Thursday, July 27, 2017

sayangku selamanya


sesekali terlintas di hati, di situ sepatutnya aku. tapi, memikirkan bahawa semuanya sudah tertakdir dan aku langsung tiada kuasa untuk membalikkan keadaan seperti dahulu, di mana kita semuanya saling membahagiakan.

aku kira kita akan sebegini sampai bila-bila. aku terlalu yakin sehingga aku mungkin lupa bahawa bukan aku yang memegang jalan cerita. aku terlalu percaya tiada yang boleh menggugah kita kerana kita selalunya saling mempertahankan.

rupanya kita hilang sebab kita.
rupanya kita lerai sebab kita.
rupanya kita pecah sebab kita.
rupanya kita asing sebab kita.

sukar untuk aku terima. aku rasakan aku sudah cuba segalanya untuk memiliki kembali. aku cuba tarik seperti dahulu. aku cuba kembalikan apa yang pernah ada. tapi sayang, hati, bukan aku yang pegang. aku tak mampu nak pulihkan semua bilamana hati aku sendiri sudah retak. aku cuba lagi. tapi sayang, hati, yang retak rupanya berderai.

menyedari ribut begini, aku akur. aku akui aku sudah putus asa mengambil hati. aku akui aku sudah lelah memperbaiki. aku akui aku sudah lebur menjahit luka. aku akui aku sudah habis daya.

ketika itu aku tahu, ceritanya mungkin sudah habis. seperti cerita atau filem yang berdurasi, cerita ini mungkin juga begitu. ada ketika aku menangis terkenang. ada ketika aku senyum teringat. ada ketika aku sendu merindu. tapi tidak apalah, aku cuba terima.

sekurang-kurangnya ini antara cerita paling indah dalam hidup aku. takkan terlupa sampai bila-bila. benarlah, aku cuma mampu mendoakan semuanya bahagia dan baik-baik sahaja. walau bukan dengan aku. walau tiada lagi aku. walau sudah habis kita.

aku benar-benar meminta, semoga semuanya dijaga tuhan. untuk terima kasihku, terima kasihku yang tidak habis dan kerana rasa sayangku, rasa sayangku masih tetap di sini. untuk semuanya. untuk setiapnya.

aku sudah habis dengan semua pertikaian.
aku sudah hilang dengan semua keadaan.
aku sudah pergi dengan semua kenangan.

dan doa ini, adalah doa dari dakapanku yang paling dalam.

No comments: