Thursday, December 31, 2009

Ceritera Cikgu Aina


Assalamualaikum!
Alhamdulillah.Akhirnya siap juga Ceritera Cikgu Aina.Huhu.Punyalah lama nak siapkan.        3/6/09-31/12/09.Hehe.Sebab apa lama?Sebab malas je sebenarnya.Ouh.Dah hari ni siap juga.Dah malas nak panjangkan.Terus buat akhir je.Dan sekarang Sya Izz sudah ada :


Kita Kawan Selamanya :


Zahin Sayang Ayah :


Ceritera Cikgu Aina :


Okay.Kalau nak baca,boleh baca di sana.Kalau baca di blog *Innesfree!* ... Tak berapa best.Sebab berpinar-pinar nak baca.Hehe.Apa-apa pun hari ini 31 Disember 2009 dan esok 1 Januari 2010.Mengharapkan yang terbaik !





Wednesday, December 30, 2009

~ Demi Masa ~


Assalamualaikum !

Hurm.Hari yang meletihkan.Tapi,seronok.Huhu.Hari ini sudah 30 Disember 2009.Tinggal sedikit masa lagi untuk 2009 melabuhkan tirai sebelum 2010 menjelma.

Al-’Asr 103: (1-3)

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.








Tuesday, December 29, 2009

~ Okay ! ~


Siapkan ...

Siapkan ...

Siapkan ...

Okay,Sya Izz ?



 (Erm.Okay!Harus siap!Secepat mungkin!)


Monday, December 28, 2009

Jendela Hati


Assalamualaikum ! Selamat malam !

Hmm.Perasaan aku sekarang ni?Rasa tak keruan.Berdebar-debar pun ada.Tak sabar.Gembira.Seronok.Macam-macam rasa.Sebabnya?Sebab tinggal beberapa hari lagi sesi persekolahan 2010 nak bermula.Hari Ahad ni.3 Januari 2010.PMR candidates.Form 3 student. :)





Cepat betul masa.Huhu.Rasa macam baru je cuti sekolah hari tu dan sekarang dah pun nak buka sekolah.PMR?Maknanya baca novel kena kurang.Pc kena kurang juga.TV kena kurang juga dan dah tak boleh main-main macam masa Form 1 & 2 dulu.Haha.Study.Study.Study.


Aku ingat lagi kata Cikgu Sumayyah @ Cikgu Su :

"Tugas awak semua ni study.Belajar.Enjoy waktu belajar.Dunia awak sekarang ni harus di beri keutamaan untuk study.Belajar dengan happy.Enjoy!Barulah perasaan minat dan suka tu datang. :) "





Lebih kurang macam tu laa Cikgu Su cakap.Dan betul laa apa yang cikgu cakap.Zaman persekolahan hanya sekali seumur hidup.Masa ini lah kita nak belajar dengan enjoy!Bina hubungan yang erat dengan kawan-kawan.Cipta kejayaan.Tiada kejayaan tanpa pengorbanan kan?.Enjoy masa belajar kita ni.Masa remaja.Warna-warni kan dunia kita dengan persahabatan,kejayaan !


Lontarkan...Kalau tidak ia meracun.Kongsikan...Walau hanya pada awan-awan. (Hlovate)

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
(Joseph Conrad)






[ [ TRUE COURAGE IS PURSUING OUR DREAM EVEN WHEN EVERYONE ELSE SAYS IT'S IMPOSSIBLE ] ]



Sunday, December 27, 2009

Poem - For Fantasy II


Look at stars!
so bright ...
you see them?
I hope so ...

See the moon?
It just one ...
That always here
By your side !

I do believe ...
you'll always with me
we together ...
shine our heart?

I miss you
so much as I can
and remember my words ..
please??

when you see the night sky ....
the shine stars ...
the bright moon ...
remember!
I'll always be here ...
In your fantasy heart !


~ My heart will go on ~


Every night in my dreams
I see you. I feel you.
That is how I know you go on

Far across the distance
And spaces between us
You have come to show you go on

Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on

Once more you open the door
And you’re here in my heart
And my heart will go on and on

Love can touch us one time
And last for a lifetime
And never go till we’re one

Love was when I loved you
One true time I hold to
In my life we’ll always go on

Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on

Once more you open the door
And you’re here in my heart
And my heart will go on and on

There is some love that will not go away
You’re here, there’s nothing I fear,
And I know that my heart will go on

We’ll stay forever this way
You are safe in my heart
And my heart will go on and on



 Huhu.Penangan Titanic.Tengok berulang kali pun tetap feel.Sad.Huhu.Ok.Ok.Tak nak jiwang-jiwang. :P


" He now only exist in my memory "


:(




Saturday, December 26, 2009

~ To Colour Earth ~


Assalamualaikum ! Salam 1 Malaysia !

Hmmm.Terima kasih untuk SYAZ atas gambar comel yang kamu edit untuk aku tu :P




( Jom Kita pakat serbu blog SYAZ.!!!)

~ Companion Generation ~





Sajak - Cuba Kau Lihat


Cuba kau lihat
Nun di atas sana
Bintang sedang tersenyum padamu
Dengan bicara kerlipan

Di sana itu ada awan
Pelbagai bentuk kabus harapan
Cinta hati itu yang harus
Meski hanya sementara

Cuba kau renung
Jauh di dasar laut
Yang luas jernih terbentang
Sedamai hatimu yang ikhlas

Di sana ada cahaya
Yang akan menerangi jalanmu
Carilah ia kerna ia bagaikan pelangi
Hanya muncul seketika namun terpatri selamanya


Friday, December 25, 2009

Aku mahu CERITA ...

Assalamualaikum !

Hmm.Hari yang sangat indah.Hehe.Mentang-mentang lah hari ni hari lahir aku.Hihi.Terima kasih semua!Korang ingat juga ye hari lahir aku ni.Haha.Sebab tu aku sayang korang sangat-sangat!Korang sayang aku tak?Haha.Terlebih dos gedik :P

Siapa yang first wish birthday aku malam tadi?Haha.Ada sorang je yang wish selepas maghrib.Maklumlah,dalam Islam .. Hari baru bermula selepas azan maghrib.Hehe.Terima kasih Nik.Hohoho.

Dan bila pukul 12 a.m. tadi ... Baru lah ramai juga yang wish.Ada Nudra yang kata-katanya sangat berharga untuk Sya Izz.Selepas itu,yang sentiasa menanti bersama aku hingga detik 12 a.m. ialah Kak Iylaa , Lyaa dan Hanis ! My great and pretty cousin ! Love you all!

Tak lupa juga Usha ... Cfa .. Una .. Ponti .. P.May .. Adham ...Kak Iylah a.k.a. Rex Birru2 ... Kak Teha ... Kak Atin ...Mierah ... Izzat .. Syaz(Yang ni kat shoutmix je.Huhu) .. Dan lain-lain.Haha.Fantastic!Sayang ... Sayang ... Sayang sangat korang !!!!

Hohoho.Hmmm.Aku sekarang ada kat rumah Ayah Mat tersayang!Banyak novel.Aduh!!'Gila' dibuatnya.Rasa macam nak curi aja buku-buku Che Ma dan Hanis ... Buat balik!Haha.Banyak sangat novel dan buku-buku remaja yang menarik!Semalam aja dah 5 buah aku baca!Naik tepu otak dibuatnya tapi tak kisah laa sebab cerita semua memang best!Semalam aku baca cerita Cinta Kau dan Aku ... Sarah dan Mawar ... Impiana ... Aku mahu saiz S ... Nasi Lemak Bonda ...

Hari ini masih ada Puteri Kristal menunggu!Ouh.Bak kata Kak Iylaa semalam ... " Iqa ni dah jadi macam hantu buku!Hantu .. Hihihi" .. Hohoho .. Sampai macam tu kena cop.Haha.Tak apa.Tak kisah.Bukan senang nak baca buku novel banyak-banyak ni.Kalau kat rumah aku ... Ehemm .. Jangan harap laa.Huhu.Tak pe.Selagi aku ada di sini .. Buku-buku akan sentiasa ada dalam genggaman aku.Haha.

Oh Yaa!Tahniah laa untuk Hanis sebab dapat tawaran masuk SHAMS.You're so cool gurl!I love you!You love me,darlingszz?Gedik.Haha.

Erm.Semalam result PMR dah diumumkan.Tahniah untuk sepupu-sepupu aku ... Yoe .. Ijak .. Kak Iylaa .. Hanan ... Tahniah atas kejayaan kalian.Aku tahu dan semua orang tahu yang kamu telah berikan yang terbaik!Kerna itu,aku sayang kalian!Dan kepada yang tidak mencapai target,jangan sesekali berputus asa.Kita telah dapat yang terbaik setimpal dengan usaha yang kita lakukan.Jadi,bak kata Ayah Mat ... Jangan sesekali mengalah!SPM masih ada.Semua yang berlaku pasti ada hikmah dan ingatlah kami semua sentiasa ada di sisi!Kami ada,keluarga ada dan kawan-kawan pun ada!Ingat ALLAH sentiasa sayang! :)

Yippi!I'm fourteen now!Haha.Apa pun,aku sayang semua!Semua yang aku kenal ! Sebab korang lah permata di hati . Aku sayang selamanya ! Jangan sesekali mengalah ! Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya !

"Give thanks to ALLAH.
For the moon and the stars.
Prays in all day full.
What is and what was "



25 December 1995 : I'm Fourteen !


Selamat hari lahir!

Selamat hari lahir !

Selamat hari lahir !

SYA IZZ



... Hahaha ...

I'm now 14 years old !

25 December 1995

Wednesday, December 23, 2009

* 1995 *


Assalamualaikum semua !

Ehem.Sedar tak sedar masa berlalu semakin pantas.Kita kini semakin membesar.Semakin dewasa.Aku juga macam tidak percaya.Telah lama aku tinggalkan tahun 1995.1995.Tahun aku lahir.Dan sekarang sudah tahun 2009.Satu perjalanan masa yang panjang.14 tahun.

Hmmm.Tidak dapat dinafikan yang aku bangga.Bangga?Sebab aku masih bergelar seorang manusia yang lahir pada tahun 90-an.Haha.1995.Tahun yang cukup istimewa.Zaman 90-an yang menarik biarpun aku hanya sempat melalui zaman 90-an selama 5 tahun sahaja.Kemudian,kita beralih kepada zaman yang lebih baik,berteknologi.Zaman 2000.Dan sekarang sudah pun 2009.Sangat pantas. :)

Sejujurnya,aku lebih suka zaman dahulu.Haha.Tapi,tidak lah dahulu sangat.Aku rindukan suasana kampung.Ya.Kampung.Betul-betul kampung.Hidup dengan alam.Mungkin macam cerita Kampung Boy?Haha.Sangat mendamaikan.Main dengan kawan-kawan.Mandi sungai.Lasak.



Semestinya bukan macam zaman sekarang.Sekarang nak keluar main basikal pun susah.Macam-macam bahaya.Sekarang pun dunia hanya dengan telefon,televisyen juga komputer.Segala-galanya siber.Macam ada yang kurang.Bagaikan terasa hidup keseorangan.Kerana?Kerana aku rindukan zaman main ting-ting,main bola beracun,main sembunyi-sembunyi,pondok-pondok dan lumba lari.Aku pun pernah merasa naik upih pinang.Haha. :P

Sekarang ini aku rasa nak bersua muka dengan jiran pun susah.Sebab utama juga ialah aku ni perempuan.Haha.Kadang-kadang jealous betul tengok adik-adik lelaki aku setiap petang keluar rumah main dengan geng-geng dia.Main basikal lah.Pergi memancing lah.Main WWE.Haha.Seronoknya mereka.Dan aku?Hari-hari dilalui dengan TV dan PC.Sangat membosankan!

Sungguh.Bila aku tengok cerita Kampung Boy ... Aku rasa macam rindu.Rindu?Aku pun nak jadi macam cerita Kampung Boy.Aku pun mahu hidup macam dalam Kampung Boy.Haha.Walaupun hanya sekadar cerita .. Tapi macam menyentuh perasaan aku.Tentang keseronokan hidup berkawan.Tentang betapa syoknya hidup dalam suasana yang tenang,damai di desa.



Bila kami sekeluarga berkumpul ... Memang riuh rendah! Ibu-ibu semua di dapur ... Memasak.Dan ayah-ayah semua lepak dan berbual-bual di luar.Dan kami,sepupu-sepupu ... Riuh berkumpul,bercerita.Tapi,tidak lupa juga telefon.Mesti ada yang akan main sms atau dengar lagu!Aku juga tidak terkecuali sebenarnya!Haha.

Tapi,keadaan berbeza waktu kami kecil.Sebab kalau jumpa mesti main.Main.Main dan terus main.Sebab itu dunia kami.Dunia kecil.Dunia kanak-kanak.Main ting-ting.Main bola.Lumba Lari.Sembunyi-sembunyi.Pondok-pondok.Memasak.Lubang tikus.Haha.Sungguh.Aku sangat rindukan semua itu!

Tapi .. Semuanya walaupun berbeza .. Tetap terindah dalam hidupku.Bergelar seorang manusia yang dikelilingi perasaan kekeluargaan yang kuat mendorong aku agar menghargai setiap detik ketika aku bersama mereka.Meski suasana telah berubah,aku tetap gembira.Kerana masih punya keluarga yang besar!Keluarga yang sangat aku sayang.

Dan aku percaya,segala detik-detik indah yang kami lalui sangat cukup untuk kami simpan sebagai momen terindah !!!! Kerana kasih itu cinta :)



Tuesday, December 22, 2009

Winter Season


Assalamulaikum ! Salam 1 Malaysia !

Hmmm.Apa khabar ?.Harap-harap semua sihat-sihat sahaja dan gembira sentiasa!
Hari ini memang hari yang sangat menyeronokkan.Gembira!Seronok!Berkumpul bersama sanak - saudara dan jiran-jiran tetangga !

Haha.Hari ni aku jadi interior designer.Ehemm.Bukan aku yang cakap tapi Che Ma ku yang tersayang kata !Haha.Tapi,mungkin aku suka jadi interior designer.Menyeronokkan.Bila tengok apa yang kita buat,jadi puas!Sebab kita yang buat!Haha.Apa-apa laa :P



Sedar tak sedar dah nak buka sekolah pun.Ouh.Tidak-tidak.Begitu cepat masa berlalu!Tapi,aku tak dapat lari lagi!Mahu tidak mahu tetap harus aku tempuhi jua.Pengalaman mendewasakan kita.Tapi,kenapa aku tak dewasa-dewasa pun?.Haha.Tadi jumpa cikgu Faridah kat kedai kek!Sempat borak-borak sekejap!Rindu cikgu :)

Sekarang,aku jadi semakin jiwang.Haha.Tapi tak karat lagi.Muahaha.Suka buat sajak-sajak yang bernada romantis mungkin?Ah!Mengarut jer laa.Apa pun,aku memang suka menulis,bercerita dan mencipta sajak.Adakah aku seorang yang puitis?.Romantis?Haha.Euu.

Nudra Shafini ... Sebenarnya aku tak pernah jumpa Nudra secara bertentang mata.Sebab?.Sebab Nudra jauh di Kuala Lumpur dan aku setia di sini.Terengganu.Hmmm.Tapi,Nudra kawan yang sangat baik.Kitorang macam serasi.Hanya kenal melalui blog,cerpen,emel,IluvIslam,telefon namun sudah kenal bagaikan lama.

Biasalah ... Kampung kami sama-sama di Kelantan!Haha.Mungkin juga kami rapat sebab kami ada minat yang sama.Suka menulis cerpen dan sajak.Tapi,semestinya yang Nudra punya cerpen lagi best ! Sayang Nudra !!!! Satu hari nanti,kita mesti akan jumpa !!!



P/s : Menanti detik 25 Disember 2009 !


Happy Birthday,Sarah!


Selamat hari lahir !

Selamat hari lahir !

Selamat hari lahir !

Selamat hari lahir ke

12

Sarah Syahira Abd Aziz

(^_^)
 
================
 
22 Disember 1997
 
May ALLAH bless you always !

================



Poem - I do


May I ask ?
Is my name are in your heart ?
Is I am important for you?
Who am I in your life?

I do believe it
When love start to come
I do like your smile
I do miss all about you

But,sometimes it different
Perhaps .. I think
You're the new one
Not the old person like the first time

Whoever you are
I will always remember
our last time together
enjoy our season in the sun



Bila Aku Sudah Tiada


... Bila aku sudah tiada
simpan semua laguku
jangan ditangis selalu ...

... Mungkin itu sementara
bila jumpa penggantiku
jangan dilupakan AKU ...




Monday, December 21, 2009

Genting Highlands : A memoir

Assalamualaikum ! Selamat pagi Malaysia !

Hmmm.Percutian ke Genting Highlands yang agak menyeronokkan ! Hmmm.Nak cerita ke tak ni?Okey.Jom cerita :)


===================


Jumaat :

Kitorang pergi dengan dua buah kereta.Abah Long,Mama Long,Bee Wan,Kak Siha,Iylah,Ijak,Anif,Sarah,Kak Atin,Mirah dan Sya Izz.Hmmm.Perjalanan yang agak meletihkan.Sampai kat Genting dalam pukul 7 malam.Hmmm.Teruja gitu. :P



Malam tak ada aktiviti.Hanya berehat-rehat.Sambil melihat pemandangan.


Sabtu :

Pagi-pagi dah bangun.Siap-siap.Makan kat kedai kat bawah tu.Sambil makan sambil bergambar gitu.Syok laa !Lepas tu pergi naik kereta kabel : Genting Skyway.Yer lah.Nak pergi kat Taman Tema kan.Seronok sangat tengok pemandangan dari dalam kereta kabel.Kabus,pokok,hutan.Ouh!Mendamaikan!

Sampai tu,ramai laa juga orang.Jadi kitorang main permainan indoor dulu.Main-main.Lepas tu,makan dan solat dulu.Kemudian,baru kitorang pergi main permainan outdoor.Dalam renyai-renyai hujan.Ouh.Huhu.Tapi,sejuk sangat.Sampai naik kebas tangan dan kaki.Letih jalan tak henti.Banyak juga laa yang tak sempat main memandangkan hujan.Huhu.Tapi,tak apalah ... Asal dapat juga main sikit-sikit.



Nak naik kereta kabel dalam perjalanan balik tu,punyalah ramai orang beratur.Lama juga.Letih menunggu.Akhirnya,dapat naik juga.Tapi,terpisah laa.Sebab yang lain semua naik kereta kabel yang sama ... Aku dan Ijak je yang sesat naik kereta kabel selepas tu.Haha.Tapi sebab hujan,kereta kabel berhenti sekerat-sekerat kat tengah jalan.Dah la berayun-ayun.Huishh!Menakutkan juga.Dah laa tinggi.Kejap-kejap berhenti.Hoho.Tapi,sebelum naik kereta kabel tu,aku dan Ijak sempat posing.Haha.Genting 2009 gitu. :)



Malam tu baru sampai kat hotel.Siap-siap lepas tu masak maggi cawan ramai-ramai kemudian makan sambil tengok Idola Kecil.Haha.Agak lewat juga lah tidur walaupun letih sebab seharian berjalan.Janji seronok!


Ahad :

Siap-siap.Kemas-kemas barang.Makan.Posing-posing.Huhu.Dah nak balik dah.Dalam pukul 1 petang,kitorang pun bertolak pulang.Seperti biasa,singgah kat RnR Gua Musang.Makan-makan.Rehat-rehat.Dalam pukul 9 malam baru sampai kat Pasir Puteh,rumah Abah Long.Dan aku sendiri?Sampai kat rumah dalam pukul 12.00 a.m.


================


Ehemm.Pengalaman yang sangat menarik dan seronok bersama keluarga!Segala kenangan tak akan aku lupakan!Seronok sangat ! ....


Salam sayang,
Sya Izz ..

Thursday, December 17, 2009

Sajak - Cinta dan Hati

Setiap memori itu lagenda
sukar untuk dibicarakan
tapi senang untuk dimiliki
selagi masih punya cinta

Andai aku pandai menyanyi
pasti akan ku hiburkan hati
setiap orang yang mahu
agar senantiasa gembira

Jangan kau lupa
aku masih ada di sini
di sisimu setiap kali
meski hanya dari kejauhan

Andai aku bisa mendeklamasi
akan ku hiaskan hatimu
dengan butir bicara terindah
untuk mu kenang Cinta dan Hati.




Wednesday, December 16, 2009

Cinta Untuk Kamu

Assalamualaikum ! Salam rindu semuanya !

Hmmm.Sudah beberapa hari aku tidak mengupdate blog.Sibuk?.Hmmm.Boleh lah.Dah namanya cuti sekolah.Rutin harian yang agak membosankan.Ya lah.Cuti.Boring tapi adakalanya sangat seronok dan menarik!.Sekurang-kurangnya berpeluang bersama keluarga!Riang ria bersama sepupu-sepupu.Bermain bersama jiran.

Hmmm.Tapi,rindu lah juga masa sekolah.Kadang-kadang masa aku tengok TV dalam pukul 12 pagi macam tu .. Mesti teringat :



"Hmmm.Masa ini aku tengah bertungkus lumus siapkan nota."

"Masa ini lah aku bangun malam-malam,study lah katakan."

"Sekarang ni selalunya aku tengah siapkan kerja sekolah.''





Haha.Macam-macam yang teringat.Kehidupan aku mula berubah sejak masuk sekolah menengah.Mana tidaknya?Tidur pukul 1-2 pagi hampir setiap hari itu dah jadi kebiasaan.Bangun setiap malam buat kerja sekolah,siapkan nota sampai pukul 2 pagi itu dah jadi rutin.Mula-mula memang rasa agak 'gila' laa.Tapi,sekarang dah jadi tabiat.Opps!.Dah biasa.


Iya lah.Waktu persekolahan memang sibuk.Bayangkan .. Balik sekolah pun dalam pukul 5 hampir setiap hari.Lepas tu .. Memang tak sempat buat kerja sekolah.Malam pula ... Letih lah,mengantuklah ... Macam-macam.Sebab tu terpaksa berjaga.Haha.Agaknya aku ni pemalas?.Wakaka.Tak adalah.Tapi,memang seronok laa masa sekolah.Sibuk,penuh aktiviti untuk dibuat!





Cuti sekarang ni pula ... Rutin yang sama.Bangun,makan,solat,tengok Tv,main PC dan membaca ... Kot?.Haha.Apa pun,aku rasa masa cuti aku sekarang ni tidak aku manfaatkan seluruhnya.Iya lah.Banyak buat perkara yang tak berfaedah!Ouh!Tak boleh berterusan.Harus diubah. :)

Ah!Bosannya hidup kalau tak dimanfaatkan.Tapi,itulah.Malas.Haha.Penyakit betul lah.Hmmmm.Apa pun,teruskan hidup dengan ceria.Buangkan masalah!Jangan jadikan masalah itu masalah. ???? . Hehe.Yup.Masalah bukan masalah selagi kita tidak menganggapnya itu satu masalah yang menambahkan permasalahan dalam hidup.Hanya lalui nya.Setakat mampu.Selagi boleh!

Ermm.Pernah tak rasa kecewa?.Pernah tak rasa sedih?.Ouh.Setiap orang pasti pernah laluinya.Tapi,disebalik rasa kecewa,sedih tu ... Mesti pernah terselit gembira dan bahagia juga kan?.Hmmm.Pelangi tak akan pernah membeku selagi kita melihatnya melalui mata hati.


Alhamdulillah ~

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diriringi oleh rahmatnya

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Bersyukur padamu ya Allah
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu


Sunday, December 13, 2009

Sajak - Aku Merindu


Semalam kau tertawa riang
hadirnya kau di sisi
membikin hatiku dipenuhi
segenap rasa kasih

Kau senyum ... tertawa
dan aku cuma
mampu memandang seolah-olah
kau adalah memori lama

Hari ini aku bangun
ke mana kau menghilang
bukankah sudah aku katakan
jangan ucapkan selamat tinggal

Aku menangis ... sedih
namun kau masih kabur
hilang bagai kabus
perlahan-lahan tiada untuk dicari

Aku hanya mampu menitiskan air mata
bukanlah ratapan kesedihanku
cuma jika aku terimbas kembali momen lama
sukar untuk aku kembali realiti

Dalam mimpiku,kau hadir
melambai-lambai,penuh ketenangan
pabila aku sedar,aku merindu
perlahan-lahan mataku bergenang,sepi

Poem - For nonsense


Love
what the meaning of
some say it good
others think it bad

can i go far away
from my heart
my feeling,life
for a moment,please

why?why?why?
i just want to fly
at one hope and dream place
till i die

it just nonsense
try,sucsess,error!
but,what the matter is
i know oneday,i will reach it

Friday, December 11, 2009

Poem - Never say good bye


I see you there
You smile to me

Holding my hand

Hug me without said anything

And i?
Still searching what the meaning of
I'm speechless
But don't want to think anything


I wish "never say good bye"

But you just keep quiet

and start to far away
away from myself

I shout your name
I call you with all my heart
But you ever come to me again
And I start to crying,silent ...


Thursday, December 10, 2009

Poem - For Fantasy




It's from my deep heart
I want the calmness come
to me and others
in our serene life

I just think about Innesfree
The great place that just in fantasy
That the persona write on his paper
which cross in his mind

But,may I ask?
Is Innesfree exist in this world?
I trust that must be some place like Innesfree
And I'll find it even i only have to imagine it
in my heart winter season

For me,I miss that place
Even,i know the truth
Innesfree is not exist
It just an imagination
that i know someday
will be reality,existence forever







Sunday, December 6, 2009

Surat Ungu Untuk . . .


Assalamualaikum ! Salam malam seribu bintang !

Soalnya Hati .. Hatiku di Harajuku .. Surat Ungu Untuk Nuha .. Syabab Musafir Kasih .. Himpunan Kisah Anak-anak Soleh .. Puisi Untuk Nadina.Semuanya aku baca dalam minggu ini.Mengisi kekosongan waktu atau menjadikan membaca perkara utama?.Ouh. :)

Hmmm.Soalnya hati.Soal hatiku?.Hati.Jiwa.Ouh.Penat kan menjadi seseorang yang punya hati,jiwa,perasaan dan sebagainya.Suka untuk menyayangi tapi kadangkala penat.Penat untuk sesuatu.Sesuatu yang subjektif?Abstrak mungkin?.Lelah.Tapi,itulah hidup.Itulah kisah.Itulah cerita.Selagi kita masih bernyawa,hati kita tidak akan pernah lekang untuk berasa sesak,lelah,penat juga letih.Namun,aku harus ingat hati juga tidak lupa akan gembira,tenang,sayang juga ceria.

Surat Ungu untuk ........ .Surat?.Untuk Sya Izz?.Hehe.Gurau saja.Lalalala.Kenapa?Mengapa?Bagaimana?Apa.Arh.Aku suka tengok bintang kat langit pada waktu malam.Sangat indah.Terlalu cantik.Kerlipannya sungguh menambat pandangan mataku.Dan yang penting,bila aku terpandang bintang ... Disitu angan-anganku mula tercorak.Terlakar dalam mindaku.Hmmm.Hanya khayalan seorang gadis remaja. =>




Ketenangan.Aku suka itu.Ianya sangat aku sayang.Tenang.Damai.Semuanya aku mahu.Lantaran jiwa yang selalu berkecamuk.Berkecamuk?Ouh.Macam orang tua pulak.Hehe.Tak lah.Cuma,remaja.Awal remaja tetap awal remaja.Sebahagian dalam diri masih punya sifat kanak-kanak.Suka memberontak.Ikut kata hati sendiri.Agak keras.Degil sesekali.Tidak berfikir panjang.Manja.Nakal.Penyayang.Suka bergembira.Perangai macam budak kecil.Adakah itu aku?.Ouh.Mungkin sebahagiannya.Hehe.


Tapi,kadang-kadang aku juga mahu kesibukan.Kesibukan?.Melarikan diri dalam masalah.Melupakan seketika gelora di hati.Lalala.Aku suka Innesfree.Padahal aku tahu tempat tu tak wujud.Hanya dalam sajak saja.Fantasi.Tapi,dalam banyak-banyak sajak aku tetap suka Innesfree.Sangat mendamaikan.Tempat yang penuh ketenangan.Ah!.Apa Innesfree wujud?.Hmmm.Fantasi jiwa.Tapi,mungkin ada. :)

Punya sahabat sangat indah kan?Terasa hidup kita warna-warni.Mengisi jendela hati.Hehe.Aku sayang sahabat aku.Sebab semua orang berhak mempunyai sahabat.Sahabat yang baik.Sahabat yang disayangi.Sahabat yang menyayangi.Sahabat yang difahami.Sahabat yang memahami.


=================

Jendela Hati diketuk lagi
ku buka separuh-separuh
separuh hati
''Selamat malam,nama saya Cinta!''
hangat dan dingin
merantai di luar.

''Izinkan saya berteduh ditepi jendelamu?''
Cinta terus bertanya.

Lalu hatiku tertanya-tanya:
''Cinta,mengapa mesti aku?"

(Surat Ungu Untuk Nuha)
===================





Friday, December 4, 2009

Deep Heart Innesfree



Assalamualaikum !


Dah lama aku tidak coretkan sesuatu yang panjang di sini.Hmmm.Hanya sekadar gambar dan selingan ayat.Aku juga tidak tahu mengapa.Semakin hari aku semakin menjauh daripada komputer ini.Friendster,facebook,ym semuanya jarang aku buka.Kalau ada komen pun,aku malas nak balas.Hahaha.Biarkan.Aku sudah letih menghadap komputer kerana waktu cuti ini aku lebih suka berbual,bermain dengan sepupu-sepupuku juga keluargaku.Ye lah.Masa cuti kan,gunakanlah sebaik-baiknya.


Cinta Pertama juga semakin suram.Semua geng masing-masing punya kerja tersendiri.Tak apa.Aku faham kerana aku juga begitu.Ehm,cuti sudah mahu habis.Bayangkan,sudah bulan Disember.Ouh,tahun depan.Tahun depan.... Masa sekarang banyak aku habiskan dengan membaca buku juga novel,bermain bersama keluargaku,menonton Tv,makan dan sebagainya.

Semalam,aku sudah hias meja belajarku.Iya lah.Aku mahu semangat untuk belajar itu hadir.Sudah bosan dengan dekorasi lama meja belajarku.Dan sekarang sudah aku hiaskan,lebih simple daripada dulu.Haha.Semestinya tidak lupa aku lekatkan gambar keluargaku,sticker 9a dan kata-kata.

Ya!Untuk memberiku semangat,agar mendapat apa yang aku cita-citakan selama ini.
Hmmmm.Aku rindu dengan suasana sekolah.Rindu akan teman-teman.Najihah.Azhani.Husna.Mirah.Cikgu-cikgu.Ouh.Terutama Sir.Aku rindu senyuman dia setiap kali dia masuk kelas aku.Aku rindu gelak ketawa budak-budak kelas aku.



Masa tingkatan 1 juga menarik.Tapi,serius ... Aku lebih suka suasana masa tingkatan 1 sebab semua macam malu-malu.Manis sangat kenangan. Agak-agak macam mana lah tahun depan.Sebenarnya aku agak serabut.Memikirkan semuanya.Arh!Lebih baik aku lupakan.Tunggu dan lihat saja bagaimana.

Cuma,di kala akhir-akhir waktu tingkatan 2 ... Aku tidak berapa suka atau tenang.Bukanlah ada masalah cuma ada perkara yang agak menyesakkan fikiran.Arh!Sekali lagi,aku mahu lupakan.
Kadang-kadang aku tak sabar mahu menghadapi tahun depan tapi dalam masa yang sama aku malas,takut.Oh!.Mengarut saja.Hehe.

Sekarang ni cuaca sejuk bukan?Hujan sentiasa turun.Dan tatkala hujan turun,aku akan bukakan tingkap bilikku ... Melihat rintik hujan yang turun ibarat mutiara.Sungguh menenangkan jiwa.Sambil-sambil teringat masa lalu ketika bermain air banjir di kawasan sebelah.Ouh.Budak-budak.


Dan sekarang aku suka mendengar lagu ini.Rock gitu.Haha.Basshunter.I will never be afraid again,I will keep on fighting till the end,I can walk on water I can fly,I will keep on fliying till i die.Lalalala.Lalalalala.Lalalala.Lagu semangat untuk ku.Sekarang juga aku sukakan kata-kata ini - ''True Courage is pursuing your dream even when everyone else say it's impossible!".Maknanya,sentiasa semangat!

Agak-agak sudah panjang aku menaip di sini?.Hehe.Akhirnya,lepas juga rinduku untuk menaip panjang-panjang di atas keyboard ini.Sudah lama aku tidak begitu.Yer laa.Setakat menaip dua tiga perkataan saja.Haha.Apa-apa yang aku tulis,cuma lahir daripada hati.Aku cuma mencoretkannya agar hatiku tenang,tidak lagi serabut.Haha.Apa-apa la.

Nampaknya,sudah habis aku mahu mengarut di sini.Ish.Sekarang harus pergi dulu.Apa yang penting?.Jangan lah kau putus asa kerana ku ada sisi,setia menemani.Andai semangat mu luhur,genggamlah tanganku ... Kita hampir ke situ! :)



Pencinta Innesfree,

Sya Izz

'' I see ur smile,you come to me and we together reach the sky!''

Wednesday, December 2, 2009

Izz : Ami


Izz sayang Ami.Yoe jangan jealous! :)

Sunday, November 29, 2009

Two Voices One Song


It's so rare to find a friend like you
Somehow when you're around, the sky is always blue
The way we talk, the things you say
The way you make it all ok
And how you know, all of my jokes, but you laugh anyway!

If I could wish for one thing, I'd take the smile that you bring
wherever you go in this world I'll come along!
Together we dream the same dream.
Forever I'm here for you, you're here for me.
Oh ooh oh
Two Voices, One Song

And anywhere you are,
you know I'll be around.
And when you call my name,
I'll listen for the sound!

If I could wish for one thing, I'd take the smile that you bring.
Wherever you go in this world, I'll come along!
Together we dream the same dream.
Forever I'm here for you,
you're here for me.
Oh ooh oh.
Two voices, one song.
Oh ooh oh.
Two voices, one song…


All for one,One for all !



TRUE COURAGE IS PURSUING YOUR DREAM , EVEN WHEN EVERYONE ELSE SAYS IT’S IMPOSSIBLE.

===========================


Saturday, November 28, 2009

Farhanah

Hari ni Sya Izz gembira.Sebab Sya Izz dapat jumpa kawan baik Sya Izz masa Darjah 6.Akhirnya,kitorang bertemu juga walaupun lebih setahun kitorang tidak bersua.

Saya rindu awak,Farhanah.

Apa pun,hari ni memang seronok!Dapt berbual dengan Farhanah walaupun hanya sekejap.Lalala.Sya Izz sayang Farhanah.Sayang sangat !!!!


Friday, November 27, 2009

Aku


Aku adalah aku.

Aku bukan sesiapa namun aku di sini hadir sebagai manusia yang bergelar anak,pelajar,sahabat dan sebagainya.

Aku berusaha untuk menjadi sahabat yang baik.Aku mahu menjadi teman yang menyayangi dan di sayangi oleh kawan-kawanku.Aku mahu menjadi insan yang sudi berkongsi cerita suka dan duka bersama sahabatku. :)

Cukuplah segala mimpiku.Dan sekarang aku terlihat gelang ditanganku.Gelang istimewa daripada Syi[FA].Saat aku terpandangnya,terus terbayang Syi[FA] di dalam mindaku.Aku tersenyum.Kasihnya akan ku sentiasa pegang kerana dia sahabatku.


Dalam hatiku cuma ada satu.Satu.Aku mahu insan-insan di sekelilingku gembira,tersenyum dan menyanyikan lagu riang sepanjang masa.Aku senang melihat mereka begitu.Aku sayang mereka.

Yang penting,sudah aku sematkan saat ini.Aku adalah aku.Aku sedar aku tidak terlalu sempurna bahkan mempunyai berjuta kekurangan.Aku cuma harap,mereka yang hadir di sekelilingku sudi menerima tingkahku,gembira apabila bersamaku dan sentiasa berkongsi kisah mereka denganku.


Aku?.Aku cuma manusia.Maafkan diriku jikalau aku ada terkasar bahasa atau tersilap kata.Aku tidak pernah lepas dari kesilapan.Namun,aku sentiasa mahu berusaha menjadi seseorang yang baik.Aku tidak kisah apa pun.Cuma,aku mahu diriku diterima.Maaf kalau ada tingkahku yang tidak disenangi atau nasihat yang diberikan tidak aku endahkan.

Aku sentiasa aku.Aku tidak mahu merubah diriku untuk kebahagiaan orang lain meskipun aku cuba.Aku sayang diriku.Ceria dan gembira.Selamanya.Lagenda hati.




* Hmmm


Aku sudah letih
hari yang gembira
perlahan muncul mendung kelabu
membendung setiap ceritera ku

Aku sudah habis
tiada daya lagi aku rasakan
semuanya yang ku harapkan
bagai berkecai tiada penghalang

Aku?Aku?Aku?
mengharap sesuatu yang tidak pasti
tidak pernah aku mahu begini
cuma ketenangan yang aku impikan

Apa hatiku yang terlalu mudah
hancur atau terasa
Ah!Pasti itu salahku
Aku terlalu mengambil kira dan lemah

Tidak!Tidak!Tidak!
Lupakan segalanya
usah bebankan fikiran memikirnya
usah peduli kata yang dibicara

Dan disini,aku bangkit berdiri
Aku adalah aku bukannya orang lain
Aku punya kehidupanku
yang dikawal oleh tingkahku
bukannya orang lain.




Thursday, November 26, 2009

Puisi Untuk SyAz


Dahulu kita sering bersua
Beriringan simfoni melangkah impian
Memahat sejarah mencipta tamadun
Dalam setiap langkah aturan.

Namun kini,masa semakin menjauh
Menanti detik untuk bertemu kembali
Mengharungi hari-hari mendatang
Dengan penuh senyuman,penuh keikhlasan.

Atas nama sahabat
Kita erat,bergembira senantiasa
Atas nama teman
Kita bergelar kawan selamanya.

Sungguh aku rindukan kenangan kita
Aku suka mendengar suaramu
Aku riang terlihat kemanisan hati mu
Kerana kamu dan aku adalah satu.

Oh!Maafkan diriku wahai teman
Andai aku tanpa mahu telah melukai hatimu
Tiada sama sekali niatku mahu begitu
Namun,semuanya mampir begitu sahaja.

Andai kau dan aku kembali bertemu
Sungguh pasti hariku indah berlalu
Meski hanya di ruang rindu
Memori lama tetap hadir.

Yang pasti aku berharap
Kau dan aku kembali bertaut
seperti hari dulu-dulu
ketika kita masih punya kasih di hati.

Ini kisah kau dan aku
Ini cerita tentang dua kehidupan
Ini catatan dua hati
Seinfiniti simfoni akan terus bergelar warisan lagenda.





Puisi Khas untuk SYAZ.
:)