Sunday, June 19, 2011
Hubban Jamma :)
Bukak facebook, bukak group Ex-3Rusdianzz 2010. Nampak gambar Ustazah Rohani :) Guru kelas kami tahun lepas. Guru yang sangat-sangat baik.
Waktu awal-awal tahun, kami first time belajar dengan ustazah... makanya, kami ingat ustazah garang. Tambah-tambah ustazah tengah mengandung waktu itu. Hehe. Bila ustazah dah kembali selepas cuti bersalin, waktu tinggal dua-tiga bulan lagi untuk hadapi PMR.
Masa itu, baru tahu ustazah sangat sempoi. Langsung tak garang. Okay, kami cakap yang ustazah garang waktu dia mengandung sebab pembawakan budak. Haha, pandai-pandai aje --" Serius, sangat sayangkan ustazah. Ustazah banyak ajar kami pasal keberkatan. Dan, ustazah laa yang buat aku minat gila-gila belajar Bahasa Arab. Kami suka dengar ustazah bercakap, sebab ustazah guna loghat ganu pekat. Kami memang lebih terarah ke loghat kelate. Jadi, nak dengar kami bercakap dalam loghat ganu itu agak sukar la. Cewahh.
Ustazah buat aku rasa macam mimpi. Ye laa, trial PMR dapat A. Mengujakan sungguh. Ustazah buat kami sangat-sangat mengagumi Bahasa Arab. Ustazah betul-betul memberi makna pada kami. Satu daripada sebab kami berjaya, adalah kerana ustazah 'paksa' kami hafal sarwah. Sepuluh perkataan setiap hari. Maka, berdisplin laa kami ketika itu. Dua puluh empat jam pegang buku nota kecik yang mengandungi sarwah. Hehe.
Aku ingat lagi, hari itu.. exam trial SN. Tapi, aku demam. Jadi, aku berehat di sickbay. Petangnya itu, ustazah buat kelas BA. Lepas zuhur, Jihah dan yang lain datang jenguk aku. Terus aku bangun lepas berjam-jam tidur dengan enak. Pergi surau lepas itu angkat kaki ke kelas. Rasa nak tumbang gile waktu tu. Tapi, sebab ustazah... aku buat tak rasa je laa nak tumbang itu. Belajar punya belajar.
Bila nak salam waktu habis kelas, ustazah tetibe tanya (sebab badan aku panas).. '"awak demam ke?"
Aku jawab.. "a'aa"
"boleh jawab tak exam tadi?"
"boleh laa, tapi kite tak amik exam sn tadi"
"oh, balik nanti rehat banyak biar sembuh. good luck exam nanti :)"
Uhuuu. terharu gile. T_T Rasa macam nak peluk-peluk ustazah. Teringat lagi waktu majlis izin ilmu, nangis-nangis bila salam ustazah. Ustazah senyum lepas tu cakap "ape nangis-nangis ni?"
Ustazah sangat suka kasi kami dengar kisah yang berkaitan dengan keberkatan. Ustazah sangat sukakan berkat. Hari-hari kami dengar nasihat ustazah. Tak jemu-jemu. Sekarang, dah tak dengar dah. Bertegur sapa kat koridor, tak sama dengan bertegur sapa dalam kelas. Rindunya, rindu ustazah.
Jumpa gambar-gambar ni jugak. Aduhai, bebudak Rushdianz sangat suka menconteng. Tambah-tambah bila waktu habis exam PMR. Meroyan sakan laa dalam kelas. Main netbook, bukak facebook, dengar lagu, cerita itu ini, main bola sepak dalam kelas, tidur. Haha, sah takde kerja!
Konklusinya, aku nak cakap... yang aku rindu serindu rindunya korang! Korang ajar aku erti hidup, hidup dalam persahabatan. Banyak sangat memori dengan korang.. semuanya ada. Ada kisah kita gaduh-gaduh, ada kisah kita nangis, ada kisah kita ketawa, ada kisah kita yang menjengkelkan, ada kisah yang macam budak tadika. Sekarang, tinggal kenangan. Terima kasih, walau sebentar cuma :D
Dan, ustazah Rohani... terima kasih untuk hikayat-hikayat keberkatan, yang menusuk qalbu. Uhibbuki daiman hubba jamma ^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment