laminate
. lepas sorang, sorang pula datang... tengok aku kerjakan pakcik-pakcik danbo itu.

aku cakap mahu buat penanda buku. mereka dengan comelnya mintak nak jaga pakcik-pakcik danbo pelbagai kaler itu juga. ada yang suka merah jambu, ada yang mahu hijau.

maklumlah, pakcik-pakcik danbo semuanya hensem tidak kira kaler.






terima kasih, tolong lukis pakcik danbo sulung
terima kasih, kasi pinjam pensel kaler


XD



PS: Penuh tumblr aku dengan gambar-gambar pakcik-pakcik danbo :)

Monday, August 1, 2011

The Reptile Room



baca buku The Reptile Room,

"daripada mu bace buku tu, baik mu bace Quran."

Erk, erk. Dia sengih lepas cakap macam tu.

Aku buat muka protes,

"habis, mu tak bace pon? pegang je tu?"

Dia senyum lagi.

"aku sampaikan perkara baik je, haha"

Erk, ye laa ye laa.

Bila di maktabah, aku nampak dia baca buku apa entah.

"daripada mu bace buku tu, baik bace Quran."

Ayat sinis aku kasi. Haha. Dia dengan muka senyumnya cakap,

"tak, tadi aku dah bace dah. so, lepas zohor la pulak. bla bla bla."

Aku angguk, sengih. "oh, seimbang laa ni?
"

Ketua kelas aku tu memang macam-macam perangai =_="


* * * * * * 


paksa Sapik lukis pakcik danbo dan makcik kepala bulat untuk aku, haha :)


terima kasih, terima kasih


* * * * * *

Mengantuk masa BA tadi. Bertahan. Lepas tu, rasa macam tak dapat nak bukak mata. Ustazah kasi masa untuk kasi letak jawapan kat soalan no 3... tapi, boleh pula aku 'tumbang' huahuahua.

Ustazah datang. Tengok kertas aku.

"Alahai mak cik, mak cik tak isi lagi? penatnya mak cik puasa hari ini.. tengok tu, yang jawapan no 2 ustazah bagi tadi pun mak cik tak tulis lagi..."

Ustazah bercanda. Aku sengih je laa. Nah, amik kau dapat gelaran makcik. Sorry
ustazah!

* * * * * *

hai orang di sana
, silalah update belog! Separuh mati gua menunggu. Oh, selamat berpuasa di negeri orang! haha, miss you more and more :D