Monday, July 18, 2016

pulang, lekas pulang.


sejak hari-hari ulang alik dari rumah ke kota bharu ni, ya tuhan, pukul 9-10 malam confirm dah tak boleh nak hidup. sebab pagi nanti pukul 6 dah nak kena turun. pergi tak apalah, pagi, dalam sejam lebih sikit. yang petang ni, memang dua jam lah. kadang-kadang boleh drag sampai dua jam setengah.

kadang-kadang fikir jugak, orang yang bertahun-tahun kerja jauh tambah dengan sesak pula, tak gila ke? aku macam sikit lagi nak hilang erti hidup kahkah. dia punya cara tu memang sungguh-sungguh mengajar erti kesabaran dan kegigihan. nasib baik sebulan je untuk praktikum semester ni. tapi office best. tuan best. staffs best. abang polis best. court best. ahahahaha. kalau boleh nak court tu depan tangga rumah je.

makan pun sekali sehari je masa lunch. malam memang lapar, tapi mengantuk melebihi segalanya maka mesti tertidur tanpa makan sobsob lepastu mula la pagi-pagi bangun kelaparan.

inipun terbangun jam 2 pagi sebab mimpi mengarut ya tuhan. nak tidur balik tapi teringat pulak ayam madu beli kat pasar malam tadi. tak makan lagi. entah macam mana boleh tertidur dulu. padahal dah simpan niat nak makan nasi! huwaaaaaa.

mungkin patut pergi cari nasi sekarang. walaupun dah dekat 3 pagi. huhuhuhu. lagi seminggu lebih je, walaupun seronok kerja kat sana (kalau boleh nak intern lama-lama) tapi tak sanggup dah nak menghadap perjalanan pergi dan balik tiap hari macam ni ahaaahahahaha.

maka tidak apalah. teruskan bertahan dulu!

Sunday, July 10, 2016

"ked, hatimu keras ked."


tuhan sahaja yang tahu sakitnya itu macam mana. sebab inilah aku lebih tenang di jauh sana. sebab tidak ada apa yang mengingatkan aku pada engkau. hari biasa mungkin tak rasa sangat. hari raya, tuhan, kebetulan di mana-mana. pergi beraya di sini, terdengar-dengar nama engkau. pergi beraya di sana, terdengar-dengar nama engkau.

bodoh. aku fikir aku tidak terusik. tetapi kenapa air mata aku masih turun sewaktu seorang diri dalam kereta bertemankan radio? untuk apa pun aku tidak tahu. mungkin untuk marah pada diri sendiri sebab bodoh aku tidak pernah habis.

masuk hari ini dua hari aku dengar nama engkau. dua hari juga aku macam orang gila bercakap dengan diri sendiri dan marah-marah. aku benci. aku sedih. tapi aku tidak cerita sama siapa-siapa. kebodohan ini aku cuma telan. sudah tak larat bercerita. sudah lama. sepatutnya bodoh sudah habis.

tuhan, saat ini juga aku mahu pulang ke sintok. sekurang-kurangnya di sana tidak akan ada yang menyebut nama engkau. sekurang-kurangnya aku adalah orked di sana. yang mandiri dan keras hati.

"ked, hatimu keras ked."

jue bilang sama aku.

engkau tidak tahu jue, kalau aku tidak keraskan hati mungkin aku sudah gila. sedangkan begini pun sudah tidak tentu arah. benar aku rindu mahu hidup di sini. tapi aku terlalu rabak. hati aku senang hancur. aku mahu pulang ke sintok dan hidup baik-baik di sana.

engkau tahu, aku sudah belajar untuk kata tidak pada orang. aku belajar untuk menolak kalau betul aku terasa dipergunakan. aku belajar untuk marah kalau orang berbuat apa-apa pada aku. aku belajar untuk menoktahkan. aku belajar untuk berlalu. aku belajar untuk tidak peduli. ini semua kawan-kawan sintok aku yang ajarkan hari demi hari. katanya tidak ada dosa untuk kata tidak. kalau diikutkan semua perangai orang, engkau yang mati. tahu? sebab aku sudah bosan dianggap senang diajak dan dipijak juga dimahu cuma bila diperlu. lalu, aku belajar. dan aku praktikkan. jue, orked engkau sudah bisa begini. tak sia-sia engkau berceramah sampai habis air liur.

tak apa. aku mampu tahan lagi. sakit ini, aku cuma doakan pada tuhan. tidak ada daya dan upaya melainkan tuhan. tuhan akan sembuhkan, aku percaya, walaupun sekarang sakitnya ini hampir buat aku mati dalam hati.

tidak, aku tidak cerita pada siapa-siapa. soal begini cuma soal remeh yang akan membosankan. isu begini cuma picisan yang menjadi mainan. aku kira aku bisa tahan dengan tidak memperduli. malangnya hati aku bagai mahu pecah. tak apa, hati aku sudah berkali-kali pecah. pecah lah selagi mahu. biarkan. aku tidak akan menyerah.

air mata aku mungkin akan turun, lagi dan lagi. hati aku mungkin aku retak, lagi dan lagi. gila aku mungkin datang, lagi dan lagi.

engkau tahu?

aku orked.

"ked, hatimu keras ked."

engkau tahu?
macam mana orked hidup tanpa perlu disiram. macam mana orked yang hari-harinya nampak membosankan tanpa bunga. macam mana orked yang akan ada satu masa bunganya mekar dan bertahan lama?

orked berkeras untuk hidup.
aku, berkeras untuk hidup.