Thursday, March 31, 2011

the last day of Maaris's memoirs

Hmmm. Rasanya, hari ini agak membahagiakan. :)


Hari ini, ramai cikgu takde dan kami hanya belajar BI dan SI. Yeahh. Waktu Sv pada pagi hari, digunakan untuk pulun homeworks yang tak terbuat. Bebudak (aku je kot) ni memang macam ni, kalau pagi pagi tak siap homeworks.. memang mata akan melekat kat buku laa. Tak kan pandang dah kiri kanan, masa itu kan emas. Orang lain tengah borak, kita tengah pulun homeworks. Huk huk T_______T


Part BI tadi yang lucu. Kami buat summary laa kan. Teacher yang cantik pula pakai jilbab ala ala hijau biru sekali tengok nampak macam pengawas aje. Hehe. Bila teacher duduk di tempat Syatun (membelakangi pintu), tetiba Fifi riuh kat pintu nak hantar gam. Tup tup, terkejut dia tengok teacher ada. Berulang kali dia mintak maaf, tak perasan. Dan, berulang kali jugak budak ini gelak. Haha. Bila aku pergi kat teacher, tanya bla bla.. tetibe Qilah datang kat pintu dan tegur aku. Erk, aku pun macam erk erk, tak tau nak kata apa. Bebudak semua gelak, Qilah tak sempat habes cakap... terus blah. Aiyooo. Teacher macam, lucu! Haha, apesal ramai tak perasan teacher hari ini? Cantik sangat kot. XD


Waktu BA, Nick dengan Ime berkomplot lagi! Tak habes habes diorang. Ustazah takde kan, tetibe diorang masuk dan tulis kat papan putih muka surat latihan BA yang kena buat. Diorang dengan tak bersalahnya, buat muka biasa. Bebudak yang rajin ni, terus bukak buku teks. Aku tak bukak laa pasal tau tau aje laa kan XD Tetibe, riuh je girls jadi tak percaya. Punya laa soal nick macam macam. Diorang macam sengih, ketawa. Entah, ekspresi wajah tak boleh nak jangka. Akhirnya, si Pqah penolong pun gertak diorang. 


'Tak tidur dua malam laa, kalau tipu!'


'Dosa tau tak?'


Bila sebut dosa, diorang pun macam ehh ehhh kejap kejap gelak, kejap kejap senyum. Tapi, diorang cakap jugak hal sebenar akhirnya. Nick tunduk kejap lepas tu dengan selamba-yayaya cakap 'eh, tak jadi. ustazah baru hantar mesej cakap batal' Haha, hampeh punya kawan. Bebudak ni geram laa. Yang lain ketawa aje. Gamat aje kelas tadi. Lepas rehat, waktu addmath. Cg pun takde jugak. Ape lagi, riuh laa kami. Mulut tu bukak, tapi tangan tak lupa menulis :P


Bila SI, macam biasa laa kan. Hari ini, ustaz bagitau pasal hukum syara'. Dalam asyik ustaz mengajar, aku dengan Anis perhatikan Nick tersengguk sengguk. Memang gelak laa kitorang. Bukan sebab apa, tapi sebab comel sangat! Biase laa, muka budak baby face cina kang... Nampak sangat beza, yang boys sebelah kiri ada yang layu layu, tengah hari mengantuk huhu manakala boys belah kanan semua tekun je salin apa yang ustaz tulis. Huk huk. Sempat main ala ala plastesin dengan orang di depan depan. Waktu ustaz tengah menulis, main mende tu. Bunga ros. Love. Hehe. QS, gaduh gaduh mulut dengan Nick. Pasal hukum tajwid yang ustazah suruh buat tu. Punya laa bertekak, lastnya hampeh betol laaa. Ei, nasib laa. Ada sekali tu, my ketua cakap 'Alaa, aku bukan tipu. Gurau je laa. Kan dapat merapatkan hubungan sekelas' Ceh. Pandai, ey. Bertekak siket siket jugak dengan Ime pasal sijil sijil tu. Bukan aku tak nak bagi, saje je nak tengok reaksi dia kalau aku tak nak bagi kat Kak Kirah. Haha, memang laa kan. 'Budi bahasa budaya kita' :D Tadi, waktu ro'is kat luar kelas.. aku panggil 'nick'. Danny rasanya sambung panggil 'syapiq'. Dan, tak ingat siapa yang sambung panggil 'chong'. Jadi laa 'nick syapiq chong'. Husna gelak, mujur tak panggil nama ayah dia jugak. 


Waktu pulang, berlari larian. Pergi ke bilik mu'allimah. Hantar kertas QS. Lepas tu, u-turn ke kelas 2T pulak hantar barang cg Aini. Lepas tu lagi, pergi ke maktabah pula. Hantar pinjam buku budak itu, sambil dengar dia cerita pengalaman dia bahas. Huhu. You dah make the best laa, Sapik. Congrats k madi, k mimi. Tapi, memang lucu laa dengar pasal bahas itu. Sapik siap ajuk lagi, geng lawan buat macam mana. Aku paling suka part ada pantun. Macam best je, haha.


Sebelum pulang, masuk ke bilik pengawas. Diorang tengah berlatih pantun. Huhu, jadi penonton istimewa laa aku dengan Qilah ni. Gelak. Selamat berjaya ey team pantun, Ahad nanti! XD


regards,
the-last-day-of-maaris's memoirs
sya izz and her beloved friends; 4Rock 11
bertekak. gelak. tawa. kawan. kenangan.




p/s : masa, kalau jangan bergerak... boleh? aku rasa, hidup sentiasa memerlukan aku untuk membuat pilihan. dan, kalau pun aku dah terbuat pilihan yang mungkin betul atau mungkin salah... semua ini perlu diteruskan. yeah, teruskan. aku rasa, aku sayang mereka. tak, memang aku sayang mereka. dan, aku akan hargai mereka... meraikan mereka yang ada dalam hidup aku. baru tersedar, aku ada lagi setahun enam bulan untuk meraih kenangan bersama mereka. ye, aku sayang mereka! masa tetap akan berlalu, dan aku mahu terus gembira dengan mereka. kawan kawan yang sangat rock XD



Wednesday, March 30, 2011

Berganda ganda. Chem's Enjoy!



Assalamu'alaikum.


Okeyh, semakin hari semakin berganda-ganda kerja. Tambahan pula, sejak musim main kawad segala bagai ini... memang konfem balik lewat daripada biasa. Hari ini pun, pukul enam setengah petang baru sampai rumah. Haru! Berlatih bagai nak rak, penatnya penatnya penatnya. Tadi, sesudah selesai latihan kawad.. sempat tengok bebudak ini berlatih bola tampar. Comel je mereka semua, kawan kawan aku tak kira laki perempuan. Memang meriah sungguh kawasan sekolah tadi. Sempat ingat semula break clap, dan buat. Rindu! Ohh, dia cakap dia alergik dengan aku. Waktu tu, dah waktu pulang. Maka, takde laa orang sangat kan. Dia pergi buat pengumuman. Di'warning'nya aku awal awal agar jangan tengok dia. Hehe, nak dijadikan cerita... bila dia bercakap tetiba aku buat sengih kat dia tup tup dia ketawa! Terus tutup mikrofon tu. Haha, terus dikejarnya aku sampai hampir ke hujung tangga. Terduduk kami, ketawa. Tak sangka laa sampai macam tu. Kesian dia. Nasib baik takde orang sangat kan waktu tu? XD


Tadi, waktu km. Kami buat laa eksperimen pasal lithium, sodium, potassium. Memang kecoh je laa. Aku buat juga untuk Na & K tu. Sape nak buat, boleh cuba. Part K tu yang mendebarkan, pasal keluar api kan. Yang Li tu, nick awal awal dah cop yang Li tu dia idil dan ijoy nak buat (masa tu tak tau lagi itu li). Bila tiba part dia tu, memang siap bismillah doa segala bagai. Semua yang mengelilingi pun macam menjauh, tetibe rasa tak yakin je. Hahaha. Bila dia letak dengan berdebar debarnya tup tup ek eleh, macam gitu je? kurang sungguh tahap kereaktifan. Bebudak ni semua pakat gelak, ingatkan nick dapat yang boleh meletup lagi kuat! Apa kes :P


Malam, gagahkan diri ke tuisyen khemiyya. Hujan memang lebat tahap giler giler tapi redah je laa. Basah kuyup huhuhu (best). Nak dijadikan cerita, cikgu datang lewat sikit pasal cg tak tahu yang hari ini tuisyen khemiyya (baru tukar jadual) maka kami pun buat kerja sekolah. Yeahh, patut laa hati aku meronta ronta nak bawak kerja QS pun tadi! Haha. Ba baca Renyah. Aku busy dengan QS. Izzat dan Razi sibuk dengan Khemiyya. Dalam pukul 9, mereka tanya tentang khemiyya.. bab periodic table tu. Aku baru je belajar tadi, so kira masih hangat laa. Hehe, yeahhh aku jadi cg khemiyya sekejap ye. Pergi depan papan putih, dan membebel pasal proton number electrons arrangement valence electrons group shell bla bla bla. Lepas tu, cikgu pun datang. Yes! Ngadu pasal bab chemical equation susah, pening nak balance. Huuuu. Maka, kami belajar dengan enjoynya! Duduk semeja dan study dengan santai. Khemiyya best!


Hmmm. Aku ingat nak drop math mode. Tapi, sayang sangat sangat. Sebab, sayang cg. Uhuuuu. Kalau ikut hati, memang rasa nak berhenti semua je. Kerja berlambak lambak, nak tarik nafas pun semput sekarang XD Sebab sayang cikgu, automatiknya sayangkan ilmu yang cikgu ajar dan sebab tu gagahkan jugak belajar belajar dan belajar. No alasan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan? :) Cuma, sekarang memang  tak sempat sangat sangat, daripada tak pergi lebih baik tak amik. Jadi, mungkin aku tak mahu amik mm kot. Tengok laa nanti camne.


Konklusinya, lambat nya nak tunggu hujung minggu! Jumaat dan Sabtu. Takpe takpe, esok sehari je lagi sekolah. Tak tido laa aku gamaknya malam ini. Mahu pulun kerja QS dan BA. Kalau rajin, mahu buat +mt. Usaha usaha usaha! Mesti SIAP! awwalun alghois qatrun, permulaaan hujan satu titisan.




p/s : Jalan jalan. Di simpang empat koop, pusing ke arah BK.. ternampak Solo. Erk, buat muka terkejut. Tak tegur pun, pasal dia dalam kumpulan yang ramai. Kalau dia sorang, sumpah aku tegur. Macam tahun lepas, bila aku terserempak je dengan dia mana mana.. aku kan cakap 'hai a**** i***!' Dan dia, akan senyum. Sampai bila bila, dia sorang je Ai aku! Tak kire tak kire.

Tuesday, March 29, 2011

Kawad.



Macam biasa, ada latihan kawad kaki. Disebabkan hari ini dibahagikan kepada dua platun, maka platun aku cik Qilah yang jadi skuad leader. Haha, memang nahas laa dia aku kenakan tadi. Sungguh meriah waktu berlatih tadi. Asyik gelak aje! Yang platun satu lagi itu, stress aku tengok. Berlatih tak henti henti kecuali waktu azan. Lalala, serius. Hehe. Aku pula siap buang kasut lagi. Uhuuuu, sayang kasut nanti rosak :P Dapat 'adik' juga, pinjam dia sorang.. dan ajar cara nak jalan, hentak kaki sepuluh satu dua dan bla bla bla. Najihah nama budak itu, comel! Sebenarnya, alasan aku aje malas masuk dalam barisan. Ahaks. Lepas tu, suka hati aku aje nak masuk ke tak baris. Akhirnya, konon konon aku mahu jadi pembantu skuad leader. Jalan jalan pusing pusing, hihi. Sementara tunggu pukul lima, dah takde benda nak buat kan.. kami pun duduk dalam bulatan. Ala ala usrah gitu. Borak borak sikit. Minta maaf segala bagai, kalau ada tak puas hati nak suarakan apa apa boleh cakap selalu. Senang. :) Sementara tunggu platun satu lagi habiskan kawad. Uhuuuu, esok ada lagi! Haaaaaih.

Sempat jumpa Syadid my-kesayangan-KP-dulu-kini-dan-selamanya-haha, membebel kejap lepas tu suruh dia komen pasal apa yang team aku dah buat. Tak henti henti dia cakap bahan ada dalam laci meja kat maktabah tapi aku mati matian cakap memang takde. Akhirnya, ajak dia masuk cari sendiri. Haa, kan dah cakap takde. Lalala, dia pun suruh buat yang lain. Huhu, nanti laa. Sekarang busy laa (konon konon). Haha, miss syadid and kak farhah a lot! Rindu nak jadi penolong tukang tulis. Rindu nak hias sekolah sama sama. Huuuuu. Rindu batch form 5 tahun lepas T____________T


Tadi, aku Qilah dan our presiden club, bro muzakkir sempat tengok design untuk t-shirt nanti. Yeahh, kitorang laa yang tolong pilih. Macam macam gaya ada, huhu. Cuma, itu lambat lagi laa. Dah laa, nak pergi pulun buat homeworks yang tak pernah berkesudahan ini.


Sekarang, sedang mendalami ayat ini


'manusia senang menghakimi orang lain, tapi susah untuk menghakimi diri sendiri' 


:)

Monday, March 28, 2011

Bola Jaring, Gigi, Bahas, Kawad.



Assalamua'alaikum.


Hari ini kan, tak belajar! HAHA XD. Okey, pagi itu PJ. Maka, kami main bola jaring. Yeahh, dengan sukarelanya aku ambil posisi Center, berseteru dengan Ipa. Hahaks. Posisi C memang letih, iye laa... semua kawasan boleh masuk kecuali D. Hehe, tapi itu laa yang best! Bebas bergerak ke mana mana aje. Hehe. Main dengan penuh kesungguhan semuanya, macam perlawanan betul betul. Bab menjerit tu biase laa, perempuan namanya. Kecoh je, banyak kali jatuh. Dengan Ipa, haha. Dia suka langgar aku laa. Atau aku yang suka langgar dia, :P Ada sekali, kena 'penumbuk' dengan Ayna. Bola tu nak jatuh dekat Ayna, aku pun nak pergi halang.. sekali dia pusing tupp, terkena penangan tangan dia kat pipi. Aiyooo. Okey, yang Husna dengan Yuna punya laa   sebab jadi tukang gol. Kami sandarkan harapan pada mereka. Dan, akhirnya kami menang 10-6! Yeahh yeahhh. G double O D J O B, friends! :D


Alkisahnya, lepas main penat penat... terus kena angkut pergi klinik kesihatan kuala besut. Hihi, aku Hajar Hana Lina Pqah Sya Bilah Mira Iman. Alah, klinik tak jauh.. dekat aje! Kami pergi ke ruang pergigian.. well, ada laa dekat sejam lebih duduk kat sana. Aku yang last kena, sejuk tangan! Punya laa takut, ek eleh.. tampal je sebenarnya. Huhu. Aku memang trauma dengan nurse gigi, doktor gigi juga klinik gigi. Sebab, masa aku darjah empat atau lima (lupa), pertama kalinya aku merasai suasana dicabut gigi. Sangat mengerikan! Nurse tu amik jarum dan cucuk ubat bius. Sejak tu aku sangat alergik dengan jarum, haha. Punya laa sakit. Sampai sekarang aku takkan lupa. 


