Tuesday, December 29, 2015

merepek


aku ingat lagi masa asasi dekat kuantan dulu, sir kamarul cakap yang dia masa degree, tiap kali exam tiap kali tu lah tak pernah jawab soalan dengan habis. sebab tak cukup masa. haha. masa tu aku macam, takkanlah tak cukup setiap paper empat soalan je kot. gituuuu. sebab masa asasi paper dia tak ada lah sampai tak cukup masa nak jawab.

haaaaaaa. kan betul sir cakap. faham tak perasaan, okay, aku tahu ni. belek lagi, haaa yang ini macam ini. belek lagi, haaaa yang itu macam gitu. sekali lima belas minit terakhir baru gelabah nak buat soalan yang macam gini yang macam gitu.

mulalah seret-seret je tulisan macam cacing (dengan harapan cikgu faham setiap huruf kat depan) lepas tu besar kecil besar kecil je tulisan sebab kau dah tak mampu tak ada daya nak tulis dan tangan kau terlalu lembab dah habis tenaga nak menulis tapi kau tahu kau tak boleh berhenti selagi akak peperiksaan tak tunggu kau kat sebelah meja nak kutip jawapan.

banyak sangat benda nak merepek tapi tak ada masaaaaaa ya tuhan. sedihnya. lepas habis, pegang tangan madam nak salam lepas tu pandang muka madam lepas tu dengan ikhlas redha pasrah yakin, "madam. maafkan tulisan saya. soalan 1 dengan 2 je tulisan cantik." pandang muka madam lagi. salam seikhlas hati. gituuuu anak murid yang kehilangan arah tuju.

* * * * *

hidup memang macam ni kan? padahal setiap benda tu cuma perlukan gist. cuma perlukan benda yang perlu. kalau merepek semua benda nak campur nak buat nak harung, memang haru biru lah ceritanya. jadi, moral hari ini?

jangan mengarut tika jawab exam. apatah lagi dalam kehidupan.

* * * * *

"self-pity will not get you anywhere."



loser


final exam kali ini macam tak guna sikit. haha. aku lah yang tak gunanya. nasib baik ada cila, rumet dengan sis yang duk brainwash aku tiap kali malam sebelum exam. masa tu laaa nak ingat cases haaa baru nak tahu facts apa semua sampai tiap kali discuss tiap kali tu aku cakap kat diorang aku tak patut amik law. sempat lagi tak nak tukar kulinari? kahkah diorang gelak. masuk pertandingan hias cupcakes pun buruk. ada hati. hey! masak je lah. hias bagi la orang lain. lepas tu sis dengan suara memujuknya,"sis, sikit lagi. dah sem 3 dah pun." k fine. k. sambung menghafal.

entahlah, kalau diikut hati aku kesian dengan diorang sebab duk bagi special lesson kat aku, nak ulang-ulang ajar, nak bagitahu cases mana yang penting, nak paksa aku ingat, nak bagi aku semangat lagi.. padahal diorang pun tengah struggle.

tapi mungkin sebab diorang lagi kesiankan aku kot, nampak macam loser sangat haha tak tahu lah kalau tak ada diorang. mungkin aku akan menangis di sebalik nota. nasib baik ada member tsk tssskkk.

dah, dah habis revision untuk esok. harapnya dipermudah. haha aku macam slow sikit untuk subjek sem ni. bukan sikit, slow banyak. takpe, slow banyak takpe. merangkaklah. at least sampai. daripada diam terus menyerah. no way kan? no way.

doakan aku dan kawan-kawan untuk criminal, mandarin dan consti yang masih berbaki. doakan kawan-kawan yang banyak sangat tolong aku, curah ilmu kat aku, bagi notes dan paksa aku belajar sampai ke habis walaupun aku jenis yang surrender kalau tak faham terus nak pejam mata huhu tapi haruslah dihalang. maka gigihlah diorang nak menerangkan segala benda yang aku payah nak faham. i cannot brain omg. saya memang menyusahkan. saya tahu. saya minta maaf. (terharu betapa sebenarnya aku punya kawan-kawan yang akan suruh kau berdiri jugak walaupun kau dah terlentang kat lantai)

aku sebenarnya, rindu rumah. huwaaaaaa. rindu papa mama atin sarah adam adib farah tok acu mokngoh sob sob sob. rindunya ya tuhan... tabahlah. tabah. doakan ika deh.

esok yang baik-baik sahaja harapnya.
selamat malam, sintok.