Wednesday, March 30, 2011

Berganda ganda. Chem's Enjoy!



Assalamu'alaikum.


Okeyh, semakin hari semakin berganda-ganda kerja. Tambahan pula, sejak musim main kawad segala bagai ini... memang konfem balik lewat daripada biasa. Hari ini pun, pukul enam setengah petang baru sampai rumah. Haru! Berlatih bagai nak rak, penatnya penatnya penatnya. Tadi, sesudah selesai latihan kawad.. sempat tengok bebudak ini berlatih bola tampar. Comel je mereka semua, kawan kawan aku tak kira laki perempuan. Memang meriah sungguh kawasan sekolah tadi. Sempat ingat semula break clap, dan buat. Rindu! Ohh, dia cakap dia alergik dengan aku. Waktu tu, dah waktu pulang. Maka, takde laa orang sangat kan. Dia pergi buat pengumuman. Di'warning'nya aku awal awal agar jangan tengok dia. Hehe, nak dijadikan cerita... bila dia bercakap tetiba aku buat sengih kat dia tup tup dia ketawa! Terus tutup mikrofon tu. Haha, terus dikejarnya aku sampai hampir ke hujung tangga. Terduduk kami, ketawa. Tak sangka laa sampai macam tu. Kesian dia. Nasib baik takde orang sangat kan waktu tu? XD


Tadi, waktu km. Kami buat laa eksperimen pasal lithium, sodium, potassium. Memang kecoh je laa. Aku buat juga untuk Na & K tu. Sape nak buat, boleh cuba. Part K tu yang mendebarkan, pasal keluar api kan. Yang Li tu, nick awal awal dah cop yang Li tu dia idil dan ijoy nak buat (masa tu tak tau lagi itu li). Bila tiba part dia tu, memang siap bismillah doa segala bagai. Semua yang mengelilingi pun macam menjauh, tetibe rasa tak yakin je. Hahaha. Bila dia letak dengan berdebar debarnya tup tup ek eleh, macam gitu je? kurang sungguh tahap kereaktifan. Bebudak ni semua pakat gelak, ingatkan nick dapat yang boleh meletup lagi kuat! Apa kes :P


Malam, gagahkan diri ke tuisyen khemiyya. Hujan memang lebat tahap giler giler tapi redah je laa. Basah kuyup huhuhu (best). Nak dijadikan cerita, cikgu datang lewat sikit pasal cg tak tahu yang hari ini tuisyen khemiyya (baru tukar jadual) maka kami pun buat kerja sekolah. Yeahh, patut laa hati aku meronta ronta nak bawak kerja QS pun tadi! Haha. Ba baca Renyah. Aku busy dengan QS. Izzat dan Razi sibuk dengan Khemiyya. Dalam pukul 9, mereka tanya tentang khemiyya.. bab periodic table tu. Aku baru je belajar tadi, so kira masih hangat laa. Hehe, yeahhh aku jadi cg khemiyya sekejap ye. Pergi depan papan putih, dan membebel pasal proton number electrons arrangement valence electrons group shell bla bla bla. Lepas tu, cikgu pun datang. Yes! Ngadu pasal bab chemical equation susah, pening nak balance. Huuuu. Maka, kami belajar dengan enjoynya! Duduk semeja dan study dengan santai. Khemiyya best!


Hmmm. Aku ingat nak drop math mode. Tapi, sayang sangat sangat. Sebab, sayang cg. Uhuuuu. Kalau ikut hati, memang rasa nak berhenti semua je. Kerja berlambak lambak, nak tarik nafas pun semput sekarang XD Sebab sayang cikgu, automatiknya sayangkan ilmu yang cikgu ajar dan sebab tu gagahkan jugak belajar belajar dan belajar. No alasan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan? :) Cuma, sekarang memang  tak sempat sangat sangat, daripada tak pergi lebih baik tak amik. Jadi, mungkin aku tak mahu amik mm kot. Tengok laa nanti camne.


Konklusinya, lambat nya nak tunggu hujung minggu! Jumaat dan Sabtu. Takpe takpe, esok sehari je lagi sekolah. Tak tido laa aku gamaknya malam ini. Mahu pulun kerja QS dan BA. Kalau rajin, mahu buat +mt. Usaha usaha usaha! Mesti SIAP! awwalun alghois qatrun, permulaaan hujan satu titisan.




p/s : Jalan jalan. Di simpang empat koop, pusing ke arah BK.. ternampak Solo. Erk, buat muka terkejut. Tak tegur pun, pasal dia dalam kumpulan yang ramai. Kalau dia sorang, sumpah aku tegur. Macam tahun lepas, bila aku terserempak je dengan dia mana mana.. aku kan cakap 'hai a**** i***!' Dan dia, akan senyum. Sampai bila bila, dia sorang je Ai aku! Tak kire tak kire.

No comments: