Thursday, March 3, 2011

Krew 4Rock. Gelak riuh. Hias Kelas.


Assalamu'alaikum, :)

Hmmmm. Hari ini, mungkin hari yang meng'enjoy'kan... dengan krew 4Rock! Haha XD

Sebenarnya, hari ini macam hari hari biasa. Hoho. Cuma, hari ini di mulakan dengan matapelajaran sivik (permulaan yang menenangkan). Bila waktu Bahasa Inggeris pula, hanya jawab soalan pasal QWERTYUIOP. Takde laa tertekan tekan sangat haha. Sempat juga berdrama dengan Anis, kami baca drama. Memang tone suara ikut karakter laa haha. Bila belajar Bahasa Arab, baru sedikit pening lalala. Tapi, so far so good. Entah berapa kali bertanya ustazah hehe :D

Yuhuu, lepas rehat kan.. sepatutnya waktu addmath. Tapi cikgu takde sebab terlibat dengan sukan bla bla bla. Heee, aku pula jalan jalan dari satu kumpulan meja ke satu kumpulan lain (empat kumpulan semuanya) dan selamba menggedik dengan diorang pasal arahan nak buat latihan QS yang ustazah bagi. Well, bila pergi kat kumpulan aku, aku terus menggedik fully-english haha. Diorang (Pqoh, Cena, Faeza) selamba je bidas aku haha sayang korang! Tapi, yang boys laa part payah. Haha, diorang cakap banyaaaaaaaak kena buat! Erk, bukan aku laa yang bagi soalan tu! Haha, bila nick cakap banyaaaaaak bla bla terus boys boooo buat kecoh huhu. Eyt, 'saket' sungguh korang! Haha, tapi bebudak ni suka je main gelak gelak hari ini XD

Okey okey, kami hias kelas siket siket. Kelas dah kecoh hoho. Akhirnya, waktu SI (Sya Izz Syariah Islamiyyah) part yang paling kami layu. Haha, ustaz ajar bab haji erk erk bla bla bla. Dan, kami asyik buat muka bosan mengantuk hahaha. Sampai ustaz pergi kat boys sorang sorang dan cubit ala ala comel sebab arhh arhh tak reti nak kata laa macam mana huhu. Kami sengih sengih je laa. Haha, ustaz pun pelik dengan kami yang macam aneh hari ini. Erk, aku pun tak tau nape bebudak ni jadi layu gini. Haha.

Setelah itu, tiba laa masa untuk pelajaran QS. Hmmm, disebabkan esok cuti maka kami tak buat lagi latihan hukum tajwid yang ustazah bagi XD Kami dengan comelnya bekerjasama menghias kelas wuuuu. Automatiknya, ada yang pergi buat papan belakang, pintu bla bla dan part yang paling best bila kami nak lekatkan nama dan birthday kami yang telah dikartunkan dengan cita cita masing masing. Apabila selambanya aku letak cita cita nak jadi 'princess' maka kartun aku siap ber tiara lagi, pakaian ala ala puteri haha. Masing masing macam tumpukan perhatian kat dinding bila nick lekatkan setiap gambar hehe. 

Aku yang gam. Nick dan I-dil yang lekatkan. Hoho, sangat best masa tu. Masing masing gelak bila gambar kartun kitorang dah terpampang kat depan. Budak budak ini pun asyik bergurau je haha. Okey, empat tahun berturut turut aku pegang gelaran adik paling bongsu dalam kelas. Haha. Yeahh, gambar 'princess' last sekali. Ouh, yang first sekali.. Ijoy 1 January. Cool, kan?

Bila tiba part 'pincess' nak dilekatkan, boys tertanya

'siape ni eyy?'

ye la, konon konon gambar princess. XD
nick selaku ketua kelas terus sengih dan gurau

'hok comel sekali kea tu'

Hahaha. Semua aci gelak je. Entah kenapa, semua dalam mood bergembira. Hehe. Kami sambung hias kelas itu ini dan geng girls sampai ke petang menghias kelas. Aku dengan Nazifa, asyik bertekak je dalam kelas. Masing masing tak mahu kalah. Hingar bingar jadi nya. Perangai aku dengan dia, sama. Suka buat kecoh je, haha. Bila kami jalan sama sama nak pulang, tetibe dia minta maaf sebab cakap ala ala guruh dengan aku tadi. Haha, padahal aku pun perangai dua kali lima je. Aku sengih dan cakap 'aku tak amik pusing pun, haha' Rupanya, kami sama sama tak amik pusing sebab perangai dah macam gitu. Elemen rock, gurau gurau, jerit jerit bertekak itu perkara biase hahaha. (undi laa ipa! XD)

Okey, motifnya di sini cuma nak cakap.. aku sayang kawan kawan aku! mmmmuah. Owhh, bila kengkawan (sekepala, sekelas) panggil aku.. dengan coolnya aku tanya balik apa nama aku. Haha, sama ada iqa | sya izz | syaza | princess (antara jawapan yang diorang akan sebut). Selalunya, diorang akan jawab syaza atau princess HAHA. Dah lama tak dengar orang panggil nama penuh aku yang depan. Selalunya, waktu form 1 dan 2.. boys akan panggil aku dengan nama penuh yang depan (skema giler :P). Tapi bila sya izz dah wujud, terus diorang panggil dengan nama glemer. Haha. Dan, nama glemer aku yang sekarang 'princess'. Haha, saja. Seronok tengok mereka gelak bila aku menggedik hendak di panggil princess :D

No comments: