Sunday, August 29, 2010

Oo laa laaa


Assalamualaikum.

Banyak sangat cerita minggu ini. Sampai rasa malas mahu tulis, nanti jadi panjangggggggg.. Hehehe.

SABTU

Tak pergi asrama, nak tengok CintaKirana. Hahahaha, tengok Galang laaa :)

AHAD

Pagi pergi sekolah, angkut sekali dengan beg-baju-apa-entah. Pagi itu agak gedikk, sebab asyik cakap pasal Galang. Urhhhh, kenapa dia handsome sangat? Muahahahaha :D Masa PAI, pergi exam math. HAHA, waaaaa waaaaaa. Satu je yang aku nak cakap, blurrr ! Muahahaha, tengok markah lepas tu, waaaaaaaa.. T_T . Teacher Rose pun cakap 'takpe, demam kea..' Hehehe, aku pun cakap 'dok sabit pon' Teacher pun senyum je.. Lepas tu, ustazah PAI pun tengok aku. Dia hulur kertas PAI sambil cakap 'nah, hadiah untuk awak..' HAHA. Aku tersengih sengih tengok markah. 95% .

Masuk kelas, BI. Tapi, teacher tak bagi laa markah. Bincang kertas periksa.Waktu SN, okay laa result tu. Pasal kertas satu memang teruk, nasib baik kertas dua jadi penyelamat. HAHA. Lepas tu, BA. Yeayyyyy! Dapat A. Syokkk je rasa! Ngeeehahahaha. Lepas solat, waktu math.. okayy, redha je laaa degan result :)

ISNIN

Macam biasa biasa aje gitu .

SELASA

Pun macam biasa . Hahaha, tak ingat apa yang istimewa.

RABU 

Geram dengan result KH! Huhuhhh, Sya Izz akan pulun habis habisan selagi masa masih ada !

KHAMIS

Masa PAI, masuk library, best...  Hahaha, dan dapat balik rumah tercinta! Muahahha.

JUMAAT

Memang sangat best! Pagi, teman mama pergi klinik gigi kat Jerteh. Then, shopping raya.. Wahahaa. Seliapar raya I sangat cantik tau, ngeh ngeh ngeh. Kat econjaya, sempat terserempak dengan ZFathi. HAHAHA, ustaza yaa pun ada, muahaha. Sengih je. Jalan jalan , akhirnya sampai dekat butik peace. O laa laa, agak lama laa duduk kat situ.. Dalam dua jam gitu, sambil tunggu papa solat Jumaat. HAHA, baru aku rasa jadi perempuan betul betul. Nak pilih cuba baju berjam jam. Niat asal mahu mencari jubah akhirnya TERbeli baju kurung. Cantik! Bagi aku laa, hitam pink gitu. Harga pun cantik juga! Hahaha. Dapat cincin, simple je. Ngeeee ~ Lepas tu, terus pulang ke P Puteh.. Okay, dapat jumpa ayah sue's family. Amir, Dini, Dina, Ayish, Amiy. Waahaha. Main punya main, haihhh. Amir nangis, aku peluk. Dini nangis, aku peluk. Ayish nangis, aku peluk. Hak, hak, hak. Sayang sangat diorang! Petang tu pergi rumah mama long, macam biasa.. Lalu jalan denai.. Hahaha, pergi baca novel lelaki berkasut merah. Tapi, tak sempat habis.. sikit je. Petang tu, Ijak balik. Owhhh, budak MCKK dah balik. Lama sangat tak jumpa dia dan Yoe. Hahaha, sepupu kesayangan aku wehh.. Maklumlah, pelajar asrama laa katakan. Sempat cakap cakap dengan Ijak, bla bla bla. Okay, dalam pukul 7, baru kitorang ramai ramai pergi semula rumah Tok Ayah, hahaha. Bagus punya anak, tak menolong pun.. Hihihi, sekali sekala. Ijak dah mendahului di depan, aku dengan Iylah dan K Atin dengan K Teha di belakang. Kami cakap punya cakap, tiba tiba si Ijak keluar dari celahan pokok. Aaaa! Punyalah menempik sebab terperanjat. Dushh! Kemudian, sampai kat rumah Tok, Che Su and family dah ada [tok sedara aku]. Amik anak K Amy, dukung.. Comel! Apasal sepupu sepupu aku ni semua kecik kecik lagi? Hahaha. Yang sebaya ramai tak datang. Okey, aku.. K Atin, K Teha pergi rumah Pak Muda Jak, hantar makanan.. Belakang rumah Che Su je. Rumah Che Su belakang rumah tok. Oo Laa Laaa. Hahaha, sekawasan tu memang keluarga kami saja. Tu yang best! Bagi salam punya bagi salam, tak ada orang buka... Tiba Tiba punya azan maghrib. Budak budak lelaki kecik dah berlari masuk rumah, termasuk Ijak. Hahaha, buka puasa .. buka puasa! Diorang cakap, kitorang ni dengan keayuan pulang laa semula ke rumah tok. Makan makan, best! Lepas makan, terus ikut Iylah, Ijak, Anif dengan Arif balik rumah mama long. Heeee, nak habiskan novel.. Malam tu, cakap cakap dengan Iylah.. Berdua je dalam bilik, macam macam yang kitorang cerita.. Best!!!

SABTU

Macam macam ada . Hailaaaaa.


Okayy, sudah habis cerita. Mahu pergi asrama! Huhu, Khamis ni I balik semula yaa! Waittt for me, sayang.

Sayang = belog ^_^


Saturday, August 21, 2010

Balik Kampung


Selamat pagi !

Hurmmm, semalam buka puasa dekat rumah Tok. Yeahhh, kali pertama balik ni. Petang tu, dah terlentang atas katil, kipas dua tiga butir mengelilingi. Muahahaha, panas panas. :P Sempat bergayut dengan atok palsu aku.. Muahahahahahaha. Ada pakatan rahasia lagi, deal! Setelah puas bertikam lidah, akhirnya kami mengambil jalan yang lurus. Kah, kah, kah. Bertepatan dengan peribahasa.. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Kami akan pastikan, tahun ini tahun terindah buat dia. :) Just wait and see, bro.. Haha

Malamnya pergi rumah Tok dekat Pasir Puteh. Che' Ma dengan Che' Mah ada. Yeahhh, main dengan sepupu sepupu aku yang kecik kecik lagi. Kali pertama jumpa Aikal yang dah besar sikit. Comel sangat, putih dan tembam! Aku ingat Amie anak Ayah Su, Muahaha. Tak habis habis aku main. Main juga dengan abang Aikal, Akim. Yang ni dah besar sikit.. Aku usik dia sebab botol susu dia warna pink! Haha. :D 

Kemudian, balik rumah tok kat semerak. Tidur kat sana.. Oo yeahhh. Malam tu, ada budak merajuk dengan aku.. Akhirnya aku hantar gini 'Z, aku minta maaf.. Bila aku mati nanti, sekurang kurangnya mu ingat aku..' Zupp! Tak sampai satu saat dah balas tanya aku ngigau ke.. Siap call lagi, hahaha. Konon konon tak baik laa aku cakap macam tu. Tapi, bukankah manusia yang paling bijak ialah manusia yang mengingati mati, wahai kawanku? Ngeh, ngeh, ngeh.. :)

Sahur yang paling best, sebab kat rumah Tok.. Ni yang buat aku tak mau pergi asrama. Tak sedap sangat makanan ! Tapi, macam Z cakap.. Kalau tak ada makanan langsung? Hehe, okayyy. 

Konklusinya, hujung minggu yang bahagia. 

Ouh, minggu depan kena siapkan diri, untuk result trial. Hua hua hua. Setakat ini, result trial laa yang aku paling pasrah dan tak kisah. Bak kata pontianak aku 'Ada aku kisah? Tak ada...' Suka hati ko laa wahai result trial. 

:P


Arghhh! Tak boleh tengok Galang.. buat aku benci asrama! Hahahaha. Histeria aku kalau tengok Galang, smart amat. Muaahahaha. :D