Friday, March 25, 2011
Sesi comot-comot kami
Sesi comot comot hari ini :)
Pergi sekolah, hanya nampak ustazah kat pondok. Okey, mana orang lain ini? Melilau lilau mata mencari, tetibe nampak Fahmi dan Ilman mahu masuk ke aspura. Terus pergi sekat mereka haha dan tanya mana Alif. Dengan selambanya Ime cakap 'alif tido'. Omaigod, gesa diorang pergi panggil alif. Lalala. Cari Hani, tak jumpa jumpa rupanya dia menanti kat Bilik Kaunseling. Isk isk. Dan, kami pun buat kerja bertiga dengan ustazah. Tepon orang tu, tak angkat angkat. Lama lepas tu, dengan comelnya dia tepon aku balik dan bla bla bla. Ceh.
Waktu bertiga, baru selesaikan perkataan pertama. Masa tu mood senyap biase biase aje. Lepas tu, bila dah cukup kami berempat, ditambah pula dengan ustazah yang tinggalkan kitorang kejap.. memang huru hara sangat laa masa itu. Gaduh gaduh mulut, geram situ geram sini. Waaahaha, Alif sorang je yang cool-takde-cakap-mende. Yang aku, Hani, Zahir asyik bla bla dan bla. Iya laa, buat itu tak jadi buat ini tak jadi.. susah ouh. Dah laa asyik ulang perkataan sama 'kalau gini bila nak siapnya?' Haha. Panas wuuu wuuuu. Hazim pun ada, jadi peneman kitorang. Haha. Bila dah fed up nye, aku dengan Hani pergi duduk. Makan cokelat. Biar Alif dengan Zahir yang sambung kerja, haha. Komen situ komen sini. Lantak laa. Part paling comel bila ustazah Rohani yang komen. Lucu je nak balas balik apa yang ustazah cakap. 'Seni, ustazah :)' Part yang agak menyebalkan bila sorang senior tu datang dan komen bla bla bla. Haha, berasap aku dan Hani. Mana taknya, kitorang yang letih letih buat. Banyak cakap pula dia. Nak mengamok rasenya, haha. Sabar sabar.
Lalala, bila ustazah dah datang maka kami teruskan dengan sesi comot comot. Sebelum itu, memang erkkkk sangat rasa bila tetiba kami baru perasan yang perkataan nak ditulis tu tak-jadi-macam-yang-kami-nak.. nasib baik Zahir perasan kesilapan dan kepelikan tu. Huahuahua. Dah takdir macam itu, maka kami adjust laa mende tu semua kasi okey. Angkut kaler dan buat aktiviti mewarna. Part yang paling best! Hehe. Semua macam tak berani nak mulakan sesi pen'vandalisme'; akhirnya, ustazah jugak yang buat. Haha. Waktu itu, memang gamat laa suasana. Dengan budak asrama yang lalu lalang, geng kengkawan lelaki yang selamba-yayaya nak tolong. Haihh. Fahmy laa yang best, tolong kami cat huruf dengan warna pink! Siap tolong lekatkan lagi kat dinding, hehe sempat lagi dia usik Pqoh waktu tu. Memang kecoh je laa masa tu. Ikhwan budak baru tu pula ada tolong cat hitam dengan ustazah, zahir, alif. Cool je semua. Gelak aje.
Dua kotak cokelat aku bawak hari ini, dua dua abes. Ye laa, tengah tengah buat kerja tu lapar je rase kan.. yang first tu, aku dengan Hani dan Pqah makan. Yang kedua tu, kongsi ramai ramai.. makan sambil buat kerja. Huhu, part paling kena teliti bila guna cat hitam. Kami sama sama warna. Budak tu komen yang aku, konon konon aku buat tak cantik. Elehh, macam laa dia buat cantik. Sama sama hodoh je kita buat laa.. Bila dah dekat pukul 1, baru pulang. Kerja masih siket lagi nak settle, kena sambung esok nampaknya. Hihi.
Waktu mau cuci tangan dengan minyak zaiton, nampak sangat budak tu geli. Haha. Aku dengan Hani gelak. Dan sebelum budak itu balik, sempat pesan supaya malam ini tidur awal. :D
Memang tegang laa keadaan masa nak lorekkan perkataan tu semua, part tu memang arh arhh arhhh semua cakap aci macam nak tengking je. Haha, konon konon merajuk situ sini. Nak cakap sekali lagi, alif je yang cool. Haha. Oh yaa, pertama kali dengar zahir ketawa yang ada bunyi 'hahaha'.. dan banyak sungguh dia gelak 'hahaha' hari ini. Nampaknya, suara dia 'murah' ye hari ini :P Yeay, esok siket lagi mau buat. Uhuuuks. Ribuan terima kasih laa yang datang memeriahkan suasana; hazim, fahmy dan bla bla bla.
Jom jom, selesaikan kerja sekolah! Yiheaaaaaaaa. (semangat!)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment