** the laughs and tears in life, are forever to remember **
|
|
♥
♥
♥
♥
♥
|
|
Fairy Tales Dreams Of Mine
** the laughs and tears in life, are forever to remember ** Memories' Owner
Sya Izz December 25,1995 | 2 Sya'aban 1416h. She used to say: "I have been fighting for so long. It doesn't make sense to give up now." Hajar & Haizum
Friday, March 16, 2012 | 9:08 PM
Kenangan yang indah, bersama Hajar dan Haizum. :) Khamis. Jumaat. Sabtu. Ahad. 090312-120312 Tido sama-sama (n_n) Pergi mencipta memori di pantai~ Main lari-lari, kongsi Magnum Classic, lempar-lempar pasir, gambar-gambar senyuman, main budak kecik, jalan tanpa selipar, main menggelongsor turun dari pasir, tengok pemandangan~ 1815-1920,100312 :) Serang rumah Cik Pqah, berdiri luar pagar sambil tunggu anak kunci~ Elok lah tu, dekat maghrib sampai, balik lepas isyak. ohoi, nak buat macam mana... rumah cik pqah 'jauuuuh' sangat. haha. =.=' Bebudak ni laa, nak kenal sangat rumah TKP =D Aja balik terus ke rumah lepas kelas tambahan. Kesian Ejum sorang-sorang tunggu kat rumah, tu laa, siapa suruh tak ada kelas ~ Hoho, kesiaaaan sekali lagi kepada Ejum sebab lamaaa tunggu ayah dia datang jemput. Malam baru sampai :D Ye laa, Perak tu jauuuuh wahai Ejum :P Lepak berdua dengan Ejum pada waktu petang, borak-borak, gelak-gelak, tido-tido, uhuuuu sempat lagi Ejum 'mengamuk' sebab nak balik, kan? Nasib baik Ejum budak baik.. Kak Iqa sayang Ejum, muah muahhh :* Banyak sebenarnya kenangan bersama mereka. Uhuuu. Dengan bilik bersepahnya, alahai sebulan tak balik rumah kan.. jadinya kita pulun basuh kain baju bila dah kering, nampak gayanya bertimbun laa dalam bilik. Dengan satu malam yang panas, uhuuu, kesian budak berdua tu. Itulah, dua malam pertama korang rasa macam duduk kat hotel kan? Malam terakhir, rasa macam duduk kat pondok buruk pulak. Haha, siapa suruh mende alah tu buat hal~ Panas. Panas. Takpe, kenangan :D Dengan mengamuknya, haha rahasia kita bertiga kan... wahai Cik Hajar dan Cik Haizum? Hoho. Selamba-yayaya je pergi ke kelas sejarah (Ahad) pukul 0915 (walaupun kelas sepatutnya mula pukul 0830 =.='). Erk, kelas habis pukul 1000. Haha, nasib cikgu tak marah. Ketuk pintu, sengih, duduk sambil kena 'hentam' dengan bebudak ni hahaha~ Tak tercerita memori bersama mereka, ;) Akan dijadikan kenangan indah hingga akhir hayat Terima kasih untuk kenangan bersama, sayang Hajar Afiah, sayang Nur Haizum. :) PS. Sangat suka nama Haizum, yang memberi makna Ketabahan. Hehe, suka kacau Ejum. Sebab, Ejum seorang yang sangat sangat sangat sangat baik. Kan Hajar? ^_^ Labels: My friends, My Juniors, My laughs, My Lovers, My memories, My pictures, My tears, My Words, Precious school sprinkles of words? Sebulan
Thursday, March 15, 2012 | 9:02 AM
Sebulan terperap dalam kawasan sekolah. Pagi petang, siang malam, uhuuuuuu, :) Hari itu, budak-budak kelas Q sangat beruntung, sebab mereka dapat menghirup udara di luar sekolah untuk menghadiri kem sains. Haha, kitorang punya laa jeles =.=' Majlis Thaqofah Islami (BADAR, PRS, PSS) Kem yang agak, hmm, menarik. Kumpulan 1. Dengan Nick, Pok Jat, Mira, Ida, dan ramai lagi. Ada kuliah tiga minit. Ada pengucapan awam yang melucukan, erk, kesian Nick, Seri, Imran. Terkena, dushhh. Tapi, aku paling suka pengucapan Nick. Haha, penuh dramaaaaaaaa. Teruk dikerjakan oleh kitorang satu dewan :D Nasib laa kan? Hihi. Senaman pagi, nyanyi sama-sama dengan bertemakan lagu Menuju Wawasan. Lepas tu, peluk bahu kawan-kawan.. Masa itu, memang rasa wahhh aku sayang sangat semua orang :) ~ Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik, dari semalam ~ Mesyuarat Agung; di maktabah. Panggil setiap orang perkenal nama. Yeah, ukhuwwah perlu erat. Perlu ada ikatan macam satu keluarga. Librarian, kita satu keluarga kan? =) Awal-awal lagi Hani dah pesan, kena garang, takpun buat-buat garang. Okey, Amin cakap dah cukup tegas dah malam tu. Heeeee. Pagi rehearsal. Pagi yang kecoh. Uhuuu, mengamuk ~ Lalalala. Maaflah, emosi tak boleh kawal. Cakap pun erk, dah tak main cakap-cakap biasa dah. Maaf adik-adik, kak tak tunjuk contoh yang baik hari itu. Huhu. Encik A dengan aku pun sama-sama panas je waktu tu. Haha, dah aku tak cakap elok-elok dengan dia... Makanya, satu pengajaran untuk hari itu; jangan emo, dan jangan bercakap tika kamu sedang marah. Better diam. Alahai. Lepas keadaan dah tenang, baru pergi minta maaf cakap elok-elok. Orait, setel :) Waktu lepas adegan yang membara tu, uhuuu, panggil all librarian girls then buat satu bulatan. Okay, kita kena kenal dengan lebih dekat, dan yang penting... senyum! =D Sebetulnya, kem ni agak best :) Tambah-tambah bila duduk asrama waktu takde orang sangat. Rasa asrama tu kita yang punya, haha. Keesokan Ahadnya, baru Majlis Watikah :D Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Oh, kem yang banyak memberi makna. Terima kasih, warga yang terlibat.. ^_^ * * * * * * Sebulan tu jangka masa yang lama kan? Minggu lepas, cuti tiga hari. Sepatutnya, ye lah..Semangat betul kitorang nak balik minggu itu. Kui kui kui. Kemudian, waktu kelas malam, addmath, warden bercakap kat surau tapi still, boleh dengar hingga ke kelas. Dan, yeah yeah amik engkau minggu tu tak dapat balik. Haha, mengamuk bebudak ni ~ Mata dah berair dah, bila kat surau, haha tak payah cakap la. Memang rasa nak mengamuk, dan nangis. Eh eh, nak buat macam mana.. Dah berapa minggu tak balik rumah.. Huhuhu, sedih. Malam tu, mogok punya pasal.. Masuk bilik, semua senyap je. Tido awal. Jadual waktu untuk esok tak sedia lagi. Baju belum gosok lagi. Yang penting, tido! :) Esok tu, baru dah okay.. Baru dapat terima kenyataan. Hmmm. Minggu Bakat. Aku wakil catur. Haha. Tak puas hati! Zainab, kak kalah sebab kesilapan teknikal tuuuu (tak dapat terima kenyataan :D) Silap aku, tak nampak queen dia dah siap sedia nak menyerang. Selamba-yayaya je alihkan castle. Ceh. Maaf A102, kemenangan saya tertunda~ Haha. Main batu seremban; kalah. Congkak; kalah. Minggu Sukan. Bola Jaring. Haha, aku Center. Tapi, ha'aa laa lawan dengan budak geng bola jaring uhuuu kalah laa maknanya. Tapi, main memang dengan keseronokan yang amat. Jerit situ sini, berapa kali Kak Shida tiup wisel waktu kitorang main sebab banyak faults. Haha, hentam sajalah ~ Jatuh situ sini. Memang seronok! Kitorang memang enjoyyyy :D Oh, Bola Tampar.. Hehe, pun kalaaah. Nak buat macam mana, lawan dengan geng bola tampar jugak. Uhuuuhhh. Aku tak main la bola tampar, malas.. Bagi sokongan je dari dekat, sambil berbaring di atas rumput bertemankan Hajar, Haizum. Lalala. Sempoi je ~ Bak kata Azlina, Ketua Bilik A102 (H).. Kitorang simpan kemenangan untuk pertandingan hafazan, tilawah, nasyid, sketsa dan fesyen muslimah. Haha. Macam-macam laaa :) * * * * * * Dah pandai kawal diri siket-siket. Dah kurang tido, yeah! InsyaAllah, things will come better in future :D Doakan! Cik Sya Izz, jom! Jom study ~ Eh, dah bulan 3? Apaaa ni. SPM bulan 11. Erk. *pengsan* PS. Cerita nanti, kisah Hajar dan Haizum. Budak kesayangan hati <3 PS II. Rasa kena tembak, bila orang tu cakap, "hilang pah mano semangat tu.. ada orang curi ko? ~ =.=' Tetiba rasa, ah tak boleh jadi ni.. Kena semangat semangat dan semangat! Terima kasih :) Labels: My Du'a, My Exams, My Family, My friends, My laughs, My Lovers, My memories, My Teachers, My tears, My Words, Precious school sprinkles of words? ........................
Wednesday, March 14, 2012 | 10:47 AM
Labels: My quotations, My tears, My Words sprinkles of words? Heart
Monday, March 12, 2012 | 5:14 PM
Labels: My friends, My laughs, My Lovers, My memories, My pictures, My quotations, Precious school sprinkles of words? Satu Keputusan
Saturday, February 11, 2012 | 12:58 PM
Dah fikir dalam-dalam, dah bertanya pendapat kesayangan-kesayangan hati, dan rasanya dah buat keputusan. Argh, Sya Izz ni memang.. payah kalau nak buat keputusan sendiri, lagi-lagi kalau perlu memilih antara dua pilihan. Okey, fikir dalam-dalam, ambil satu keputusan, dan serahkan semua pada Allah. Titik. =) Dapat satu amanah, kemudian pada suatu malam bersama geng usrah, kak Jeny sebut pasal amanah. Ya, itu adalah amanah. Sya Izz dah jadi orang yang super duper suka tido sekarang. Eish, teruknya! Rasanya, aku seorang je yang awal-awal lagi dah tido tika jawab exam. Huhuhu. Oh, minggu lepas exam biology paper 2, dan waktu Cg Aida kasi kertas exam tuuuu.. sangat laa mengantuk. Dapat kertas, tulis nama dengan senget bengetnya macam budak tadika dan tak sempat bukak pun lagi soalan tup tup tup terus tertido. Nasib baik la exam tu 2 jam setengah. Huhu, tetido dalam setengah jam. Bangun je, nampak kawan-kawan lain tengah tekun menjawab. Haaaah, tak hairan la kan kalau aku rasa aku nak dapat gagal je exam kali ini. :'( Kalau physics, bila datang penyakit mengantuk ni, haihhh kalau nampak soalan kira-kira yang agak memusingkan kepala sikit, terus jadi malas nak kira dan hasilnya yeahh yeahhh kita main bulat je mana-mana jawapan yang dirasakan best. Dan sekali lagi, tak hairanlah kalau physics kali ini merudum jatuh markah daripada tahun lepas. Haha. Sekarang, aku rasa macam aku sangat jatuh cinta dengan makcik chemistry je. :D Sebab bagi aku, chemistry tak banyak kerenah macam bio dan phy. Lalalala. Sya Izz memang phsycho. Dia tido macam biasa, malah kalau dia bangun pun, nak kata awal tu takde la awal macam orang lain haha tapi dalam kelas dia sangat suka tido sebab dia akan rasa mengantuk sangat-sangat, tidak kira masa dan ketika. Lantaklah awal pagi ke, tengah hari ke, haihhhh. Satu lagi kegemaran terbaru dia sekarang adalah, dia sangat suka makan biskut. Haha, biasalah budak hostel. Biskut memang sedap! =.=' Jadi, sekarang dia perlu pilihan yang terbaik untuk diri dia. Sebab yang nak ambil SPM tahun ini, dia. Bukannya orang lain. Hailaaa. Pening-pening. Okay, macam Cg Zmah cakap, cikgu tak boleh tolong buat keputusan sebab ini hidup dia. Dia yang perlu berani buat keputusan sendiri. Okay. Memang, tak boleh pilih dua-dua. Terpaksa lepaskan salah satu, dan itu namanya pengorbanan. Hidup, memang perlu memilih. Pilihlah yang mana terbaik dan setelah bercerita dan bertanya kepada mereka, mereka dan mereka, aku dah buat satu keputusan. Ya. Dah, berhenti daripada fikir lagi, cuma pegang je keputusan yang dah dibuat tu. InsyaAllah, lepaskan semuanya pada Dia yang lebih mengetahui. :) Okay laa, esok exam biology kertas 3 dan QS. Jom, pergi hafal QS. Hoho. May Allah bless, through days and nights. Assalamualaikum, =D PS. Saya sayang kakak saya, Fatin Fatihah <3 Labels: My Du'a, My Exams, My Family, My friends, My laughs, My Lovers, My memories, My tears, My Words, Precious school sprinkles of words? Bertahan
Saturday, February 4, 2012 | 4:31 PM
:) Sangat rindu untuk mencoret sesuatu di sini, untuk mencurah cerita di sini, tapi apalah daya :D Em, Ustaz Ghani dah pindah. Guru kelas kitorang, yang kitorang panggil Papa Ronny :P Hehe, macam tak percaya ustaz pindah. Sebab, hari Rabu elok-elok je belajar Arab dengan ustaz, bergelak tawa segala bagai macam biasa dan tiba-tiba keesokan harinya, ustaz masuk kelas waktu Cikgu Mat Chik tengah mengajar untuk cakap byebye sebab ustaz akan pindah. Omaigod, bebudak ni macam tak percaya. Erk, tak nak percaya sebenarnya. Siap cakap lagi ustaz tipu. Tapi, hakikatnya betul. Ustaz siap bagi lagi cenderahati, letak kat meja guru, dan ustaz pesan agar belajar sungguh-sungguh. Jumaat lepas, budak hostel tak balik. Pagi tu, ustaz datang sekolah kemas barang. Pergi la ramai-ramai jumpa ustaz kat bilik guru. Apa lagi, drama air mata laaa. Haha, tak tahu kenapa boleh nangis sampai macam tu. :'( Sedih laa. Selama ni best je belajar dengan ustaz, walaupun sentiasa rasa lemah jantung haha berdebar tapi lucu. Ramai yang nangis, taknak ustaz pergi. Rushdian 2012; ada banyak kenangan dengan ustaz, walaupun belajar sempat sebulan je. Dengan berdebarnya, dengan berdiri dalam kelas lah, kena itu kena ini alahai kenangan semuanya tu. Kenangan yang manis. Terima kasih, ustaz :D * * * * * * Sabtu lepas jugak, pergi ke Karnival Jom Masuk U 2012. Uhuuu, penat sungguh mengutip beg, pen, keychain dan buku nota. Haha, bila bawak balik, dihitung-hitung, ada la dapat berbelas batang pen kot. Uhuu, simpan simpan, buat kenangan. Yang flyers, pamplets tu kita baca lepas SPM okay. Sekarang kita simpan kemas-kemas dalam almari dahulu =) Malam yang, entah. Alhamdulillah, Allah ada. Kena yakin, Allah ada! Maka, pagi esoknya jawab peperiksaan Bahasa Melayu dengan tiada persediaan. Aci redah sahaja. Hoho. Memang redah tahap tak ingat laa. Dugaan betul ~ * * * * * * Isnin demam. Tak exam, tido di sickbay dari pagi sampai ke tengahari. Bestnya dapat tido, nikmat sangat sangat sangat :) Petang malam, tak boleh buat apa apa. Diam je, tido. Macam biasa, kena paksa makan ubat. Uhuuuu. Exam SI keesokan harinya pun memang tawakkal yang amat la. Hohoho. Nasib baik exam TOV je =.=' Sihat, setelah sakit adalah nikmat yang sangat sangat sangat sangat perlu disyukuri, Alhamdulillah =D * * * * * * Minggu yang meletihkan sebenarnya, dengan kejadian yang tak diduga, dengan itu dan ini. Kadang-kadang rasa sesak sangat, rasa macam kena lenyek dengan penggelek, rasa nak pergi atas bukit dan menjerit kuat-kuat. Letih; sampai buat soalan matematik, baru nombor dua tapi sudah terlelap untuk setengah jam. Dush. Alahai. Makanya, hari Khamis adalah hari yang paling syok dan bahagia. Hari untuk pulang ke baiti jannati. Untuk melihat, menghabiskan masa dengan kesayangan-kesayangan hati. Huuuuu, bertahan bertahan bertahan. Tu je cara yang aku boleh pikir sekarang, dan, buat masa ini, aku akan bertahan, hingga terdaya. * * * * * * Kena kuat, kena kuat dan kena sentiasa kuat. Kena yakin, kena pikir benda yang betul. Allah, permudahkanlah :) pujuk hati, cari semangat, jangan biar jatuh jangan rebah tak bertempat, jangan campur adukkan emosi dalam segala hal, kena jadi budak yang professional, yang tahu untuk berfikir dengan tenang saat keadaan merunsingkan hati kena jaga hati dan perasaan orang lain jugak kena ada tutur kata yang hikmah takpe, takpe orang tak faham kita takpe Allah kan ada? Allah tahu setiap bisikan hati Allah tahu tak payah kecewa tak payah emo dunia memang tempat untuk berpenat lelah kan? tempat untuk berperih jerih, takpe, Allah tahu setiap air mata yang tumpah Allah akan rawat kesakitan, keperitan, kekecewaan itu suatu hari nanti, dengan kegembiraan, kebahagiaan bersangka baik pada semua orang hablun min Allah, hablun min an nas biar Allah sayang, dan orang juga sayang insyaAllah. Kena kuat! Hati, jangan mudah lembik. Jangan lembik! Allah ada, kan? Ya, Allah ada. Allah ada. :) Labels: My Du'a, My Exams, My Family, My friends, My laughs, My Lovers, My memories, My Teachers, My tears, My Words, Precious school sprinkles of words? Fragile