Kami sampai ke sekolah, lebih kurang dalam pukul 11 pagi. Harap sangat dapat tengok perbahasan! Tup tup, rasanya budak form 4 memang kena pergi dewan makan... untuk jadi penonton. Yeaa yeaayy! Kami sekelas,  nak tengok Sapik berbahas tapi hasrat tak kesampaian sebab Wani, Kak Madi dan Kak Mimi yang turun. Takpe laa, tetap sokong jugak! Tajuk perbahasannya.. 'Sektor Pertanian Penting Dalam Menjamin Kesejahteraan Rakyat (ingat ingat lupa)'. Sekolah aku selaku wakil kerajaan lawan dengan sekolah Lembah Bidong selaku wakil pembangkang untuk peringkat suku akhir ini. Punya laa best bila dengar Kak Mimi selaku menteri ketiga kemukan bidasannya. Memang gelak laa kami. Dan, sekolah kami menang! Yeahh, dan Kak Mimi merupakan pembahas terbaik. Memang patut pun. Caya laa korang! :)


Ehemm, petang tadi ada latihan kawad. Mula pukul empat setengah sampai laa lima setengah. Penat penat penat. Berlatih dalam hujan yang renyai renyai (punya la semangat), tapi tahu yang Pandu Puteri takkan pernah menang. Haha, bukan pesimis tapi hakikat. Memang nombor tu selalu akan jadi milik kadet polis, kadet remaja. Sah sah diorang menang. Yang kami dapat? Semestinya, pengalaman dan kenangan yang terindah :) Hoho.


Sementara tunggu masa untuk latihan, kena 'basuh' dengan budak tu. punya laa kaw-kaw dia 'ketuk ketuk' aku. Huhu. Ha'aa kan, manusia selalu nampak silap orang lain.. tapi silap diri sendiri susah nak nampak. Lalala. Okey laa, aku pun dah tak nak emo segala bagai ni. Nak jadi normal. A'a, aku nak jadi normal! Untuk itu, kena cekalkan hati. Yeahhh, saya boleh!


'kalau tak ada rasa pahit, macam mana nak hargai rasa manis?' :*






P/s : tadi kena berdiri, sebab lupa bawa Quran. lepas baca doa, KP mintak maaf dan ada laa kata kata nasihat semua. Uhuuuks.


P/s ii : tak mau dah emo emo. budak baik matlamat saya! XD

Sunday, March 27, 2011

Hikayat Meteorologi

Sangat penat semalam, ingat dah tak nak pergi kelas dah... tup tup, cair juga aku dipujuk oleh budak comel tu. Huhu, janjinya.. nanti malam dia teman aku buat homeworks sampai pukul tiga pagi. Haha. Akhirnya, semalam sampai pukul satu pagi lebih je boleh bertahan. Budak tu pun dah tertidur. Berpinar-pinar mata mengadap pc baiki karangan Anis, kalau ikut hati aku tak buat dah.. tapi, dah janji kan.


Hari ini bermula dengan kepala yang pening + serabut, kalau ikut hati memang malas je rase nak pergi sekolah. Uhuuuuuks. Dari rumah lagi, asyik doa dalam hati mintak mintak hujan (tak mau perhimpunan). Memang sungguh sungguh mintak biar perhimpunan takde, huhu. Tapi, hujan masih tak turun turun. Agak kecewa laa, haha. Tapi, tetibe dengar pengumuman yang takde perhimpunan hari ini. Huuuuuuuu, tak sangka. Makanya, masa digunakan sebaik mungkin hihi, siapkan homeworks.


Part yang kecoh, bila tetibe so'ul (KP kami) datang ke kelas. Dia iring budak baru masuk, tapi memang sumpah bebudak ini tak percaya. Ingatkan KP dah salah kelas.. mana tahu nak cari 1R ke sebenarnya, haha. Aku dengan Pqoh laa yang kecoh, tak nak percaya tu budak f4. KP pula buat suasana jadi semakin gamat. Aku rasa, berdebar tahap gile dah budak tu haha. Pqoh siap suruh tunjuk IC, nak tengok betul ke tarikh lahirnya tahun 95. Huhu. Okey laa, kami percaya laa! Sebelum KP keluar, dia siap pesan 'jangan ragging ye.' :P


Dan, rupanya dia adalah ayah aku! Haha, serta adik beradik Nabilah. Hehe, maknanya nama budak tu sama dengan nama ayah aku manakala nama ayah si Aziz tu sama nama dengan ayah Bilah. Jarang kan, orang sekarang nama Abdul Aziz. Hehe. Aku dengan Cena dan Anis, sempat cerita cerita pasal asrama dan kenangan lama. Huuu, kami  sangat rindu! Bilik no 13, kesayangan hati sampai bile bile.


Aku keluar kelas awal tadi. Dalam pukul 1.45 dah pergi surau, solat sebelum berangkat ke Jabatan Meteorologi Gong Kedak anjuran kelab tersayang, kelab geografi. Aku, Qilah, Pqah, Ipa dan seorang junior pergi dengan cg Aini. Yang lain pergi dengan Cg Aya, Cg Rose dan Dugong (van sekolah kami :P). Tak jauh, dekat je. Sangat best kat sana. Tengok alat untuk ukur tekanan udara, alat hujan-ape-ape-tu, perakam cahaya matahari (yang bebola ala ala kristal, cantek!) Dengar pegawai kat sana terangkan pasal meteorologi ni. Sangat syok! Sempat lagi aku dengan Qilah main main kat sana, siap berlari berkejaran kat sana haha, sebab takde mende nak buat sementara tunggu muzakkir (presiden) and the gang tanya apa-ntah-kat pegawai tu. Oo yeahh, borak borak. Bincang pasal mende mende yang berkaitan. Huuu, tak sia sia pergi rasanya. Pukul dua setengah petang sampai laa pukul empat lebih. Dapat tengok sistem pencerapan cuaca, pembenihan awan lalalalala. Gambar? Takde. Takde mood nak bawak kamera sebab semalam dah terlebih emo, huhu.


Pengalaman petang tadi, sungguh best! Rasa nak pergi lagi, pegawai pegawai kat sana pun semua mesra aje :D Konklusinya; aktiviti ini dapat menambahkan ilmu serta mengeratkan hubungan antara ahli ahli kelab yang disayangi. Saya sayang kawan kawan! Haha.







semalam.. tetiba, teringat mereka. menangis, sebab terlalu rindu. rindu kenangan itu. iye, aku tahu semua tu takkan berulang. H cakap 'masa tak kan boleh undur dah'. aku tahu. tapi, aku tak boleh tahan. rindu membuak buak je semalam. rindunya. kenangan tiga tahun, takkan boleh lupa semudah tu walaupun sudah tiga bulan aku ber'anggota keluarga' yang baru. apa pun, aku bersyukur sebab 'anggota keluarga baru' sekarang ini pun menceriakan hidup aku juga. ha'a, aku sayang semua. tapi, bila dah terlalu penat.. letih.. tertekan, teringat mereka (yang penuh dengan kenangan 08-10) pun boleh menangis. rindu rindu rindu. jauh di sudut hati, aku selalu berharap yang kejaiban akan berlaku. kononnya, suatu hari bila aku terbangun dari tidur dan aku pergi sekolah.. aku akan masuk ke kelas dan aku akan nampak wajah wajah kesayangan hati tersenyum pada aku. macam, hari hari bagai tiga tahun yang lepas (mimpi!). iye, aku kuat. dan positif! (tq untuk mereka yang ketuk dan nasihat aku semalam; H,R)

Saturday, March 26, 2011

Sesi conteng-conteng kami



Sesi comot-comot bersambung lagi hari ini. Yeaa yeahhh. Cuma, hari ini mula lewat siket laa. Dalam pukul sepuluh gitu laa kot. Sementara tunggu ustazah, aku lepak dulu dengan bebudak aspuri ini kat B.K. Ooo yeahhh.   Main main dengan Cena dan Hani. Uhuks. Cakap cakap dengan Hazim yang kat bilik sebelah. Lama sungguh tunggu Alif dan Zahir. Hehe. 


Okey, kami sambung yang semalam. Mula mula, ustazah suruh aku yang garis dan buat perkataan tu. Dan, sesedap je Zahir ketawa. Lepas tu, aku cakap aku dan Hani yang mahu mengecat. Terus ustazah suruh dua orang tu yang main garis garis. HAHA, padan muka =_=' Nak mengecat sangat memerlukan kesabaran. Malasnye, nak siapkan satu satu huruf. Hari ini, ramai cikgu yang lalu lalang dan bagi komen sepatah dua kata. Ahaksss. Vandalisme konon konon, hehe. Tengah tekun buat kerja, geng budak aspura pun dah datang. Uhuuu, gamat sungguh suasana. Lalala. Yang si Sapik pula, buat drama kat situ. Ceh. Setiap kali orang lalu lalang nak guna tangga tu, dia akan berdiri kat dinding tu sambil cakap 'letihnya mengecat. cantik tak? bla bla' Macam macam orang yang lalu lalang tu cakap kat dia, haha. Kesian sungguh. Tergelak aku dengan Hani. Bayangkan, kalau empat puluh orang lalu.. empat puluh kali dia ulang dialog sama. Konon konon mahu orang tahu dia yang cat mende tu semua. Padahal, tukang kacau orang je kerjanya :P


Kecoh, kecoh jugak. Part yang kesian sungguh sungguh nya, bila Zahir nak pergi lekatkan rama rama kat dinding.. dia jalan punya jalan tup tup aaaaaaaaaa, tersepak tin cat merah. Haha, tumpah laa ke lantai simen. Aku mampu sebut aaaaaa je, tergamam kot kah kah kah :D Terus angkat tin tu, dan memang merah sungguh sungguh laa simen tu. Macam dah kena simbah cat ah long, :P Maka, jadi tukang cuci laa kami hari ini. Haha. Kecoh sungguh. Amik air dalam baldi, entah berapa baldi air kami guna mahu simbah cat tu. Alif punya kerja pula, memberus cat yang masih ada kesan tu. Hehe, aku Hani Zahir angkut air. Lepas tu, air dalam longkang terus merah. Hoho, kena kerah buang air dalam longkang tu pula. Haha, macam nak tergelak je rasenya. Bertungkus lumus ni main cuci cuci. Aiyaaa. Sebab hammam lelaki je yang dekat kan.. maka, selamba-yayaya je kami guna yang situ. Hak hak hak. Tuang air, tuang minyak, sental kuat kuat.. kasi hilang merah tu. Namun, masih ada laa yang tak berapa tanggal kan... ustazah cakap 'biar laa, takpe dah tu


Aiyoo, penat wuuu. Main kerja cuci cuci ni, haha. Nampaknya, Zahir dah cipta satu sejarah kat lantai tu. Tiap kali nampak merah kat simen tu, harus ingat Zahir haha :P Aku dengan Zahir balik dengan ustazah. Huuu, pukul 1 petang lebih baru siap. 


Bila masuk kereta, Zahir cakap 'kalau tak tumpah cat tu, mesti dah balik awal'


Ustazah senyum lepas tu jawab 'benda dah jadi, nak buat macam mana. Allah nak bagi awak peluang jadi tukang cuci laa tu' Terus ustazah ketawa. Haha. Memang, betul betul jadi tukang cuci hari ini. Dan, projek conteng-conteng pun dah siap. Tak sia sia, dihabiskan dua hari ini. Lalala. Letih, tapi sangat seronok :)




p/s : lepas zahir turun, aku dengan ustazah gelak sama sama bila teringat gelagat dia waktu nak turun tu. comel comel comel haha :P


p/s ii : the best team selama dua hari ini; sya hani alif zahir. dan juga penggamat suasana; hazim fahmy sapik. penceria suasana; geng aspura aspuri & bebudak yang lalu lalang. haha, semuanya.. sayang kalian! Terima kasih untuk kenangan terindah ini; sesi comot-comot, conteng-conteng lalalala.

Friday, March 25, 2011

Sesi comot-comot kami



Sesi comot comot hari ini :)


Pergi sekolah, hanya nampak ustazah kat pondok. Okey, mana orang lain ini? Melilau lilau mata mencari, tetibe nampak Fahmi dan Ilman mahu masuk ke aspura. Terus pergi sekat mereka haha dan tanya mana Alif. Dengan selambanya Ime cakap 'alif tido'. Omaigod, gesa diorang pergi panggil alif. Lalala. Cari Hani, tak jumpa jumpa rupanya dia menanti kat Bilik Kaunseling. Isk isk. Dan, kami pun buat kerja bertiga dengan ustazah. Tepon orang tu, tak angkat angkat. Lama lepas tu, dengan comelnya dia tepon aku balik dan bla bla bla. Ceh. 


Waktu bertiga, baru selesaikan perkataan pertama. Masa tu mood senyap biase biase aje. Lepas tu, bila dah cukup kami berempat, ditambah pula dengan ustazah yang tinggalkan kitorang kejap.. memang huru hara sangat laa masa itu. Gaduh gaduh mulut, geram situ geram sini. Waaahaha, Alif sorang je yang cool-takde-cakap-mende. Yang aku, Hani, Zahir asyik bla bla dan bla. Iya laa, buat itu tak jadi buat ini tak jadi.. susah ouh. Dah laa asyik ulang perkataan sama 'kalau gini bila nak siapnya?' Haha. Panas wuuu wuuuu. Hazim pun ada, jadi peneman kitorang. Haha. Bila dah fed up nye, aku dengan Hani pergi duduk. Makan cokelat. Biar Alif dengan Zahir yang sambung kerja, haha. Komen situ komen sini. Lantak laa. Part paling comel bila ustazah Rohani yang komen. Lucu je nak balas balik apa yang ustazah cakap. 'Seni, ustazah :)' Part yang agak menyebalkan bila sorang senior tu datang dan komen bla bla bla. Haha, berasap aku dan Hani. Mana taknya, kitorang yang letih letih buat. Banyak cakap pula dia. Nak mengamok rasenya, haha. Sabar sabar. 


Lalala, bila ustazah dah datang maka kami teruskan dengan sesi comot comot. Sebelum itu, memang erkkkk sangat rasa bila tetiba kami baru perasan yang perkataan nak ditulis tu tak-jadi-macam-yang-kami-nak.. nasib baik Zahir perasan kesilapan dan kepelikan tu. Huahuahua. Dah takdir macam itu, maka kami adjust laa mende tu semua kasi okey. Angkut kaler dan buat aktiviti mewarna. Part yang paling best! Hehe. Semua macam tak berani nak mulakan sesi pen'vandalisme'; akhirnya, ustazah jugak yang buat. Haha. Waktu itu, memang gamat laa suasana. Dengan budak asrama yang lalu lalang, geng kengkawan lelaki yang selamba-yayaya nak tolong. Haihh. Fahmy laa yang best, tolong kami cat huruf dengan warna pink! Siap tolong lekatkan lagi kat dinding, hehe sempat lagi dia usik Pqoh waktu tu. Memang kecoh je laa masa tu. Ikhwan budak baru tu pula ada tolong cat hitam dengan ustazah, zahir, alif. Cool je semua. Gelak aje. 


Dua kotak cokelat aku bawak hari ini, dua dua abes. Ye laa, tengah tengah buat kerja tu lapar je rase kan.. yang first tu, aku dengan Hani dan Pqah makan. Yang kedua tu, kongsi ramai ramai.. makan sambil buat kerja. Huhu, part paling kena teliti bila guna cat hitam. Kami sama sama warna. Budak tu komen yang aku, konon konon aku buat tak cantik. Elehh, macam laa dia buat cantik. Sama sama hodoh je kita buat laa.. Bila dah dekat pukul 1, baru pulang. Kerja masih siket lagi nak settle, kena sambung esok nampaknya. Hihi. 


Waktu mau cuci tangan dengan minyak zaiton, nampak sangat budak tu geli. Haha. Aku dengan Hani gelak. Dan sebelum budak itu balik, sempat pesan supaya malam ini tidur awal. :D 


Memang tegang laa keadaan masa nak lorekkan perkataan tu semua, part tu memang arh arhh arhhh semua cakap aci macam nak tengking je. Haha, konon konon merajuk situ sini. Nak cakap sekali lagi, alif je yang cool. Haha. Oh yaa, pertama kali dengar zahir ketawa yang ada bunyi 'hahaha'.. dan banyak sungguh dia gelak 'hahaha' hari ini. Nampaknya, suara dia 'murah' ye hari ini :P Yeay, esok siket lagi mau buat. Uhuuuks. Ribuan terima kasih laa yang datang memeriahkan suasana; hazim, fahmy dan bla bla bla.




Jom jom, selesaikan kerja sekolah! Yiheaaaaaaaa. (semangat!) 

Sekadar Hari Ini



Assalamu'alaikum :)


i. Tak pergi kem BADAR, sebab banyak sangat kerja yang berserabut kat kepala, huhu. Ganti dengan Zati. Ahad ni mau pergi Jabatan Meteorologi TUDM, kat Bukit Puteri anjuran kelab geografi tercinta. Yeahh yeahhh. Walaupun tingkatan empat dah takde subjek geografi, tetap setia di situ lalalala. 


ii. Waktu SI tadi, mengantuk yang amat. Pejam celik pejam celik, kejap kejap nampak ustaz jadi dua. Kejap kejap nampak ustaz jadi empat. Ah, pening pening. Akhirnya, bila ustaz keluar terus lentok kepala. Aku dengan Sena. Anis yang kat tengah tengah masih hyperactive. Ouh, dia sedaya upaya nak kasi aku bangun tapi aku bercakap dengan dia dengan mata yang masih pejam haha gaya mahu tidur. Malas malas. 


iii. Waktu QS, sekali lagi Nick a.k.a. ketua kelas yang comel buat macam selalu. Ipa masuk kelas dan cakap ustazah suruh pergi maktabah. Yeayy, tetibe nick masuk dan cakap tak jadi. Okay, memang percaya tak percaya je. Pandang dia, tengok dia kemas beg. Dia cakap saja je tu, nak kemas kemas. Tup tup, geng gegirls yang lain semua kemas beg jugak. Betul laa pergi maktabah. Hampeh sekali lagi, ceh. 


iv. Jumpa kak syiekah, kak dilla, kak fana yeaa yeaaay rindu! Tahniah ey, result gempak. Lalala. Esok mau pergi sekolah, sambung buat projek. Omaigod, i like. Yeahhh. Esok untuk sesi comot comot ye :P


p/s : tahniah ye my kakak ; kak atin dan my sepupu sepupu kesayangan ; abg syafik & iylah. korang dah lalui cabaran yang paling mencabar huhuhu tahun depan giliran me pula :]

Wednesday, March 23, 2011

Awan, bintang dan angin


aku mengadu pada awan
hilangkan kesakitanku
usapkan aku dengan kelembutanmu
lenakan aku di hamparan kasihmu

saat itu juga
bintang menoleh
lalu ia seakan senyum padaku
di hampirinya aku yang kemas di awanan
lalu cahaya sinarnya mengelilingi aku
seakan air mata sudah dihapuskan pergi olehnya

sedang aku hampir tersenyum
bintang tiba tiba hilang
perginya semakin jauh dari aku
hati ku tercari cari
seakan tidak merelakan pemergiannya

aku kembali suram
perlahan lahan aku melentokkan tubuh ke permaidani awanan
segalanya kembali sunyi, kelam dan sepi
awan, kelembutanmu mengubat jiwa
tetapi masih tidak mampu membuang ratapan ini

angin datang membelai aku dengan ketenangan
sedikit demi sedikit kesakitan merapuh pergi
namun, angin jua seperti bintang
saat aku digembirakan, tanpa kata ia menghilangkan diri

kenapa, saat aku mula menyayangi bintang
saat aku mula menyukai angin
mereka menghilang dariku
aku rindu
aku terluka
aku kecewa
aku masih mahu bermain dengan bintang
aku masih mahu menujah angin

dan segalanya seperti ke permulaannya kembali
aku hanya bersama awan
aku lihat suasana
kelam
dan aku,
tidak larat untuk tersenyum lagi

terima kasih bintang, untuk sinar mu
sejunjung kasih angin, untuk bayu mu
walau seketika dan
sejuta kesetiaan awan, kerna menghamparkan dirimu
saat aku jauh dikalung kegelapan

SI|1141;230311_darknesshurt

Moments to Treasure


Sanah helwah ila husna, kullu 'am wa anti bekhoir. Uhibbuki nan. Chan rak ther fillah. Ther phean-kan chan nan, ther di kap ther suai. Chan chop ther mark. (ucapan khas untuk Cena ; arab-siam :P) 22 maaris 95.

Pergi sekolah, bla bla bla.. suruh dia tutup mata. Ouhhh, sangat susah. Bukannya aku nak buat apa apa pon. Haha, nasib baik ada Anis berkomplot lalala lepas tu kira satu dua tiga, letak 'moments to treasure' tu kat depan mata dia. Haha.

('untuk kesayangan hati : -cena-). Kad spesial. Dan, siap dengan reben reben segala bagai. Wuu wuu wuuu, terharu laa tu kan Cena? Haha. 

