Saturday, October 23, 2010

Cerita dulu dulu


Salam

Nak menulis, tapi tak tahu nak tulis apa lagi dah. Haha. Sangat bosan sekarang. Dushh! Padan muka laa. Sebelum PMR, memang selalu tak puas hati. Konon konon kerja sekolah banyak sangat. Latih tubi bertimbun timbun sampai dah boleh kitar semula. Tiap masa dan ketika ada kelas. Pagi dah memang kelas. Petang lagi kelas. Malam lagi laa ada kelas. Setiap hari. Sampai rasa ruang nak bernafas tu erkkkk, dah kurang oksigen. Tercungap cungap. Kalau cikgu tak masuk kelas, ehemm, kira rahmat besar laa tu. Haha, ada ke patut.. :P

Sekang, dah pun berjaya harungi semua. Memang syukur sangat sangat. Hehe. Iya laa, dah tak ada kelas pagi petang siang malam. Pernah, masa aku dengan Jihah jalan... Jumpa dengan cikgu mana tau.. cikgu tanya kenapa datang sekolah ? Haha, selamba je jawab datang nak mengacau. haha, betul. Orang study, kami main.. Kami pula yang pelik tengok orang belajar, sebab kami asyik berfoya foya (?).

Tapi sungguh, rindunya dekat cikgu cikgu. Jumpa tu memang laa hari hari. Tapi, cikgu dah tak masuk kelas dah. Cikgu dah tak mengajar dah. Cikgu dah tak gurau gurau lama lama dah. Cikgu dah tak membebel dah. Aaaa, sangat rindu mahu dengar ustazah membebel. Hehe. Rindu sangat sangat. Dengan Ustazah Rohani. Cikgu Asiah yang comel. Aduh! Nostalgia amat. Huhu.

Manusia, tak pernah bersyukur. Haha, tapi betol.. Sangat rindu cikgu cikgu. Cikgu yang selalu bagi nasihat, bagi tunjuk ajar. Huk huk huk T_T

Tapi, dah tersurat macam ni laa hidup pasca pmr ye. Terima laa seadanya. Nasib baik tahun depan ada lagi. Tingkatan 4 then tingkatan 5. Ermm, dua tahun je lagi? Aduhai, sayangnya. Kenapa laa masa cepat sangat berlalu ni? 

Ooo yaa, tak lama lagi nak buat reunion batch 1995 skkb ii. Oo laa laa, kumpul kumpul balik kawan kawan masa darjah 6 2007 dulu. Perancangan, dah dibincangkan. Budak SMKANI je laa bincang.. Lepas tu bagi tahu kat kawan kawan yang kat sekolah lain. hehe, lagipun budak budak ni tak pergi jauh. Sekolah Agama Ittifaq, Sekolah Agama Ma'arif, Sekolah Kuala Besut. Yang sesat siket si azhar = Mrsm YT dan azam = Sultan Mahmud [SESMA]. Haha, :P

Huhu, okay, sudah tak ada apa apa lagi yang nak dibebelkan. Maka, selamat tinggal yaa. 




P/s : Kursus Pengurusan Jenazah. Sayembara Puisi. Pulau Perhentian. Gambar gambar yang menanti untuk diupload :)


Jamuan Akhir Tahun Rushdianz

Salam

Hyep! Masa ni tanggal 18 Oktober 2010, hari Isnin. Kelas Rushd dan Sina buat jamuan akhir tahun. Kelas Rushd dekat Bahtera, kelas Sina dekat Astaka. Kelas Rushd nasi minyak dan roti jala. Kelas Sina nasi ayam dan roti jala. Hehe. Okeyhh, ada pertuakran hadiah. Acara wajib tu. Hehe. 

Pagi pergi sekolah, duduk kat pondok terus. Oo yeahhh, uruskan persiapan bla bla dan bla. Huhu, budak lelaki atas kelas. Main game, omaigod! Rasa nak pancung je diorang, HAHA. Okay, part yang geram bila ustazah suruh ketua pergi amik ais kat kantin. Then, ketua pergi dan balik dengan tangan kosong. Bla bla dan bla. Kemudian, aku dengan Nad pergi pula kantin. Tanya.. Pergi kat pondok balik, dan pergi pula kat kantin. Kita pula yang kena angkat. Merah habis tangan aku tau usung ais yang besar gedabak tu dari kantin ke makmal. Sampai makmal terus bagi dekat ketua. Huh, ketua memang tak boleh diharap. Harapkan pagar, pagar makan padi :P

Okay, Amni bawa laptop. Yehaaaa! Kita pasang lagu Maher Zain kuat kuat. Haha, mujur aku tergerak hati nak copy folder Maher Zain dengan Fifi dan nasib baik aku bawa pendrive hari tu. Huhu, enjoy je! Uhuuu, dapat hadiah Nabilah! Sangat best, frame gambar yang ada jendela. Hihi. Hadiah aku Najihah yang dapat. Hurmm, hadiah yang berbalut surat khabar berlapis lapis, haha. Gimik weh!

Hurmm, lebih buat terkilan ialah kerana aku tak bawa kamera hari tu! Huwaaaaa T_T Macam mana boleh lupa. Tak apa, aku pasrah je laa. Najihah bagi kamera dia suruh tangkap gambar. Tapi, aku tak sanggup menduakan kamera aku :P Hahaha, geram sangat rasa! Tapi, iya lah dah takdir. 

Ooohh yaa, gambar gambar di bawah merupakan ihsan kamera h/p nije. Haha. Yang gambar kamera Jihah.. Tak dapat lagi.


 My Classmates, Ikhwan

 My hadiah

Si Comel Amni

 Erkkk

 Cikgu Sumayyah and Cikgu Azimah

 Fasiha and Amni

 Ustazah Rohani and Teacher Rahamah

 Pegang hadiah masing masing :P

 Cikgu Asiah, cikgu BM = yang aku sayang

 Teacher Syerry

 Cena, naeb ro'is alfasl

 Mirah and our beloved sir rosli

 Cg sue and Cg aziey

 Akkir. ermm, muzakkir

 Tunjuk hadiah ye!

 Sangat suka gambar ni, haha

 zahir, budak kelas S

 Hafifi, Chong, Ikhwan

Jejaka jejaka R

 Syafiqah and Khaleeda

Syaz

 Mukmin

 Hazim

 Syairah and Husna


Sekian dahulu, chaw...

P/s : 'rumah' lama, cat baru lagi
P/s ii : Can't wait for tomorrow!