Dari pantai datangnya ombak
Dari hidup datangnya rasa
Bilamana bulan dan bintang bersama
Harus terpapar berjuta keindahan
Kelak dimana diri dihanyut
Meski jauh ke hujung dunia
Walau dilempar ke kaki pelangi
Bukan bermakna bercerai semangat dari jasad
Jika nafas masih berhembus
Selagi jiwa berdiri di jendela hati
Selagi kekuatan jadi kepunyaan
Jika demikian tiada kan patah walau satu mimpi
-SI.Jun411-
* * * * * *Okay. Selamat pengantin baru untuk Kak Mas :) Lama tak lepak sama-sama kat kampung. Akhirnya, dapat jugak. Rasa macam raya pulak, wah. Rindunya, rindunya nak raya. Kenapa? Sebab rindu nak lepak sama-sama... ramai-ramai sambil berkongsi cerita bergelak tawa juga bergosip sakan haha. Rindu nak pusing kampung pergi jenjalan ramai-ramai. Rinduuuuuuuu.
Dah, dah. Takut jadi emo pula, :)
Hmm. Cuti sekolah, sudah berlalu dengan jayanya untuk seminggu. Masih berbaki seminggu lagi, hehe. Okay laa, seminggu ini memang aku tak study huhu hanya study phySick sahaja. Erk, okay laa tu kan daripada tak bukak buku langsung. Jadi, cadangnya... nanti minggu kedua cuti laa baru nak main belek-belek buku. Rasa macam, malasnya nak pergi sekolah nanti!
Isk isk isk. Teruk betul budak ni sorang. Wargh. Tak boleh macam ni. Aku ada banyaaaaaaaak mimpi yang belum tertunaikan. Aku hanya ada satu semangat, yang boleh dijadikan kekuatan untuk menggapai segala mimpi yang aku impikan. Cewah.
Makanya, jom jom jom bina semangat dalam diri! =D
* * * * * *
Jumpa mak sedare baru. Haha. Nak anggap sepupu pun boleh. Kak Nur memang rock! Dah laa main mekap-mekap dengan kami. Yehaaa. Macam dah kenal lama Kak Nur. Dah la cantik. Sayang Kak Nur.
Yeah yeah. Kak Nur cakap aku brutal :D
Lepak dengan Kak Nur, terus lidah kitorang jadi orang ganu pekat. Haha. Ce kabo bakpe Kak Nur lawo ngat macang kite? :P
* * * * * *
Dhan Dhana Dhan Goal.
Dah tengok dah cerita ni. Tapi, tadi tetibe tertengok lagi. Super best; bab semangat. Ye laa. Southall United pernah mencapai zaman kegemilangan. Setelah 25 tahun, macam takde pape. Tapi, diorang terus berjuaaaaaaaaaaaang. Bila dah ada coach yang mantap dan dengan kehadiran Sunny, sedikit demi sedikit diorang naik. Akhirnya, diorang jadi juara liga. Ye, diorang bertatih sikit-sikit sampai laa jadi juara.
Walaupun kekadang gaduh, tapi.. kehidupan kan. Tipu lah kalau gembira sepanjang masa. Ada beberapa part yang buat aku rasa tersentuh. Yang aku tahu, aku suka semangat yang ada dalam watak-watak cerita ni. Yeahhhh.
Mereka tak mengalah!
Cerita ni tahun 2007 sebenarnya. Masa aku darjah 6 haha.
Aku tak tahu nak cakap apa pasal cerita ini tapi yang pasti, aku sangat sayang cerita ini. Aku suka cerita ini. Cerita ini, ajar aku tentang semangat. Itu yang paling terkesan kat diri aku la.
* * * * * *
Assalamu'alaikum. Bye, takde laa nak membebel panjang kat sini. Hihi.
No comments:
Post a Comment