Thursday, June 30, 2011

Hari Koperasi Sekolah 2011



Hari Koperasi dan Kokurikulum peringkat sekolah 2011 telah berjalan dengan lancar selama dua hari iaitu Rabu dan Khamis.

Serius, memang sangat gembira! Happy. Banyak jugak gerai yang dibuka.. tak sangka budak-budak ni suka berniaga ya. Haha. Kelas aku pun ambil bahagian. Nama gerai kami, Gerai 4 Rocks. Macam-macam kami jual. Aku paling suka part perpaduan. Hihi. Boys dengan comelnye volunteer untuk jaga bahagian burger. Macam, semua bekerjasama laa. Aku suka sangat. Rasa macam sangtat-sangat dekat dengan diorang semua.

Ini gambar-gambar ketika Hari Rabu.
















































Ini pula gambar-gambar ketika Hari Khamis :)



















































Aku memang tak tahu nak kata apa lagi dah, yang aku tahu... semua ini best! Penuh dengan hikayat kenangan yang indah. Ikhlas aku cakap, aku betul-betul sayangkan mereka. Dan, rasa macam tak nak tahun ini berakhir. Tak mahu berpisah dengan mereka. Mereka, aku betul-betul sayang mereka. Betul kan orang kata... tak kenal maka tak cinta!


Haha. :D

PS: Memang banyak laa duit hangus. Haha. Beli itu beli ini. Meriaaaaaaaaaaaaaaaaaah. Jalan gerai situ, jalan gerai sini.

*

Ingat lagi Thirah cakap,'Iqa mari.. ramai llalu ore'

Haha. Dah aku yang bising kat situ. Orang lalu lalang.. aku pot pet pot pet macam kat pasar malam. Hingar bingar lalala. Serius, seronok laa berniaga! Hihi. Mereka telah bagi aku satu lagi kenangan manis. Oh, memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata betapa aku sayang mereka. Waktu nak mengemas gerai.. sudah tamat jualan.. kami rasa sedih. Geng ini cakap, berniaga hari-hari pun takpe... sebab best!


Anugerah


kemudian

pelangi itu muncul
bersama cerita-cerita indah

walau cuma 

sebentar untuk dinikmati
ianya anugerah tiada terjual
tiada terbeli dengan harga dunia


PS: Geng 4 Rocks. Aku sayang korang gile-gile, sepenuh hati!



I-dil.
Ijoy. Nick. 
Sapik. Danny Al. Aziz. 
Ime. J-wad. Zack-one. Pqah. 
Hana. Anis. Cena. Pqoh. Yana. Bilah. 
Epa. Aisyah. Sarah. Za. Hajar. Ainina. 
Fatin. Syatun. Farah. Ayna. Azlina. Thirah. Faeza.


* * * * * * *

Wednesday, June 29, 2011

[06:01]




All praises and thanks be to Allah alone, who created the heavens and the earth, and originated the darkness and the light, yet those who disbelieve hold others as equal with their Lord. 
[06:01]

Rushd|Khaldun:KL's Hikayat

Satu lagi hikayat kenangan untuk disimpan ceritanya. Lalala. :)

Lawatan Berinformasi ke Kuala Lumpur.
Khamis, Jumaat, Sabtu.
22. 23. 24. 25. Jun 2011.
4R + 4K


Rabu (malam)

- Bertolak, lebih kurang dalam pukul 10. Aku duduk dengan Anis. Boys duduk seat depan. Girls duduk seat belakang. Macam biasa, menghabiskan masa dengan berborak... dengar lagu... tengok movie. 

Khamis

- Paginya, berhenti kat mana entah. Bersiap-siap. Serius, aku tak ingat breakfast kat mana. Breakfast ke tak eh? ^_^ Sepanjang perjalanan ke KLCC, kami borak-borak dengan Teacher Salwati. Macam-macam. Oh, teacher bawak anak bongsu dia. Budak tingkatan 2, namanya Shah. Lalalala. Sebab dia budak makanya kami takde laa malu nak bercanda dengan dia. Dia comel sangat!

Sampai di Suria, pergi Petrosains laa. Best! Enjoy lalalala. Sebelum balik, makan-makan untuk lunch. Lepas itu, terus ke Berjaya Times Square. Mesti laa nak pergi main. Taubat, memang aku taubat dah tak mau naik roller coaster, spack attack dan yang sewaktu dengannya. Cukup lah aku naik benda tu semua sekali seumur hidup. Rasa macam nak mati. Bagus laa, bila main macam ni baru nak ingat Tuhan. --' Ada satu permainan itu, yang putar kita macam ayam golek. Laju dan lama pulak itu. Permainan itu aku panggil pemutar gile XD Kenangan pahit di situ. Pahit ke? Teacher Rose boleh aje gelak lepas tu cakap kenangan manis laa tu. Ceh. Benda tu memang gile. Ada yang naik, muntah. Ada yang berderai telefon bimbit. Huhu. 

Baik main kereta langgar itu, selamat aje rasa. Cumanya, waktu aku main... aku dan Anis, Pqah, Pqoh dengan Yana... Nick dan Syaza sentiasa cari peluang langgar kereta kitorang. Habis akal nak mengelak, bertembung jugak. Ada budak Cina kereta sebelah ajar cara nak handle. Al maklumlah, tak pernah main. Thanks adik! Enjoy laa. Tapi, memang habis laa suara. Sampai tak larat nak bukak mulut dah. Bila dah berada dalam bas, terus senyap. Rasa macam nak tidur.

































