Saturday, December 10, 2016

kali ini


ya tuhan, berikan aku sedikit lagi kesabaran dan ketenangan hati. sampai habis exam final pun cukuplah.

kali ini je.
kali ni.

lepas tu lantaklah nak jadi apa pun. aku dah tak kisah. sekarang pun aku dah tak kisah sangat tapi hakikatnya jauh di dalam hati terasa la jugak sakitnya alahai. tapi, kalau dah lama-lama begini pun, rasanya hati aku tawar sendiri. sampai rasa nak menyerah je dengan keadaan.

macam nak cakap, "YOU WIN."

PUAS HATI?

hahaha. drama. tapi aku pernah tanya daus. masa dia ambil keputusan untuk hidup tanpa orang-orang yang dia sayang, macam mana dia ignore the pains?

kau tahu daus jawab apa?

"ignore the pains."

phewwww. daus ni walaupun pemikiran dia macam alien tapi kadang-kadang bernas dan berguna. dan, senang.

malas dah nak deep.
malas dah nak touching.

suka tak suka aku tak kisah.
aku dah malas.

aku maksudkan.

though i miss the people more than the moments. but ssokayy. aku cuma akan tepuk bahu sendiri, dan katakan tidak apa.

tidak apa.
semua akan baik-baik sahaja.

tidak apa.
semua ada hikmah.

wanie selalu pertikaikan, katanya aku tidak rebellious. asyik pendam je, asyik terima je. kalau gaduh pun masih lagi nak back up.

haha aku diam je lah.

wanie tak tahu macam mana aku bila aku dah tekad berhenti sayangkan orang. walaupun aku serba salah, tapi bila aku berhenti.. aku betul-betul berhenti. sesayang manapun. kalau dah tak ada hati. kalau keadaan dah terlalu menekan. kalau aku betul-betul angkat kaki untuk berlalu. tahap orang akan cakap, sampainya hati kau?


Friday, December 9, 2016

#emonsinpenang


aku macam dah redha. masih cuba redha. masih cuba faham yang situasi bukan dalam kawalan aku semata. masih cuba mengerti tentang betapa tuhan boleh membolak-balikkan keadaan sebegitu sahaja. masih cuba untuk yakin bahawa semua yang terjadi itu ada hikmah. blessing in disguise, anyone? i hope so.

* * * * * *

weekend minggu lepas pergi penang dengan geng tembikaii. selepas lima sem kononnya nak pergi sana sini. haha. #emonsinpenang #pengembaraanemons #lovemaemons. gigih padahal kerja banyak sangat. tapi pulun jugak buat sebelum pergi. at least ada yang dah settle.

jumaat pukul 4.30 pagi dah keluar bilik. dengan hujan renyai. si cila dengan fieza dah risau takut hujan semata-mata nanti berdasarkan kaji cuaca sepatutnya memang hujan lah tapi kita kentalkan diri. doa. haha gigih tu masyaAllah kalau lah boleh gigih bangun study pukul 4.30 pagi macam ni. *menangis*

subuh di rnr gurun. sampai sana dalam 7 lebih. berebut dengan orang nak pergi kerja apa bagai haa memang bergantung waze semata-mata awal-awal dah sesat terlepas simpang nak ke jambatan. tapi tak apa, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

tan jetty.







street arts







kami memang mengoptimumkan penggunaan masa sebab niatnya memang nak meneroka. haha. tengah harinya makan nasi kandar line clear. bagi aku semua nasi kandar rasa lebih kurang je. haha mungkin sebab aku tak minat sangat so, okay la.




hureyy, check in penang hill lodge. benda paling best adalah selimut. haha. tapi kami rasa macam kami punya bilik itu boleh jadi bilik untuk honeymoon sebab kamar mandinya seksi ya ampun. hahaha. tapi boleh laaaa. seronok. rasa macam parti bujang kahkah auwww macam salah seorang nak kahwin esok so kita lepak ramai-ramai dulu. (berangan)

petangnya kami pergi makan di hammberbay kot. kedai makan tepi pantai errr ke laut entah. okay lah. sebab makan tepi pantai ni tak boleh lawan na na na ganu kite. haha tapi cila memang beria nak makan sini. ini pun nasib terjumpa sebab sesat hm bukanlah sesat tapi lebih kepada jalaaaan je nanti rasa nak berhenti baru berhenti lol.




hureyyy masa untuk ke pesta penang! hujan renyai, tapi bukanlah masalah. hahah. kami cuba nak habiskan masa bersama. pergi sana tengok orang, tengok lampu. haaaa akhirnya, naik kuda macam dalam cerita dongeng tu! haha akhirnya selepas 21 tahun hidup dapat jugak merasa. masuk rumah hantu jugak, lepas keluar tu mengekek-ngekek gelakkan diri masing-masing. terasa kebodohan sendiri. tapi boleh la, sekali seumur hidup. dengan perempuan-perempuan gila ni. haha.








balik bilik yang paling best! baring ramai-ramai. duk berebut selimut. ye lah, aku cila dengan wanie satu katil. fieza je sorang dia tilam kat bawah. lepas tu macam biasa, tutup lampu bergelap borak-borak bedtime stories. sebab aku asyik bisik mcflurry, sia-sia si wanie tutup mulut aku sebab geram. haha. kami lapar tapi keadaan terlalu cozy jadi rasa macam layan je nak tidur. one of the best nights ever in my life i shall say.

paginya lepas subuh memang tak larat nak terus gerak. nasib baik kami ada jam loceng bergerak yakni si wanie. jadi, mohonlah tidur dengan aman barang sebentar lagi. haha. sebentar tak sebentar, 11 pagi lebih jugak baru check out. ahhh sedihnya! tak ada plan pun nak balik uum pukul berapa sebab tak tahu pun nak pergi mana lepas ni.

okay, kami ke bukit bendera. tapi ya ampun panjangnya beratur tuhan sahaja yang tahu. lapar ni lapar. makanya, beratur sekejap je lepas tu ubah fikiran. pergi cari makanan lah. susah jadi perempuan-perempuan macam ni, asyik fikir makan sahaja. haha.




hureyyy pergi cari pasemboq di padang kota lama. sebenarnya aku tak pernah makan pasemboq pun. pertama kali, SEDAPNYA NAK NANGIS. lagi-lagi makan sama-sama macam ni. haha.








taman botani seterusnya! masa ni memang renyaaaaai. lepas tu sebelum ni kami memang ada beli baju hujan plastik tu acah nak pakai masa-masa macam ni laaa. sekali tuhan makbulkan pula. dapat la merasa fefeeling korea. tapi korea lawa woi. hahaha tak habis-habis gelakkan diri masing-masing sebab dah macam alien turun ke bumi. orang pun duk pandang, mungkin terfikir betapa beriaaaa-nya perempuan-perempuan ini. ahh, kami sudah tekad. maka tak kisah pun. yang penting, confident! huahuahuahua.







dah nak dekat petang,lepas makan di Kapitan YA TUHAN ROTI NAN CHEESE DIA SEDAP TAHAP RASA I COULD DIE FOR IT EH TIDAKLAH GURAU nak tak nak kena balik jugak. sebab esoknya nak kena submit assignment company law maka memang kena sedar diri. masa dekat jambatan tu menangis-nangis hahaha taklahh meratap je tak nak balik uum lagi. rasa macam nak sepak je sorang-sorang, mengada lebih. hahaha tapi aku pun sama. tak tahu, rasa macam sedih. betul-betul sweet short escape yang sangat bermakna.




aku pun banyak kali juga sudah ke penang. tapi yang betul-betul pergi sendiri survive berempat macam ni, haaaa kali pertama betul-betul explore penang. padahal aku macam ada love-hate relationship la dengan penang sebab ya tuhan menguji kesabaran akal minda dan fikiran nak drive di sini. haha tak payah cakap lah banyak mana kena hon, kena jeling, masuk simpang last minute tak tentu hala, duk pusing tempat sama banyak kali hahaha memang kena tough. tapi budak-budak ni rileks je, takpe weh kereta plat terengganu takdelah nampak bodoh sangat di jalan raya. alahai aku tampaq sekoq-sekoq satgi.




sedih dah sampai kedah hahaha sebab tak nak balik uum lagi huaaaa. tapi sempat ke perlis dulu hantar si wanie pergi kenduri sepupu dia. penat tak penat alang-alang dah nak berjalan sangat kan. lepas tu sibuk duk berangan rasa macam kereta artis sebab duk mekap apa semua tukar tudung dalam kereta je sebab terkejar-kejar haha acahhh dah lambat nak pergi buat show lah bowdo betul masing-masing.

permulaan disember yang manis. terima kasih 2 & 3 disember 2016. terima kasih perempuan-perempuan gemoks. terima kasih cila wanie fieza. terima kasih emons ku. rasanya boleh simpan duit lagi ni buat short getaway lagi hahahahaha tolonglah lepas habis degree pergi korea!




sampai ketemu lagi, penang.
0203122016xEmons


thought catalog










Friday, December 2, 2016

it goes a little something like, lalalala


banyak sangat kerja T_T yang tak tercapai dek akal. mana mahunya otak ini berfikir deras untuk buat article review. setelah dipaksa-paksa juga, setelah semalaman tidur dengan highlight di tangan, siap juga yang company. itu pun sebab terngiang-ngiang wawan cakap susah sebab tak nak buat dengan hati.

auch.

burn, baby burn.

cila pun sama tidur dengan highlight di tangan. itupun lepas sama-sama merapu secara ilmiah dan secara tidak ilmiah. rindu pula zaman sekolah duk bergosip sebelum tidur. haaa macam ni la. kerja ke mana. gosip ke mana. agagagaga.

masalahnya land punya tak siap lagi.

cry, baby cry.

orang lain dah start buat nota final exam dah, masyaAllah. hebatnya kawan-kawan aku. *menangis tepi bucu katil*

yang aku ini article review ke mana, paperwork claim ke mana, assignment ke mana huaaaaaaaaa

*tepuk bahu sendiri*

.
.
.
.
.
.

sport's day atau family?

.
.
.
.
.

family.

family comes first.
though i know that day would be enjoyed by each of us, and i wanna be there so much but i know family should always be the first thing first.

ease everything ya Allah.




Wednesday, November 30, 2016

- - -


sebagaimana dulu aku cuba menerima sepertimana situasi yang hampir sama di dua semester lalu tentang kehidupan manis yang tak terlupakan dengan budak kembara (yang aku harap aku tidak akan hilang tapi di akhirnya tetap hilang), sebagaimana itu juga aku cuba untuk menerima keadaan yang sekarang. cuma yang ini lebih berat. terlalu berat.

tidak apalah.

aku ini manusia. semua orang manusia. semua ada rasa masing-masing. kadang-kadang ada cerita yang perlu tamat di situ, cukup dengan pengakhiran yang manis. mungkin kalau berterusan, akhirnya akan tawar? entahlah. teori kadang-kadang langsung tak boleh dipakai dalam realiti.

apa-apa yang jadi, hadapkan sahaja.

tak, ini bukan salah kita. ini cuma tentang masa dan keadaan. tuhan, aku sentiasa sayang. sentiasa. tuhan, jagakan dengan sepenuh hati. sebab ini bukan salah siapa-siapa. kita sendiri cuba bertahan hidup sedaya upaya.

semoga sahaja semua akan baik-baik.
semoga sahaja kita masih akan ada kita.


tidak apa.
ini bukan salah siapa-siapa.

tapi kalau ini salah aku, aku betul-betul minta maaf. dan kalau suatu hari nanti aku sudah berhenti mengucapkan selamat malam *bunga*, ketahuilah bahawa aku masih tetap sayang.

cuma mungkin aku berhenti kerana tahu aku bukan lagi siapa-siapa. dan aku tidak akan pernah melupakan, kerana kalian terindah. paling indah. 



#muzik latar; stay (blackpink)




Monday, November 28, 2016

- -


nasib baik lah aku ada geng jenis yang tak putus asa nak tolak aku tiap kali aku tak nak bergerak. kalau kat sekolah dulu, ada qilah cena ipa pkah yang asyik duk push aku. sebab aku ni memang kalau dah lembik, lembik di situlah. susah nak hidup.

dan ini, saat macam ni, nasib baik si tembikaii-tembikaii keding yang emon juga uncit, rumet, wawan yang tak jemu-jemu duk push aku. duk ingatkan aku submit quiz (setelah berhari-hari). duk ingatkan aku pasal assignment. duk suruh aku pergi kelas. 

ayat wanie kalau aku malas nak pergi kelas, "kita ni dah la buruk. at least otak tu biar ada." perghhh. haha terus bangkit pi kelaih tang tu jugak. 

kadang-kadang aku sedar, kalau aku hidup sendiri memang aku lost. ataupun aku ambil masa untuk kembali normal. entahlah. 

untuk manusia-manusia yang tak pernah jemu layan aku, yang tak pernah mengalah dengan aku, yang sentiasa tarik aku walaupun aku clingy serta selalu buat korang annoying, penat dan sebagainya.. semoga tuhan beri yang baik-baik sahaja untuk kalian. :')

* * * * * *

"tidak pernah putus asa,
 hidup ini sementara,
 cita-cita dan impian,
 datang bersama usaha,
 ku berjanji akan berjaya,
 berjaya,
 percayalah,
 pengorbanan hidup untuk berjuang bagi semua."

* * * * * * 




i am missing those days at court. sebab ada tuan duk motivate hari-hari. haihh, padahal masa last day haritu aku dah janji dengan tuan nak hidup elok-elok di semester lima. kalau lah tuan tahu macam mana seorang izzati tengah struggle dekat uum sekarang ni. :( bukan struggle belajar. tapi struggle nak hidup. what a life





Tuesday, November 22, 2016

-


roommate aku cakap, lately ini asyik menangis je. sensitif sangat.

sehari tu boleh menangis dua tiga kali. tengah makan dengan rommate kat cafe pun boleh tiba-tiba nak menitik air mata. tengah ko-k dengar cikmat bercakap pun nak menitik air mata. tengah tulis buku log kembara pun teresak-esak tengah-tengah malam buta.

ini, tengah menulis di kertas kajang pun basah jugak pipi. what the hell is going on with you?

demi tuhan, hati aku sakit sangat. tapi aku tak boleh buat apa-apa. aku mampu buat bodoh je. buat hati kering. hati kering apa kalau sikit-sikit menangis sikit-sikit menyembah bumi?

tak tahu la sampai bila boleh tahan macam ni. tak tahu la sampai bila boleh hadap benda bodoh macam ni.

* * * * * *

dah lama tak ada twitter instagram dan facebook. elok je setakat ni hidup. malah lebih membahagiakan. orang cakap aku tak matang. tapi definisi matang dalam hidup kita itu lain-lain kan? kita tak boleh nak cakap orang lain tak matang cuma sebab dia tak ambil jalan yang sama untuk handle situation.

aku tahu aku tak mampu nak tahan. sebab tu aku hilangkan aku sendiri. aku undurkan aku sendiri.

aku okay.

cumanya phone aku ini dari tiada game terus ada game. hahaha.

* * * * * *

esok exam equity. hailaaa. tidak tahu laa. kadang rasa nak berhenti je belajar. hahahaha.

(sebarang apa yang aku tulis sekarang adalah tidak rasional.)

siap waze jalan balik rumah sintok - besut lagi. alah, enam jam je. mama, nak balik.

* * * * * *

i was so f damaged.



Friday, November 18, 2016

mendewasa


sekarang petang-petang aku dah mula berlari balik. berlari sendiri, berlari seorang. sejenis escapism untuk aku. tapi aku pun tak tahu sebenarnya aku nak escape dari apa? realiti? tapi rasanya aku begini sebab tengah adapt dengan hidup baru.

haha. sumpahlah aku tak boleh kalau tak busy. rasa gelisah grrr. rasa macam tak berguna haha. tapi dalam macam ni pun, aku tengah dalam jangkamasa di mana diri aku sendiri sentiasa rasa mahu bersendiri.

rasa nak pergi kelas je. ah tipu, kalau boleh kelas pun aku tak nak pergi.

selama aku extrovert, aku memang extrovert. tapi lately aku introvert gila. hingga ke tahap malas nak jumpa orang. padahal kalau waktu kebiasaan, aku lah antara manusia yang suka untuk jumpa ramai-ramai, lepak ramai-ramai atau makan ramai-ramai.

ahhhh. aku sedang melawan diri aku. tapi aku tak tahu apa masalah aku. mungkin sebab aku memang nak belajar untuk lebih dewasa.

berikan masa.
berikan masa.

sedangkan aku pun boleh berubah-ubah, apatah lagi orang lain. aku rindu je semua orang. dulu kan, kalau tengok orang yang aku sayang lagi bahagia dengan orang lain (pada pandangan aku) sumpahlah aku cemburu. tapi sekarang, banyak kali je aku rasa begitu. cuma sebab aku lebih berusaha keras untuk membiarkan akal mengatasi hati, aku pujuk perlahan-lahan diri aku.

kita bahagia kalau orang yang kita sayang bahagia bukan? kita pun bukan ada dia sorang dan dia pun bukan ada kita sorang. berkongsi kasih-sayang sama-sama kita pasti lebih membahagiakan. yang kita tahu, kita masih tetap sama-sama sayang. walaupun kita tidak bisa ada macam dulu. walaupun orang lain lebih mengisi hati.

tidak apa lah.
engkau pun buat benda yang sama kan?

tidak apa lah.
orked mahu lebih dewasa kan?

doa, orked.
doa.

.
.
.
.
.
.

selamat malam sintok.


Thursday, November 17, 2016

di mana terangnya bulan


malam ini. balik dari pesta konvo, dalam perjalanan pulang aku dan juliza sama-sama memandang langit merenung pada bulan yang sama.

ya, bulan yang masih lagi terang.
cantik sangat.

dibuai angin dari tingkap yang dingin, aku tanyakan,"jue, apa kalau yang disana masihkah memandang pada bulan yang sama?"

jue bilang,"iyalah sama. kita punya langit yang sama bukan."

dan aku senyum pada bulan itu sambil berharap di dalam hati, semoga sahaja bulan ini akan menerangi malam orang-orang yang aku sayang. (juga aku harap engkau turut merenung langit di belah sana dan nampak di mana terangnya bulan)

selamat malam dunia.

ajarkan untuk lebih dewasa.
ajarkan untuk lebih mendoakan.
ajarkan untuk lebih membahagiakan.



ikhlas


ikhlas tu sebenarnya apa?

saat bumi dibasahi hujan,
apakah dia ikhlas?
tika mentari dilencuni terik,
apakah dia ikhlas?  
bila langit dipijari bintang,
apakah dia ikhlas?  
                                        
lalu, ikhlas itu masih,
sebenarnya apa?

Friday, November 4, 2016

sepenuhnya, semua dan sesungguhnya.


rasa macam lama sangat dah tak menulis di sini. sedangkan aku ada banyak sangat yang mahu aku tulis. tapi masa tak ada makanya, cerita aku banyak di memo telefon semata-mata, dan juga di buku nota kuliah.




selepas dua sem aku pegang exco hal ehwal siswi di inapan siswa eon, dengan segala pengalaman pahit manis.. aku buat keputusan untuk tidak sambung yakni berhenti. dengan rasa yang berbelah bahagi tapi nekad. well, tenure team kitorang memang patut dua sem la kan. tapi, ramai juga yang mahu sambung berbakti pada kolej. samaada beralih ke majlis tertinggi atau ambil posisi lain dan sebagainya.

dilemma aku dalam sebulan dua juga lah memikirkan benda ini. awalnya aku setuju untuk sambung. tapi bila fikir balik, kalau aku sambung, aku bukan sambung siswi. aku kena jadi setiausaha. dari zaman sekolah lagi, aduhai, memang asyik lekat s/u je. aku fikir aku boleh buat. budak-budak ni pun yakin je aku memang akan sambung tenure sebab aku lah yang macam tak banyak ragam macam depa. ye lah depa, kejap nak sambung kejap tak nak sambung.

tapi minggu lepas, aku buat keputusan drastik. aku nekad untuk tidak sambung. sebab penat yang dah tak mampu. walaupun aku sayang sangat. tapi dunia aku dah banyak sangat cerita. aku tak tahu la macam mana selama ni aku boleh bertahan dari jadi gila. walau sering juga rabak, tapi aku tak pernah sampai rabak yang betul-betul pada limit hati aku berkecai sepai terpecah belah.

ada di malam program eme itu, lepas program aku, memang aku dah koyak tahap tak boleh nak peduli apa. tapi sebab nak kena siapkan surat juga untuk next program ccn franky, aku stay juga di bilik aktiviti. menaip surat sebelah daus dengan air mata menitik-nitik turun. tapi tak mampu dah nak cakap apa-apa. sampai ke pagi la begitu. perasaaannya aduhai rabak tahap mental. tapi benda macam ni adalah perkara biasa untuk kami. jadi budak-budak ni cool je biarkan aku begitu sambil teman sambil siapkan kerja masing-masing.

entahlah. hidup dengan diorang macam hidup dengan keluarga. betul-betul susah senang sama-sama. betul-betul menangis ketawa sama-sama. betul-betul perit bahagia sama-sama. betul-betul bodoh pandai sama-sama. betul-betul maki puji sama-sama. betul-betu sakit hati pujuk sama-sama. betul-betul sedih gembira sama-sama. betul-betul gaduh sayang sama-sama.

dan masa aku jumpa pengetua nak bagitahu, pengetua cakap terima kasih untuk yang selama ini.. sumpahlah aku rasa mahu menangis.

aku sayangkan kolej ni. aku sayangkan team aku. aku sayangkan semua. tapi aku tahu, ada saatnya benda perlu dinoktahkan. banyak sangat yang aku dapat. aku dapat keluarga mini sintok, aku belajar handle program, aku belajar berurusan dengan orang atas, aku belajar segala yang bukan di dalam kuliah. kadang-kadang aku rasa macam law pulak yang jadi sampingan. aduh.

aku cuba fikir rasional. aku pertimbangkan semuanya. aku fikirkan diri aku juga. semester ini sudah semester lima. kalau aku teruskan, maknanya aku akan teruskan sampai semester tujuh. yang mana semester akhir aku di sini adalah semester lapan. dengan segala dan semua benda yang aku dah lalui, aku tak rasa aku boleh bertahan lagi untuk nanti.

walau berat, aku yakin ini keputusan terbaik yang aku boleh buat untuk masa sekarang. mungkin aku akan menyesal, siapa tahu. mungkin aku akan rindu, siapa tahu. tapi sekurang-kurangnya aku dah fikir untuk setiapnya, yang aku rasa paling baik. insyaAllah.

dan aku pun dah rindu mahu ke katil pada jam 11. (penat la juga kalau hampir tiap hari pulang ke bilik 2-3 pagi). mahu bercantik ke kelas. (uish kalau time ada program, memang sweater dengan bawal sarung je ke kelas. selekehnyaaa haha). mahu ber-weekend dengan aman. dan yang paling penting, aku betul-betul mahu fokus dengan study. semester yang lepas pun, sipi-sipi lagi. nasib baik result praktikal di court hari itu sangat membantu. kalau tidak menangis tidak berlagu namanya.

entahlah, banyak pengorbanan masa dan tenaga juga wang ringgit. (haha ke mana entah tabungan untuk travel T.T). tapi semua itu sejajar la dengan pengalaman, konflik dan drama air mata senyum tawa yang aku dapat dan belajar. the life is so damn real, man.

yang paling indah, aku tinggalkan portfolio siswi dengan kejuaraan dalam pertandingan senamrobik antara inapan siswa uum. satu medal aku gantungkan di bilik jkps, sebagai tanda kenangan yang manis. dari aku, anis dan team siswi. :)

omaigod i feel so sad. tapi aku buat keputusan untuk jangka masa panjang. kalau cuma difikir sayang, seronok dan manis.. mungkin aku akan ke arah yang sebaliknya. tapi benarlah, yang akal itu perlu mengatasi emosi. dilema ini mungkin nampak kecil tapi sebenarnya sangat besar dalam hidup aku. haha. sebagai seorang exco yang sangat sayangkan kolej, aku betul-betul dalam haru biru. sekarang tengah cuti pertengahan semester. dua hari lagi aku balik ke sana. masa itu nanti, aku bukan lagi siapa-siapa. mungkin cuma senior biasa yang sedang menikmati tahun pengajian dengan tenteram dan aman. (walau aku tak tahu aku boleh ke duduk diam haha)

sudah. keputusan sudah dibuat. (setelah bergelut dengan air mata sendiri juga kawan-kawan)  sekarang, aku cuma perlukan teruskan hidup dan buat apa yang aku perlu dan mahu buat.

oh yeah! terima kasih, ex-jkps/kb20152016.


kenangan ini terlalu besar;
semuanya seakan mengajar
untuk aku aman dalam pijar
sebetulnya dewasa dalam tegar.



Wednesday, August 3, 2016

sometimes


sometimes i wonder, what would actually happen if i still have you like i used to?

sometimes i wonder, all the situations that i deal with.. will i deal it differently i if i still have you like i used to?

sometimes i wonder, would i oftenly cry like a baby when life hits me hard if i still have you like i used to?

sometimes i wonder,
yet sometimes i still and always wonder..

how would it feels if you still listen to every heartbreak of mine?

how would it feels if you still trust me everytime i want to kill myself?

how would it feels if you still catch me to get me up and not to surrender to life?


Saturday, July 30, 2016

commit


aku memang tak boleh tahan dengan orang yang tahu dia ada komitmen tapi pura-pura tak tahu tak respon buat-buat macam tak wujud. kalau dah rasa malas, kalau dah rasa tak berminat, kalau dah rasa tak nak join.. bagitahu. sekurang-kurangnya bukan diam.

aku langsung tak ada masalah kalau orang cakap tak mahu teruskan ke apa ke nak quit ke tak nak terlibat dah ke. tapi aku memang bengang dengan perangai macam sesumpah diam tak nak bagi respon.

sekurang-kurangnya hormat posisi. sekurang-kurangnya hormat rakan sekerja.

sebab bila kau ada rasa hormat, komitmen yang kau pegang tu.. sekurang-kurangnya kau tak buat macam tak ada apa-apa.

bertanggungjawab sikit dengan komitmen boleh? semua orang ada komitmen masing-masing. aku tahu. kau pun tahu.

aku tak minta sikit pun. belajar hormat orang. kita bukan budak kecil. kita bukan budak tadika. kita budak universiti.

ya tuhan, aku memang bengang.

i guess you know why we are called committee? yes. because we suppose to commit ourselves until our responsibility is being done.

bengang.
sumpah bengang.

sabar macam tak jadi apa. nak mengamuk bukan budak kecik. aku mengamuk betul-betul kan. main, main jugak. tapi, buat program kena serius.

bengaaaaaaaaangnya.

I CANNOT ACCEPT, TOLERATE OR COMPROMISE MYSELF WITH THIS KIND OF ATTITUDE.. AT ALL.

PISSED OFF.
LITERALLY.




