Saturday, February 12, 2011

Dari Lib ke Jerteh| Cik SI & Cik SM


Salam

Hari ni melepak kat lib dengan budak Pqah Manaf. Sungguh sungguh ni buat Khemiyya. Haha, bila dah boring, buat phizix. Lastnya, buat addmath lagi best. Huk huk huk. Oh yaa, jumpa Zul senoir f5 2010 yeahh yeahhh. Nak dijadikan cerita, macam mana terkeluar bicara nak pergi SMO, mahu beli buku buku latihan rujukan segala bagai. Tup tup, telefon mama

'nak pergi smo, ma'

mama cakap petang nanti. Study dulu kat lib tu. Haha, lepas tu tepon uncle manaf. Dengar pqah cakap 

'nak pergi jerteh, ayaaaaaahhh [nada manja auuww auuuwwww]' haha.

Tup tup, ayah dia dah pergi la jerteh. haha, tepon papa aku plak

'pa, nak gi smo'

tup tup lagi

'laa, pa duk jerteh doh ni' erkkk. =_="

huahuahuahua. takpe laa. takde rezeki. haha, tiba tiba papa tepon cakap nak mari amik pulak. tapi, cik pqah pulak tak jadi atas sebab sebab tertentu, heeeee. okey, biarlah. sedang enak enak makan aishkrim bawah pokok, tetiba uncle manaf tepon cakap che su nak pergi jerteh. haha, so.. che su amik kitorang kat lib laa. cehh, jadi jugak pergi. maknanya, kalau dah jodoh tak ke mana (?)

papa datang hantar duet dulu, hak hak. lepas tu, borak kejap dengan ustazah maimunah yang datang nak amik anaknya kat lib. Huhu, mula mula kitorang pergi galeri hidayah. Ronda ronda nampak Penulis yang Disayang Tuhan. Omaigod! Terus sambar, haha.

Lepas tu, che su and others pergi galeri hidayah yang satu lagi. Aku dengan pqah ke econjaya. Baru laa kami susul ke Galeri jugak. Nampak Kita Hanya Di Seberang Jalan. Huhu, jimat cermat Cik Sya Izz. Haha, iya laaa. Pandang pandang je laa novel novel tu semua. Bila masuk Pustaka Timur, nampak koleksi buku Faisal Tehrani. Ada Ketupat Cinta, Tuhan Manusia, Bahlut, Tunggu Teduh Dulu dan others. Aku tercari cari Manikam Kalbu, tapi takde. Rasanya, aku mahu kumpul novel novel FT laa pula. Bila dah baca MK, terus rasa macam nak baca novelnya yang lain. Tapi, cover kebanyakan tak berapa cantik.. tu yang takde mood nak beli. Hahaha, yang penting cheritanya, erkk. :P

Tempat last, SMO. Huhu, beli buku buku latihan. Amik mood, semangat baru lepas exam tov ni. Mesti belajar sungguh sungguh heeee. Che Su belanja makan kat restoran. Hehe, terus Che Su hantar balik rumah. Hak hak hak. Tak rancang pun nak beli belah dengan budak Pqah ni. Pertama kali lepak gini. Uhukss. Best kan kan kan? :D

Malam, ada tuisyen Khemiyya. Rasa malas je menggoda, tapi digagahkan juga pergi. Haha, sebab result Khemiyya menyakitkan hati kan :P Seronok sangat belajar Chem. Haha. 

'naphthalene tu ubat gegat laa, ubat lipas tu'

semua senyap. semua dah tahu. tetiba,

'laaaa, oooo' buat muka baru tahu.

tup tup, semua pandang aku [Cg, Razi, Aiman, Akkir, Izzat, Qilah, Ba]
lepas tu diorang ketawa. Terutama budak Aiman, ketawa punya sungguh sungguh.
Ceh, aku hempuk jugak kan nanti =_="

'erkk, erkk. Hehe'

Dah memang aku baru tahu, atau aku tak ingat kalau cikgu kat sekolah pernah cakap kot haha.

Tadi, sebaris boys di depan budak sn ict. Kami sebaris di belakang, budak sn tulen. Ermm, tuisyen tempat yang amat best dan sempoi untuk belajar. Alaa, memang laa best. Sebab, kami kami je semua. Dari tahun lepas lagi, mengadap muka sama. Kat sekolah mereka. Kat tuisyen pun mereka. Tapi, cool laa mereka. Aku suka aku suka aku suka hoho.

Dah nak balik, salam. Tangan cikgu masih belum lepas

'cikgu, cikgu comel laa'

cikgu sengih. buat muka terkejut, teruja terharu. Haha, serius. Memang cikgu comel sangat, terutama bila bercakap dan senyum. Lesung pipit jelas terserlah. Haha.

Sudah laa, itu je cerita hari ini. :)


No comments: