rasa macam lama sangat dah tak menulis di sini. sedangkan aku ada banyak sangat yang mahu aku tulis. tapi masa tak ada makanya, cerita aku banyak di memo telefon semata-mata, dan juga di buku nota kuliah.
selepas dua sem aku pegang exco hal ehwal siswi di inapan siswa eon, dengan segala pengalaman pahit manis.. aku buat keputusan untuk tidak sambung yakni berhenti. dengan rasa yang berbelah bahagi tapi nekad. well, tenure team kitorang memang patut dua sem la kan. tapi, ramai juga yang mahu sambung berbakti pada kolej. samaada beralih ke majlis tertinggi atau ambil posisi lain dan sebagainya.
dilemma aku dalam sebulan dua juga lah memikirkan benda ini. awalnya aku setuju untuk sambung. tapi bila fikir balik, kalau aku sambung, aku bukan sambung siswi. aku kena jadi setiausaha. dari zaman sekolah lagi, aduhai, memang asyik lekat s/u je. aku fikir aku boleh buat. budak-budak ni pun yakin je aku memang akan sambung tenure sebab aku lah yang macam tak banyak ragam macam depa. ye lah depa, kejap nak sambung kejap tak nak sambung.
tapi minggu lepas, aku buat keputusan drastik. aku nekad untuk tidak sambung. sebab penat yang dah tak mampu. walaupun aku sayang sangat. tapi dunia aku dah banyak sangat cerita. aku tak tahu la macam mana selama ni aku boleh bertahan dari jadi gila. walau sering juga rabak, tapi aku tak pernah sampai rabak yang betul-betul pada limit hati aku berkecai sepai terpecah belah.
ada di malam program eme itu, lepas program aku, memang aku dah koyak tahap tak boleh nak peduli apa. tapi sebab nak kena siapkan surat juga untuk next program ccn franky, aku stay juga di bilik aktiviti. menaip surat sebelah daus dengan air mata menitik-nitik turun. tapi tak mampu dah nak cakap apa-apa. sampai ke pagi la begitu. perasaaannya aduhai rabak tahap mental. tapi benda macam ni adalah perkara biasa untuk kami. jadi budak-budak ni cool je biarkan aku begitu sambil teman sambil siapkan kerja masing-masing.
entahlah. hidup dengan diorang macam hidup dengan keluarga. betul-betul susah senang sama-sama. betul-betul menangis ketawa sama-sama. betul-betul perit bahagia sama-sama. betul-betul bodoh pandai sama-sama. betul-betul maki puji sama-sama. betul-betu sakit hati pujuk sama-sama. betul-betul sedih gembira sama-sama. betul-betul gaduh sayang sama-sama.
dan masa aku jumpa pengetua nak bagitahu, pengetua cakap terima kasih untuk yang selama ini.. sumpahlah aku rasa mahu menangis.
aku sayangkan kolej ni. aku sayangkan team aku. aku sayangkan semua. tapi aku tahu, ada saatnya benda perlu dinoktahkan. banyak sangat yang aku dapat. aku dapat keluarga mini sintok, aku belajar handle program, aku belajar berurusan dengan orang atas, aku belajar segala yang bukan di dalam kuliah. kadang-kadang aku rasa macam law pulak yang jadi sampingan. aduh.
aku cuba fikir rasional. aku pertimbangkan semuanya. aku fikirkan diri aku juga. semester ini sudah semester lima. kalau aku teruskan, maknanya aku akan teruskan sampai semester tujuh. yang mana semester akhir aku di sini adalah semester lapan. dengan segala dan semua benda yang aku dah lalui, aku tak rasa aku boleh bertahan lagi untuk nanti.
walau berat, aku yakin ini keputusan terbaik yang aku boleh buat untuk masa sekarang. mungkin aku akan menyesal, siapa tahu. mungkin aku akan rindu, siapa tahu. tapi sekurang-kurangnya aku dah fikir untuk setiapnya, yang aku rasa paling baik. insyaAllah.
dan aku pun dah rindu mahu ke katil pada jam 11. (penat la juga kalau hampir tiap hari pulang ke bilik 2-3 pagi). mahu bercantik ke kelas. (uish kalau time ada program, memang sweater dengan bawal sarung je ke kelas. selekehnyaaa haha). mahu ber-weekend dengan aman. dan yang paling penting, aku betul-betul mahu fokus dengan study. semester yang lepas pun, sipi-sipi lagi. nasib baik result praktikal di court hari itu sangat membantu. kalau tidak menangis tidak berlagu namanya.
entahlah, banyak pengorbanan masa dan tenaga juga wang ringgit. (haha ke mana entah tabungan untuk travel T.T). tapi semua itu sejajar la dengan pengalaman, konflik dan drama air mata senyum tawa yang aku dapat dan belajar. the life is so damn real, man.
yang paling indah, aku tinggalkan portfolio siswi dengan kejuaraan dalam pertandingan senamrobik antara inapan siswa uum. satu medal aku gantungkan di bilik jkps, sebagai tanda kenangan yang manis. dari aku, anis dan team siswi. :)
omaigod i feel so sad. tapi aku buat keputusan untuk jangka masa panjang. kalau cuma difikir sayang, seronok dan manis.. mungkin aku akan ke arah yang sebaliknya. tapi benarlah, yang akal itu perlu mengatasi emosi. dilema ini mungkin nampak kecil tapi sebenarnya sangat besar dalam hidup aku. haha. sebagai seorang exco yang sangat sayangkan kolej, aku betul-betul dalam haru biru. sekarang tengah cuti pertengahan semester. dua hari lagi aku balik ke sana. masa itu nanti, aku bukan lagi siapa-siapa. mungkin cuma senior biasa yang sedang menikmati tahun pengajian dengan tenteram dan aman. (walau aku tak tahu aku boleh ke duduk diam haha)
sudah. keputusan sudah dibuat. (setelah bergelut dengan air mata sendiri juga kawan-kawan) sekarang, aku cuma perlukan teruskan hidup dan buat apa yang aku perlu dan mahu buat.
oh yeah! terima kasih, ex-jkps/kb20152016.
kenangan ini terlalu besar;
semuanya seakan mengajar
untuk aku aman dalam pijar
sebetulnya dewasa dalam tegar.
No comments:
Post a Comment