Tuesday, July 26, 2016

#courtkelateII


sedang menikmati saat-saat akhir di mahkamah majistret. sepatutnya kitorang habis praktikum semalam. tapi, sebab aku ada ambil cuti sehari, jadi aku habis hari ini. ganti la katakan. hari ini tak buat apa-apa pun. aku siapkan mana-mana benda yang boleh di ambil di sini untuk diletakkan dalam report. yang lebih tu boleh buat kat rumah. hari ni je tekun menghadap kitab-kitab jenayah di perpustakaan pagi tadi. kalau tak, memang buka je buku.. terlelap. hahah. itulah sebabnya tuan cakap aku yang paling kurang fokus berbanding chi dan nini. hehehehehe. tak apalah tuan. saya dah berusaha sedaya upaya saya. hahahaha. sikit lagi nak siap dah ni. sempatlah kot nak pos ke lecturer minggu depan insyaAllah.

sekarang pukul 3.11 pm. aku tak buat apa-apa pun. saja nak perhatikan staff buat kerja dari meja aku. sambil menulis. sambil fikir, mungkin ini kali pertama dan terakhir aku jejak majistret ni. (eh tapi kalau tahun depan aku buat praktikum di firma kota bharu juga, ada chance lah nak datang sini lagi! haha. tapi kena fikir balik. 2 bulan kot. seksanya nak ulang alik. eh tapi seronok je. cuma tak ada life lah kalau dah keluar gelap balik pun gelap juga)

sebulan kat sini, tuhan je tahu betapa bahagianya aku buat praktikum. kau bayangkan praktikum pertama, lepas tu dapat tuan dengan staff yang tuhan je tahu betapa sangat membantu dan layan kita macam kita ni staff kat situ jugak. banyak sangat benda baru yang aku belajar daripada tuan penolong pendaftar, bailif, jurubahasa, polis dan semualah yang ada kat sini.

pengalaman yang paling mahal, tuan bawa kitorang masuk melawat penjara di pengkalan chepa. memang depan mata je. itu memang pengalaman ibaratnya sekali seumur hidup lah. tak pernah terfikir pun nak jejak. even masa tuan tengah bercakap dengan banduan penjara perempuan yang direman (diorang duduk ramai-ramai behind the bars), ada seorang kakak kat dalam ni tanya aku, "puan, akta dadah berbahaya dengan akta racun berbahaya mana lagi berat eh hukuman dia?" aku pun macam eh eh. "rasanya macam dadah la kot. selalunya." lepastu akak polis penjara kat tepi tu iyakan aje. iya lah kot. hahaha. tapi, sedih jugak lah pergi penjara. sebab diorang tersilap langkah, terpaksa masuk sana. tapi nak buat macam mana. siap ada makcik yang nangis bila dia tanya tuan yang dia punya kes tak boleh hukum denda kan? maknanya macam mana pun dia tetap kena penjara nanti.

dapat buat waran reman! on my own. untuk reman kan, polis akan hantar dia punya permohonan kat office kitorang. lepas tu, kak yoh pun suruh aku buat. gugup la jugak mula-mula tu. hahaha. lama-lama fuh baru dapat dikawal perasaannya tu. tambah pulak, aku ingat kertas minit permohonan reman yang juvana ni ada sehelai masa tu, tetiba hilang entah ke mana dari meja aku. riuh satu office tolong carikan untuk aku. diorang semua macam comfortkan aku, takut abang polis ambil balik kot. takpun, adalah tu takpe takpe nanti cari. rileks dulu. muka aku masa tu tak payah cakap lah. kalau hilang memang mati lah aku dengan abang polis. lastnya, abe loh yang jumpa. rupanya ada kat permohonan yang sambung reman, bukan reman baru yang aku tengah buat tu. tuhan je lah yang tahu. hahaha.

 belajar buat bon jamin, dengan dia punya prosedur jamin orang dengan macam mana nak bayar denda lepas jatuh hukum sebab awal-awal dulu asyik duduk kat depan kaunter jadi asyik tengok abe loh dengan abe soh buat benda tu. macam-macam dramalah kalau duduk kat depan tu. macam-macam orang. macam-macam kes. macam-macam ragam. dari benda-benda tu lah kitorang belajar sedikit sebanyak.

tahu macam mana nak buat cm (pengurusan kes), masa tu ikut tuan dengan kak wawa. duk perhati je semua lawyer yang ada kes ni datang menghadap tuan. banyak jugak etika yang tuan ajar pada aku. hahahaha. susah betul profesion ni. asyik kena jaga etika je depan orang. hahaha. tapi tuan dah cakap, apa-apa yang dia tegur semua untuk kebaikan, hehe aku tahu. so macam, simpan kemas-kemas semua tuan punya nasihat dan teguran.

haaa, tahu macam mana mahkamah buat reman, dua kali masuk bilik reman. satu dengan tuan rusli. yang kedua dengan puan faizah. yang masa dengan tuan tu, ada budak ni. ya tuhan, rasa macam nak menangis. kecil-kecil dah kena gari dalam kalangan berbelas lagi orang dewasa. besar adik aku je. sedihnya. gentar jugak lah masuk bilik reman tu. haha nasib baik ada polis ramai je. okay sikit. rasa selamat lah hihu. tapi, lama-lama dah biasa. buat muka acah-acah je tak ada apa. hehe.

masuk perbicaraan, tapi, itu biasalah kot. dengar, catat. kalau kes tu menarik kitorang follow. haha.

tuan selalu cakap, jangan takut. jangan takut tak bersebab. makanya, suatu hari tu aku nak mintak charge sheet kosong dengan abang polis. sebab dengan polis je ada benda tu. aku nak buat appendix. haha kebetulan ada abang polis ni datang sebelah meja aku, dia tunggu kak yoh nak buat reman ni la. aku pun, ya tuhan, nak mintak tak nak mintak nak tanya tak nak tanya nak pergi tak nak pergi. polis tu pulak lama kat situ sebab kak yoh tengah busy settle kerja dengan tuan. entah macam mana, aku pun bangun pergi dekat dia tanya pasal charge sheet tu. hahahaha. abang polis tu cakap lah benda tu ada pejabat polis mahkamah kat bawah ni. boleh kot mintak. budak praktikal kan. lepas tu abang tu pergi check beg dia, haaa dia ada dia punya lagi yang kosong. dibaginya pada aku siap untuk yang 113 dan 114. diterangkan lagi pula itu ini pasal benda tu. tuhan je la yang tahu betapa terharunya. makanya bukan sahaja staff kat sini baik, tapi abang polis pun baik hahaha.

banyak sangat benda yang aku belajar kat sini. tak tertulis rasanya. kadang-kadang macam terfikir jugak, tak pernah pun aku bayangkan aku akan related dengan benda-benda macam ni. tak terfikir pun pasal kerja dalam mahkamah, tak pernah terfikir pun akan berurusan dengan polis untuk itu ini, tak terfikir pun akan nampak orang bergari setiap hari. langsung tak pernah terlintas di fikiran.

tapi, inilah takdir kot. sedar-sedar dah sebulan pun. sedar-sedar dah habis pun praktikum yang pertama ni. praktikum kedua lagi setahun. kalau yang ini sebulan, yang akan datang dua bulan. tapi bukan dekat mahkamah la. dekat firm pula. adeh, satu hal lagi nak fikir firm mana nak pergi ni. haha tapi tak apa itu lambat lagi. boleh hold dulu.

somehow aku tak faham apa yang aku belajar ni. betul ke aku belajar benda ni. somehow aku rasa happy sangat belajar benda. somehow rasa bersyukur jugak ini jalan yang tuhan bagi walaupun aku pun macam gelap gelita kelam keliru lagi tentang masa depan.

yang pasti, aku gembira. dan sebulan yang ini sebenarnya banyak beri aku satu determination untuk habiskan degree aku dengan flying colors, dan mungkin masuk dalam sektor undang-undang jugak. who knows kan what future holds? :) mungkin sebab terinspired kat sini. so benda tu macam, entah tak reti la nak cakap, jadi deep ke dalam hati. hihu. mungkin sebab tuan asyik tanamkan semangat dan cita-cita dalam diri aku, chi dan nini untuk fight sampai habis. ada lagi empat sem.

sekian. tinggal lebih kurang sejam untuk pergi.

terima kasih, tuan puan encik cik kak abe.
terima kasih, mahkamah majistret.
terima kasih, mahkamah kota bharu.





(sejenis memori yang sukar diungkap)

sampai ketemu lagi.
sudah habis satu bab untuk perhentian kehidupan yang ini.

:')



#courtkelate



they have been such sweet office mates. 
officially, my last day here.

i am so gonna miss you, magistrate court.
thanks for the memories.
each of it.

Monday, July 18, 2016

tuan


"macam you zzati.. you can argue, you are loud and open. you are frank. you can express what is in your mind. but i can see that somehow you take everything for granted."

pulang, lekas pulang.


sejak hari-hari ulang alik dari rumah ke kota bharu ni, ya tuhan, pukul 9-10 malam confirm dah tak boleh nak hidup. sebab pagi nanti pukul 6 dah nak kena turun. pergi tak apalah, pagi, dalam sejam lebih sikit. yang petang ni, memang dua jam lah. kadang-kadang boleh drag sampai dua jam setengah.

kadang-kadang fikir jugak, orang yang bertahun-tahun kerja jauh tambah dengan sesak pula, tak gila ke? aku macam sikit lagi nak hilang erti hidup kahkah. dia punya cara tu memang sungguh-sungguh mengajar erti kesabaran dan kegigihan. nasib baik sebulan je untuk praktikum semester ni. tapi office best. tuan best. staffs best. abang polis best. court best. ahahahaha. kalau boleh nak court tu depan tangga rumah je.

makan pun sekali sehari je masa lunch. malam memang lapar, tapi mengantuk melebihi segalanya maka mesti tertidur tanpa makan sobsob lepastu mula la pagi-pagi bangun kelaparan.

inipun terbangun jam 2 pagi sebab mimpi mengarut ya tuhan. nak tidur balik tapi teringat pulak ayam madu beli kat pasar malam tadi. tak makan lagi. entah macam mana boleh tertidur dulu. padahal dah simpan niat nak makan nasi! huwaaaaaa.

mungkin patut pergi cari nasi sekarang. walaupun dah dekat 3 pagi. huhuhuhu. lagi seminggu lebih je, walaupun seronok kerja kat sana (kalau boleh nak intern lama-lama) tapi tak sanggup dah nak menghadap perjalanan pergi dan balik tiap hari macam ni ahaaahahahaha.

maka tidak apalah. teruskan bertahan dulu!

Sunday, July 10, 2016

"ked, hatimu keras ked."


tuhan sahaja yang tahu sakitnya itu macam mana. sebab inilah aku lebih tenang di jauh sana. sebab tidak ada apa yang mengingatkan aku pada engkau. hari biasa mungkin tak rasa sangat. hari raya, tuhan, kebetulan di mana-mana. pergi beraya di sini, terdengar-dengar nama engkau. pergi beraya di sana, terdengar-dengar nama engkau.

bodoh. aku fikir aku tidak terusik. tetapi kenapa air mata aku masih turun sewaktu seorang diri dalam kereta bertemankan radio? untuk apa pun aku tidak tahu. mungkin untuk marah pada diri sendiri sebab bodoh aku tidak pernah habis.

masuk hari ini dua hari aku dengar nama engkau. dua hari juga aku macam orang gila bercakap dengan diri sendiri dan marah-marah. aku benci. aku sedih. tapi aku tidak cerita sama siapa-siapa. kebodohan ini aku cuma telan. sudah tak larat bercerita. sudah lama. sepatutnya bodoh sudah habis.

tuhan, saat ini juga aku mahu pulang ke sintok. sekurang-kurangnya di sana tidak akan ada yang menyebut nama engkau. sekurang-kurangnya aku adalah orked di sana. yang mandiri dan keras hati.

"ked, hatimu keras ked."

jue bilang sama aku.

engkau tidak tahu jue, kalau aku tidak keraskan hati mungkin aku sudah gila. sedangkan begini pun sudah tidak tentu arah. benar aku rindu mahu hidup di sini. tapi aku terlalu rabak. hati aku senang hancur. aku mahu pulang ke sintok dan hidup baik-baik di sana.

engkau tahu, aku sudah belajar untuk kata tidak pada orang. aku belajar untuk menolak kalau betul aku terasa dipergunakan. aku belajar untuk marah kalau orang berbuat apa-apa pada aku. aku belajar untuk menoktahkan. aku belajar untuk berlalu. aku belajar untuk tidak peduli. ini semua kawan-kawan sintok aku yang ajarkan hari demi hari. katanya tidak ada dosa untuk kata tidak. kalau diikutkan semua perangai orang, engkau yang mati. tahu? sebab aku sudah bosan dianggap senang diajak dan dipijak juga dimahu cuma bila diperlu. lalu, aku belajar. dan aku praktikkan. jue, orked engkau sudah bisa begini. tak sia-sia engkau berceramah sampai habis air liur.

tak apa. aku mampu tahan lagi. sakit ini, aku cuma doakan pada tuhan. tidak ada daya dan upaya melainkan tuhan. tuhan akan sembuhkan, aku percaya, walaupun sekarang sakitnya ini hampir buat aku mati dalam hati.

tidak, aku tidak cerita pada siapa-siapa. soal begini cuma soal remeh yang akan membosankan. isu begini cuma picisan yang menjadi mainan. aku kira aku bisa tahan dengan tidak memperduli. malangnya hati aku bagai mahu pecah. tak apa, hati aku sudah berkali-kali pecah. pecah lah selagi mahu. biarkan. aku tidak akan menyerah.

air mata aku mungkin akan turun, lagi dan lagi. hati aku mungkin aku retak, lagi dan lagi. gila aku mungkin datang, lagi dan lagi.

engkau tahu?

aku orked.

"ked, hatimu keras ked."

engkau tahu?
macam mana orked hidup tanpa perlu disiram. macam mana orked yang hari-harinya nampak membosankan tanpa bunga. macam mana orked yang akan ada satu masa bunganya mekar dan bertahan lama?

orked berkeras untuk hidup.
aku, berkeras untuk hidup.




Saturday, May 21, 2016

jadi manusia balik


semalam paksakan diri buat admin sampai 5 pagi. malam ni paksakan diri buat tort. cila kat sebelah dah baring lepas tengok anak-anak sidek. tak guna. haha. dah pukul 0236, rasa nak tidur tapi kerja tak siap lagi. macam aku cakap, sekarang jadual hidup macam tunggang terbalik. pagi-pagi buta masih hidup siapkan kerja, lepas tu tidur ikut bila mana mengantuk. alahai! mana, mana diri yang dulu yang pukul 11 pun dah boleh lelapkan mata? :'( please, penat. tak mahu jadi burung hantu tapi entahlah, dah terbiasa macam ni.

tadi sempat tengok anak-anak sidek hahahaha sumpah lawak gila. lama tak gelak betul-betul. lol! rindunya cerita yang berkualiti macam ni. hewhewhew.

oh, selasa hari tu aku macam orang gila sikit. lepas balik forum tengah hari tu terus tidur sampai ke petang sebab tak rasa nak hidup jugak, dan phone pun mati sebab tak boleh nak cas kerana wayar charger buat hal maka, memang betul-betul tidur lah tak peduli apa. perasan wanie masuk bilik cari ika sebelum diorang pergi majlis dekan, haaaa, siap terdengar lagi wanie cakap, "tu awat tu tidoq?" sebab macam jarang jugaklah tengah hari buta pukul 1 lebih merempat di katil peluk bantal. tapi aku macam dengarkan sekadar di angin lalu lepastu lelap balik.

petangnya wanie whatsapp satu je, "beb are you okay?" haaaaaa. terus ajak wanie pergi tasik malam-malam buta. gila. hahahaha. memang tak dilayan lah. tapi wanie pun bawak pergi changlun, lepas tu makan tawfeeq bistro hahahaha dengan hujan apa bagai. lepas tu boleh pulaaaaaaaaaak terserempak ngehngehngeh kat sana. lol!

lepas tu balik. hahaha, bertukar lah sikit macam manusia balik. terima kasih wanie senrose dan cilakakers hahahaha.

kadang-kadang kan, a simple act of caring, boleh seratus lapan puluh darjah tukar emosi kita. :')


Friday, May 20, 2016

tunggang terbalik


sejak dinner maet'16, dan setelah hampir seminggu event ini dah pun melabuhkan tirai... hidup aku masih tak betul. siang jadi malam. malam jadi siang. kelas tunggang terbalik. assignments lagilah. ada empat nak kena submit minggu depan, exam midsem cpc ahad ni, isnin debate kelas process writing, khamis present islamic banking. ya tuhan! kejap nak menangis hahahaha.

dengan emosi yang ke laut, dengan hati yang meretak.. masih lagi meneruskan hidup. kadang-kadang rasa macam nak naik gila. rasa macam dah gila dah pun. dengan perangai aku sendiri. dengan perangai orang sekeliling. dengan apa yang jadi. dengan pembelajaran. macam, bila semua ni nak habis?

paling penat bab jiwa kacau la. nak diluah mati emak. nak ditelan mahunya mati bapak. senangnya, jiwa aku yang mati. sebab gila duk simpan semua benda sorang-sorang. sebab malas nak memperbesar cerita. sebab malas nak melayan sakit hati orang. tapi, dah simpan semua benda, meletup pun tak tercerita, meletup sorang-sorang. maunya hidup baik-baik?

aku ni, selagi aku boleh menangis bawah bantal ke bawah air hujan dalam bilik mandi, aku buat. selagi aku boleh telan segala pahit dan koyak, aku tak cakap apa-apa. sebab apa, sebab aku tahu manusia sentiasa buat salah. malas nak ambil hati, malas. tapi kenapa, bila tiba aku, cepat aje? entahlah weh. memang takdir aku kot, tak ada siapa-siapa nak mengadu.

jenis yang suka mempeduli orang, bukan lah nak orang mempeduli balik tapi harapnya ada common sense lah sebab aku rasa kita hidup ni atas dasar kita sama-sama manusia. aku nak, buat apa yang aku nak. aku selesa cara aku, biarlah aku. bagilah, aku pun hidup juga. sedih lah macam ni.

penat. penat nak bagitahu diri sendiri, tolonglah, tolonglah sedar diri. dah tiga tahun. tolonglah tinggalkan segala yang kau masih sangkutkan segala memori hidup yang lama. tolonglah berhenti jadi perempuan yang bodoh. tolonglah hidup baik-baik. lama mana nak sengsara diam-diam begini? bagitahu aku, diri engkau sendiri, lama mana lagi? penat tahu nak bagi kau hidup. penat. tolonglah. kesian sikit. entahlah, aku dah malas nak cakap. degil. bukan degil, tapi soal hati siapa boleh paksa. soal hati abah kauuuuu. kau yang control diri sendiri, bukan? alasan apa lagi? berhenti. berhenti.

haaa tengok, macam mana tak gila. sumpah penat. tolonglah seseorang, bagi aku jadi manusia balik.

Thursday, May 5, 2016

#Janing






01052016
hutan lipur puncak janing, kuala nerang

franky,zah,khun,wanfath,muz,daus,
jue,pah,ewan,yana,nas,kdayah,kins.


Tuesday, May 3, 2016

HMA






“You can go through life and make new friends every year - every month practically - but there was never any substitute for those friendships of childhood that survive into adult years. Those are the ones in which we are bound to one another with hoops of steel.” 

T_T


benarlah handphone dan laptop ini sangat menguji kesabaran.
ya tuhan.


(inilah sebabnya dah berjuta kali aku duk mintak dengan daus, belikan note 5 hahah)

(k nak sambung menangis mengenangkan nasib)

Saturday, April 30, 2016

sejenis positif


rasa macam semangat dari kem kat a famosa seminggu lepas dah hilang. hahaha. bencinya. nak pergi kem balik. nak kena brainwash lagi. rindu nak kena brainwash ikhlas macam zaman sekolah. dah bertahun tak rasa. tiba-tiba rasa, perghhh, deep sampai ke hati.

tak tahu lah apa yang dipenatkan. kerja bertimbun tak sudah-sudah jugak. habis satu, satu datang lagi. tapi perasaan rajin tu makin lama makin pudar. tahu kerja banyak, tapi, progres slow. macam mana tu? nak salahkan siapa kalau bukan diri sendiri? tapi, bila dah selesai menyalahkan, alahai, bila penat, rasa nak give up balik.

kenapa susah sangat nak kumpul kekuatan tu?
kenapa susah sangat nak jadi positif?
kenapa susah sangat nak hadap kerja biar cepat siap walaupun tak pernah habis?

haritu kan aku cakap cuti midsem tak balik. hahaha. tapi, aku memang tak boleh pakai sikit kalau berbelah bahagi. malamnya, terus cari tiket untuk balik esok. nasib baik ada hihu. tapi, balik kejap je lah ganu. khamis dah ada kat kedah balik, nak settlekan program delegasi umk dengan budak-budak ni. lepas tu sabtunya, ke kuala lumpur. pontenglah kelas ahad sehari. masa tu memang rasa escapism betul! haha. sempat tengok wayang dengan nek, itupun nek belanjaaaa thankyouu. rasa macam pengganti atin pulak sobsobsob duk bayaq itu ini untuk aku. nasib dapat sepupu baik macam gini, haha rindu pulak lol. esoknya nek yang hantaq, lepas tu baru pi melaka ramai-ramai.

punyalah susah nak positifkan diri, sebab sorang-sorang! tapi, betullah. kita fikir positif, kita dapat positif. dapat kawan-kawan baru, uni macam-macam.. course pun hebat-hebat. walaupun empat hari je duduk serumah, tapi gaya macam berkenalan dah lama. macam jenis-jenis kawan sekolah menengah. alahai rindunya. dah habis kem sempat cikda bawak pusing melaka. wow, aku tak sangka aku boleh jatuh cinta pada melaka. rinduuuuuuuu. esoknya balik kl, cikda hantaq terus pi tbs nak balik uum.

tak tahu lah. rasa macam gila sikit la minggu tu. ganu-kedah-kl-melaka macam roda duk berputar, penat. itu yang duk tangguh kuiz process writing, exam criminal, exam islamic banking. tak sudah-sudah hahaha nak menangis jap. rabu ni dah la exam tort. esok dengan khamis cuti. exam semua nak setel minggu ni.

mampu berhuhuhuhu. tapi, aku yakin semua ni akan setel jugak.
aku kena percaya aku boleh!

okeylah, dah senja. nanti aku cerita apa yang best kat kem tu. banyak ilmu dapat, sebab semua orang hebat-hebat. rindu.

doakan aku kuat!
dan bertahan.

(tak tahu lah, tapi keazaman yang tertanam sejak dari kem tu masih ada walaupun hanya tinggal bara. takpe. aku percaya nanti jadi api balik. jangan putus asa!)



#hingaq


dari lepas isyak sampai sekarang gigih duk siapkan buku log kembara nak kena hantar esok. tapi tak larat dah! sambung pagi esok. nasib baik kelas tengah hari. T_T


video

semalam muz dengan nas duk ajak budak-budak ni yang free pergi talk #awas kat sac. sebab esoknya kan jumaat, lepas tu rasa macam bosan sangat kat bilik (perlukan udara segar walaupun pi jalan-jalan dalam uum ja, asalkan keluaq dari bilik) makanya, nak ikut nak ikut!

dan sebab program muz dengan nas kan, so macam, haaa boleh la pergi je la. kejap je pun. memang kejap pun encik jpj tu bagi talk. kami semua duk sebaris kat kerusi, haaa, bergambaq dan makan ja lebih. bukan fokus sangat. tapi adalah jugak fokus tu. 

lepas habis talk, pi karnival tissa. saja jalan-jalan cari makanan. alang alang kan. hahaha sementara nak pi gerai makanan, lalu belah baju-baju dan tudung-tudung. riuh la duk ajaq muz, mal dengan ewan tentang jenis-jenis tudung. bubble shawl tak bubble shawl, bawal tak bawal, bawal monochrome tak monochrome. hahaha. depa duk geleng kepala ja padiaaaaa entah. 

sebab duk hingaq tak ingat dunia malu kat orang, adalah dekat tiga kali si mal duk ketuk kepala aku dengan sling bag dia. sebab duk buat perangai kat gerai orang hahahahahaha padiaaaa bukan aku sorang hat hingaq! orang lain hang tak ketuk pulak hahaha masa ni lah aku duk mengadu kat eizah. depa pulak duk geli lalalala.

yang tak tahannya, adalah jugak dia duk peteh ganu peteh aku masa tengah berjalan buatnya tergolek tak ke naya tapi boleh pulak dia jawab kat eizah masa eizah marah dia duk buat lagu tu kat aku takut aku jatuh, "sebab aku tau izz tu kuat la aku buat." ahahahahaha auwwwwww babs takde kaitan langsung.

duk pusing-pusing, ambil gambaq lepas tu duk hingaq sana sini akhirnya pulang selepas menemui makanan untuk dibungkus.

malam itu manis sekali, walaupun masing-masing memang pantang berkumpul mesti perangai kuanghajoooooo loqlaq entah apa-apa. aku sayang depa ni. rakan sekerja gittew tapi bukan rakan sekerja dah, dah jadi keluarga kat sini.

ni lah antara manusia-manusia yang duk bertengkar, bertekak, berpickupline, berstudio, berstudy, berpaperwork, bermeeting, bermakan, bersedih, bergembira, bercacimaki, bergurau, bermarah, berpillowtalk, berjerit, bermovie, berlepak, bergaduh, bermenganjing, bernasihat, bernangis.. dan sebagainya yang haru biru.

video


28042016, sintok.
enjut. zah. mekbudu. kinsdra. embun. manggis. sado.



Thursday, April 28, 2016

wawasan yang hilang



setiap kali dah mula serabut dengan segala exams dan assignments, mesti keluar dari mulut, "aku salah ambil kos."

dan kawan aku akan cakap, "hang ni tiap kali nak habis sem je mesti duk habaq lagu tu! dari sem satu lagi. sem lepas nak ambil hospitaliti. sem ni nak ambil tourism. haa sem depan nak ambil kos apa pulak?"

hahahaha. sebab tiap kali nak habis sem itulah saat kritikal.
benci.

walaupun dikelilingi oleh kawan-kawan yang hebat dan pandai, tapi aku tak pandai pun. aku tahu aku kena belajar, tapi setakat belajar je la. macam, macam mana aku kena belajar sejarah etc untuk exam spm dulu. bukan macam, macam mana aku belajar english etc untuk exam spm dulu. 

aku tak tahu mana nak cari passion tu.

paling-paling, kalau bosan tak faham lekcerer mengajar apa kat depan, duk buat seni dengan puisi kat buku nota. memang takde kerja lain. sebab nak tido memang tak boleh, haha. selama empat sem ni memang aku duk harap kat kawan-kawan lah duk ajaq aku duk push aku duk buat macam-macam takmau bagi aku jatuh. depa pun memang aku tak tau lah nak habaq lagu mana, hang bayangkan tiap kali final exam je, malamnya tu mesti duk ajaq aku satu-satu, duk bagi aku case senang nak hafal, duk bagi semangat walaupun aku macam orang gila duk mengagau bila lah nak habis penyeksaan ini kehkehkeh. 

tapi, tak adalah teruk sangat. aku suka je hidup macam gini. cuma macam bosan sikit lah sebab perasaan tu macam tak beria sangat hahaha. dah cuba nak beria tapi macam tak kena jiwa. tapi, aku harap aku dah bertahan sampai habis. lepastu nak sambung buat master bahasa melayu pulak! hahaha. macam takdak kaitan kan. apa-apa lah.

doakan aku.
doakan aku dan kawan-kawan.

supaya depa dapat capai apa-apa pun impian depa.
dan impian aku?

haha spesies takdak wawasan sebab aku pun taktahu nak habaq impian aku apa.
dah besaq tapi duk mamai lagu ni lah.
haihhh.





selamat malam, sintok!
(yang hangat biaq pukui dua pagi pun huhu)



PS. aku rasa aku sorang ja duk melopong jawab midsem test admin tadi! hahahahahahaha menyampah takmau belajaq dah takmauuuu! baik tidoq ja malam tadi kalau tahu nak jadi lagu ni