Okeyh, part yang erkkkkk hari ini adalah di mana bebudak laki sekali lagi permainkan kami. Huhu. Kami semua turun ke makmal sempena waktu khemiyya. Tapi, masih bertanda tanya laa cikgu masuk ke tidak pasal hari ini result SPM keluar kan.. so, sekolah pun macam busy je lalala. Nick, dari kejauhan bagi isyarat. Kami tak pasti sama ada ketua kelas kami yang comel itu suruh kami masuk ke makmal atau masuk ke kelas. Disebabkan kami dah hilang kepercayaan kat boys ni maka bila Nick jalan mendekati kitorang, kitorang tenung je dalam dalam kasi mood suspens. Haha, dia suruh masuk. Tapi, kami tak caya. Dia jalan melepasi kami, aku tanya dia nak pergi mana.. dia cakap 'masuk laa dulu, aku nak pergi tandas ni' dengan muka yang innocent. Haha, sangsi kami. Jadi, kami ikut je langkah dia dengan pandangan mata. Tup tup, dia naik tangga untuk ke kelas. Tetibe dia melaung 'buat apa lagi tu, masuk kelas laa' sambil gelak kejam. Huwaaaaaa

 T______T hampeh punya Nick. Yang semalam pula, Nick Ime Danny dah tahu cg khemiyya takde. Dia biar je semua orang turun sementara dia duduk je relaks relaks relaks kat kelas. Aku masa tu tengah cari cari cari buku khemiyya (aku sorang je dalam kelas waktu tu) tetibe Ime cakap suruh cepat cepat laa turun kan cg km marah. Yang anehnya, diorang selamba je duduk relaks kat kerusi meja masing masing. Aku pun dengan semangatnya berlari lari ke makmal lalalala tunggu punya tunggu, Pqoh cakap cg km takde. Aku jadi yang hampir hampir last masuk kelas. Bila aku masuk ikut pintu belakang tu, semua pandang aku (boys) sambil senyum senyum yang erkkkk menggeramkan hati. Aku sengih je laa. Bila nak duduk, mereka pandang ke belakang (sebab meja boys berkumpulan di tengah tengah dan meja aku Anis dan Cena yang satu satunya terletak sebaris di belakang mereka) sambil gelak gelak. Ime siap menyindir lagi 'best belajar km tadi?' bla bla bla. Haha, don't worry. Aku tetap balas kata kata mereka tu. Tapi, hampeh punya diorang. Seronok je mempermainkan gegirls, haha.

Ouh, tengs Cena teman aku berlari larian dalam hujan tadi. Di sebabkan result es pi em hari ini, entah kenapa selepas pukul 10 pagi aku rase tertanya tanya je result kakak aku. Well, aku pula yang berdebar debar dalam kelas tadi haha. Semalam, siap mimpi yang kak aku dapat G physics. Huahuahua hampeh punya adek :P Jadi, waktu cg tak masuk.. aku heret Cena ke dewan makan. Atau cari ex-f5 yang berkeliaran kat sekolah lalala. Di jalan, jumpa zul. Tanya dia kakak aku dapat berapa. Ouh, betul laa dia cakap. Tapi, masih sangsi ni. Haha, senang senang kami meredah hujan ke pondok telefon dekat pagar sekolah. Uhuuuuu, tepon tepon tanya tanya habes tujuh puluh sen aku :D 

Anyway, congrats yaa sis coz termasuk dalam kelompok lapan pelajar terbaik sekolah. Big proud of you, mmmuuuahhh :*

p/s : entah macam mane aku boleh lupe ade perjumpaan kelab geo lepas waktu zuhur tadi. huahuahua. asyik sangat bertapa di maktabah :]

Monday, March 21, 2011

'the juniors;iii.S'



Assalamu'alaikum, salam sayang :)


Main main bola tampar waktu PJ. Dengan bermacam macam gaya. Semua gaya ala ala miss world je waktu main. Haha. Gelak gelak, ketawa ketawa. Thirah. Ipa. Cena. Syatun. Pqah. Aisyah. Azlina. Faeza. Sarah. Farah. Ayna. Anis. Aku. Habis merah tangan, penangan bola yang keras. Main aci gitu je kami, bola asyik belok je. Kena orang itu. Kena orang ini. Masuk longkang. Melambung jauh ke rumput. Lalala. 


English, selamat tak kena berdiri. Sebab, kerja sekolah siap. Haha. Yang laki semua berdiri (dengan 'macho'nya) kecuali sapik haha. Addmath belajar dengan seronok. Berdebar debar tunggu kedatangan cikgu, haha sebab modul tak siap. Bebudak ni pun sama spesies je semua. Bila cikgu masuk, cikgu tanya 'modul buat tak?' Aidil jawab 'bukak, cikgu'. Cikgu pun kata lagi 'bukak je, tapi buat tak kan?' Bebudak ni semua gelak, dah kena batang hidung masing masing. Uhuuuuu. Belajar Physics dengan ceria lalalala (sebab belajar tak banyak maka tak pening :P). Waktu BM pun asyik gelak ketawa aje. Ceria yang menenangkan. Dan, waktu SV aku sibuk membaca buku 'Misteri Dunia'. Haihhhh.


Waktu pembelajaran dah habis, sambung bincang pasal projek (wah) team f4. Yeahh. Awas ye, Bilah, Fasiha, Hani, Zahir, Alif. Lalala. Kita ada banyak kerja nak buat :) Kemudian, bergegas ke makmal komp... terlewat siket, dah nampak Syahir dan Shafiq (my juniors, lalala) dengan Cikgu. Okey, kami bincang dan sambung buat kerja. Hohoho. Harap semuanya, berjalan lancar dan cepat siap. :D


Ouh, 'rumah' cat baru lagi. Sebab rasa nak simbah kaler yang variasi, takde laa mood nak emo emo sangat HAHA. Layout ni dah pernah guna, waktu dekat nak exam pmr tahun lepas.. rindu hehe.


 (rindu, rindu jugak. tapi, hidup kena teruskan. biar rindu tu lestari sampai bile bile)






Regards,
the.princess

Sunday, March 20, 2011

'hari ini akan okey'



Grrr. 


Pagi pagi mengadap cermin sambil cakap 'hari ini akan okey, dan best'. 
Uhuuuu, senyum senyum senyum.


Makanya, bila dah nak masuk pagar sekolah senyum sebanyak banyaknya lalala tetibe terserempak dengan Nurul. Erk, aku kenal dia waktu aku handle program BADAR yang masa tu belajar amik wudhuk-solat. Aku handle satu kumpulan bebudak form 1 ni, ketika amali wudhuk. So, even program tu dah lama berlalu tapi budak comel itu laa yang akan sentiasa ucapkan 'Assalamu'alaikum kak Iqa' dengan mukanya (?) atau badannya sedikit di tundukkan sebagai tanda hormat. Ouh, aku memang waa waaa sayang laa budak Nurul ini. Masa aku tingkatan 1 pun aku tak pernah bagi salam kat senior HAHA sebab tak kenal sangat lagi maklumlah senior kan suka membuli (pemikiran budak sekolah rendah :P) 


Aku sengih. Jalan jalan masuk pagar dengan dia, tetibe dia tanya lagi 


'Kak Iqa kenal tak Kak Gra?'


Hurmm. Aku macam baru perasan yang muka Nurul ada iras Kak Gra. Raut wajah yang lembut, dan menenangkan :)


'kenapa?'


'nurul adik kak gra la' dia cakap


tetibe aku berhenti 'adik kak noor fazira azma (kan dah sebut nama penuh haha) form 5 tahun lepas ey?' aku dah buat muka excited dah. Dia pun angguk. Menjerit tengah tengah jalan, 'nape tak cakap awal awal?


Patut laa rasa tenang je tengok muka Nurul. Saling tak tumpah macam kakaknya. Kak Gra yang baik dan lembut dan supporting dan waa waaaa rindu kak gra T_____________T


Senyum. Senyum. Dan senyum lagi. (semata mata nak memupuk mood yang baik)


Masuk kelas, nampak Pqah dengan Sarah. Dari depan pintu lagi 'Assalamu'alaikum semua, hai kawan kawan' Suara ala ala gedik gedik manja =_="
Mereka senyum. (diorang kasi bersih kelas, rajin rajin)


Lepas tu, mula laa sesi borak borak (of course topik utamanya homeworks), kacau kacau, gurau gurau dan paling best sesi mempamerkan botol air aku yang kecil molek warna pink. Terus semua gelak. (jeles ke ape?)
Yang paling tip topnya lagi, perhimpunan takde yeahh yeaaahhh sebab hujan yang mendamaikan maka.. kami buat laa kerja sekolah yang tak pandai nak buat sorang sorang kat rumah.


Lalala, waktu buat QS.. cakap kat Sena 'kalau masa ting 3, waktu gini laa paling best'
Dia gelak. 'memang pun, mesti tengah tergedik gedik buat kerja sekolah mase ni'
'hafal sarwah, buat Ba je femes masa tu' aku sambung.
Dia buat muka comel. 'ha'aa, mu laa. pepagi baru sibuk nak hafal. haha'


Borak tentang macam macam. Kawan, kalau takde tak berseri seri pula hidup kan. Ooo yeahhh. Ustazah QS check kerja kami hehe ustazah tengok kertas salah satu orang yang jadi wakil. Bila tibe ustazah pergi kumpulan aku.. ustazah cakap 'nak bagi saya tengok yang sape ni?' Diam. Sengih semuanya. Ustazah senyum. 'Nak tengok yang Iqa laa' Erk. Terus tetibe tergedik gedik 'erk, tak nak tak nak. tengok yang Sena laa ustazah'. (okay, aku baru siap dua daripada sebelas muka surat lalala) Ustazah cakap 'tu laa, baru start buat semalam lagipun' Hehe. Senyum. Senyum.


Belajar sejarah sangat best! Bebudak ni suka je tanya macam macam. Selalu je menyimpang jauh bila dah tanya tanya tanya tapi takpe dapat ilmu. Math tadi cikgu mintak 'hutang'. Uhuu, ramai sungguh cikgu mintak 'hutang' hari ini. Haha. Waktu BM pun best. Cg terlupa bawak GLA Renyah tu, lepas tu cg pun tanya siapa volunteer nak pergi amik.. pandang cg, angkat tangan. Haha, maka berlari larian laa aku dan Anis meredah hujan. Sangat best haha. Bila masuk kelas, cg dengan comelnya cakap 'alaa laa, kesiannya anak dara cikgu ni. habis basah kuyup. terima kasih'. Cikgu sangat baik. Sebenarnya, cikgu cikgu aku sangat baik lalala. :D


Bila petang, aku Fasiha dan Bilah jalankan projek. Bincang itu ini bla bla bla, tak kira macam mana mesti settle jugak secepatnya. Ouh. :)


*****


p/s : Sebenarnya kan, pergi sekolah hari hari yang penuh rintangan yang perlu di lalui dalam hidup tu bukannya teruk sangat. Tapi, sebaliknya. Kalau aku lihat dengan hati yang positif, semua ni jadi menarik. Aku cuma, mahu hargai apa yang aku ada sekarang. Semua ni kan, terindah :)


p/s ii : now playing, Semangat yang hilang by XPDC and I can walk on water, I can fly by Basshunter


p/s iii : menanti nanti duapuluhdua maaris (tak sabar mahu tulis entry sama seperti setahun yang lepas) :P pening pening senanya. uhuuuu.

Tuesday, March 15, 2011

Tolong Ingatkan Aku


Tag dari Kak Ina tersayang :)

1. Adakah anda rasa anda HOT?
*HOT? Hmmm. Disebabkan tak tau HOT tu dalam konteks apa, maka.. cuaca sekarang memang tak hot. Asyik mendung berarak kelabu je, :P

2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.


3. Cerita pasal gambar ini.
*Ini namanya Halo 2. (adik aku laa yang cakap, hehe). Ini namanya lagi, watak dalam game tembak-tembak-kasi-penjahat-mampus-lepas-tu-menang, aiyeaaa. 

4. Kali terakhir anda makan pizza.
*Tujuh belas tahun yang lepas? Hehe. 

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
*Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku. 
(Sebab, orang baru je call aku. Bila orang call, berdendang laa lagu ini lalalala)

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
*Tengok TV. Bukak astro ceria, dan tengok laa citer Nonochan. HAHA.

7. Selain nama sendiri anda dipanggil dengan nama apa?
*Princess. (jawab dengan yakin ni :D). Eheeee.

8. Tag lagi 5 orang.
*1) Syafiqah Amanda. Husna Syifaa. Pqah Manaf. (nama banyak sebab tu glemer :p)
  2) Sapik.
  3) Hazim.
  4) Zahir.
  5) Nudra.

9. Siapa orang no. 1 dengan anda?
*Kawan baik, yang sentiasa memahami. Sangat memahami. Dia sangat bermakna.

10. Katakan sesuatu pada no. 5.
*Sejujurnya, memang tak pernah jumpa. Jumpa kat IluvIslam. Well, satu satunya kawan dunia maya aku yang sangat bermakna. Ehemm, chat sms kongsi rahsia.. macam kenal betul betul. Nud, harap kita dapat bertentang mata suatu hari nanti! Sentiasa menantikan hari itu :)

11. No. 3 ada hubungan dengan siapa?
*Hubungan dengan siapa eh? Dengan princess of fantasy dia kot, haha.

12. Bagaimana pula dengan no. 2?
*Seorang yang manis, sebab ada lesung pipit. Haha, kawan sekelas. Waktu ting 2, dan sekali lagi untuk sekarang. Sangat menghargai dia, sebetulnya sangat menghargai semua kawan aku. Satu je aku jeles, dia pandai melukis! Uhuuuu.

13. Kata-kata cinta kepada orang no. 4.
*Erk. Erk. Beb, kita kawan selamanya? HAHA.

14. Berikan fakta tentang orang yang kamu tag.
*1) Amanda - Sangat sukakan korea. Huhu, sampai berkali kali dia suruh aku dengar lagu BEAST - Beatiful. Bila dia dah masukkan lagu tu dalam phone aku, di warningnya lagi jangan jangan jangan buang lagu tu. Haha. Tak jemu cerita pasal changmin-ke-ape-nama yang sangat charming tu.
 2) Sapik - Budak jiwang ouhh, haha. Geng debat yang macho, waa waaa. tak tau nak kata apa dah.
 3) Hazim - Prince Of Fantasy, hehe. Suka kereta kuda warna putih (ey?) dan sering menafikan bahawa kereta kuda pink aku tu tak wujud (?) Hoho, kawan yang baik memahami dan memang baik laa.
 4) Zahir - Kalau dapat dengar dia bercakap, memang rahmat laa tu namanya. Haha, suara dia mahal. Sebab, kalau dia cakap nanti keluar emas permata intan berlian. Tapi, dia baik. Memang baik laa kan sebab kawan kawan aku semuanya baik baik belaka. XD
 5) Nudra - BabyBidadari ini memang sangat cute. Kata katanya pun touching aje. Kata kata aku dan dia 'kita kawan selamanya. Mungkin kawan sampai syurga' :D

*****
Homeworks banyak banyaaaak banyaaaaaak. Rajinnya rajinnya rajinnya. Ehee, semalam dua jam lebih menghadap album gambar. Haha, hias menghias.. abadikan kenangan dalam iQa's memoirs. Pengaruh budak Qilah. Hoho. :P

Cuti berbaki lima hari lagi (termasuk hari ini) Kena pastikan, bila pergi sekolah Ahad depan harus dengan semangat jiwa tekad yang sudah diperbaharui. 

sekolah = belajar
belajar = ibadah
ibadah = pahala

homeworks, amanah cikgu. amanah = kena laksana. hoho. belajar untuk ilmu, ilmu itu berharga. kan kan kan?

Assalamu'alaikum.

Saturday, March 12, 2011

Majlis Kahwen ; Qilah's Che Da

Assalamu'alaikum, selamat malam :)


Apa khabar semua? Hehe. Kelmarin busy, hari ini pun baru je lepas habis busy. Haha. 


Jumaat.


Sibuk menolong. Hee, dalam pukul empat petang tu datang... kena 'tahan' sampai laa pukul 11 lebih. Isk isk, macam macam buat. Hehe, mula mula tu segan jugak tapi alah bisa tegal biasa. Dah buat macam rumah sendiri je. Al maklumlah, jiran kan kan kan. Bila hiris bawang ramai ramai, mula laa menangis ramai ramai. Huhu. Parut mangga muda, gilir gilir dengan Aidil.. sampai kecut tangan tangan. Main suap suap pisang goreng, kat tengah tengah dapur. Konon konon romantik. Sempat lagi bukak foto album dia, wow. Cantek! Nak buat juga nak buat juga. Malamnya, Che Da mekap cantek cantek. Uhuu, pengantin kan. Aku, Qilah dengan ustazah duk kat rumah je. Hehe, siap rasmikan pelamin lagi.. pengantin tak sempat duduk sebab kami yang duduk dulu! Haha XD Balik rumah, Ayah Mat dan Qilah yang hantar. Haha, sumpah cool laa Ayah Mat. :D


Sabtu.


Pagi pagi lagi sudah datang. Ehee, dalam pukul sembilan gitu. Tapi, si pkah datang awal siket daripada aku. Mahu masuk pagar, nampak Ayah Mat lagi. Hehe, masuk masuk. Buat macam rumah sendiri. Pergi dapur, tolong tolong. Cuci pinggan, potong potong, sambil kerja sambil gosip hahaha seronok laa jugak. Urus kenduri ramai ramai kan... :P Dah dekat pukul 12 lebih, baru tukar baju mekap mekap hehe. Tema hijau ye! Lepas tu, turun ke khemah. Jadi gadis pembawa muffin. erk, gadis pembawa goodies beg. Walaupun hujan turun renyai renyai tapi, best. Ramai jugak cikgu sekolah aku yang datang. Hehe, sengih sengih. Ustazah cakap 'semua anak ini, haha' (merujuk kepada kami bertiga: qilah, pkah, aku) Ahaaa, suami Che Chik pula panggil 'Qoh, Qoh, dan Qoh'. Haha, abang ayub pula 'pqah kuasa tiga


Berseloroh dengan Che Lah, kak Tirah. Nama saya 'princess' haha. Tapi, diorang tetap panggil bibik! Haha. Waktu dia datang, jalankan rancangan. Haha, punya laa tulis dan suruh Ayah Mat kasi... macam macam. Lastnya, Aidil yang kasi. Haha. Phewiiit =_= Ayah Mat punya laa geleng geleng kepala, dengan kami. Isk T_______T


Petangnya, Kak Syiekah datang. Wow, dengan Myvi haha. Biase, budak baru habes spm. Serius, rindu dia. Lama jugak borak borak, ajak bergambar. Siap iring lagi waktu Syiekah nak balik. Haha, terus ternaik kereta dia. Dia bawak jalan jalan pusing kawasan ini je. Cool wohaaa. Aku di depan. Qilah dan Pkah di belakang. Oo yeahh, dah dekat pukul 7 baru sampai rumah. Hehe. Bila Che Lah dah nak balik juga petang itu, terus dia cakap 'bye bye princess' haha. aku pun kata 'waw, terharunya! haha' Konon konon berdaulat ni. Kak Syiekah nak muntah kot rasanya. :P Malamnya, takde buat kerja sangat. Lap lap pinggan, susun susun pinggan, borak borak, makan kek lalala. Siap kena 'ceramah' lagi dengan abang ayub pasal pyshics. Ceh, kami tetap pertahankan biology! Haha. Cakap cakap, konon konon ajak dia ke pintu.. dush. Terus aku calit ising kek kat pipi dia. Haha, punya laa menempik budak itu. Biru biru biru :P Buat drama gitu, ahaksss.


Tengok pengantin bukak hadiah gitu, berulang kali abang ayub cakap kalo nak balik tu cakap dan berulang kali jugak aku cakap tunggu kereta kuda dulu. Haha, dalam pukul sepuluh lebih tu baru balik. Penat owh, haha. Salam dengan semua, tetiba rasa sedih pula. Hehe, rase macam keluarga sendiri dah. Huhu, takpe takpe. Balik, dengan abang ayub dan Qilah. Sempat abang ayub cakap 'dah jumpa dah kereta kuda?' Haha, ape laaa. Tak sempat nak cakap bye bye kat Ayah Mat tadi. Haha, suka hati aku je panggil apa yang Qilah panggil kat mak bapak sedara dia. Takpe, mesra alam haha. Jadi, gambar je laa yang jadi kenang kenangan. Ahaaaa, sayang semuanya!





























































S E K I AN :)


Friday, March 11, 2011

Bermulanya, cuti sekolah! :D



Assalamualaikum, :)

Waktu yang dinanti nanti telah tiba, lalalala cuti sekolah! Haha, konon konon mahu cuti sesungguh sungguhnya laa seminggu tup tup amik ko.. berlambak kerja sekolah! XD Disebabkan, aku dan kawan kawan budak budak yang baik kan, maka berazamlah dengan penuh semangat iaitu mahu siapkan kerja sekolah seawal yang mungkin. Iye laa, mau buat kerja cuti terancang lagi, mau buat nota lagi, mau ulangkaji lagi, aiyoo yooo yooo. Justeru, masa perlu laa dimanfaatkan sepenuhnya. :P


Oh yaa, pagi tadi selepas habis perjumpaan Geo, aku dengan dia pergi BK. Lepas tu, masuk kelas lewat siket je, hehe. Takpe takpe, sekurang kurangnya dapat basuh fikiran siket. Huk huk huk. 


Kena jadi positif.


Yang kecik tak perlu diperbesarkan. Tak perlu pikir panjang panjang.


Benda yang tak patut, jangan pikir!


Lepas belajar addmath, mata tak larat nak bukak dah. Mengantok yang amat sangat. Nak menulis kat buku pun tulisan dah jadi bengkang bengkok. Bila cikgu keluar je, terus dushh.. tido! Hehe, iye laa, tengah hari merupakan waktu yang popular untuk tido. Hua hua hua. Dalam hati, macam doa je mintak mintak SI masuk lewat siket ke.... XD Tup tup, bila tersedar balik dah setengah jam berlalu. Waa, pertama kali tido lama begitu. Tengok tengok, cikgu takde. Ustaz tak masuk kot. Sambung tido, haha. Lepas tu, borak borak dengan sapik, anis, ipa. Suruh dia cerita pengalaman dia debat hari tu kan. (tahniah tahniah, menang) kejap kejap gelak, kejap kejap ketawa. Waaa, nak tengok team sekolah berdebat T___________T


Hihi, dah dekat nak balik kemas kemas buku. List semua kerja sekolah. List itu ini, sekali dengan azam semangat tekad. Haha.


Dan, budak tu dah 'tempah' aku awal awal. Tiga minggu sebelum kenduri lagi, dia dah 'paksa' aku dengan segala perancangan. Ceh, jadi 'bibik' laa aku esok dan lusa ye gamaknye. Eh eh, bukan bukan.. jadi 'bibik' laa kita esok lusa ye. Haha. No worry, beb. Lu tak payah risau, susah senang bersama kan bro :D


Cakap kat budak tu 'aku nak pakai baju warna pink laa nanti!'


'Alaaa, pink dah pakai laa, tema tunang hari tu. Kawen ni, hijau pulak. Pakai hijau laa' Dia cakap.


Aku pun buat muka protes. Haha, tak kesah laa warna apa pon janji cantek XD