Tuesday, June 7, 2011

Surat untuk Encik PhySick



Encik PhySick,

Awak sangat menyebalkan hati saya. Awak sering menyakitkan hati saya. Dan, tidak lupa awak selalu memusnahkan mood saya. Saya sangat penat dengan awak. Sudahlah awak tidak sehensem Encik Khemiyya... kerenah awak pula lagi teruk! Pening saya hendak melayan awak.

Tapi, saya tak akan kalah dengan awak lah! 
Awak ingat ini, seperit mana pun saya terpaksa hadapi.. sesakit mana pun otak saya ketika memikirkan awak... saya tak akan pernah kalah! Dan, saya tak akan mengalah dengan awak. Awak tak layak untuk menang. Saya, saya akan pastikan itu.

Makanya, saya akan cari jalan. 
Walaubagaimanapun, saya akan pastikan... takhta A+ awak itu.. 
awak akan kasi pada saya. Awak akan tunduk pada saya, dan awak akan serahkan takhta A+ itu pada saya. Walau saya kena lenyek dek ahli sumo geng awak sekalipun, walau saya kena hempuk dek istana awak... saya tak akan tunduk pada awak lagi!


Awak tunggu dan lihat!
Musuh awak,
princessyaizz


2 comments:

pQah_qiLah said...

manusia mmang pandai berkata2 tapi sukar untuk mengotakannya...
prove to me that u r not like that, okay...!!
chayok3..!!!!
i'm alwayshere to be ur personal teacher.. hehehe

Sya Izz said...

tunggu dan lihat, :D