Saturday, February 11, 2012

Satu Keputusan


Dah fikir dalam-dalam, dah bertanya pendapat kesayangan-kesayangan hati, dan rasanya dah buat keputusan. Argh, Sya Izz ni memang.. payah kalau nak buat keputusan sendiri, lagi-lagi kalau perlu memilih antara dua pilihan. Okey, fikir dalam-dalam, ambil satu keputusan, dan serahkan semua pada Allah. Titik. =)

Dapat satu amanah,

kemudian pada suatu malam bersama geng usrah,
kak Jeny sebut pasal amanah.

Ya, itu adalah amanah.

Sya Izz dah jadi orang yang super duper suka tido sekarang. Eish, teruknya! Rasanya, aku seorang je yang awal-awal lagi dah tido tika jawab exam. Huhuhu. Oh, minggu lepas exam biology paper 2, dan waktu Cg Aida kasi kertas exam tuuuu.. sangat laa mengantuk. Dapat kertas, tulis nama dengan senget bengetnya macam budak tadika dan tak sempat bukak pun lagi soalan tup tup tup terus tertido. Nasib baik la exam tu 2 jam setengah. Huhu, tetido dalam setengah jam. Bangun je, nampak kawan-kawan lain tengah tekun menjawab. Haaaah, tak hairan la kan kalau aku rasa aku nak dapat gagal je exam kali ini.

:'(

Kalau physics, bila datang penyakit mengantuk ni, haihhh kalau nampak soalan kira-kira yang agak memusingkan kepala sikit, terus jadi malas nak kira dan hasilnya yeahh yeahhh kita main bulat je mana-mana jawapan yang dirasakan best. Dan sekali lagi, tak hairanlah kalau physics kali ini merudum jatuh markah daripada tahun lepas. Haha.

Sekarang, aku rasa macam aku sangat jatuh cinta dengan makcik chemistry je. :D
Sebab bagi aku, chemistry tak banyak kerenah macam bio dan phy.
Lalalala.

Sya Izz memang phsycho. Dia tido macam biasa, malah kalau dia bangun pun, nak kata awal tu takde la awal macam orang lain haha tapi dalam kelas dia sangat suka tido sebab dia akan rasa mengantuk sangat-sangat, tidak kira masa dan ketika. Lantaklah awal pagi ke, tengah hari ke, haihhhh.

Satu lagi kegemaran terbaru dia sekarang adalah, dia sangat suka makan biskut. Haha, biasalah budak hostel. Biskut memang sedap! =.='

Jadi, sekarang dia perlu pilihan yang terbaik untuk diri dia. Sebab yang nak ambil SPM tahun ini, dia. Bukannya orang lain. Hailaaa. Pening-pening. Okay, macam Cg Zmah cakap, cikgu tak boleh tolong buat keputusan sebab ini hidup dia. Dia yang perlu berani buat keputusan sendiri. Okay.

Memang, tak boleh pilih dua-dua. Terpaksa lepaskan salah satu, dan itu namanya pengorbanan. Hidup, memang perlu memilih. Pilihlah yang mana terbaik dan setelah bercerita dan bertanya kepada mereka, mereka dan mereka, aku dah buat satu keputusan.

Ya.

Dah, berhenti daripada fikir lagi, cuma pegang je keputusan yang dah dibuat tu. InsyaAllah, lepaskan semuanya pada Dia yang lebih mengetahui. :)

Okay laa, esok exam biology kertas 3 dan QS. Jom, pergi hafal QS. Hoho.
May Allah bless, through days and nights.
Assalamualaikum, =D

 

PS. Saya sayang kakak saya, Fatin Fatihah <3

Saturday, February 4, 2012

Bertahan


:)

Sangat rindu untuk mencoret sesuatu di sini, untuk mencurah cerita di sini, tapi apalah daya :D

Em, Ustaz Ghani dah pindah. Guru kelas kitorang, yang kitorang panggil Papa Ronny :P Hehe, macam tak percaya ustaz pindah. Sebab, hari Rabu elok-elok je belajar Arab dengan ustaz, bergelak tawa segala bagai macam biasa dan tiba-tiba keesokan harinya, ustaz masuk kelas waktu Cikgu Mat Chik tengah mengajar untuk cakap byebye sebab ustaz akan pindah. Omaigod, bebudak ni macam tak percaya. Erk, tak nak percaya sebenarnya. Siap cakap lagi ustaz tipu. Tapi, hakikatnya betul. Ustaz siap bagi lagi cenderahati, letak kat meja guru, dan ustaz pesan agar belajar sungguh-sungguh.

Jumaat lepas, budak hostel tak balik. Pagi tu, ustaz datang sekolah kemas barang. Pergi la ramai-ramai jumpa ustaz kat bilik guru. Apa lagi, drama air mata laaa. Haha, tak tahu kenapa boleh nangis sampai macam tu. :'( Sedih laa. Selama ni best je belajar dengan ustaz, walaupun sentiasa rasa lemah jantung haha berdebar tapi lucu. Ramai yang nangis, taknak ustaz pergi.

Rushdian 2012; ada banyak kenangan dengan ustaz, walaupun belajar sempat sebulan je.

Dengan berdebarnya, dengan berdiri dalam kelas lah, kena itu kena ini alahai kenangan semuanya tu. Kenangan yang manis. Terima kasih, ustaz :D

* * * * * *


Sabtu lepas jugak, pergi ke Karnival Jom Masuk U 2012. Uhuuu, penat sungguh mengutip beg, pen, keychain dan buku nota. Haha, bila bawak balik, dihitung-hitung, ada la dapat berbelas batang pen kot. Uhuu, simpan simpan, buat kenangan. Yang flyers, pamplets tu kita baca lepas SPM okay. Sekarang kita simpan kemas-kemas dalam almari dahulu =)

Malam yang, entah. Alhamdulillah, Allah ada. Kena yakin, Allah ada!

Maka, pagi esoknya jawab peperiksaan Bahasa Melayu dengan tiada persediaan. Aci redah sahaja. Hoho. Memang redah tahap tak ingat laa. Dugaan betul ~

* * * * * *

Isnin demam.

Tak exam, tido di sickbay dari pagi sampai ke tengahari. Bestnya dapat tido, nikmat sangat sangat sangat :)

Petang malam, tak boleh buat apa apa. Diam je, tido. Macam biasa, kena paksa makan ubat. Uhuuuu. Exam SI keesokan harinya pun memang tawakkal yang amat la. Hohoho. Nasib baik exam TOV je =.='

Sihat, setelah sakit adalah nikmat yang sangat sangat sangat sangat perlu disyukuri,
Alhamdulillah =D

* * * * * *


Minggu yang meletihkan sebenarnya, dengan kejadian yang tak diduga, dengan itu dan ini. Kadang-kadang rasa sesak sangat, rasa macam kena lenyek dengan penggelek, rasa nak pergi atas bukit dan menjerit kuat-kuat. Letih; sampai buat soalan matematik, baru nombor dua tapi sudah terlelap untuk setengah jam. Dush. Alahai.

Makanya, hari Khamis adalah hari yang paling syok dan bahagia.

Hari untuk pulang ke baiti jannati.
Untuk melihat, menghabiskan masa dengan kesayangan-kesayangan hati.

Huuuuu, bertahan bertahan bertahan. Tu je cara yang aku boleh pikir sekarang,
dan, buat masa ini,
aku akan bertahan, hingga terdaya.

* * * * * *

Kena kuat, kena kuat dan kena sentiasa kuat.
Kena yakin, kena pikir benda yang betul.


Allah, permudahkanlah :)



pujuk hati, cari semangat, jangan biar jatuh
jangan rebah tak bertempat, jangan campur adukkan emosi dalam segala hal,
kena jadi budak yang professional,

yang tahu untuk berfikir dengan tenang saat keadaan merunsingkan hati

kena jaga hati dan perasaan orang lain jugak
kena ada tutur kata yang hikmah

takpe, takpe
orang tak faham kita takpe
Allah kan ada?
Allah tahu setiap bisikan hati
Allah tahu

tak payah kecewa

tak payah emo

dunia memang tempat untuk berpenat lelah kan?
tempat untuk berperih jerih,
takpe, Allah tahu setiap air mata yang tumpah
Allah akan rawat kesakitan, keperitan, kekecewaan itu
suatu hari nanti, dengan kegembiraan, kebahagiaan

bersangka baik pada semua orang
hablun min Allah, hablun min an nas
biar Allah sayang, dan orang juga sayang

insyaAllah.

Kena kuat!
Hati, jangan mudah lembik. Jangan lembik!
Allah ada, kan?

Ya, Allah ada. Allah ada.
:)