Tuesday, November 30, 2010

My dearest Alma,


Salam, semalam kak jenny datang rumah. Hehe, my cousin. Hurmmm, riuh je rumah dengan anak anak kak jenny. azim, amisha, adam, alma. haha, alma tu sangat sukakan kucing. memandangkan encik Jebat berkeliaran kat dalam rumah masa tu, habis segala tempat Alma jejaki. Haha, sampai siap meniarap bawah meja kat dapur, pergi cari kat ruang tamu. hahaha, memang kesian laa Jebat malam tu. last last, letak jebat dalam bilik me. ngeee ngee ngeee, kesian Alma cari merata rata tak jumpa. lastnya, bawa je Alma masuk dalam bilik. haha, siap bergambar segala bagai. lama sangat maen dengan jebat. Jebat pun dah macam moody je. Kah kah kah. Well, lama lepas tu baru Alma maen masak masak dengan Farah. Ada geguli, pepasir, alat masak mainan. Haha, sweeeeeet je.







Alma yang chumil, macam kak sepupu dia ni. HAHA.

Sunday, November 28, 2010

15 November 10

Hai, hai, hai.

15 november, tarikh berakhirnya sesi sekolah 2010. yeahhh, bukan lagi pelajar tingkatan tiga. haha, ermmm. sedikit kenangan, with gambar gambar.












The Pantai's Hikayat


Salam, hehe. Ni cerita lama dah, haha. 12.10.2010. Kali ni, kami bertiga jer. Aku Aifaa Amni. Hurmmm, bodyguard sorang. Encik Adam. Hahahah. Just, release tension. Haha, konon konon. Ehh, ingat dah lepas PMR tak tension dah ke?

Hak hak hak, pagi tu relaks kat taman permainan dulu. Then, pergi pantai. Kita main lari lari anak, ceh. Part yang aku suka, bila kita tiga orang menjerit sekuat kuat hati. Haha, memang takde suara laa lepas tu. Serius, best giler. Walaupun, panas beb mase tuh. Hangus.. hehe.

Lepas pantai, pergi taman lagi. Borak itu ini bla bla dan bla. Dalam pukul 12 papa singgah, tanya nak balik ke tak? Mase tu lepas amik Kak Atin kat sekolah. Hoho, aku cakap tak nak. So, Adam balik dulu. Dalam pukul 1 lebih baru papa datang amik lagi sekali. Haha, takpe.. rumah dekat je.. kan kan kan? Hehe. Kalau Pantai Bukit Keluang tu betol laa dekat. Ni Pantai Air Tawar. Hehe.

Tapi, mengapa Pantai Air Tawar jjadi pilihan? Ekekeke. Sebab, ada taman permainan dan pantai ni banyak nostalgia kepada kami.

Kami = geng tuisyen cg dina, 2010. Tempat lepak kami lepak laa pantai ni, hehe.













Till then, chaw..

Saturday, November 27, 2010

Schubert's Serenade ii


Schubert's Serenade.
"Schubert's Serenade... lagunya penuh dengan kenangan
Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

Dan, ceritanya sangat best. Serta, sangat sedih. Nak menangis rasanya bila baca. Haha, memang touching. Sangat sangat.

[ Papa. Mama. Shaharmi. Najwa. Ucop. Luqman Al Hafiz. Khairul Faizi ]

[ Abg Shah. Ju'a. Eg ]

T_T

Hehe, dah pukul 2.45 a.m. Dari pukul 1 pagi lebih tadi menghabiskan masa meng'adjust' layout. Haha. Layout ni tetap hitam, cool beb. Hahaha. Actually, layout ni hitam pink. Huk huk huk. Maka, dengan sedikit kesabaran bla bla dan bla.. aku pun make up siket biar hitam terus. Ikut citarasa. Cewahh, ni namanya menghabiskan masa berjam jam dengan tak berfaedah sangat kot.

Hahaha, betol laa. Bila buat sesuatu yang kita nak buat, then kita akan usaha nak buat. Sampai jadi. Tak kisah laa lama mana pun. Tak kisah laa susah mana pun.

Kan kan kan?

Uhuksss. 


there could be beauty in tragedy, anyway. 

Friday, November 26, 2010

Schubert's Serenade

Salam

Hari ni Che Ma datang ke rumah saya. Hahaha, meriahnye. Ekekeke. Hurmmm, lepas tu kan Che Ma tunjuk 'Gurindam Jiwa' yang ada tandatangan Noor Suraya. Ngeeeeee. Jelesnye, wakaka. Huk huk huk. Maka, saya dengan comelnye mengambil peluang baca Schubert's Serenade.

Best kan tajuk nya? Hehe.

I thought it was happy ending story as usual, yeaahh. But, i'm wrong. They are sweet, huh. Ju'a and her abang Shah. A charming, handsome, nice abg shah. Haha, cool.

Memang happy, mase diorang baik. Ehemm, they're adik beradik tiri as papa Shah kawen dengan Mama Ju'a. Huhu. Shah terror sangat maen piano. Yang Ju'a pula maen violin. Mereka selalu je duet. They like Schubert's Serenade, Canon In D and so on. Hurmmm, i thought Schubert's Serenade really mendayu dayu..

Apa yang penting, memang dapat feel laa. Macam dapat masuk dalam hidup diorang. Ju'a, Shah, Ucop.. Really sweet moments. Tapi, abg shah mati. Masa tu diorang dapat adek baru. Abg shah cakap kalau lelaki, it's gonna be Luqman Al Hakim. Ju'a cakap kalau perempuan, Nurul Liyana. Dan, it's Luqman Al Hakim.

Abg shah mati mase on the way nak pergi hospital tengok adik baru diorang. Accident. Huwaaaa, memang sedih giler. Sampai aku rasa nak nanges. Bayangkan, mase tu Ju'a tengah tunggu result spm. Abg shah janji nak bagi violin baru kalau dapat straight's A spm dan A1 addmath. Mase trial pun Ju'a dah dapat hadiah telefon bimbit sebab dapat AI addmath. Yer laa, selama ni asyik gagal je.

Abg shah yang ajar Ju'a addmath, diorang duo violin-piano, happy sangat. Abg shah yang beli buku untuk dia. Abg shah yang tengok dia kat hostel. Abg shah yang itu ini. Oh yaa, abg shah still study kat utp rasenya. hehe. Dan, abg shah tak sempat pun tengok result Ju'a. Dan, Ju'a pun dah tak maen violin ni. Setiap kali dengar je, she must be upset. Jadi teringat...

[najwa. shaharmi.]
Abg shah memang abg yang baek dan sempoi habis.

Shah ~ Kita kena selalu ingat… orang yang kita sayang sangat tu, sayang kita macam mana kita sayang dia. Diaorang pergi dulu bukan sebab tak sayang kita, tapi sebab Dia lebih sayang ayah Ju’a dengan mama abang. Lebih dari kita semua sayang diaorang. Lagi pun, sooner or later kita akan jumpa diaorang balik. Percaya dengan janji Tuhan, Ju’a. Nanti kita akan jumpa balik diaorang. Ju’a jumpa ayah Ju’a, abang jumpa mama abang. Sebenarnya tak sejauh yang kita fikirkan. Hanya dipisahkan oleh satu garis je. Life and death. Garisan tu je yang pisahkan kita. Dan doa tu penghubung paling kuat.

Saya sayang kawan kawan saya!

 tapi kalo hazim n sapik tak jiwang, ada la yang tak kene tu,, wakaka. n kalau sya izz tak update blog sehari, busy la tu maknanya. n kalau aku update blog ni, maknanya aku memang bertuah la sebab bleh update blog. pape pown, aku akan update jugak, walau 1 entry dalam 1 bulan . LOL

Hai hai hai.

Hehehe, asyik post blog around pukul 1  pagi jer. hak hak hak. malam malam ni laa baru free. cewahhh. Hahaha, kat atas tu pulak qoute budak tuh. Budak Cyfaa. Hahaha. Nampak sangat takde kerja. Hihihi. Memang takde kerja. hehe, aku rasa ni laa post yang berantai. Start with zahir [Stand By Me]. Then, aku [Inside My Memoirs]. Then, Cyfaa [Lights In The Dark]. Hahaha.  

blog kami cam semacam kan..over ke??

Haha. Tu budak Zahir punya tulisan. Haha, taipan laa kot. 

Oh yaaa, cakap pasal dia.. janji nak update belog lepas abes citer kum kum. Cheh, sampai sekarang tak nampak batang hidung post baru. Haha, dia pun macam dah tau kalau aku hantar chat je mesti nak suruh dia update belog. Huhu.

Cakap pasal Chat, ke mana ehh Hazim menghilang? Hahaha, dia pulak yang selalu chat dengan adik aku. huhuhu, yang aku ni tolak tepi dah. haha, takde laa. cuma aku je asyik online tengah tengah malam buta. Petang petang confirm tak leh lama pasal kena berebut dulu. Haha. Sama laa kalau tengok TV. Mesti tengok info dulu, pastu janji channel tu milik kita pada sekian sekian. Bertoleransi laa konon konon. Haha.

Ehh, ehhh. dah melalut segala bagai ni. Hehehe.

Konklusinya, aku hanya nak cakap...

Saya sayang kawan kawan saya!

Dan, tak lupa..

Saya sayang kakak Arina saya!

i know the feelings, Sya Izz. what is important the most, to be able to share your unexplainable-with-talking feelings. thus, here you are, writing down on a piece of black paper.

Pssttt : Kalau aku tak update belog sehari tu, bukannya busy. Tapi, malas. Tengok TV lagi best. Tapi, hari hari mesti mau ada update terbaru tak kira laa pada masa bila pun. Kan Cyfaa? Love u.

Thursday, November 25, 2010

Blog kami cam semacam kan....

Salam, haha. Post malam malam buta. Hehehe. Tak boleh tidur, maka jalan jalan kat blog je laa. Haha. Sekali bukak belog kawan aku yang chumil.. tup tup :
buka blog my sya izz, azim,syafiq,syafiqah...etc..ha..ha.blog kami cam semacam kan..over ke?? ha..ha.. dah terlebih kot..buka blog sya izz ..mesti sedih..sbb dengan ad daun yg luruh pastu ad music instrumental kalu x silap sy my heart will go on...kalau x salah laa...lpas 2 bca2..dia crita pasal kenangan dia ngn geng klas dia laaa..ha..ha..macam2 btul laa dia ni..pastu bukak blog azim..ad tittle 'haNYUT"..ingtkan aper..rupanya lagu faizal tahir 2...then..bka blog syafiq..dengan postnya "SENYUM"..apa yg penting ketiga-tiga blogger ni kecuali sy adalah ketegori JIWANG..sy ckp btul ni..ha..ha..x caya tngok laa blog mood dia ngn lagu dia..yg slow..yg sedih..yg bleh mrruntun jiwa..ha..ha.sy x bleh laa sedih2 ni..i luv something happy..i mean bit..ha..ha..tpi x pe laa.tu dioarang..ha..ha.tp sy kdg2 jer minat slow ni..mood sentiasa brubahkan??
ngeeee.

Boleh dia letakkan kami dalam kategori JIWANG ?

HAHA, takde erti nostalgia langsung laa dia tu. :p

Nostalgia bukan kisah kisah sedih. Nostalgia itu kenangan. Kenangan yang boleh meng'happy'kan hati. Wakaka. Jadi, belog aku ni takde laa JIWANG sangat.

Bak kata my zahir, belog azim dengan sapik je jiwang. Tapi, juara jiwangnya.. azim laa aku rasa. jiwang amat beb. Wakaka. Ahaaaa, yang Cyfaa je tahap bravo. Hak hak hak.

Psstttt. Aku suke je bace ayat yang aku bold kat quote tu. Best je bunyi blog kami. Hahaha, tentang cerita kami. Kita kawan selamanya beb, mungkin kawan sampai syurga


:D


Ohoo, lupe.. tadi tengok regu M'sia Sepak Takraw. Lawan Thailand jugak. Haha, poon chai takde. Tercari cari aku. Hihi, mula mula putra tu yang bahagian apit. tapi, ngaaaaa ngaaa ngaaaa kurang memberansangkan sungguh. Kena belasah terus je. Tak best tak best, tukar tengok acara terjun papan anjal 1m rase. Hihihi, then tukar balik Sepak Takraw.. oo yeahhhh. Shahruddin tu ade. Ganti Putra tu. Hahaha, hensem kan dia? Eyttt! Ceh, haha. Tapi, dia memang okay ape maen.. Aku rase dia yang banyak main peranan nak dapat mata. Bersungguh sungguh. Tapi, M'sia tetap kalah set kedua... 19-21. Huwaaaa, sikit lagi. Ishhh.

He. He. He.

Cyfaa siap tulis lagi kat wall fb aku, 
emo brooo.. hak3, bangga2
Ceh, haha. Mentang mentang letak gambar emo, ayat pun kasi over je gitu. Hihi. Dan, sekarang aku dalam proses mendelete kawan. Hurmm, kawan aku ada dalam tiga ratus lebih. Tapi, yang kawan betul betul berapa je. Yang lain, aci add approve je. Huhu. Aku sekarang rasa macam dalam proses membina benteng laa. Takde orang boleh masuk dalam hidup aku macam tu je. Haha, dalam dunia maya je gini.. Kat luar, aku laa si cantik yang paling ramah kan kan kan Zahir? Haha, sebab tu selamba badak je budak budak ni kate aku koyaa. Ekeke. Aku memang camni, just nak buat korang senyum je. Heh.

Ermm. Aku suka, bila orang tak kenal aku. Kat dunia maya ni laa. Haha, aku ni nama je blogger yang paling popular kat sekolah kan kan kan Cyfaa *koya lagi* ? Tapi, aku tak suka orang baca cerita aku sebenarnya. Aku kan pemalu, wakaka. Takde laa. Cuma, aku just menulis untuk diri aku. 

Mase awal awal buat blog, memang asyik try and error laa. Dah beratus jenis layout aku tukar. Segalanya aku dah cuba. Maen coding segala bagai. Pernah letak iklan. Blog walking. Nama pun berpuluh kali tukar. Tu semua nak jadikan blog popular. Konon konon. Haha, tapi sekarang Inside My Memoirs hanya laa simple. Hitam. Yang ada hitam dan tulisan. Sebab, aku tahu.. aku menulis ni just untuk catatan hati. Bukan untuk dibaca oleh orang, walaupun ada orang baca. Tapi, tak kisah laa. Haha, aku sekarang pun pemalas je nak blog walking ni. Dulu, aku rasa seronok. Tapi, sekarang aku macam tak nak luaskan hidup aku kat maya ni. Haha, macam cukup je dengan apa yang aku ada sekarang. Hari hari aku bukak blog sama je. Kak Arina, Kak Fathiyyah, Zahir, Cyfaa, Ziem, Sapik, Qilah. Dan, aku guna blog list diorang je untuk meneroka blog orang laen. Haha. Belog aku sendiri pun takde blog list. Malas nak letak. Hehe. Sebab tu laa aku asyik gesa kawan kawan aku ni update belog. Iye laa, aku bukak blog hari hari. Boring kalau takde cerita dari mereka. Hehehe.

Aku hanya nak privasi, cewaaaahhh. Dan, simple. Blog aku mana ada widget segala bagai. Yang ada shoutmix dengan plurk je laa. Hahaha. Kat facebook aku pun macam kosong je. Sebab aku suka mendelete. Ada dalam dua tiga hari wujud kat wall aku, maka aku pun delete. Seronok, kosong. Tak serabut tak penuh. Less is more. Hak hak hak. Aku suka senyap dan sepi. Walaupun aku tahu aku ni sebenarnya galak dan ramah kat luar. Tapi, aku suka macam ni. Dua attitude berbeza. Sangat kontra. Alah, kat luar pun aku biasa je emo emo ni tapi cover cover laa juga. Hahaha. 

Sekarang pun skema je post aku. Perkataan tulis penuh, walaupun kadang kadang ada tersasar gak bahasa pasar. Formal beb. Cewahhh, ayat perenggan perenggan. Takde warna warni besar kecik. Ekekeke. Pengalaman semua tu. Kalau tengok post lama lama aku, macam macam. Ada yang besar kecik laa. Warna warni. Yang panjang berjela tapi takde perenggan sampai sakit mata nak baca pun ada. Masa tu dah rasa cantek okay ape. Haha, sekarang bila tengok balik rase erkkkkkkk. Ape kes macam ni.. Hehe. Tak laa, aku suka baca blog yang orang tulis macam aku. I mean, formal ada tulisan penuh takde besar kecik warna warni. Simple. Sebab tu, aku pun tulis ala ala macam tu jugak. Aku suka. Kalau orang lain tak suka, bukan urusan aku tu. Haha.

Yang aku tahu, aku suka hidup macam ni. Seadanya. :)

Wednesday, November 24, 2010

Catatan Hati

Salam.

Semalam, on da way to Jerteh.. buat aku mengimbas balik memori lama. Hahaha, tenung tingkap dan terfikir memori.

Memori lama laa gitu, haha.

Ermmm, rindu amat sangat.

Minda aku mengimbas, memori lama yang aku rasa sangat indah. Hurmm, memori. Tak kira pahit atau manis, semua terindah. Kan?

Betul laa kan, bila sesuatu tu dah terjadi.. pergi.. maka kita akan sangat merinduinya.

Sama laa macam aku.

Aku rindu sangat life aku as pelajar 3 R. au penghuni bilik no 13. 


Ingat lagi, mula mula masuk form 3. Hehe, masa tu duduk pasangan. Aku duduk dengan Jihah.  Kat depan aku, ada Uzair dengan Ikhwan. Biasa laa, boys kat depan. Hehe. Sweet je aku rasa masa tu. Tapi, tak de laa rapat sangat dengan semua budak budak dalam kelas. Terutama, dengan Izzat Nizam Mira Thirah. Budak kelas S dulu. Oh, Hani Syahirah Syafiq pula masuk kelas S. Dah bukan budak kelas R lagi. Hehe. Biasa laa, ada naik kelas ada turun kelas. Tapi, sama je kelas apa pun. S dengan R je kelas perdagangan.


Ohh, masa mula mula tu memang excited aje. Iye laa, cuak pun ada. Dah tingkatan tiga rupanya. Hehe. Aku ingat lagi, mase tu cikgu suruh pilih siapa nak jadi ketua kelas. Kitorang ni, sama ada Izat au Nije. Haha, laki lain memang tak masuk senarai laa. Sorang sorang perangai kami dah tahu. Haha, dan Amni bangun lalu mencadangkan Izat. Hehe, maka sebulat suara je laa setuju. Izat pula reti sengih je mase tu. Jangan harap nak dengar dia cakap. HAHA, setakat aku dengan najihah yang tahap mulut paling bising pun malas nak tegur dia. Hihi, tak biasa laa katakan. Tapi, bila seminggu dua lepas tu.. dia dah berubah. Dah jadi dia yang lama balik, yang dah sama spesies dengan budak laki laen. Haha, jeng sungguh laa. Aku rasa kan, Muzakkir sorang je yang perangai matured dalam kelas kami. Nak harap budak laki tujuh lagi tu? Kirim salam, chaw laa beb. Haha, tapi mereka sangat meriangkan. Perangai aci redah kanak kanak ribena aje. 


Oooh,ni senarai budak kelas R yang comel

Kanak-kanak B

  • Izzat Muhammad | Ijak
  • Muhammad Amzar | Mezar
  • Muhammad Muzakkir | Akkir
  • Muhammad Uzair | Zir
  • Razi Irsyad | Syad
  • Shahrul Nizam | Nije
  • Wan Ikhwan | Kwan
  • Zarif Izzudddin | Zarif

Kanak-kanak G

  • Amirah Adny | Mirah
  • Amni Aqilah | Meni
  • Che Nur Izzati | Zati
  • Che Ku Syahida | Ida
  • Che Ku Syahira | Ira
  • Fatin Fasiha | Fatin
  • Fatin Najihah | Atin
  • Haslizanawati | Wawa
  • Husna Munirah | Cena
  • Nadia | Yaya
  • Najihah | Jihah
  • Nik Athirah | Tirah
  • Nur Amira | Mira
  • Nurul Faezadti | Atie
  • Nurul Nabilah | Bilah
  • Sya Izz
Ermm, teringat pula mase aku maen kejar kejar. Dari atas sampai bawah. Wakaka. Tobat laa tak ingat dunia masa tu. Kasi malu aje, haha. Teringat kes gaduh gaduh. Kes dutch lady segala bagai. HAHA, teringat sesi belajar pakai tie. Ngade ngade sungguh. Tengs yaa budak berdua. Hurmm, lama lama kan kitorang sekelas macam dah rapat giler laa. Macam adek beradek. Haha. Mana taknya, dua puluh empat jam tengok muka diorang.


Pagi waktu sekolah muka diorang.


Petang kelas tambahan muka diorang.


Malam kelas tambahan pun muka diorang juga.


Teringat tau, pagi pagi baru nak bukak buku buat kerja sekolah pelbagai. Riuh beb, mana taknya.. bila nak tanya je aci terus laung gitu je. Haha, macam macam. Hari Ahad kalau takde perhimpunan, memang rahmat besar laa bagi kitorang. Selalu cikgu suruh bersihkan kelas kalau perhimpunan takde. Tapi, kirim salam laa kalau kami buat semua tu. haha, tapi ade laa yang rajin. tirah, mira, amni, faeza.. tu stok rajin laa. Kalau tak, memang menghadap buku laa. Buat kerja sekolah yang tak sempat siap.


Dan, kami memang suka belajar BA tahun ni. Dengan ustazah Rohani. Memang kaw tahap maha hebat je belajar dengan dia. Hafal sepuluh perkataan sehari. Kerja sekolah kerna siap. Sebab ustazah, kami belajar erti berkat. Sebab ustazah, kami suka walaupun aci hari hari kena bebel. Budak budak ni semakin dekat exam semakin buat perangai. Haha, memang tak sah kalau ustazah tak bagi nasihat hari hari. Tapi, kami sengih je. Memang tahap takde perasaan. Kalau hari yang ada matapelajaran BA, memang gelisah laa selagi meta pelajaran tu tak habis. Sebab, ke hulu ke hilir kami akan bawa buku nota. Pagi pagi baru nak hafal. Haha, sampai nak ke kantin makan pun sempat pegang buku nota sambil hafal. Haihhh, resah seresahnya. Hihihi.


Ustazah ajar kitorang banyak sangat. Terutama, tentang keberkatan. Memang sayang amat ustazah. :)


Aduhai, teringat saat saat hias kelas sama sama. HAHA, ada satu petang tu.. kena pergi surau.. ada ceramah ape entah. Hehe, dan kami ponteng. Aku jihah dan tak ingat. Haha, sebab mengecat kat dinding belakang kelas. Nun jauh kat atas, kami cat tulisan jawi yang Nije dah lakar. Memang comot habis laa, siap panjat meja kerusi segala bagai. Hehe, seronok ye buat kerja jahat. Haha, bukan jahat tu.. nakal namanya. 


Tahun ni memang banyak kena denda. Iye laa, cikgu pun dah mula tegas. Haihhh, kalau tak siap kerja sekolah BM.. kena bayar dua puluh sen. Hehe, aku ni habis habisan ni make sure BM sentiasa siap. Tak nak calar rekod bersih. Ekeke, last last tercalar jugak. Melayang dua puluh sen. Hehe. Teringat tentang sejarah. Ada geng kena junjung kerusi keliling kelas. Hua hua hua. Untuk kebaikan bersama. Haha, aku pula pernah kena rotan kat tangan dengan Jihah. Dan, masa tu kami laa paling banyak salah. Berapa entah, sepuluh rasanya. Kena sepuluh das beb, haha tapi aku lapan je. Cikgu kasihan kot. Mana taknya, mase hulur tangan menggigil gigil siap buat drama HAHA. Budak budak ni aci kasi gelak. Ceh.


Masa dah dekat dekat exam, tekanan lagi gempak. mood puting beliung tu dah biasa. Kejap okey kejap tak. haha, semua orang spesies sama je. Tapi, tetap senyum yeaaaa. Haihh, macam macam program kitorang bersama. Masa hari maulidur rasul, kami pakai baju sama warna. Yang perempuan tiga warna rasanya. Lelaki hijau, diorang pakai baju prep asrama. Ala ala raihan rasanya. Tapi, boleh pula encik izat sorang pakai baju melayu siap samping segala bagai. konon konon mr universe. mentang mentang ketua kelas, haha.


teringat masa sambut raya, angkat meja kerusi dari bilik KH. Jauhh tu, hingga ke tapak perhimpunan. Raya ni buat ikut form. Rumah terbuka gitu. Kelas R pula urus persiapan tempat. Yang syoknya, girls sibuk buat kerja situ sini.. boys pula enak aje lepak dalam kelas. Huaaaa, giler laa korang. Hahaha. Ohh, masa raya mood aku tak baik. Sebab, kak aku bawa kamera tapi memory penuh. tak boleh delete sebab file nye nampak dalam pc jer. dah laa memory stau ag tak bawa. huwaaa, nak mengamok je rase. rileks rileks. sebab tu, aku just duduk sekejap je kat rumah terbuka kitorang. then, naik atas kelas sorang sorang. redah aje, buat sejarah. haha, geng boys pun ada. yang girls aku dengan faezadti. girls lain still sibuk kat bawah.. bergambar makan segala bagai. huhu.


ohh yaaa, then boys tutup pintu. bising gamat riuh. aku dengan eza buat dunno je laaa. emosi beb, haha. dah tak amik kira dah. hurmm, diorang pasang lagu then shuffle. omaigod! giler tergelak jugak aku. terutama bila si fifi yang shuffle. indah sungguh ye, berbaju melayu biru bersamping biru dan bawa beg PINK. beg budak kelas aku mana tau dia rembat. haha, kemudian diorang pasang lagu dan buat mimik muka gerak mulut. bila aku pandang siket, berhenti laa diorang. konon konon pemalu, dasar kanak kanak.

Dan, masa raya jugak laa ada sesi pendamaian. aku kira dalam dua jam gitu. haha, mana taknya, nak berdamai ni setelah sebulan gitu tak bertegur. kah kah kah. hehe, tahon ni memang suka gaduh. aci gaduh je. lepas tu berbaik. haha. aku ni siap mencurahkan air mata segala bagai. sedih beb, huhuhuhu. eksyen je lebih. zahir hani jadi orang perantaraan. kah kah kah, aku ingat lagi.. zahir ulang alik cakap apa yang kitorang sampaikan. padahal dengar aje. hihihi. okayh, gadoh gadoh then berbaik laa kitorang. 'gurau.. suprise!' memang tak boleh lupa, hahahaha.


ermmm, mase time izin ilmu pun menangis segala bagai, haha. aku persalahkan hani. iye, dia kat depan aku dan dia nangis dulu. hehe, aku pun ikot laaa. mase tu dalam surau. part salam peluk memang 'ahhhh' tak boleh nak cakap laa. ustazah rohani siap cakap lagi 'apa nangis nangis ni..' hihi. touching laa katakan. maen peluk peluk. haha, kasi malu budak laki je tengok. arhhh. cover cover. :P


ni baru cerita kat sekolah. bukan lagi cerita asrama. yang lagi happening.


huhu, apa yang aku tahu. aku sangat merindui korang. terutama geng S dengan R. Yeahhh.


Kristal kristal putih
berkilauan indah
namun sepi


hujan
tiba tiba menyapa
titisannya mendingin jiwa
yang sedang merindu


pelangi
diam diam menjadikan
kristal kristal itu
bukan lagi putih
tetapi
warnanya pelbagai
tetap indah
tidak lagi sepi

saat ini 
tenang dan damai
pabila kenangan kita
ada dalam pelukan

mencairkan dingin 
hangat

aku kristal kristal putih itu
mereka pelangi
hujan itu kehidupan
dan
indah itu kita serta kenangan

[SI-24112010:1.21PM_loveending]

Sungguh, sampai bila bila aku akan merindukan kenangan kita. Aku akan menghargainya, biar tak lekang dek masa. Nak aje aku beritahu seluruh dunia, betapa aku sayangkan korang. Sayang yang amat. pelangi pelangi yang sudi mewarnai hati aku. rasanya tak terluah betapa aku rindu akan semua ini. semua yang telah kita lalui bersama.. tak kira laa masa tu pahit payau manis indah sedih ceria yang pasti.. akhirnya, akan bergelar nostalgia. Semua ni, just for catatan hati.

Monday, November 22, 2010

Solat Hajat Ilah Atin


Salam dan selamat malam

Hihi, malam malam baru sempat meng'update'. Hak hak hak.

Hurmmm, semalam balik rumah tok. Oo yeahhh, tengok badminton. Lee C W lawan dengan Lin Dan. Hua hua hua, set ketiga teruk C W kena belasah. Haha, kitorang sokong Malaysia yaa. Tapi, super duper memang hebat laa Lin Dan ni. Dah laa hensem. Hahaha.

Erkk. Mula mula aku dengan Adam sokong C W. Papa dengan Sarah pulak sokong L D. Ceh. Aku ni kira optimis laa kan. Iye laa, optimis. Tak mustahil M'sia menang. Hehe. Set pertama, L D menang. Set kedua, C W menang. L D pun macam dah erkkkk je permainan dia mase tu. Haha. Akhirnya, bila set ketiga.. nah, amik ko! Terus dibelasahnya C W tu. Huhuhu, aku ni doa doa doa laa jugak mintak mintak ade keajaiban ke ape biar M'sia menang.

Dan, terpaksa akur dengan ketentuan. L D menang. Yeahhh, huwaaaaaa.. sedihnya. Tapi, L D nampak memang gembira tahap giler laa bila dia menang tu. Sampai aku pun rasa teruja sama. Iya laa, sangat puas aku rasa bila apa benda yang kita buat dan apa yang kita usaha sungguh sungguh berhasil. Maka, itu adalah kepuasan yang sangat kita dapat rasai sampai tak terucap dek kata laa. 

Hurmmm, first aku tengok badminton lawan.. mase kat Olimpik Beijing. L D lawan C W gak. Dan, masa tu L D menang. HAHA, Tapi, masa tu aku sokong L D sebab dia hensem. Wakaka. Sekarang, lebih bersikap patriotik yer! Haha.

Hari ni pula mama long buat solat hajat untuk Bilah dengan Atin yang nak exam SPM ni. Kat rumah Ayoh P.P. Pagi pagi lagi papa and the gang dah blah ke P.P. Aku dengan Atin je yang akan menyusul nanti dengan Acu. Hua hua hua. Dalam pukul 2 petang, kami bertolak gitu. Ceh, macam jauh sangat P.P. tu. Hehe, sempat membodek a.k.a. mengajak Acu ke SMO P.P. Dapat laa Dame Zoete Sarah.

Arh, giler laa aku ni. Hantu novel. Huhuhu, lepas ni kena kurangkan sikit pengamalan pembelian novel ni.

Berjimat cermat amalan saya. 

He he he.

Dan, makan laksa laa. Masa mula mula sampai, terus terkam kat 'Akif dan Mirah. Hehe, terus sambar baby tu dan dukung. Kiut beb. Hua hua hua. Baru pergi makan lepas tu. Sambil sambil makan, sambil sambil borak. Dengan Ijak, Acu, Atin, Che Ma dan segala bagai sanak saudara yang ada. Hak hak hak.

Lepak lepak. Cakap cakap.

Sebelum balik, singgah rumah mama long. Sempat cakap good luck kat Iylah. Yeaahhh.

Sepupuku dan Kakakku boleh!

Ngeh ngeh ngeh.

Maka, tamatlah cerita untuk hari ni. Just, bagi senior senior smkanian ...

Selamat menggempakkan result y'all! Selamat maju jaya.
SPM 2010' kasi terbaek! Yeahhh. Batch 93 boleh. :)



Psstt : Kakak aku ngade ngade. Suke bebenor buli aku, mentang mentang dia ada imuniti. Imuniti SPM. :p

Sunday, November 21, 2010

:')


“Putus asa di tengah perjalanan adalah kerana kesilapan di titik permulaan”

.

..


...


....


:)

Saturday, November 20, 2010

3600 Saat


Salam

Hai hai

Hehe. Ermmm. Semalam, mirah datang tidur kat rumah. Haha, kiranya dia ikot aku balik laa lepas kami kami pergi rumah dia. Hehehe.

Yang bestnya, semalam tidur dalam pukul 1 lebih. Habiskan Burger Del dengan 3600 Saat. Burger Del tu ceria aje ceritanya. Best laa! Tapi, 3600 Saat sangat sedih. Sob Sob Sob. Terharu giler cerita tu! Betol. Dah laa cover dia cantek. Sweet aje Hadi dengan Sofea. Hadi laa yang baek. Sedih amat bila Hadi mati. Huhuhu. T_T Cerita ni memang the best!

Hurmmm, hari ni pula Che Ma dah balik. Mula mula ingat nak ikot sama dengan kakak tapi cik za tak bagi mirah ikot sebab ade kerja. Huhu, terus luntur semangat nak pergi merembat novel. Wakaka, takpe laa.

Malam ni, ade empat je. Farah dengan Sarah pergi tido rumah Tok. hua hua hua. Maka, bila takde kerja nak buat.. tertengok laa Adib pegang catur dia. Hehehe. Apa lagi, sambil menonton Lee Chong Wei lawan dengan Cheng Jin maka aku belajar laa main catur. Dari z e r o. Haha, serius.. aku memang tak tau ape ape tentang catur. Adib dengan Adam je yang sibuk maen dengan benda tu.

Hehe. Maka, empat kali aku kalah berturut turut.

HAHA, kasi malu aje.. Budak 15 tahun kalah dengan budak umur 8 tahun. Kah kah kah.

Redha, redha.
Hehe, akhirnya.. Menang juga! Haha.

Then, sambung maen dengan Adam pula. Adib jadi penasihat aku. Hak hak hak.

Dua kali aku menang! Giler excited rasenye.

Hihihi.

Okay, setelah menumpaskan Adam dua kali maka riuh laa rumah. Haha, giler tak riuh. Sorak punya sorak siap 'give me five' lagi dengan Adib manakala Adam sibuk meratapi kekalahannya itu. Muahahaha.

Ermm, petang tadi sempat tengok Sukan Asia yang Sepak Takraw Malaysia lawan Thailand. Hurmm, aku sempat tengok beregu kedua je. Hehe. Berdebar weh time tengok tu. Harap punya harap je Malaysia menang. Tapi, bukan rezeki nak menang.. nak buat macam mana. Hua hua hua.

Tapi, aku suka je tengok pemain Norshahruddin Mad Ghani tu. Wakaka. Hensem giler. ade sorang yang thailand hensem gak. aku tak tau ape nama dia, poon chai kot. hehe, tak reti eja. *menggedik* haha, tapi best laa sekali sekala layan sukan. :P




Psstt : Hadi n Sofea. Suka sayang chenta buku ni! [Sampai aku jadikan gambar profile facebook]

Friday, November 19, 2010

Merindukan Dia

Malam ini
bahagia yang menyelinap
tiada resah tiada renyah
senyum
yang hadirnya terpatri

Malam ini
bintang yang bersinar
tiada suram tiada durja
tenang
yang hadirnya merapati

Malam ini
bulan yang terang
tiada retak tiada rekah
gembira
yang hadirnya menyendiri

Malam ini
yang mengimbas memori lalu
momen indah
jauh dari masa sekarang
tetap dekat
erat

pabila aku memandangmu
malam berjuta hiasan

angin,
katakan pada bayumu.. aku merindukan dia

laut,
katakan pada ombakmu.. aku merindukan dia

langit,
katakan pada hamparanmu.. aku merindukan dia

awan,
katakan pada olesanmu.. aku merindukan dia

pelangi,
katakan pada warnamu.. aku merindukan dia

hujan,
katakan pada titisanmu.. 

sesungguhnya aku
merindukan dia



[ SI |10.58pm_endlessLove ]

Arissa's blog


Selamat pagi.


Hurmm, lepas ni nak pergi rumah Ayah Chik. Yeahhhh, jalan jalan cari makan. HAHA. Che Ma pun still ada ni. Hehe, bestnye kan bila dapat kumpul ramai ramai macam gini. Happy forever. hehe, aku tak tau nak membebel apa kat sini.

Hua hua hua.

Takde cerita yang nak diceritakan.

Hari hari sama aje.

Macam ni laa bila cuti sekolah.

Nak membaca, malas. Konon konon cuti masih panjang. Hehe, memang masih panjang pun. Baru bulan sebelas dah ni. Yang tak bestnya, tahun depan aku pergi sekolah sorang sorang. :(

Kakak aku kan dah tamat pengajiannya di sekolah menengah. Budak es pi em laa katakan. Huk huk huk.

Yang bestnya, dapat balik sekolah ikot suka hati aku. Haha, kalau tak.. pagi pagi mesti gaduh gaduh dulu sebab nak balik sekolah pukul berapa. haha, aku jenis duduk sekolah sampai tak ingat dunia. hehe, suka bebenor balik lewat. Kakak pula jenis gadis melayu terakhir auwwww. suka bebenor balik awal. Haha.

Itu pun nasib baik dia form 5. Semedang je ade kelas. Haha, semedang = selalu. Ate, pengaruh baca Baju Pengantin Mak Andam laa ni teman reti kabo Perak ni. Ate = Habis. Giler tol laa, hehe.

Ehh, so dapat laa balik petang petang. Hehe.

Tapi, aku rela gaduh hari hari sepanjang waktu asal dia tak habes sekolah. Asal dia still kat situ. Hua hua hua.

Siapa nak telefon my papa cakap kami sudah pulang dari sekolah ni?

Dengan siapa aku nak mintak duet ala ala ceti haram ni?

Dengan siapa aku nak gadoh kat sekolah?

Huwaaaaa, biasa je kitorang gadoh kat sekolah. Terutama, masa waktu solat kat surau. Haha, rileks rileks rileks :P

Tapi, memang tak boleh bayang laa senior senior 93' dah nak blah. Seumur hidup aku, diorang laa paling gempak tahap tak ingat. Kawan kawan kakak dah macam kawan kawan aku. Steady rocks aje. Haha.

Di mana aku mahu curahkan kasih sayang, jika diorang takde?

T_T

Hehe, aku sayang giler!

memang tak boleh nak sebut laaa nama nama diorang yang ramai tuh. semua baek baek dan kepala gila gila. kadang kadang macam putus fius pun ade, hahaha.

syadid, deli, fathi, limin, adham, azran, sya ish, muhai, nahdi, sainy, akim, payed, badruz, kak farhah, kak gra, kak syiekah, kak zawani, kak dibah, kak fana, kak baiyi, kak pubuki, kak suha, kak noha, kak nadina, kak syaima, kak palah, kak atin zati, kak zatul [sape lagi ea aku tak sebut nama? hehe, tak perlu sebut kat sini pun takpe, asal sentiasa ada kat hati ni]

:D

Huhu, giler giler sayang diorang.

<3

Ish, tak mao masuk episod sedih la.

Haha, okay.

Dah habis melalut, teman chaw dulu. Kalo kome rajin, jenguk laa belog teman semedang. Haha.


Pssstt : gambar = perhentian island

Baju Pengantin Mak Andam

Selamat malam semuanya!

Hehe, baru sempat meng'update' blog akhirnya. Haha, raya pun tetap kena update. Tak kesah laa orang baca ke tak.. Yang penting, janji dapat tulis. Ngeeeee. Pening kepala aku, naik tepu nih. Mana taknya, semalam habiskan Aku Bukan Superstar. Hari ni habiskan Baju Pengantin Mak Andam. Sekarang tengah habiskan Dunia Ini Sederhana Kecil. Mujur laa ketebalan agak biasa. Kalau satu satu tebal macam Nyanyian Tanjung Sepi, pengsan laa aku. Haha. Konon konon addicted laa ni. :p


Lawak giler Baju Pengantin Mak Andam. Sampai Hanis tanya, nape aku sengih sengih suka sorang sorang ni? Hak hak hak. Oo yeahhh. Semalam, ada aku dengan kakak je kat rumah. Yang laen, still kat Pasir Puteh. Tak nak balik katanya, maka diorang balik dengan Che Ma je laa hari ini. Hehe. Sunyi sepi je rase, bila takde budak Adam dengan Adib tu. Kalau tak, terpaksa aku keluarkan suara nyaring jeritan hati. HAHA. Mana taknya, dua puluh empat jam tujuh hari seminggu gadoh gadoh, maen kejor kejor. Gamaknya, sorang sorang ler kena siku dengan aku nanti. Huk huk huk.


Ehhhh, tengah hari tadi.. Che Ma pun datang. Dengan adik adik adik adik ku sekalian. HAHA. Ermmmm, takde kerja dah kat rumah. Girls ni masuk bilik, bukak laptop. Haaaa, mengadap laa facebook kerjanye. Haha, facebook dan blog. Hishh, mana taknya.. pc satu kat luar. dalam bilik, dua bijik laptop. mentang mentang ade wireless, haha. aku jer setia dengan novel. yeahhh, aku budak yang baik. hehe.


Petang dekat dekat pukul 7 gitu, tok dengan acu pon datang singgah. Yeahh, semalam mereka tidur dekat rumah Mak Long. Ooo yeeeaaa yeaaaahhh. Happy nye rumah. Meriah tahap gaban. hehe, suka suka suka. :D


Tok dan acu balik. che ma's family pulak, kejap nak balik kejap tak nak balik. yang che ma dengan ayah mat nak balik. anak anak anak anak nya tak nak. hehe. last last, tak balik. yeaaahhh, pandai arissa menggoda. auwwww. haha, ade mereka.. meriah banyaaaaaaaak. 


Malam malam ni, sempat tolong Aqila dengan Hanis make up belog diorang. Yeaaa yeaahhh. Apesal tema hitam pink ni? Hehehe, misteri lorh. Haha, blog arissa je tak sempat nak make up lagi. I ni busy laa katakan. Hehehe.


Jadi, kawan kawan rakan taulan yang aku sayang siket..


sila silakan berkunjung kat situ, tafaddhol.. buat macam belog sendiri. :P


Aqila


Hanis


Yang arissa punyer, tak leh tulis. biar eksklusif. hehe.


Oo yeaahh, dah takde pape nak tulis dah ni. mata sudah ngantok, mahu chaw.. 

 Amir. Me.


Pssttt : sayang banyaaaaaaak = crush *menggedik, auwww*
Pssstttt : :D Sengih... sebab happy!

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha

Selamat Aidil Adha ye semua!

Hehe, raya ni.. balik Pasir Puteh. Yeahhh, ade Che Ma family's dan laen laen. Hehe. Memang best laa berkumpul walaupun tak semeriah raya Aidil Fitri. Huhuhu.

Yang gempaknya, Iylah bagi pinjam novel novel dia.

Aku Bukan Superstar. Baju Pengantin Mak Andam. Dunia Ini Sederhana Kecil. Burger Del. Emilda. 3600 Saat.

Yeaayy!

Aku doakan,

Nabilah dengan Fatihah berjaya dalam SPM.

atau

Mawar Berduri dengan Fathy Aziz berjaya dengan jayanya!

atau 

Sepupu dengan Kakak aku akan berjaya sejaya jayanya!!

Hehe, ikhlas ni beb.

Hahaha. 

Ermmm, buku buku buku. Yeahhh.

Apa pun, family Che Ti yang jauh di Sabah tu pun balik sini. Hehe, aduh.. terkeluar habis loghat indonesia aku. Konon konon cakap Sabah laa tu kan.. HAHA. Dapat jumpa Tikah dengan Hirzi. My sepupu sabahan.

:P

Dapat jumpa Asyed! yeahh, my sepupu yang dah besar. HAHA. Dah pandai berjalan dah. Asyed.. Asyed..

 

Tuesday, November 16, 2010

Rooftop Rant


Salam

Hehe, tak bestnya cuti sekolah. Takde kerja nak buat. Tak dapat jumpa kawan kawan yang aku sayang. Tak dapat jumpa crush HAHAHA. Tak dapat jumpa chekgu chekgu. Tak dapat jumpa pak cik mak cik kat sekolah. Rindu nye! Haha.

Ermm, okay. Hari ni dalam hujan renyai renyai dapat Rooftop Rant. HAHA, serius. Terpaksa memilih antara Rooftop Rant dengan Kita Hanya Di Seberang Jalan. Uhuksss, tak boleh tamak. Maka, lebih afdhal amik Rooftop Rant, as dah lama cari. Serius, kat jerteh kan.. SMO memang kalah bab bab novel JS dengan GISB. Susah sangat nak cari novel JS, ada tu ada. Tapi, tak banyak. Asyik asyik buku sama je. Hua hua hua.

Maka, dah tak tau berapa bijik novel tersadai kat meja tepi katil tu. Haha, dah bertingkat. Tapi, bila ada yang pinjam.. tak bertingkat jugak laa gamaknya. HAHA. Aku tak kedekut, tapi sebab aku tak suka pinjam novel orang lama lama maka sebab tu aku suka kalau novel aku dihantar cepat cepat. Kah kah, satu kepuasan tau.. bila kita tengok novel novel kita bersusun tinggi aje. pelbagai genre, pelbagai tajuk, pelbagai penulis.

Rasa macam ..... memang tak boleh nak cakap laa macam mana perasaannye. Hak hak hak, tak kesah laa novel tu beli guna duet mak bapak, duet sendiri, orang bagi, hadiah ke.. memang istimewa! Cuma, sekarang.. macam dah malas nak belek novel yang tebal tebal tuh.. setakat beli pun, tambah koleksi. Nampak... cantek. Haha.

Pening pening pening.

Sains Tulen atau Sains ICT ?

Aku tak tau !

Yang pasti, aku memang giler tahap tak ingat nak amik Sains ICT.. tapi, atas sebab sebab laen maybe aku amik Sains Tulen. Haiyaaa, tengok laa. Tak semua benda kita akan dapat kan?

Harus pilih, pilih dan pilih. 

Walaupun hati aku kata ict, tapi... maybe tulen jadi pilihan.

tapi, yang pasti.. sampai bila bila aku sayang ict. ekekeke, jeng sungguh.

:P

sibuk memilih nak sn tulen au sn it.. tetibe nanti tercampak kat PA. HAHA.

Ape pon,

HE knows the best.



Pstttt : *senyum*

Psssstttt : Dah putuskan, crush i dah takde. Erkk, dah buang dalam laut. HAHA. Tinggal crush ii je, naik pangkat jadi crush i. HAHA. *gedik*

Psssstttt : Itu gambar, kenangan. Raya kedua, family day_big time. Heh.

Monday, November 15, 2010

151110 : Hari Terakhir Sekolah '10


Salam sayang :)

Hehehe, okay! 
 
Hari ini merupakan hari terakhir bagi sesi persekolahan tahun 2010. Haha, sedih! Hari terAKHIR! Tak sangka, berjaya jugak aku lalui tahun 2010.. dengan JAYAnya. HAHA.

Ermm, pagi pagi lagi dah kalut. Tertinggal beg duet dalam kereta. HAHA, dah laa ada pendrive. Maka, telefon laa suruh papa datang hantar. HUA HUA HUA. Ermmm, lepas baca doa terus ke bilik kaunseling. haha, macam takde tempat laen dah nak tuju. Hak hak hak :P

Mula mula bukak pc dulu, transfer file gambar segala bagai. Okay, kemudian borak borak. Memang gamat riuh aje bilik tu. Haha, geng ni memang. Pantang bertemu mata bersua muka. Cewah. Haha. Yang bestnya, Khaleeda bawa puding. Comel sangat, hijau gitu! Haha, konon konon berebut ni nak makan. Memang sedap! Khaleeda buat sendiri tau. Caya lah. Hahaha. Sambil sambil amik gambar. Last laa konon konon. Hehehe.

Hari ni, berkepit bertiga. Aku, Hani, Qilah. Hehe, ermmm.. pergi kantin. Makan, untuk kali terakhir. HAHA, sweet aje rase. Ehemm, pergi koop. Masuk bilik kaunseling lagi. Cerita cerita itu ini. Dengar lagu kongsi luahan perasaan senyum segala macam. HAHA, serius.. best! Dan hari ni juga aku jadi gila kat Choi Si Won. Geng ni laa punya pasal.. Pasang video klip Bonamana-Super Junior. Wakaka. Smart hensem comel kiut, Waaaaa! histeria.

bukan aku aje.

mase tengah mengerumuni komputer, memang power laa adegan jerit menjerit.

histeria, tengok geng hensem tu!

haha, dasar tak sedar diri gamaknya.. hihi

Okay, lupakan pasal histeria. Comel sangat PANDA yang qilah dapat. Haha, mentang mentang panggilan percuma.. orang depan mata pun boleh telefon. rasa nak gelak guling guling bila cakap telefon secara berhadapan agak agak berapa meter jauh gitu.. yang kelakarnya, muka pandang muka, henset kat telinga. suara sama sama dengar. suara dalam telefon dengar, suara yang asli pun dengar. sebab, dekat. ahaha, jeng molek! :D

sempat pergi kelas 5s. ingat nak bagi pendrive kat syadid. rupa rupanya stpm dengan spm ada izin ilmu. yeahhh, seronok aje spy kelas orang. HAHA, siap bagi nota lagi kat syadid. best of luck bla bla bla dan bla . kan dah cakap., memang takde kerja...

dan

part bestnya, bergayut guna telefon qilah laa kan. panggilan percuma laa katakan. haha, boring laa konon konon. hehe, memang pun. huhu.

around pukul 1 lebih, dah boleh blah. Chaw! Aaaaa, tak nak tak nak tak nak. rindunye! sayangnye! kasihnye! kat ittifaq ni.. huhu.

ermmmm, sempat gurau pose senyum chenta dengan kawan kawan. HAHA. Kenangan terindah laa katakan. hurmm, sementara menanti papa datang, aku epa dengan amni sempat lagi bergambar kat pokok. haha, siap bertimpuh atas rumput hijau yang terbentang luas. Kah kah kah, dasar tak sedar diri. walaupun mata mata memandang...

huhu, tak kesah. ni kan sekolah atok aku.

haha.
 

sekian, untuk memori indah.

memori akhir.

sayang smkani!

jumpa nanti.

Pssstt : saya sayang kawan kawan
Psttttt : saya dah tamat sesi persekolahan 2010. cukup tiga tahun di sini, cepatnye mase! :)


Regards,
Sya Izz

Sunday, November 14, 2010

SyaAmniHaniJihah

Hehe, gambar bila entah ni. tak ingat tarikh sudah. yang penting, masa lepak lepak lepas PMR. Si fifi, tinggal netbook dia dalam kelas. so, hahahahahahahahahahaha.

pantang jumpa camera

:P








HAHA, untuk kenangan

Sekian.

141110


Salam, hehe.

Petang semalam, pergi beli hadiah untuk b'day girl si ponti tu. hehe, somethin' spesial gitu! Huk3. Dan, pada malamnya pula.. tengah tengah syok maen pc tetiba je kelibat dia muncul depan mata aku. sengih sengih. erkkk! terkejut aku. teruja. haha. excited giler! rase mcm nak pergi pelok je. hahahaha :P sangat merindui dirinya, haha. serius, lama giler tak jumpa. haha. dapat laa borak borak gurau gurau. kembalikan nostalgia lama, wakaka.

oo yeahhh, semalam ni habis habisan nak menanti jam 12. konon konon nak ucap happy birthday. haha, memang dah bergayut dengan ponti dalam pukul 10 gitu. huk huk huk, last last tertidur jugak. haha, dalam pukul 1 lebih baru tersedar balik. then, wish 'happy gfrowing up again!' :)

Pergi sekolah. Huk huk huk, masuk pagar then jalan sama sama sampai kat blok berdekatan. hak hak hak, cakap pasal gambar gambar dalam pendrive je. hua hua hua.

Sejurus masuk kelas, terus ucap happy birthday. then, takde orang gitu... kite pun hulur laa hadiah. haha, Hani jadi saksi yaa! Eehehe, sweet laa kot. >_< Hadiah tu dia terus oakai kat tangan, pakai terus. tak mau buang dah kot. hahaha, spesial tuh! Okai, then perhimpunan. Perhimpunan kali terakhir untuk tahun 2010 ye. haha, kami kat belakang ni borak aje kerja. cikgu cakap apa kat depan pun dah tak dengar. bertuah punya budak. haha, esok sehari je lagi sekolah. lepas tu cuti! hip hip horeyy! :P pergi kantin, makan. masuk bilik kaunseling. lepak melepak itu ini. Baca novel lembayung kasih Mu. Sambil sambil borak. sambil sambil tengok Izzat Aya dengan Danny maen catur. catur mini agaknya. kecik tahap kuman. hahaha. aku tukang tengok jer laa. mana pandai maen catur. huhuhuhu.

then, balik dalam pukul 3 gitu. pergi beli ice blend bertiga : aifaa amni aku. haha, yang eloknya... sejurus sampai kat gerai tu, maka terlihat laa kelibat akkir dengan izzat nak bayar. hahaha, 'belanja!'

itu je yang mampu kami sebut.

kah kah kah, tengs yaa to izzat belanja kitorang. kite kan kawan, wakakaka :P
huhuhu, kumpul kumpul kenangan manis

biar nanti jadi nostalgia.

:)

dia = cousin tersayang terchenta : AIH
gambar = webcam netbook fifi

b'day girl : Syafiqah Aqilah