Saturday, June 30, 2012

Friday, June 29, 2012

Pelangi Bulan Juni


Jun 29, 2012 :)

Huhu, sekian lama tidak menjenguk di sini. Hmmm, banyak yang mahu diceritakan. Kalau boleh, setiap hari mahu merapu membebel juga meluahkan perasaan di sini.  Waaa. Sungguh, hidup sangat lah tidak menentu sekarang. Dalam satu hari, mesti akan ada pelangi hujan guruh petir kilat datang bersilih ganti. Tak dapat tidak, memang kena harungi lah. Tu yang menggila semacam tu. Argh.

Banyak sebenarnya yang terjadi.


Okay, kita mula dengan kisah cikgu fizik.









Suatu pagi selasa (dua minggu yang lalu rasanya) buat jamuan perpisahan untuk Teacher Alisah. Teacher nak pindah sekolah. Makanya, kami pakat-pakat buat flash notes untuk teacher. Ala-ala buku nota gitu. Sorang satu kad, kita bind-kan bersama. Jadilah flash notes yang gempak. Love letters namanya. Kami makan mihun, kek, koktel, puding dan macam-macam lagi makanan. Syok wuuuu.

Tapi sedih lah.
 Teacher memang cantik, baik dan pemurah. Teacher pernah belanja kitorang satu kon aiskrim drumstick setiap sorang, bagi pembaris panjang sorang satu waaaaaa she is really a good lady. Dan, semestinya kami sangat mengagumi teacher. We adore her.

Tahun lepas, tatkala boring dan rasa macam nak huhahuhahu dalam kelas fizik, aku dan Husna selalu je tengok tudung teacher. Teacher cantik tau. Tudung dia labuh sangat tapi still nampak gergous. Kaler tudung, baju, armsock, brooch… sepadan aje. Haha. Kesian teacher, dia mengajar, kitorang takde la focus sangat. Huuuu, tak suka fizik tak suka fizik tak suka fizik. Haihhh. Tapi sekarang ni, nak tak nak kena laa sayang pakcik fizik! =)

*insaf*







Kisah Hari Koperasi dan Kokurikulum

Jun 27 dan 28, sekolah aku adakan sambutan hari koop dan koku. Lalala. Serius, rasa tak meriaaaaaaaaaaaah sangat pun tahun ni. Tahun lepas, rasa macam gempak gila tambah pulak dengan kitorang sendiri bukak gerai kelas dan main masak-masak, jual beli sama-sama. Tahun ni macam entah, ulang-alik dari gerai pertama ke gerai hujung dua tiga puluh kali. Haha. Beli air, burger je la. Pusing-pusing, waaaaaaaaaaaa, tapi okay la. At least, ada laa kenangan untuk tahun ini. Yeah yeahhh.

Lagi best, bila melepak dengan budak kecik Hajar. Ada pulak Faezadti yang memang cute. Haihhh. Macam-macam! =)


Dua hari tak belajar lalala dua hari jugak tak jejak ke kelas langsung. Sampai je sekolah, sepanjang hari memang melepak di surau. Yeahhh, dekat dengan gerai-gerai. Bila-bila masa je boleh jalan-jalan. Tapi tu la, panas, matahari terik. Tapi tak apalah, inilah kenangan untuk tahun 2012. Kenangan untuk budak tingkatan lima :P












Kisah Mock Interview

Budak-budak tingkatan lima ada sesi latihan temuduga untuk ke IPTA dan sewaktu dengannya bla bla bla pada 28 Jun. Sekali dengan hari koop. Makanya, kami diberi peluang melaram habis-habisan. Haha, apa lagi. Bestnya dapat pergi sekolah dengan berbaju kurung biasa! Jarang-jarang  je dapat peluang macam ni. Macam pelangi, :)


Girls dengan baju kurung, boys pulak dengan kemeja wah hensem gitu. Hahaha. Interview kitorang terbahagi kepada dua, satu untuk kumpulan, satu lagi untuk individu.

Macam-macam tempat interview cikgu kasi. Ada di perpustakaan, di bilik bahasa, di kelas-kelas manakala aku punya di Bilik Kaunseling. Heee. Satu kumpulan ada tiga sesi. Aku sesi satu. Satu sesi dengan Encik Hafifi, Encik Ajwad Haziq, Encik Alif, Cik Iman dan Cik Nor Syafiqah.

Punyala sejuk tangan masing-masing bila dah masuk dan duduk dalam Bilik Kaunseling Kelompok. Heee. Kami kena bincang pasal solusi untuk masalah kemalangan jalan raya. Hua hua hua, aku memang tabik spring toink toink pada Fifi. Perghhh. :D

Penemuduga kitorang, Cikgu Azman dan Teacher Ramlah. Hehe.

Untuk sesi individu, huuuuu, memang gelabah sementara tunggu giliran. Aku lepas Ajwad. Lamanya Ajwad kena interview. Kebetulan, cikgu zimah ada dekat luar. Tanya cikgu nak jadi apa ni. Tak tahuuuu. Kan jawab nak jadi kaunselor, teruk kena dengan cg azman since dia sendiri seorang kaunselor. Nak cakap doktor, haih macam tak best sangat. Lastnya cikgu kasi cadangan suruh amik psikologi kanak-kanak dan cakap nak bukak my own kindergarten. Haaa! Good idea. Pami cakap memang padan ler dengan aku kalau nak bukak tadika sendiri. Haha.

Jadi, bila kena temuduga, merapu lah habis-habisan. Tergagap, berterabur grammar. Muahaha. Tapi buat bodoh je la. Hihi. Okay, done! Huuuu, aku lagi suka temuduga individu daripada yang berkumpulan. Apa pun, sesi latihan temuduga ni memang syok. Siap kena bawak dengan resume dan sijil-sijil lagi. Lepas selesai, okay, kita sambung jalan-jalan di gerai-gerai jualan dan tidur di surau. *mengantuk*


























Oh, sempat gambar-gambar dengan Cikgu Mat Chik. My best ever physics teacher! Wuuuu. Beliau seorang guru disiplin dan aku sangat gerun dengan beliau sebenarnya waktu aku masih di tingkatan 1 dan 2. Haha, bila dah mula belajar dengan dia tingkatan 3, 4 dan hingga sekarang… barulah aku tahu sangat best rupanya ada cikgu gila-gila macam beliau. Muahaha. Macam satu kepala je dengan aku. Kebelakangan ini, memang selalu jumpa dengan cikgu pagi-pagi hari lagi sebab cikgu jaga pagar. Haha, aku ni memang bukan muka budak yang datang awal :P Setiap kali kena sound dengan cikgu, aku kasi peace dan byebye je. Haha. :P Kurang asam punya anak murid =D










Okay, panjang dah membebel. Sampai jumpa nanti, mungkin esok lusa atau minggu hadapan atau bulan hadapan hahaha. Doakan aku mampu bertahan! Walau aku sendiri tak tahu berapa lagi aku mampu bertahan. *bertahan*

Sya Izz, it is a must for you to be a strong girl!