Tuesday, March 3, 2015

langit sintokyo



"cinta itu memang begitu, apabila ia sudah tiada, tetap akan ada yang tersisa sebagai air mata."

langit sintokyo memang indah. tiap-tiap malam mesti ada bintang, macam kat rumah. semester dua sudah seminggu bermula. sekarang, aku dengan kawan-kawan punya motto, transformasi semester dua. gituuuuuu. hahaha.

dulu kan semester satu, junior sangat. apa-apa program setakat join je, pergi kelas balik kelas duduk dalam bilik study main internet tido main kucing pergi cafe. that's all. tak ada life kan? jadi semester dua, kami mula perlahan-lahan. tiap-tiap petang kalau larat, pergi pusat sukan. sama ada main basikal pusing hutan cantik ini, atau masuk gim, atau bersauna. apa-apa aktiviti yang menyihatkan la. haha. ini pun sebab roommate aku nak kahwin insyaallah. habis diajaknya bebudak ni cara gaya hidup sihat pergi gim bagai hahaha.

lepas tu, jadi committee annual law dinner. sampai bila la kan mahu malas. sampai bila la kan mahu malas bersosial. takkan sampai semester lapan. cmon. hahaha.

jadi, ke arah transformasi semester dua, aku atau kami, cuba untuk melayari hidup yang penuh di sintokyo ini. doakan. :)

* * *

tapi kadang-kadang, betapa kita cuba, ada emosi yang kita tidak boleh kawal. mahu pergi ke hujung dunia pun, emosi itu tidak tinggal.

payah kan.

mungkin cuma dengan bertahan.
ya, bertahan.


Monday, February 9, 2015

soal rencana


pkah cakap kalau hubungan dengan manusia tak berapa baik mungkin kena check hubungan dengan tuhan dulu. dah selalu dengar. tapi, bila pkah cakap sekali lagi pada situasi itu, terus rasa macam zaaaappppp sob sob sob.

sebab tak redha ke jadi macam ini? banyak sebenarnya yang aku tak redha. masih ada dalam hati yang memberontak. soal dia. soal itu. soal ini. soal begitu. soal begini. kenapa? mengapa? kalau difikir balik, banyak bersarang kat hati.

ada satu saat, kena lepaskan jugak. biarkan. redhakan sama tuhan. sampai bila mahu tahan soal takdir? tak percaya ketentuan? tak percaya tuhan uji sebab sayang? tak percaya bahagia itu ada di mana-mana? 

nah, tahu bukan?
selamat malam.

lepaskan sama tuhan.
soal rencana soal kita,
tapi soal diizin atau tidak...
itu soal rencana tuhan.

yang nyata,
tahu segala-galanya.

boleh faham?
*tarik selimut*