Thursday, March 21, 2013

Sudah Muncul Penamatnya-


Assalamualaikum. :)

Hari ini memang salah satu hari yang bersejarah dalam hidup. Hmmm. Result SPM laa, apa lagi. Haih. Memang kecut perut la. Sebelum result diumumkan itu, memang nangis-nangis laa depan Hani HusnaMuni (myB13+A102), cakap telefon dengan Cikgu Zimah haha menitik-nitik air mata, dengan Awak lalala. Fuh, memang cuak, yang terlalu.

Alhamdulillah, walaupun aku kantoi Biology, Physics, Chemist, Addmath. :)
Haha.

Yang Bio memang aku tak percaya dapat B+ sebab sepanjang tahun ini memang markah aku cukup-cukup makan la untuk lulus.

Yang Addmath, memang syukur la dapat B sebab sepanjang tahun memang aku memanjang je gagal. Trial pun masih G. Lepas trial, cikgu addmath tukar. Tecer Hanisah, perghhhh, memang kena 'belasah' la hari-hari buat berset-set soalan.

:)

Ingat lagi riak muka betapa eksaitednya Cik BamBam dan Cik HajarAfiah bila tahu aku dapat 7A. Eksaited lebih daripada aku. Haha. Yes, sebab diorang yang ada bersama aku through the thick and thin. Sebab diorang sama-sama bagi semangat untuk aku struggle lepas trial spm. Sebab diorang tahu betapa susahnya aku nak deal dengan ke-emo-an, stress, dan sebagainya yang memang hard untuk aku. Well, battle againts self.

Ya, aku syukur dapat macam ini. Walaupun tak setinggi orang lain, walaupun ramai besties aku yang dapat straight's A. Rezeki masing-masing. :)

Dan, Tuhan bagi aku yang terbaik.
Untuk aku.


Semuanya ada hikmah, insyaAllah. Alhamdulillah.

BamBam, BudakKecik, Awak;
terimaaaaaaaaaaaaa kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasih.


Untuk masa-masa yang sukar,
di mana kalian sentiasa ada-
tidak pernah hilang.

Setahun yang terkebelakang,
sudah muncul penamatnya-
penamat yang indah,
untuk aku.


InsyaAllah,
life must go on.

:)

Wednesday, March 20, 2013

Moganya dijaga Tuhan.


Sya Izz is activing the sad mode.


aurelique:

day two sixty two (by rachael hyde)




T_______T

Fine, aku tak tahu kenapa, takde sebab pun untuk aku rasa sedih.

Okay tipu.

Aku sedih sebab aku rindu orang-orang yang aku sayang.
Aku rindu.
Sangat.

Speechless.

Wordless.

Masa doa lepas solat Isya' tadi, terus sedih tu menerpa datang. Sebab aku tahu, sejauh mana pun aku rindukan manusia, mereka takkan ada macam Tuhan ada dengan aku.

Tuhan aku,
tidak berjarak walau seinci.

Cukuplah,
aku ada Tuhan.

Tuhan dengar apa aku cakap.
Tuhan tahu bahawa aku sedang merindu.

Tuhan,
sampaikan sayang aku buat mereka-
yang aku cinta
dengan apa adanya.

Jagakan mereka-
bahagiakan hidup mereka dengan senyum tawa.

Cukup-
Aku di sini,
mendoakan dengan sebenar-benar harap.


* * * * * *





moga Tuhan menjaga dalam redha;
kalian-

Ipa, HajarAfiah, Awak, BamBam, SnaMuni, SnaMadi, OneKnow, Faezah, AinaAdilah, Nazirah, Dyana.

baik-baik sahaja,
walau di mana berada,
kerana Tuhan tidak pernah tiada.

selamat malam,
malaikat sedang mengulit dengan sepenuh tulus-
maka, lena lah dengan nyaman.

:)