Bila kami balik dari BTS, bukannya pergi ke tempat penginapan... tapi, ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Wargh, boys suka laa kan. Yang girls ni, macam omaigod --' Jadi, dekat dua jam kami duduk merempat kat luar stadium sementara nak tunggu game habis. Ramai jugak yang masuk. Malaysia lawan Lubnan. Huishh, rimas laa ada kat tempat ramai orang macam ni. Yang best, duduk kat lantai tepi jalan sambil buat selamba-yayaya. Borak-borak sesama sendiri. Sambil pandang bulan bintang di awanan. Letih sangat! Kenangan laa tu :D

Seterusnya, kami ke TUDM Sungai Besi. Menginap kat sana. Satu bilik, ada empat katil serba lengkap. Macam hotel aje. Sederet kiri girls punya. Sederet kanan boys punya. Bilik aku namanya Melati. Aku, Anis, Yana, Pqoh, Pqah. Yang anehnya, bila dah melepak dalam bilik itu terus rasa tak ngantuk. Badan pun segar, ceria je pagi-pagi buta. Makan. Tengok tv. Aku tido yang paling awal!















Jumaat

Tapi, aku bangun paling lewat. Haha. Pukul 6.30. Tapi, diorang jahat. Sebab aku liat nak bangun, mula-mula diorang kuatkan kipas dinding kat katil aku. Lepas tu diorang tarik selimut. Aiyaaaa. Dengan comelnya, terpaksa laa aku bangun hehe.

Lepas bersiap segala bagai, kemas-kemas barang... tutup lampu semua, konon-konon kitorang nak tido balik. Masih ada dua jam sebelum bertolak pergi. Konon-konon. Tapi, bila dah tutup lampu... tetibe rasa macam main wrestling. Aku laa yang balas dendam kat Pqoh dan Yana sebab diorang tarik selimut aku pagi tadi. Haha. Memang gelak je laa. Si Pqoh tu, sempat aje tengok kartun. Haha. Lastnya, kitorang tak tido pun.. just rehat-rehat macam itu.

Naik bas, teacher suruh tukar tempat duduk. Kali ini girls kat depan dan boys kat belakang. Sebab, boys terlalu bising. Aduhai. Aku pulak dapat seat akhir sekali, maknanye boys laa kat belakang aku. Tapi, takpe. Boys kat belakang aku, Ijak Aya dan Amin. Budak baik haha. Kat tepi aku, Teacher Salwati dan Shah. Well, jadi rapat dengan Shah sebab itu laa. Shah, nampak je pendiam ala ala pemalu tapi rupanya... cis! Sama gile-gile je kepala. Boleh pulak dia kata bantal Hello Kitty aku tu bantal busuk --' Nak kena betul budak ni. Oh, setiap kali duduk dalam bas... mesti aku tido! Haha. Penyakit. Makanya, tak lekang aku berkepit dengan selimut Hello Kitty tersayang. Dua dalam satu. Bila lipat dan zip, jadi lah bantal. Bila bukak, jadi lah selimut.

Hari ini, kami shopping aje. Ke Sogo, Low Yat bla bla bla. Masa ini laa Shah cerita pasal itu ini dengan aku. Jadi kamceng haha. Baik dengan Yana anak Teacher Rose. Comel! Kami panggil dia Yana Kecik. Sebab, Yana Besar pun ada jugak. :D Sayang Yana.

Malam, dari Masjid Shah Alam... terus ke i-City. Jalan-jalan cuci mata macam tu laa. Ramai betul orang, padahal dah malam. Sebab rasa lapar kan, aku Yana Pqoh menapak ke Seven-E. Haha, cari maggi. Keluar dari kedai, terus ke tangga... makan kat situ. Sambil menikmati pemandangan alaa laaa. Haha, lucu je rasa. Tu lah, waktu berhenti makan malam... tak nak turun. Aku, Pqoh, Yana, Aziq, Amin. Yang lain semua makaaaaaan.








































Sabtu

Pagi, sampai di Gambang. Bla bla bla. Bermandi-manda laa kami. Aku, Pqoh, Yana Kecik, Yana Besar sentiasa bersama. Haha. Main air, best! Penat laa. Balik dari Gambang, sampai ek sekolah dalam pukul 9 malam. Nak tau tak? Dalam perjalanan, boys boleh pulak buat karoake. Aduhai, aku nak tido pun tak boleh. Dah laa nyanyi macam-macam lagu. Memang selamba-yayaya je laa kan. Aduhai, dengar je laa. Tapi, seronok pun ada. Ya, kawan-kawan aku. Sayang kawan-kawan aku. Semuanya manis-manis, cantik-cantik, hensem-hensem.







Oh, lawatan ini gabungan dua kelas. Kelas R dan kelas K. Mantap!


Danny Al.
Amin.
Ijak Aya.
Eme Azzim.
Aziq Faqih.
Nick.
Syaza.
Mamat.
Aliff.
Aziz.
Ijo.
Hafidzul.
Hafizuddin.
Aizuddin.
Muaz.
Razi.
Nazwa.
Amalina.
Zahirah.
Uswati.
Zahra.
Hanini.
Pqoh.
Yana.
Anis.
Pqah. 
Farahim.
Syatun.
Fasiha.
Bilah.


Sekian :)


* * * * * *

Esok dan lusa (Rabu dan Khamis)... ada Hari Kokurikulum peringkat sekolah. Masing-masing bukak gerai... Dapat rasakan kemeriahannya :D

Seksa betul hidup takde 'mata' --'