Tuesday, January 24, 2012 | 11:57 AM
Kena yakin, kena percaya yang everything happens for a reason. Kena tahu, yang Dia lebih tahu apa yang terbaik. Dia ada perancangan tersendiri untuk hidup aku, perancangan yang aku mungkin sekarang ini aku masih belum mampu memikirkan hikmahnya. Suatu hari nanti, mungkin aku akan dapat mencari tahu hikmah di sebalik segala yang telah terjadi, yang dirancangkan oleh Dia :) Kena yakin yang sebenar-benar yakin, Dia tidak akan tinggalkan aku. Dia sentiasa ada untuk aku. Pahit yang Dia kasi dalam hidup ini, semata-mata untuk memperkuatkan aku. Manis yang Dia kasi dalam hidup ini, cukuplah untuk aku syukuri nikmatNya. Dia tahu, segala yang tersembunyi dalam hati aku Dia tahu, segala apa rasa yang hadir dan aku percaya, Dia mendengar setiap sesuatu walaupun hanya bisikan perlahan
Wahai diri sendiri, Bersangka baik lah pada manusia sekeliling ^_^ Be a strong girl! Jangan menyusahkan orang lain. Takpe takpe. Allah ada. Allah ada. Indeed, Allah ada. Yang paling penting, untuk dua minggu (bermula sekarang hingga akan datang) sila jangan cepat emo =.=' Macam lah aku tak kenal engkau, sekali emosi kau down, semua benda akan turut down juga Macam lah aku tak tahu yang engkau, sangat sukar untuk mengawal emosi sangat payah untuk memprofessionalkan emosi sebab engkau, sebenarnya sangat fragile tapi! engkau boleh buat, percaya lah pada diri sendiri :) cuba ya? Jangan emo, kesian pada diri sendiri engkau kan mahu jadi go0d girl, haruslah tidak mudah melatah, tidak cengeng, tidak rapuh kerna sebenarnya kau masih punya cebisan kekuatan yeahhh yeahhhh! :D * Minggu depan, peperiksaan TOV. Omaigod :') InsyaAllah, cuba yang terbaik, buat yang terbaik! Yang penting, usaha tahap bermati-matian dahulu, baru lah engkau tidak malu untuk bertawakkal. Takpe, takpe, kita naik perlahan-lahan. Jangan sesekali mengalah, semangat harus tetap tinggi! Kalau tidak boleh berlari, berjalan lah. Kalau tidak boleh berjalan, merangkak lah. Lakukan apa sahaja, agar jangan pernah berhenti daripada terus mengayunkan langkah! Ingat yaa budak, akan kata-kata ini, "Jika jatuh untuk kali ketujuh, maka bangunlah untuk kali kelapan." :) PS. Jumpa dua minggu lagi, insyaAllah ~ Moga Allah mempermudahkan segala urusan kami... salam Dhuha, go0d-girl-wanna-be =) Labels: My Du'a, My Exams, My memories, My quotations, My R, My tears, My Words, Precious school sprinkles of words? Merentas Desa 2012, dan kenangannya :)
Saturday, January 21, 2012 | 10:31 PM
Seminggu yang meletihkan, :D ![]() Ke sekolah seperti biasa namun terasa sedikit kekurangan di dalam kelas, kerana tiada lagi yang bernama Ilman Hakim. Okay, selamat maju jaya di SHAMS wahai kawanku! :) Macam pelik je Ime takde dalam kelas, dia pun sempat minta maaf dengan aku waktu hari Khamis. Terkejut jugak budak-budak perempuan yang lain, bila hari Ahad tu tengok-tengok Ime dah pindah. Ouh, apaaa ni. Haha, dulu aku paling anti dengan budak ni. Tak payah cakap la, memang tak sebulu dalam kelas tahun lepas. Dah laa asyik gaduh. Tup tup, akhir tahun hari itu, lepas dia cerita-cerita dekat aku, oh baru aku tahu bla bla bla bla bla. Tak gaduh dah, dah 'kawan baik' dah :D Apa pun, moga bahagia di sana! Good luck kawan! ^^ Rushdian di sini, akan merinduimu ~ * * * * * * Berlari-larian ke pagar aspuri, waktu pulang dari sekolah. Sudah tentu dengan gadis tersayang; Husna Munirah. Tak ada orang daaaah, erk ada laa jugak budak-budak perempuan yang lain di sepanjang laluan pulang ke aspuri tuu tapi entah kenapa sungguh riuh bergurau-senda dengan Husna. Main tarik-tarik tudung (versi manja punya hahaha), bergelak tawa, aduhai hingga ke dewan makan terus berperangai begitu. Hoho, macam budak-budak. Erk, buat malu kat budak-budak junior je =.= Takpe, tak kisah, salah satu kenangan yang manis bersama Husna tercinta! Saya sayang Husna :D Selalu, cakap dengan Husna yang aku sayang dia. Dia mesti sengih jeeeee, dan semestinya lepas tu aku akan tanya dia, "romantik tak aku?" Haha. Dan dia akan senyuuuuum sambil cakap yang aku ni memang romantik. Ekeke. =) * * * * * * Waktu Matematik Tambahan, cakap dengan Husna, tak mahu mengantuk.. tak mahu mengantuk. Masa tu cikgu baru masuk, tudung pun dah tak tentu arah, terkelepet tak tentu pasal, tak lipat pun, malas, mengantuk, hoho.. Bila duduk, berpaling ke arah Husna sambil buat muka manja.. suruh Husna yang tolong lipat tudung. Haha, suakan muka tak malu ni dekat dia, dan dia dengan manisnya meng-adjust tudung aku, lipat situ lipat sini. Haa, dah cantik dah, hihihi. Terima kasih Husna, Husna yang cantik dan baaaaaaaik. Allah je la yang tahu betapa sayangnya aku pada Husna! :) * * * * * * Tika Bahasa Arab, ada la Ustaz tanya soalan kan. Huhu, Ustaz jalan-jalan tup tup berhenti kat tempat duduk aku, pergh bila ditanya aku jawab apa entah dan ustaz, biasalah, selalu je acah orang. Grrr, bila kena acah dengan ustaz... punya laa terkejut! Terus palingkan muka, letak dekat bahu Husna, ala-ala nak peluk Husna dah, sambil menjerit sikit-sikit. Bebudak ni ketawa je. Erk. Baru faham perasaan Ipa yang sentiasa kena acah dengan Ustaz. Haha. Kelas ustaz akan buat kitorang rasa lemah jantung hihi tapi dalam masa yang sama, menghiburkan :) * * * * * * Hari pertama latihan merentas desa, huuuuu, penat, berlari-larian dengan Cik Bam Bam. Ehehe. Sejak jadi budak hostel ni, jarang dah dapat habiskan masa bersama dia macam tahun lepas... Di jalan, sama-sama bukak kasut, dan berlari-larian di petang yang nyaman dengan hanya berstokin, erk berkaki ayam laa jugak. Penat laa lari pakai kasut. Haha, sukaaaa perangai laa kitorang ni :D Takpe, takpe, salah satu kenangan yang amat indah ^^ Aku rindu Cik Bam Bam. Hihi, dan aku tahu Cik Bam Bam pun merindukan aku. Sayang sangat sangat sangat Cik Bam Bam! Hari kedua latihan merentas desa, masih bersama Cik Bam Bam. Ekeke, seronok dapat gelakkan Cik Bam Bam bila konon-kononnya stamina aku dah lebih daripada dia. Dia pun macam ala-ala surrender dah. Hihi. Cik Bam Bam memang baik, dan Cik Bam Bam juga merupakan seorang guru yang baik. Ekeke, sungguh la, dia memang tak jemu nak mengajar aku. Huhu, admath, fizik, kimia.. Walaupun aku buat perangai entah apa apa bila belajar, macam benda senang pun aku tak tahu, tak boleh jawab atau tak ingat.. dia dengan baiknya akan ajar aku dan ajar ajar ajar walaupun perkara yang sama. Aduhai, saya sangat sayang Cik Bam Bam! Oh, Cik Bam Bam baru dapat nama baru ketika kami merentas desa bersama-sama. Tetiba datang ilham nak tukar gelaran dia dengan nama baru iaitu Bam Bam. Waktu tu kami tengah jalan bawah papan tanda jalan raya TUDM, huhu dengan selamba-yayaya jalan bawah papan tanda tu ala-ala sedang lalu bawah pedang.. military wedding laa konon-konon. Haha, macam macam perangai =.=' Cik Bam Bam, terima kasih! Cik Bam Bam pun suka aku panggil dia Bam Bam sebab dia cakap, macam cute aje~ =D * * * * * * Biologi. Memang mengantuk sangat-sangat. Tak tahu nak buat cara apa lagi dah. Tengok jam, ada setengah jam lagi. Erk, memang gila la nak bertahan dengar cikgu ajar apa kalau macam ni. Dush, kenapa mengantuk sangat ni?! Husna pun dah berapa kali gosok belakang aku, tak nak kasi aku tido. Tak payah cakap la berapa kali tersengguk, tak boleh nak kira. Rasa pening dah kepala, sebab asyik tersengguk. Erk. Makanya, bangun lah berdiri sorang-sorang dalam makmal tu sambil dengan cikgu mengajar. Dah tak mengantuk dah :D Segar sudah mata saya! Alhamdulillah, yeay yeayyyy :) Sungguh la best dapat berdiri, ekeke. * * * * * * Syariah Islamiah. Belajar bab perkahwinan. Waktu di tingkatan empat, Ustazah pernah cakap yang bab perkahwinan ini laaa yang budak-budak tingkatan lima paling suka belajar. Haha, sampaikan tak mahu khatam tajuk ni biar ustazah ajar setiap hari. Apa laaa. Dan hari itu, ustazah ajar kitorang bab perkahwinan. Kalau kebiasaannya, tengah hari, belajar SI, memang budak-budak ni mengantuk, kadang-kadang tak bagi perhatian sangat ustazah ajar tapi bila belajar bab ni phewwwit tak payah cakap laaa, semuanya segar belaka, tak ada yang mengantuk, tak ada yang tido. Ada tu, siap ingat muka surat lagi. Bila ustazah masuk kali kedua, terus bukak. Kalau selalu, liat sangat nak keluarkan buku teks dari beg. (aku la tu =P) Ada yang di sebelah tu, siap lipat lagi muka surat bab tu. Tersengih-sengih bila orang tu cakap kat aku yang dia siap lipat lagi muka surat tu, sebagai tanda. Senang nak cari bila ustazah masuk nak mengajar. Hahaha XD Kitorang, siap tak nak bagi ustazah keluar sebab nak belajar lagi. Haha, apaaa ni =.=' Kebetulan, ustazah terpaksa keluar awal sebab ada mesyuarat. Waktu ada pengumuman di buat, nak umumkan ada mesyuarat.. mengeluh kitorang, sebab tak nak kasi ustazah keluar kelas. Kan? Memang berminat laa sangat bila belajar bab kahwin-kahwin ni. Hahaha. Tak habis nak gelak dengan Husna, Pqoh, Ipa. Masing-masing tuduh masing-masing gedik, erk. Biar lah XD * * * * * * Hari Merentas Desa. Hujan renyai-renyai. Uhuuuu. Sungguh la penat berlari-larian, tak penat sangat pun sebenarnya. Lari-lari berhenti. Lari-lari berhenti. Sambil berlari-larian tu, borak-borak dengan Hajar, Adieya, Qilah, Eg, Hatimah, Mila dan ramaaaaai lagi. Jumpa je tegur, jumpa je tegur. Akhirnya, bila dah dekat nak sampai, berjalan je dengan Mila. Mila; kawan sejak Darjah Satu lagi. Alahai, rindunya zaman jadi budak-budak kecik! :D Aku, rumah Usamah (Hijau). Dapat nombor tiga! Huhu, tapi tak apa, Usamah memang selalu nombor tiga/ nombor empat je sejak aku tingkatan satu lagi. Tapi, tak apa lah. Hidup Usamah! Tetap setia dengan Usamah, haha :) Juara rumah sukan tahun ini, Khalid (kuning). Yeah, memang sangat dijangka ^^ Waktu acara pembahagian hadiah, memang gamat laaa. Terutama, bila Khalid dan Zubair konon-konon tunjuk gah rumah masing-masing. Bila pemenang itu dari rumah mereka, maka akan dikibar-kibarlah bendera mereka. Haha, semua itu mengundang gelak tawa kami. Sangat riuh, Khalid dan Zubair. Memang kecoh la suasana dengan gaya, telatah si pengibar bendera mereka. Masing-masing sempoi sangat! :) Oh, Zubair(biru) nombor dua. Nombor empat, Tariq (merah). Apa pun, terima kasih untuk kenangan merentas desa tahun ini, yang memenatkan, juga meriangkan! Sayang SMKANI =) * * * * * * Sejarah. Lepas habis kelas Sejarah, pergi salam dengan cikgu. Dan, cikgu ucap tahniah kepada aku sebab tak mengantuk dalam kelas hari ini. Hihi. Yeayyy, sedaya upaya nak bukak mata luas-luas dalam kelas, biar tak mengantuk dah :) Minggu ini banyak jugak emo-emo. Huhu, tapi nasib baiklah ada kawaaaaaaan yang sangat baik. ^^ Dah kongsi-kongsi cerita dengan Cg Zimah. Kongsi-kongsi cerita dengan Cg Faridah. Dah kongsi-kongsi cerita dengan Husna. Aku sangat sayangkan Husna, Hani, Pqah, Lina, Mira, Irah, Aja, dan semuaaaaaa orang. Semuanya memberikan aku pelbagai memori, yang cukup manis... Terima kasih, sebab sudi mendengar. Terima kasih, sebab sudi meminjamkan masa. Terima kasih, sebab sudi pinjamkan semangat. Terima kasih sangat, sebab sudi memberikan kasih sayang :) PS. Banyak sangat nak cerita, tapi tak tercerita. Bila jadi warga aspuri ni, terpaksa kumpul cerita banyak-banyak, maka tertulis panjang-panjang kat sini. Hehe. :) Labels: My Du'a, My friends, My laughs, My Lovers, My memories, My pictures, My Teachers, My tears, My Words, Precious school sprinkles of words? When The Sky Is The Limit ...
Saturday, January 14, 2012 | 11:10 AM
Ini memori akhir tahun, :) Bersama 4Rushd 2011 yang sangat memberi kenangan, suka dan duka, gelak serta tawa, yang sangat lah indah pabila dikenang :D Budak-budak ini, sangatlah suka main conteng-conteng. Ini, conteng ramai-ramai, lepas tu lekat pada papan kenyataan kelas, hailaaa ^^ Buku nota pertama untuk tahun ini :) Sejak dari tingkatan 1, aku simpan semua buku nota yang aku guna, dan memang sangat la banyak. Sampai Husna cakap, agak-agak dah berapa banyak buku nota yang aku ada. Dah boleh buat koleksi dah. Maklumlah, pantang pen di tangan, ada je benda yang mahu diconteng itu la ini la =P Rindu bilik sendiri, bukan bilik di asrama tapi bilik di rumah, huhu :( Papan ketuk-ketuk yang penuh dengan 'mereka'; kesayangan-kesayangan hati Saya rindu kakak saya. :) Rindu sangat-sangat. Eh, saya tahu dia pun rindu saya. Hahaha. Dan, Jom, haruslah jadi budak yang sangaaaaaaat kuat! Alaaa, petang ni dah kena balik aspuri ke? Alaaa, esok dah sekolah ke? Alaaaaaaaa. Dush, apa alaaaa alaaaaa ni, pergi sekolah tu nak tuntut ilmu la! Erk, betulkan niat, betulkan niat Moga-moga dah tak tersengguk dalam kelas daaaaaaah =.=' *semangat takmau tido, haha* Ah, haruslah ke sekolah dengan semangat yang takkan hilang! Takpe, takpe, bak kata Ustazah Shamsiah dalam kelas PSI hari itu.. "Sabar untuk setahun je, lepas tu bahagia" "Bila kamu tidak tahan akan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan" ~ Imam Syafi'e :) Sampai bertemu lagi, Assalamu'alaikum, may Allah bless! *When the sky is the limit, we trust our life to Allah, The Creator* Labels: My friends, My laughs, My Lovers, My memories, My pictures, My R, My tears, My Words, Precious school sprinkles of words? Strong Girl
Friday, January 13, 2012 | 11:10 PM
Sangat rindu untuk menulis, :) 020112. Isnin. Since sekolah dibuka pada keesokan harinya, maka bersiap-siaplah untuk menghadirkan diri ke asrama pada hari ini. Huhu. Pagi yang dingin, hujan. Hujan, sampai terpaksa main lari-lari dengan baju kurung biru hingga basah kuyup. Bila masuk ke dewan makan aspura, memang tersangat nampak betapa basah kuyupnya kami. Aku, Husna, Hani. Haih, sejuk. Tudung dah senget benget. Gelak je la dengan Husna :) Lama di dewan makan, berulang alik ke situ sini; sekejap ke kereta, sekejap ke pejabat. Tengok nama untuk kelas, alhamdulillah. Masih bersama Husna yang disayangi, serta mereka yang lain :D Husna yang baik, tolong daftarkan untuk aku =) Ekeke. Sejak tingkatan 3 mula rapat dengan dia, apatah lagi waktu di tingkatan 3 kami di Bilik 13, waktu di tingkatan 4 pula, sebaris tempat duduk, dan belum lagi berpisah dengan dia untuk tahun ini, duduk bersebelahan di dalam kelas, juga bersama di A102. Aku tahu, semua orang sayang Husna. Aku? Lagi laaaa sayang ^^ Cari papa, tak jumpa. Haha, keluar ke pekarangan sekolah bersama Husna lagi, kesian Husna, asyik ikut aku. Hihihi, melepas rindu kan? Nak public phone, takde duit. Satu sen tak bawa. Orang-orang kat situ pun takde, sepi je. Tup tup, nampak pak cik baju oren tengah berbual dengan Cikgu Rosmini kat belakang bilik KH. Hehe, senyum nakal dengan Husna. Berani tak, berani tak? Okey, terima kasih pak cik. Haha, pak cik. Aku patut panggil dia cikgu sebenarnya, tapi entah kenapa terkeluar pak cik. Terima kasih pak cik, kasi saya pinjam telefon. Hihihi, lepas tu asyik gelak je la dengan Husna. Haihhhh =.=, inilah gunanya bermuka tebal. Takpe takpe, darurat ^^ Konklusinya, A102 yang meriaaaaaah :D 030112. Selasa. Alhamdulillah, selamat kembali ke sekolah wahai budak tingkatan 5! :) *kecut perut* Perhimpunan di surau sekolah, sebab cuaca pun berarak mendung kelabu hujan rintik-rintik, maklumlah sekolah tu gunakan dewan yang bertapakkan bumi berbumbungkan langit :) Masuk ke kelas, bersama Husna. Hehe, asyik berkepit dengan Husna. Sila senyum kepada kawan-kawan yang dirindui, sambil bertukar cerita. Alahai, tak sangka dah jadi senior kan? Dah tuaaaa dah :D Oh, 5 Rushd yang dicintai, dirindui dan disayangi. Tahun ini Papa Ghani a.k.a. Ustaz Ghani yang jadi guru kelas kitorang. Bebudak ni memang, tiap kali kelas ustaz, memang terus rasa lemah jantung. Okey, biasa lah, tahun baru, warga sekelas pun ada yang bertukar, jadi kelas macam agak sepi sedikit. Ekeke, macam 4 Rushd tahun lepas tika awal-awal tahun. Huh, tak payah cakap la, memang macam kelas berhantu. Tapi, itu awal-awal tahun, bila dah biasaaaaa, terus kecoh sangat sangat sangat :P Jadi, hari pertama sekolah sudah belajar bahasa arab. Hehe, ustaz memang pantas dan efisien. Terus rasa berkarat otak, karat tahap tak ingat. Dush, apa ni Sya Izz. =.= Okey, ketua kelas bla bla bla dan carta organisasi kelas belum pilih siapa pemegang jawatannya. Selalu guru kelas yang pilih, tapi, hehe asyik belajar kan sampai tak tersebut siapa nak jadi peneraju kelas ~ Nak ubah kedudukan meja kelas pun, macam serba salah je sebab semua orang senyap. Haha, apa korang ni =.= Lepas tu, budak dua orang kat belakang aku tu datang ke tempat duduk aku, suruh bincang nak tukar macam mana bla bla bla. Bincang punya bincang, aku pergi la jalan dari satu tempat duduk ke satu tempat duduk yang lain untuk tanya persetujuan mereka. Alhamdulillah, mereka memang menyenangkan. :) 040112. Rabu. Ke kelas berpagi-pagian dengan Husna, :) Susun meja bla bla dan bla. Cikgu belum masuk kelas, semua senyap je. Erk, terdengar Hazim dengan Eeda suruh aku pergi ke depan, handle untuk pilih siapa ketua penolong bla bla bla, sebab kitorang tahu ustaz serahkan semua kat kitorang. Erk. Senyap lagi kelas. Eh, tak boleh jadi ni. Sampai bila tak habis, haha. Bangun, pergi ke depan. Lepas tu, mula bla bla bla dan mereka. Okey, settle, tulis-tulis kat papan hitam... duduk semula kat tempat duduk dan sambung study. Oh, dalam tengah hari, nangis sebab gaduh dengan kawan kot. Gaduh? Hahaha. ^^ Budak-budak. Kelas Sejarah pertama, sudah tersengguk dalam kelas. Apa ni. Sampai 'kena' dengan cikgu. Tup tup, 'Syafiqa!' Erk erk. =.= 050112. Khamis. 'Kena' lagi dengan cikgu BM. Haha, bukan tertido, tapi termengantuk. Asyik tersengguk je, tak tahan tak tahan. Huhu. Penyakit tido dah mai dah. Hailaaa, budaaaaaaak ni! Tido di A206, bersama adik-adik junior. Alahai, korang semua sungguh la memeriahkan hidup kak. Mula kenal dengan lebih mendalam mereka yang bernama Adieya, Haizum, Hilal, Fiqah, Naha, Wahidah dan adik-adik lain. Suka nyanyi lagu Tentang Dhia, untuk Dieya. Selalu cakap dekat dia yang aku ni Zikir, haha. Suka kacau Ejum yang manis, eh Ejum yang tersangat lah manis. Sejuk je hati bila tengok Ejum. Dan, aF.. terima kasih sebab perkenalkan kawan-kawan yang manis itu kepada kak. ^^ 060112. Jumaat. Jom buat sistem barter, haha. Geng adik-adik pulak yang datang 'menyerang' bilik kak. Meriahnya ada mereka, tambah pula malam tu tak ada prep, study dalam bilik je. Best! Rasa bersemangat nak habiskan kerja sekolah. Rasa bersemangat nak belajar. Sebab, tengok perempuan-perempuan kesayangan hati yang lain semuanya ada semangat yang sama :D 070112. Sabtu. Hari cuti yang best, oh lupa nak cakap.. ustaz kasi budak tingkatan 1 je balik. Huhu, tak adil! Haha, eh dah besar panjang pun nak buat perangai macam budak-budak ke? Hailaaa =.= Tapi, seronok jugak sebenarnya habiskan masa untuk berkasih sayang dengan kawan-kawan ni :) Petang tu, Nazifa dan Syahirah masuk asrama. Ramai sebenarnya kawan-kawan masuk asrama hari itu, huhu maka petang itu amat lah meriah. Hmmm. :D Tapi, tetiba rasa sedih. Rasa nak nangis je, huhu. Pergi atas, cari dia. Kesian dia layan kerenah aku, sampai ke surau dia temankan aku. Solat sebelah menyebelah, dan, bila tiba waktu untuk zikir munajat, sempat lagi teresak-esak pada dia. Haha, buat maluuuu je :) Malam tu, tido dalam pelukan dia. Sweetnya awak :D 080112. Ahad. Perhimpunan, macam biasa :) Sekali lagi, 'kena' waktu QS. Haha, ustazah sampai suruh aku bangun dan bacakan maksud hadis sebab tak nak kasi mengantuk rasanya. Alahai, waktu BA pula, orang terakhir yang ambil keputusan untuk duduk. Sebab aku ragu-ragu samada aku ingat atau tak. Tup tup, ustaz soal pulak dah, alah ustaz ni. Haha, nasib baik boleh jawab. Kan dah cakap, kelas ustaz memang best tapi selalu je rasa macam nak lemah jantung, hihi. Ipa lagi la, asyik kena je. :P Malamnya, ternangis. Kesian kawan-kawan, em, SM sorry! Tak tahu kenapa jadi macam tu, huhu. Di bilik, buat perangai macam budak-budak. Alih-alih, aku rasa nak gelak, bukan, memang dah gelak pun. Best la nangis, boleh tak nak nangis selalu? Sebab lucu tengok kawan-kawan caring sampai macam ni. Haha, syoknya ada ketua bilik macam Husna. Dia tahu je aku senyap malam tu, terus dia pergi tanya kenapa dengan aku. Apa lagi, menitik-nitik air mata ni haaa.. Haha. Diorang teman aku pergi atas, cehs, rasa dimanjai betul. Huhu ^^ Maaf banyak menyusahkan. Maaf sebab hati ni tak kental. 090112. Isnin Demam. Dari pukul 9 lebih sampai la pukul 11 lebih tido di sickbay. Uhuuu, memang tak tau nak kata apa lah. Nasib baik ada Ipa yang macho menemani :) Petang tu asyik tido je. Malam, prep macam biasa. Tapi, memang hari itu bertahan hidup dengan biskut keping Ipa je laa. Haha, terima kasih sayang. Sebelum tido, dalam pukul 12 pagi dipaksa makan ubat. Dush, punya la susah nak makan ubat. Setelah setahun lebih tak sentuh ubat, akhirnya terpaksa jugak. Lepas tu, tido dengan budak yang sangat caring itu :) Haihh, kenapa la orang-orang di sekeliling aku ini semuanya sangat menyentuh hati dan perasaan aku? Terima kasih, :D 100112. Selasa. Sebelum cikgu sejarah mengajar, cikgu jalan ke tempat aku, alah dekat je :P Sempat lagi cikgu senyum lepas tu cakap dekat aku samada mahu mengantuk lagi atau tidak dalam kelas ni, ekeke. Siap suruh Ipa di sebelah 'buat sesuatu' pada aku kalau aku termengantuk. Haha. Tak payah cakap la, memang banyak sangat dah kena dengan Ipa. Ni haa, sampai lebam tangan sebab kena cubit dengan Ipa. Selamba-yayaya je budak tu. Hihi. Takpe la, cubit tandanya sayang kan kan kan? =) Petang, bermeriahan di bilik dengan mereka. Kecoh je buat kerja sekolah. Ada di katil, di lantai. Main tanya-tanya kalau tak reti, sempat selang-seli borak-borak, ekeke :P Malam itu, budak itu panas badannya. Paksa paksa dia makan ubat. Kesian dia, aku sayang dia. Sayang sangat sangat sangat sangat sangat. 110112. Rabu. Ke sekolah dengan semangat tak mahu mengantuk, haha. Apa la =.= Tapi, biasalah. Selagi masih boleh bertahan, akan ku terus bertahan. Kawan-kawan dah tahu kot yang aku ni memang aku mengantuk dalam kelas. Dan, cikgu siap cakap lagi yang aku ni johan mengantuk. Oh, =.= Hazim siap cakap, yang seminggu lebih sekolah ni memang hari-hari aku akan mengantuk dalam kelas. Dush, habis laa habis laa. Tapi takpe, sila kuatkan semangat. Cubaaaaaaan. Cg Zimah cakap, doa banyak banyak. Juga, "tiada alasan, hanya peluang!" :) 120112. Khamis. Hari untuk balik rumah, yeayyy yeayyyyy! Dalam pukul 4 petang, pulang ke rumah. Hmm, sampai di rumah, baru tahu yang Kasih dah mati. Kesian Goku dan Goki tak ada ibu. Kesiannya. Rindu Kasih la, tapi Goku dan Goki dah besar. Hehe, waktu kecik, Goki yang sangat manja. Bila dah besar sikit ni, Goku pulak yang terlebih manja. Tadi pun, tertido di sofa dengan dia. Amik dia, main-main, lepas tu sama-sama tido, dia tido dekat aku. Alahai, kucing-kucing yang dirindui, :D * * * * * * Melepas gian menulis panjang-panjang, haha. Seminggu lebih ni, banyak sangat kasi pengalaman hidup. Terima kasih, Allah. Sebab hadiahkan pelangi dalam kehidupan aku :) Be a strong girl, tak mau dah nangis-nangis ni. Be a good girl. ^^ A106; Husna, Hani, Pqah, Azlina, Mira, Syahirah, Adieya, Mirah, Hanis. Seronok dengan korang :) dan, 5R 2012; selamat mencipta memori suka dan duka... ~ Syafiq, Ajwad, Aziz, Zakwan, Hazim, Ilman, Asyraf, Zulhilmi, Danial, Fattah, Ikhwan, Najdi. Khaleeda, Basirah, Aina, Nadiah, Ruhaiza, Wan Nabilah, Aisyah, Amirah, Maisarah, Syahirah, Farahim, Fatin, Nurul Nabilah, Faezadti, Nurul Syafiqa, Husna, Nazifa ~ :) Labels: Love letter, My Du'a, My Family, My friends, My laughs, My Lovers, My memories, My R, My Teachers, My tears, My Words, Precious school sprinkles of words? Unforgettable Flashbacks
Hajar & Haizum Sebulan ........................ Heart Satu Keputusan Bertahan Fragile Merentas Desa 2012, dan kenangannya :) When The Sky Is The Limit ... Strong Girl Back To The Past Fly Me To The Moon
Image from: Kristine May |