Sunday, December 25, 2011

16 Tahun


25 December 2011


Alhamdulillah. Yeayyy, saya dah berusia enam belas tahun! Hahaha. Seminggu lebih je lagi nak masuk tingkatan lima tapi umur baru cukup 16. =,= Takpe, takpe. Ini baru namanya awet muda! :)

Menanti detik 0000 semalam, yeah, maka masuk lah mesej yang bertalu-talu. Uhuuu, terima kasih kawan-kawan :D Ehem, mesej je? Hadiah takde? Haha. Tak nak cakap apa-apa dah, but really, thanks my kesayangan-kesayangan hati ^^

Maka, hari ini.. bermula lah episod hidup seorang gadis budak perempuan yang berumur 16 tahun :)

Semoga 16 tahun hidup ini, bukan hidup yang tiada erti. Bukan hidup yang sia-sia.

Semoga 16 tahun hidup ini, dapat memberi aku sesuatu yang bermakna.
Semoga 16 tahun hidup ini, boleh mengajar aku 'sesuatu'.

'Ala kulli hal, alhamdulillah.

Sesuai dengan usia yang bertambah (huhu), makanya haruslah berbuat sesuatu untuk memperbaiki diri :D


Nak jadi girl yang solehah.
Nak jadi anak yang baik.
Nak jadi kakak dan adik yang memahami.
Nak jadi sahabat yang bermakna untuk teman-teman.
Nak jadi 'orang'.


:)

Selamat berumur 16, budak Sya Izz!
Moga Allah mempermudahkan segalanya, amin.





Saturday, December 24, 2011

Amni Aqilah


24 December 2011

Hari ini, hari lahir perempuan kesayangan hati... Cik Amni Aqilah a.k.a. Kak Chik! :)





Sentiasa ingat tarikh lahir dia, sebab hanya beza satu hari dengan aku. Alah, selalu je dia panggil aku ni adik dia, haha padahal dia kakak tua sehari je. Ekeke.


Sekelas tika di tingkatan 1, 2, dan 3. Kami peminat setia kelas Rushd ^^ Waktu tingkatan 3, banyak sangat kenangan dengan dia. Alahai, tak tercerita banyaknya. Yang aku tahu, aku sangat suka bermanja dengan dia. Dalam kelas, pernah je nangis dengan dia. Pernah jugak, waktu tu rasa tak tenang, gelisah. Dia tengah duduk kat kerusi, borak-borak dengan kawan-kawan lain... aku pun pergi mengadu pada dia, melentok kepala. Dia pun, buat gaya caring yang super sweet. Hihihi.

Pernah jugak, waktu tu di asrama. Esok lusanya ada sambutan hari raya peringkat sekolah. Alah, biasalah budak asrama.. mula la kecoh-kecoh fikir nak pakai baju apa.. tudung apa.. :D Kitorang ni sanggup masuk keluar bilik orang lain semata-mata nak cari tudung, haha. Dan Amni, dia ada kain yang dia nak buat jilbab tapi tak terjahit lagi. Okey, ada satu petang.. pergi bilik dia, dan dia jahit jilbab tu sampai siap untuk kasi aku pakai. Dan aku, pakai jilbab tu tika majlis sambutan hari raya tahun lepas. :)

Sekarang, budak tu dah merantau ke KISAS :) Selalu je dia telefon aku, dan semestinya aku merindukan dia. Yeay yeayy yeayyy. Siapa yang tak sayang, kalau ada sahabat yang solehah macam Amni? =D

Dan semalam, waktu tulis mesej nak ucap selamat hari lahir.. entah macam mana air mata menitik-nitik. Rindunya aku pada Amni. Haaa, berjela-jela la aku taip mesej untuk dia semestinya dengan penuh perasaan. Ekeke, sungguh dengan penuh perasaan laa tu sampai menangis.

Dan akhirnya, orang yang hantar mesej menangis.. orang yang baca mesej pun menangis. Hahaha. Maaf Amni, Iqa tak ada niat pun nak buat Amni menangis XD

Orang kata, kalau tulis dengan hati... Maka orang yang baca akan dapat merasainya dengan hati juga. :)








Sekali lagi... Selamat Hari Lahir, Amni!
Apa laa Amni ni, tahun depan dah nak masuk tingkatan 5... tapi dia baru umur 16 :P

Iqa sayang Amni.

:)


PS. Coretan dulu-dulu untuk dia; Kisah Indah.


Friday, December 23, 2011

Cikgu Azimah



23 December 2011

Sanah helwah, Cikgu Nor Azimah :D

Kaunselor yang sangat la disayangi. Yang sentiasa ada untuk aku. Hehe. Mula rapat dengan cikgu, sejak tingkatan 3. Alah, ruginya.. Waktu tingkatan 1 dan 2, tak berapa kenal sangat dengan cikgu. Cikgu sangat lah sempoi! Gila-gila orangnya, macam remaja. Dan, dia sangatlah memahami kitorang. Sampai tiap kali kitorang takde kelas, mesti kitorang pergi Bilik Kaunseling (BK). Jumpa cikgu la, lepak la, macam-macam la. BK tu sangat lah best. Hehe, tambahan pula... budak-budak batch kitorang kebanyakannya rapat dengan cikgu.

Dulu-dulu, waktu lepas PMR... setiap hari melepak kat BK. Jatuh cinta dengan BK. Cikgu pandai layan kitorang, haha dan cikgu sentiasa panggil aku Princess XD dan cikgu sangatlah suka panggil aku dengan nama penuh. Bila terserempak dengan aku, jauuuuh lagi dia dah jerit nama penuh aku, haha. Alahai, rindu cikgu.

Sangat rapat dengan cikgu, sampai bebudak ni cakap aku ni anak emas cikgu. Haha, padahal cikgu memang rapat dengan semua pelajar lain pun. Mungkin sebab perangai cikgu yang happy-go-lucky dan gila-gila tu buat aku rasa yang cikgu tu sekepala dengan aku juga mungkin sebab tarikh lahir cikgu sangat dekat dengan tarikh lahir aku :) Jadi, perangai pun lebih kurang samaaaaa je ^^

Teringat tahun lepas, waktu ambil result PMR. Haa, hari ini lah tarikhnya. Lepas majlis selesai, duduk di pondok dengan kawan-kawan. Cikgu ada, lepas tu cikgu cakap yang hari ini birthday cikgu. Biasalah, gurau-gurau dengan cikgu sambil buat-buat tak percaya. Hihi. Cikgu apa lagi, keluarkan kad pengenalan dia. Haa, dah  percaya? Ekeke. Ya cikgu, percayaaaa :)

Sebabkan tahun ini pada awal-awalnya, aku sempat jadi 'gila' kejap hahaha maka cikgu lah tempat aku mengadu hal-hal sekolah ini. Hui, tak payah cakap lah. Banyak sangat susahkan cikgu, tapi cikgu tetap cikgu.. sentiasa cuba menyenangkan pelajarnya. Bertuahnya dapat cikgu yang super duper baik macam cikgu azimah. Serius! Macam, kita boleh cerita segalanya lah pada cikgu :D

Kebaikan cikgu, tiada termampu untuk aku membalasnya... :) Allah je la yang mampu membalas segala kebaikan cikgu. Hehe. Cikgu, kita sayang cikgu. Sayang sangat-sangat! *flying kiss*

Semalam, dua kali taip mesej haha dua kali terpadam mesej yang panjang-panjang tu. Sabar je lah telefon ini =.=' Takpe, takpe. Demi cikgu, taip mesej ketiga. Panjangnya berjela-jela sampai tak boleh nak tulis dah :) Haha. Tak syok la wish kat facebook, ekeke. Tak romantik =)

Apa pun cikgu, terima kasih untuk segalanya.
Iqa sayang Cikgu Zimah.




PS. Nanti besar, boleh tak kalau aku nak jadi kaunselor juga? :) 
       
       (tapi cikgu tak bagi sebab cikgu cakap pening nanti. haha)



Tuesday, December 20, 2011

Kuala Koh's Memoirs III








Sekali lagi, terjumpa di facebook. Haha, ini daripada facebook Cikgu Tuan Rosli. Eheeee. Kenangan yang sangat lah indah :)

Perkhemahan Kuala Koh.
Uuuuuuuu. Perkhemahan yang aku, Qilah dan Muzakkir handle sendiri (bersama Cg Rohaya) ^^
Rasa gembira sangat, bila segalanya berlaku seperti yang dirancangkan
Rasa puas, bila berada di sana.. sebab uhuuu bukannya mudah nak jadikan perkhemahan ni kenyataan

Dengan kertas kerjanya

Dengan yurannya
Dengan bajunya
Dengan duitnya
Dengan pesertanya
Dengan pelbagai masalah

Tapi, akhirnya jadi kenyataan jugak.

Alhamdulillah :)





Dan, inilah
kenangan manis aku bersama mereka
Kenangan bersama Kelab Geografi SMKANI 2011

Kuala Koh's Memoirs I
Kuala Koh's Memoirs II

:)


Monday, December 19, 2011

Cikgu Kacak




Jumpa gambar tu dalam facebook seorang senior :) Heeee, senior 'cikgu kacak'. Haha. Nama dia Shafeq, tapi sejak dia berlakon dalam drama masa hari guru tahun bila entah... pegang peranan Cikgu Kacak hoho kitorang sudah terbiasa panggil dia cikgu kacak. Hihi. Agaknya, semua orang tahu siapa Shafeq Cikgu Kacak. :P

Em, muka cemberut. Hihi.

Sebab banyak masalah sebelum bergambar tuuu. Haha.

Pagi itu, banyak memberi aku pengajaran.

Untuk bersabar dengan orang.
Untuk menahan diri daripada marah.

Untuk menghalang rasa kecewa mengundang.

Huhuhuhu.

Mana taknya, sampai terlepas waktu Biologi. Mengamuk sakan lah aku, membebel seorang diri tanpa henti. Betapa ruginya rasa sebab terlepas untuk belajar. Huhuhu T_T

Tapi takpe. Satu pengajaran untuk aku; belajar bersabar ketika deal dengan orang :)



Saturday, December 17, 2011

Saudara-saudara Perempuan


Khamis 15122011

Seawal jam 0840, Cik Husna sudah memunculkan diri di halaman rumah aku. Wah, salah seorang gadis kesayangan hati aku :D

Maka, apabila masuk ke bilik.. bercerita lah kami seumpama sudah bertahun-tahun tidak bertemu. Alahai, rindunya dekat kawan-kawan sekolah. Bercerita dengan Husna; tentang Es Pi Em, result, kelas, pelajaran, perkembangan terkini, khabar kawan-kawan yang lain. Sambil itu, Cik Husna yang rajin membuat latihan addmath. Erk, cakap kat Husna."tak muntah ke?" Haha. Addmath. Addmath. =.='



Melepak berdua, memang seronok. Melepas rindu laa katakan. Dan, bertambah lagi laa keseronokan saat
Cik Nor datang mengetuk pintu bilik. Eh, bila masa sampai ni? :P Heee, bila bertiga huuu makin riuh rendah laa suasana. Ekeke. Tapi, diorang berdua buat addmath jugak. Grr. Apa lagi, tidak berhenti aku menghasut mereka untuk tido. Hehehe. Kenapa lah diorang rajin sangat ni? Huhu. 

Dan di saat aku melangkah ke meja belajar, buat nota bio.. Cik Nor dan Cik Husna telah mengambil keputusan untuk berhibernasi seketika. Waahaha. Tak aci ni. Tidak boleh dibiarkan. Jadi, cepat-cepat selesaikan bio.. tutup lampu dan berhibernasi bersama mereka dalam kedinginan hujan. Huuuu, seronok dapat peluk Cik Nor. Hihi. Dan, sangat lah manis pabila Cik Husna mengejutkan aku untuk bangun bersolat zuhur. ^^

Kemudian, baru lah Cik Aifaa tiba. Maka, berborak-borak sebentar dan marilah menuju ke dapur untuk kuliah kek batik daripada MasterChef Husna. Hehe. Cik Aifaa yang beria-ia hendak belajar. Maklumlah, sewaktu di rumah Cik Nor hari itu.. tidak sempat dia belajar :D Tapi, mungkin kami boleh namakan kek batik kami sebagai puding batik. Sebab, kek itu agak cair sedikit kerana terlebih air. Lalala. Tak apa lah, cubaan yang baik. Hoho.

Sementara menunggu kek disejukkan, jom keluar ke halaman rumah untuk mencuci mata dengan pemandangan yang indah. Haha, sambil mengambil gambar untuk kenangan =)

Macam-macam gaya, macam-macam perangai, macam-macam lagak. Meriaaaah je. Tambah-tambah bila Cik Nor men-request dua tutorial daripada Cik Aifaa. Alahai, lucu lucu XD Oh, hari ini juga dapat hadiah hari lahir yang pertama (walaupun awal sepuluh hari) hihi. Terima kasih, Kak Mimi. Untuk kertas-kertas fizik yang bersertakan ucapan Good Luck itu. Huuuuuu. Terharu :P




Bila sudah agak petang, Cik Husna pulang dahulu. Diikuti oleh Cik Aifaa. Dan, akhir sekali... Cik Nor. Masa-masa yang cukup sempurna pabila mereka ada di sisi. Oh, aku juga merindui kawan-kawan yang lain. :D









Sesungguhnya,
Sya Izz sangat mencintai saudara-saudara perempuannya; HusnaMadiha, NurAifaaNajwa dan NorSyafiqah.

Terima kasih, untuk hari yang cukup indah.

Alhamdulillah.
:)




Wednesday, December 14, 2011

Temu Janji


Selasa 131211


Pergi  menghadiri temu janji, bersama perempuan-perempuan kesayangan hati. :)

Rasanya tahun ini, pertama kali kot jejakkan kaki ke sini. Haha, punya lah malas nak ke perpustakaan. Walaupun hanya mengambil masa sekejap sahaja untuk ke sana. Hoho. Pergi, sebab Cik Nor yang bersungguh mahu ke sana. Waaa, rajin rajin.

Lepas zuhur sampai di sana, sambil senyum ke arah Cik Aifaa yang dikhabarkan hampir mengamuk menunggu ketibaan kami. Ekeke, maaf la sayang.. bukan sengaja mahu terlewat! :P

Jumpa kawan baru, namanya Cik Hannan. Kawan kepada Cik Aifaa, budak Imtiaz. Alahai, aku dikelilingi oleh orang-orang yang sangat baik semuanya. Sayang korang :D










Dari pukul 2, hingga 5. Cukuplah tiga jam untuk bertemu janji XD
Dan Cik Nor, aku heret dia ke rumah. Haha. Malamnya, baru dia pulang. Seronok melepak ^^

Terima kasih, untuk kenangan walau sebentar cuma.
:)


PS. Orang di sana akan pulang hari Jumaat. Yeay yeayy yeayyy! Banyak cerita yang menanti, samada daripada pihak sini atau pihak sana. =)

Tuesday, December 13, 2011

Terkenang



Terlihat, terpandang, terkenang.

Gambar itu Nadya yang edit rasanya. Aduhai, mula merindukan mereka :) Oh, itu gambar sewaktu tingkatan 3. Lepas PMR. Tengok, meja bersusun kat belakang. Kelas kosong, jadi tempat untuk melepak sahaja lah, bagi orang-orang rajin yang datang ke sekolah. Hehe, aku rajin tau. *puji diri sendiri* Waktu lepas PMR dulu, hanya sehari je aku tak pergi sekolah. Punya lah seronok pergi sekolah lepas PMR.

:)

Dan tahun hadapan, akan berada di tingkatan 5. Erk.

Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk menghirup udara-Nya.. masih diberi kesempatan untuk membersihkan jiwa dari kotoran-kotoran yang melekat. Uhuuu, nak istiqamah tu susah sangat kan? :( Tapi, tak apa. Allah sentiasa ada untuk aku.

"Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan kamu?"


 Allah sangat baik kan? :D


PS. 131211; Jom mulakan. Dengan Bismillah. Allah, kuatkan aku.

PS II. Mula jatuh hati dengan lagu ini; Maha Melihat. Pertama kali terdengar di blog zahir :)


Sunday, December 11, 2011

Nasi Goreng


Sabtu 101211


Mula mencampak bahan-bahan ke dalam kuali. Sambil berfikir macam mana nak hasilkan nasi goreng yang sama macam mama buat. Haha. Pernah, buat nasi goreng satu ketika dahulu.. ekeke, tapi itu mama yang sebut satu per satu bahan-bahannya, dan langkah-langkahnya. XD Tawakkal je laa. Main campak-campak itu dan ini, konon-konon professional haha nak tak nak kena masak jugak. Kalau tak, Sarah.. Adam.. Arif.. tak makan lah nampak gayanya. Sudah tengah hari. Mama papa tersayang pula dari pagi sudah merewang di kawasan ala ala padang tu, maklumlah ada majlis jamuan untuk satu kampung kot. Mengeratkan silaturrahim warga Limbongan. ^_^

Setelah main campak-campak, main rasa-rasa. Em, okay dah kot. Wahai adik-adik, sila makan :D Siap bagi amaran lagi.. siapa makan tak habis, memang nak kena laaa :P Bagus lah, semua makan walaupun Adam siap cakap lagi yang aku tak boleh bukak kedai makan. Erk, takde niat pun nak bukak kedai makan! Ekeke. Sepupu aku, si Arif tu siap cakap lagi yang aku masak tak sedap. Dalam ketidaksedapan tu, licin jugak pinggan korang ye?

Tapi, aku sendiri pun tak makan nasi goreng tu.. sebab aku rasa tak sedap lah. Haha. Masakan yang kita masak, kalau kita yang rasa sendiri.. memang tak sedap pun XD

Konklusinya, bahagia dapat kenyangkan perut mereka walaupun aku tahu aku masak tak la sedap sangat. Haha, terima je laa ye. Asal boleh makan :)





PS. Aku cakap pasal masak? Memasak? Erk. Penangan menonton MasterChef laa ni. =.= Haha.




Friday, December 9, 2011

Kek Batik


Khamis 081211

Sudah berjanji hendak ke rumah Cik Nor, dengan dua tujuan utama. Belajar buat kek batik, ekeke tak sangka aku akan berminat untuk buat kek =.= dan untuk meneruskan marathon drama City Hunter yang tak habis-habis itu. Wawawa. Kiranya, sambung daripada episod 7 hingga 13. Uhuks, nak muntah rasanya menghadap cerita itu 24 jam haha tapi itulah, terpaksa. Kalau tak, lambat lagi nak habis. Alaaa, masih tinggal 7 episod. Grr grrr. Cik Nor cakap sedih bahagian akhirnya, sob sob sob T_____T

Jadi, dalam pukul 10 lebih aku berangkat ke rumah dia. Hehe, macam laa jauh sangat kan. Ketuk-ketuk pintu, Afiq yang bukak. Oh, adik Cik Nor yang sebaya dengan adik aku. Hihi, Afiq baik :) Dah rasa macam adik sendiri dah. Haha, melangkah masuk ke rumah... tiba-tiba ternampak si Arif Kimie kat kerusi. Eh, ada jugak sepupu aku ni ye? Ceh. Rupa-rupanya dia dah tido kat rumah Afiq semalam.

Okey okey. Tak usah pedulikan si Afiq dan Arif tu. Mula buat rumah Cik Nor macam rumah sendiri. Waahaha. Biasa lah. Rumah kawan-kawan aku, selalu selamba-yayaya je aku cakap rumah kedua aku. Rumah Cik Nor. Rumah Cik Qilah. Rumah Cik Aifaa. :P Tapi kan, Che Sue (Ibu Cik Nor) selalu tak kasi aku masuk ke dapur rumah mereka. Waahaha. Entah berapa kali kena halau kan? Tiap kali nak masuk dapur, tiap kali itu laa aku dipaksa duduk dekat ruang TV. Macam tetamu. Haha, rileks laa. Dapur rumah saya sama je dengan dapur rumah kawan-kawan saya XD Cuma, semalam.. nasib baik Che Sue tak ada, itu yang bebas buat dapur macam dapur sendiri ^^

Makanya, marilah belajar buat kek batik. Cik Nor ni main campak je bahan-bahan ikut firasat sendiri. Pendek kata, tak ada sukatan yang betul. Waahaha. Lepas main campak-campak segala bagai, okey siap. Wah, sementara menunggu kek sejuk... Jom tengok City Hunter. Cik Aifaa yang baru balik tusyen.. singgah sama. Wah, the more the merrier :D Bermanja-manja depan TV dengan orang-orang kesayangan hati. Makan. Makan. Tengok TV lagi. Akhirnya, Cik Nor bawak keluar kek yang dah siap. Yeayyyy. Berebut laa aku dengan Cik Aifaa. Siap berlari-lari ke ruang tamu, semata-mata berebutkan kek yang berada di dalam mangkuk kaca. Haha, lapar :) Kek pula sedap. Hihi.

Sepetang itu, menghadap TV je kerjanya. Sambil bergaduh-gaduh sayang dengan Cik Aifaa. Alahai, kenapa saya ada kawan-kawan yang cukup memikat hati? :D

Malamnya, berehat dalam bilik. Erk, buat kacau kot. Riuh satu bilik. Tambah-tambah, bila Cik Aifaa telefon Cik Rose. Ekeke. Rindu sayang mereka. Sangat. Okey, Cik Aifaa balik dahulu. Yeahh, hantar di pintu pagar. Sempat lagi Cik Nor tunjukkan bulan yang sangat cantik. Ahaha, bulan memang cantik. Sangat.

Duduk di meja makan, bersama Afiq dan Arif. Sambil makan roti sardin bakar yang Afiq buat. Sedap! Setelah hulur pinggan yang berbaki dua keping roti lagi kepada mereka, tiba-tiba tangan ini dengan dramatiknya melanggar (?) gelas minuman sehingga terbalik. Waahaha. Maka, tumpah lah air teh susu saya di atas meja. Sob sob sob. Diorang gelak je. Haihhh.

Duduk di ruang tamu. Budak berdua tu suruh cari perbezaan antara dua gambar. Tengah tekun mencari perbezaan, tanpa diduga... keluarlah mak cik hantu dengan suara yang menggerunkan. Haha, terperanjat. Menjerit. Grr. Ada je orang nak kena ni, sepak kang =.= Sekali lagi, kami digelakkan. Argh, ada ke tunjuk hantu....


Dalam pukul 11 malam, baru papa sampai. Arif ikut aku balik rumah. Haha. Dari Isyak lagi dia sibuk cakap nak balik, nak balik. Aku ajak dia berjalan sampai ke rumah aku di bawah purnama malam, tak nak pulak hahaha XD Dapat jugak akhirnya pulang. Yeahhh.


Jumaat 091211

Pergi ke kedai, dengan berniatkan mahu membeli biskut Merie. Ronda punya ronda kedai, terjumpa Kak Syiekah. Yeah, cuit dia. Cakap cakap dengan girangnya! Tup tup, tangan ini hanya mencapai butter dan cokelat je. Bila sampai kat depan pintu rumah, tiba-tiba Sarah berpaling ke belakang dan cakap,"Iqa, tak beli biskut Merie!" Erk. Terduduk sambil tergelak. Wargh, nyanyuk betul :D Macam mana boleh lupa ni. Alahai, penat digelakkan oleh bebudak ni. Cis. =.=

Cuma, petang tadi... bawak Arif ronda-ronda kampung. Okey, konvoi berbasikal dan bermotor =.= Papa dengan Adib. Farah dan Sarah, setia menjadi pembonceng aku. Adam basikal. Arif basikal. Maka, bermulalah acara meronda-ronda kampung. Hui, seronok! Bila papa bawak laju je, ahaaa nak berlumba ke? Aku tumpang sama laju. Haha. Seronok jugak dapat merempit ni, apatah lagi rempit yang diredhai haha sebab merempit bersebelahan papa kan.. kira diredhai lah tu :P Pusing punya pusing punya pusing punya pusing punya pusing punya pusing, akhirnya sampai lah ke rumah.

Seisi keluarga, menatap Nada Cinta. Ahaa, petang-petang begini memang tak ada kerja lain dah. =.=






PS. Kek yang aku buat, manis sangat. Sedih la :( sebab tak sesempurna dan tak sedap macam yang Cik Nor dan Cik Rose buat.


Wednesday, December 7, 2011

Agi Idup Agi Ngelaban



Bismillah.

Okey, okey.. mari menulis dengan semangat baharu :D


Dapat cik C, uhuuu akan dijaga sebaik-baiknya. Janji :)


Berebut Sarah dan Farah masuk ke bilik aku, hulur surat. Ceh, surat la sangat ^^ Waaa, sekolah sudah hantar result final exam. Ehem, result rasmi laa konon-konon. Erk. HusnaMunirah cakap, "
selagi SPM belum bermula, selagi tu kita belum gagal" Haha. Bravo. Semangat! Betul betul betul. Makanya, luruskan niat... kuatkan tekad.. mesti boleh punya! Usaha je, usaha je lagi. Jangan cakap saja nak, tapi tak usaha. Nah, memang tak boleh nak kata apa lah kalau gitu.

Nak usaha bermati-matian, memang susah... Sila kuatkan hati! :)


Surat kedua, surat asrama. Haaa, bebudak ni asyik tanya nombor bilik je laa. Ala ala ala, dapat bilik a101. Cena, a102. Ah, macam mana pun dah berpakat dengan Cena... kot mana-mana pun kami akan duduk sebilik :) dan sekelas :) dan semeja yang bersebelahan. :P Itupun kalau sekelas laa kan :'(


Mula mengemas meja belajar, setelah berhari-hari hilang pedoman. Haha, tetiba semangat nak belajar tu mula turun dan turun dan turun. Susahnya, susahnya nak gain semangat baru :D Makanya, nak pujuk diri sendiri biar semangat tu datang... terpaksa laa kemas-kemas meja yang berserabut dengan buku-buku pakcik bio dan pakcik admet sebelum ini XD Barulah saujana mata memandang namanya, ekeke.


Rasa dah tak berminat sangat la dengan facebook sekarang ni. Sungguh. Oh, baguslah. Masih wujud pun, sebab nak tahu khabar berita bebudak ni :) Bila tak minat dengan encik fb, macam biasa... semakin banyak masa terluang... Ahaaa, maka haruslah sentiasa menjauhkan diri daripada encik fb. Sekian :D



amni. syafiqah. kak hamimi. madiha
rindu :)



PS. Menulis, sambil Goki tidur di dalam pelukan. Aha, Goki sangat manja. Tadi, dia peluk tangan aku waktu tido :')


Monday, December 5, 2011

Backspace


Sebenarnya, tak tahu nak tulis apa. Tak tahu. Tulis, backspace. Tulis backspace. Dah panjang tetiba jadi kosong balik. Waaaa. Hati macam tak boleh berbicara. Auch auch, dah datang dah penyakit emo dia =.= Penyakit tak nak bercampur dengan orang, tak nak tulis apa-apa; penyakit melarikan diri dari dunia maya.

Dah lama, dah lama tak buat perangai macam ni. Tetiba datang balik, haa sudah. Redha je laa jadi tak betul sikit pun. Kui kui kui.

Banyak, banyak sangat yang aku nak tulis. Rasa macam banyaknya macam bintang-bintang di langit; tak terkira. Tapi, setiap kali nak tulis.. setiap itulah bagai tergamam kat depan laptop, dan merenung jauh. Hoho. Bila check hati, oh, banyak sangat perkara yang bersimpang-siur rupanya. Tu yang jadi berserabut ~

Erm, aku tak harap pun orang faham aku. Malah, aku tak nak orang faham aku. Sebab, aku ni complicated. Mood aku senang sangat nak berubah-ubah. Aku betul-betul rasa pelangi aku sudah jadi pelangi hitam. Auch, aku suka. =.=

Nampak, aku dah tak boleh nak menulis dah. Macam dah kena block. Oh, aku perlukan masa. Masa. Masa. Masa untuk aku hirup perlahan-lahan udara putih, setelah sekian lama aku bermain-main dengan udara hitam.

.

.

.

.

.

.

Maaf sangat untuk sesiapa yang ada terasa hati dengan aku. Aku, banyak buat salah dengan korang; samada sedar atau tidak. Maafkan aku.


Thursday, December 1, 2011

Goki & Goku






Inilah Goki dan Goku :D

Haha, sekarang ni selalu main-main dengan diorang. Diorang sangat la comel dan manja. Huhu.

Eh eh, sudah Disember :)

25 hari lagi ~ Tapi, tak nak lah Januari tu datang cepat sangat. Dah Januari, maknanya dah tingkatan 5. Wawawa, mati laa =.=

Apa pun, selamat hari lahir kepada sepupu tercinta... Aqila! Hadiah hari lahir La hari ini adalah 'kemerdekaan'. Ehehe, syok tak? Tahniah tahniah.



Tuesday, November 29, 2011

Kalah


Petang kelmarin yang cukup mengujakan.

Setelah lama terperap di dalam rumah, cewahhh ~ Main badminton dengan papa. Omaigod, kalah! Hmm, kena gelak laa nampak gayanya. Uhuuuu. Angin okay angin yang kuat sangat bertiup.. *salahkan angin XD* Tika Adam tengah main dengan papa, dan anak-anak jiran mula keluar bermain-main di sekitar kawasan rumah mereka.. ajak Adib berlumba basikal pusing kawasan kampung. Hoho.

Lumba punya lumba, nampak Cikgu Nik (cikgu sekolah rendah aku dahulu) ada dekat halaman rumah tengah main-main dengan baby kembar ~ Haifa dan Hafia. Alalala, sangat laa comel. Berhenti kejap nak tegur, borak borak lepas tu sambung berlumba lagi. Yeah yeahhh, dan semestinya... Adib yang menang. Argh, nak salahkan basikal laa pulak. Haha. =.=

Lepas tu, pergi pusing-pusing pantai dekat rumah. Rumah aku memang dekat dengan pantai tapi tu laa nak jejakkan kaki ke sana huhu macam amik masa empat lima jam jarakknya dari rumah aku. Hihi. Tu yang boleh bilang dengan jari berapa kali aku pergi pantai.

Aku sukaaaa pantai, tahun lepas selalu jalan kaki pergi Pantai Air Tawar dengan geng tuisyen. Manisnya kenangan :D Oh, yang rumah aku punya Pantai Bukit Keluang... dulu cantik tepian pantainya.. sekarang macam em, entah. Tapi, yang syoknya tempat sekitar dah banyaaak berubah. Siap ada pondok, kedai makan, taman permainan, macam-macam laa. Tapi, keindahan pantai yang berkurang. Oh, rindunya =.=







Mahu buat entry untuk Goki dan Goku. Hihi, keletah mereka sekarang sangat laa mengujakan =)




Monday, November 28, 2011

Menunggu Cinta Tuhan


Setelah mengerjakan pakcik addmad cukup-cukup petang semalam, sehingga buat aku rasa nak muntah haha makanya, sebagai hadiah kepada diri sendiri... jom baca novel :D



Menunggu Cinta Tuhan, novel Islamik. Huuu, best laaa.
Planet-planet Cinta, novel fiksyen-fantasi yang mempunyai kaver yang sangat cantik. Oh, aku suka. Ceritanya pun, okay.


Sebenarnya, aku rasa agak malas hendak membaca novel buat masa sekarang. Kalau dulu, pantang lihat novel huu bersengkang mata lah menghadapnya. Sekarang, tengok novel.. mesti fikir, nak baca ke tak eh? Untuk sebuah novel biasa, selalunya aku habiskan dalam dua jam setengah je. Haha, kalau sepupu-sepupu mesti tak percaya.. diorang selalu fikir yang aku langkau bacaan. Hoho, aku tak tahu samada aku yang baca cepat, atau novel tu yang nipis ~


Mungkin mood membaca novel, dah berkurang. Resah hendak membaca novel apabila melihat buku-buku masih menggunung di sekitar meja belajar. Macam bersalah je dengan makcik pakcik sebelas orang tu yang menggamit-gamit untuk diulang kaji, haiihh.


Korea? Aku tahu pada waktu cuti begini kawan-kawan aku kebanyakannya buat marathon cerita korea. Hoho, kalau kat sekolah... pantang berjumpa ramai-ramai, pantang berkumpul huhu mesti kebanyakan topik utama cerita korea. Siap hafal rupa dan nama artis korea, siap boleh hafal lirik lagu korea. Aku bukan tak tengok cerita korea, bukan tak dengar lagu korea tapi setakat biasa-biasa je laa.


Mungkin, entah sebab aku tak minat kot. Haha, aku cuma kenal Choi Si Won sahaja :D Tanya lah nama artis korea yang lain, semestinya aku tidak kenal. Oh, dan cuma lagu Sorry, sorry.. Fiction.. A Song Calling For You sahaja yang ada di dalam telefon aku dan yang aku boleh dengar XD Lagu-lagu lain, tidak berminat. ^^ Aku susah nak jatuh hati pada lagu korea, walaupun aku tahu kawan-kawan aku ramai yang boleh nyanyi-nyanyi lagu korea untuk aku :P


Baru-baru ni, Cik Nor telah berjaya membuat aku rasa penasaran haha sebab tak sempat habiskan tengok cerita City Hunter. =.= Nasib baiklah, aku tiada bekalan cerita korea dalam pendrive mahupun pc. Hihi. Kalau tak, mahunya semedang menghadap benda tu je. Apa pun, aku nak tengok City Hunter sampai habis! Okai, ketinggalan zaman. Bak kata Cik Nazifa, dia dari awal tahun lagi sudah khatam cerita itu. Alah. :D


Rindu nak menapak ke kedai buku la, rindu nak main rambang-rambang mata pilih buku.





Sunday, November 27, 2011

Berdiri


Selamat pagi, :)

Berusaha untuk menghadap buku, terutama pak cik biol-logi yang masih banyak perlu dikaver. Wawawa~ Deadline 30 Nov ni. Deadline sendiri buat punya. Haha, nampak tak betapa sayangnya aku pada pak cik tu sehingga aku mendahulukan beliau? Uhuuuuu, sayang laa sangat kan. =.=

Nak bukak mak cik matematik, alahai bosannya. Selalu kena marah eh bukan, selalu orang sekeliling cakap.. math senang la. senang senang senang. ha'a, senang untuk engkau =.= yang aku ni, rasa nak tido je bila bukak buku math. Oh tidak tidak tidak, kepala otak aku tidak boleh bertindak balas dengan sempurna apabila membabitkan numbers ni. Eh, tak boleh jadi ni. Harus lakukan sesuatu. Waaaaaa. T_T Susahkan, nak paksa diri buat benda yang kita tak suka? Omaigod.

Rindu laa, rindu nak berdiri sorang-sorang dalam kelas waktu English. Haha, walaupun markah aku setiap kali exam alhamdulillah, tapi itulah... selalu je tak buat kerja sekolah. Selalunya, lupa la. Sebab, biasanya aku siapkan pada waktu tu juga. Haha, banyaaaak sangat laa kerja sekolah (alasan :P). Bila teacher check, haaa bangunlah engkau berdiri sorang-sorang. Tak usah cakap laa, banyak kali. Tak, tak malu pun. Alah bisa tegal biasa, kan? Haha. Entah, takde perasaan XD Berdiri, sambil dengar teacher mengajar. Alah, itu pun sempat lagi main kacau-kacau Anis kat sebelah. Aish, teruknya budak ni. Tapi, selalu jumpa teacher pada waktu-waktu lain... check karangan, tanya itu ini bla bla dan bla. Haha, di samping menuntut ilmu cewahh maksud tersiratnya nak tunjuk kat teacher yang aku takde la main-main sangat bila belajar English ni dan sebagai tanda mintak maaf kot sebab selalu berdiri dalam kelas =D

Sama laa dengan BM, penuh buku karangan dengan pen merah yang bertulis, "hantar lewat !" Hoho. Ada satu hari itu, budak-budak ni semua gelak bila cikgu tulis kat salah satu karangan aku, "cikgu lagi suka tulisan awak yang sebelum ini". Kui kui kui, padah buat karangan minit-minit terakhir, tulisan pun jadi macam tulisan orang senget. =.= Untuk menebus kesilapan, karangan yang seterusnya aku tulis laa dengan cantik. Dan cikgu pun bagi komen, "terima kasih kerana menulis dengan cantik!" Sekali lagi, budak-budak ni gelakkan aku ramaaaaai-ramaaaaaaaaaai. Mungkin sebab aku okay dengan BM, tu yang jadi perangai pelik semacam je bila masuk bab-bab bahasa ni =.= Nasib baik dapat cikgu yang super duper baik+comel macam cikgu Aida. Alahai :D

Dan, sekarang... tengah memikirkan macam mana lah aku nak settle perangai-perangai pelajaran yang lain. Takpe, takpe. Jom usaha tahap bermati-matian dahulu. Yang penting harus semangat! :D Makanya, sila tutup encik muka buku (jarang dah online yeayyy), cik televisyen (biasa la, musim cuti sekolah.. cerita banyaaaaak =.=).. eh eh, tapi blog kesayangan terkecuali okay? =P






Selamat berusaha, wahai diri sendiri! *penguat semangat*



Saturday, November 26, 2011

Muharram 1







The new year is here...
Salam Muharram 1433h :)



Haruslah ada list tahun baru :D
Tapi, tak perlulah tulis kat sini. Haha, berjela-jela.
(letak kat softboard je, biar dapat 'diketuk' setiap hari)

Cuma, harap sangat... harap sangat yang Allah tak kan tinggalkan aku, dan aku tahu ujian yang Allah kasi kat aku... semuanya aku mampu hadapi! Alah, ujian sikit dah mula nak merengek-rengek... padahal nikmat yang sangat banyak tu lupa nak bersyukur =.=

Solehah.

Nak jadi budak solehah yang ada iman di dalam hati. Nak jadi good girl.

"Let me hold tight to Your rope, without Islam, there is no hope."

 Assalamualaikum 

Friday, November 25, 2011

Tok



Tok. (yang berbaju hijau)

Dulu-dulu waktu kecik, cewah macam laa sekarang dah besar XD Sangat laa suka duduk kat rumah Tok. Sebab, dari kecik lagi duduk kat rumah Tok :) Uhuuu, rindu Gong Kedak...

Waktu dulu, sukaaaa sangat main masak-masak dengan daun-daun, kayu-kayu, pokok-pokok. Siap hidupkan api lagi. Sangat laa seronok. Main kutip-kutip buah mangga, rambutan, celagi, jambu dan segala bagai. Main dengan lembu-lembu haha, duduk dekat kampung memang syok. Kasi ayam itik makan. ^^

Bila dah sekolah rendah, selalu je balik hujung minggu. Bila dah kena angin tak nak-pergi-sekolah-nak-duduk-rumah-tok, hui memang tak balik rumah lah. Ahad confirm tak pergi sekolah, haha. Puas kena pujuk, kena marah tapi itulah.. bila aku cakap tak nak balik... memang aku tak akan balik. Tapi, perangai macam tu automatik terhenti dengan sendirinya bila aku masuk Darjah 4 atau 5 rasanya. Mungkin dah besar kot :D Tu yang jadi tak boleh tak pergi sekolah tu since sekolah sangat la best waktu tu. Hehe.

Sekarang, selalu je balik rumah Tok. Tapi, dah jarang tido. Tak tahu kenapa tapi aku sangat laa rindu waktu kecik-kecik dan tido ramai-ramai dengan sepupu-sepupu. Bangun je, main. Pagi petang siang malam, main je. =.= Rumah Tok memang meriaaaaaah la kalau semua orang balik. Tapi, nak tunggu macam tu... tunggu raya je laa kot. Alaaa :'(

Tok baik. Tok selalu je cerita waktu zaman perang jepun yang ada dalam sejarah, huuu kalau Tok cerita, memang bersemangat sungguh. Memang nampak laa betapa zaman perang tu sangat meninggalkan kesan dalam hidup Tok. Tapi, seronok laa dengar cerita Tok. Selalu je buat kitorang gelak. Macam-macam cerita, dan bila dengar cerita orang-orang zaman dahulu, memang rasa teruja nak dengar :D

Selalu cemburu dengan Tok, selalu tanya Tok kenapa Tok lagi putih dari Iqa? Haha. Hampeh punya cucu. Kulit Tok memang putih, macam chinese. Tok cakap nenek moyang dia dulu-dulu chinese. Tapi, lain benar dengan Tok Ki. Tok Ki orang Penang-Kedah. Dulu, Tok dan Tok Ki ada kedai runcit. Diorang cakap, orang kampung selalu panggil kedai diorang; Kedai laki india, bini cina. Haha. Macam-macam laaa. Tapi, Tok selalu je cakap.. sama je kulit aku dengan dia. Ehehe, saje je Tok nak sedapkan hati cucu dia tuuuu. XD Tertengok gambar Tok waktu muda kat rumah Mak Cik Eda, wah sangat lah cantik :D Tak puas tengok. Tok Ki dah takde waktu aku kecik lagi, dan aku tak ingat langsung sebarang memori aku dengan Tok Ki. Tengok gambar je. Sebab itu, aku saaaayaaaaang Tok. Tok satu-satunya Tok yang aku ada belah papa. Tapi, rapat jugak dengan Tok-tok saudara yang lain. Rasa macam Tok sendiri je :)

Aku suka tido dengan Tok. Kalau Tok datang tido kat rumah, mesti Tok tido dalam bilik aku.. dengan aku. Ehem, harus lah tido dengan cucu kesayangan XD Bila aku tido tepi Tok, Tok selalu usap belakang aku. Buat aku rasa tenang sangat, bertambah-tambah lena nak tido. Ahaa, macam Mama laa. Pagi-pagi nak kejut aku, mesti dia duduk di tepi aku lepas tu usap-usap belakang. Haihh, aku cakap dekat Mama... kalau buat macam tu aku bukan akan bangun, malah bertambah lena nak tido. =P

16 tahun kenal Tok, 16 tahun sayang Tok.... sayang Tok sangat-sangat. Dan, selamanya akan sayang sayang sayang sayang sayang sayang Tok.

Semoga Tok sentiasa sihat, sukaaaa tengok Tok senyum.
Iqa sayang Tok :)


Wednesday, November 23, 2011

Face the days, create the memories :)
















































































Itu kenangan 13 November 2011; Ahad. Banyak jugak laa kelas lain buat jamuan pada waktu yang sama, huhu penuh semua pondok. Hehe. Tapi, takpe lah. The more the merrier kan. Hoho. Kitorang buat dekat Astaka Perhimpunan, kat pondok tepi kitorang Kelab Geo punya. Since aku pun ahli terhormat kelab geo XD makanya bila lapar terus pergi makan je kat sebelah. Haha. Tapi, tak makan banyak pun :'(

Kat kelab geo, makan kuih dengan air je. Kat kelas sendiri, makan nasi minyak... tapi tak habis pun. Sikit sangat makan. Hehe, takde selera. Sebab, entah. Tak rasa nak makan. Dah kenyang tengok gelagat-gelagat bebudak 4R yang pelbagai. Wah wah, sampai tak terasa kelaparan. Rasa nak maaaaaain dengan diorang je.

Oh, aku takkan bagi dah boys pegang kamera aku =.= Dah berapa kali jatuh bila dengan diorang. Ada tu, terjatuh, tapi diorang tak perasan aku nampak. Aku diam je sambil tengok diorang. Dan, diorang cover je nak amik dengan perlahannya since takut aku nampak. Haha, aku dah nampak laa wei. Malas nak bertekak je XD

Pertukaran hadiah; aku dapat hadiah Anis. Frame gambar. Okey, tingkatan 1 dapat frame jugak. Sampai sekarang masih menghiasi meja belajar. Tingkatan 2, dapat gelas. Gelas yang berset tu kan, rasanya aku simpan kat dapur. Tak pernah guna pun. :) Tingkatan 3, dapat frame lagi. Ada dekat meja tepi katil. Dan, tingkatan 4 masih laa frame lagi. Haha, sangat hargainya :D

Pstt, semua orang teruja nak tahu hadiah apa yang Aidil bawak sebab hadiaaaaah dia sangat laa besar. Aina yang dapat hadiah tu. Tapi, Aina tak nak bukak lagi pada masa tu. Berapa kali dah kitorang paksa =.= Sampai sekarang tertanya-tanya. (?) Hadiah aku, special punya balutan. Hehe, berapa lapis kertas surat khabar entah aku guna. Haha, yang penting... cantik. Gambar perempuan ungu tu. Hadiah aku laaaa tu ^^

Nick dengan Ilman pula, tak sempat beli hadiah sebab aspura tak balik minggu itu. Itu yang diorang sibuk provok Aidil yang kasi hadiah sebesar-besar alam tapi akhirnya dapat hadiah yang kecik je. Itu yang mereka duk gelak-gelak tu. Alah, takpe laa. Kenangan jugak :D Yang diorang tu, sampai cakap nak kasi duit RM5 sebagai hadiah boleh? lepas tu siapa-siapa yang dapat tu pergi beli sendiri laa hadiah. Haha, desperate nak main. Takpe takpe, diorang jadi tukang kacau dan tukang buat kami gelal =D

Lepas main makan-makan, main cerita-cerita, main lepak-lepak dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu cantik, main rebut-rebut bolan, main kemas-kemas, main gelak-gelak.. pergi masuk aspuri. Erk, layan je laa. Aku pun ex-aspuri jugak tau tahun lepas haha. Main-main dengan diorang lagi. Alahai, asyik main-main je. Ye laa, sambil kumpul-kumpul kenangan manis :)

Begitulah ceritanya nostalgia 4R. Sungguh, sangat sangat sayang akan mereka. Sangat la bersyukur sebab Allah pinjamkan mereka untuk bersama aku dalam suka duka gelak tawa kehidupan 2011. Erk, walaupun pada awalnya memang rasa duka je haha sebab kitorang baru tahun ini jadi rakan sekelas. So, macam susah sikit laa nak well yeahhh nak faham perangai sebenar masing-masing. But, trust me. Times heal everything. Semakin hari kitorang jadi semakin rapat, semakin hari semakin sayang dan akhirnya diorang telah menjadi kesayangan-kesayangan hati aku.

Sangat la setuju, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, rasa tak boleh nak berpisah jauh-jauh. Setiap hari mesti senyum je dengan gelagat-gelagat mereka yang pelbagai tu. Kawan-kawan, terima kasih untuk kenangan indah bersama!

Waktu zaman emo haha, aku pernah cakap yang aku takkan ingat zaman sekolah tingkatan 4 sebab tak best langsung! Dan sekarang, nampaknya aku terpaksa tarik balik kata-kata aku. Omaigod, tingkatan 4 untuk aku sangat laa penuh dugaan cabaran tapi disebalik itu aku diberi pelbagai perkara yang sangat indah. Cikgu-cikgu; kawan-kawan. Alahai, semuanya jadi penyalur kekuatan :D Kan dah cakap, times heal everything XD

Jadi, hargailah setiap hari yang engkau lalui sebab hari-hari itu tak akan berulang lagi.
Pinjam kata-kata Cik Rose, "face the days, create the memories." :)


thanks for the memories;
nick, aidil, ijo, danny, sapik, aziz, ilman, j-wad, zakwan, pqah, ipa, aisyah, sarah, hana, nina, za, hajar, anis, husna, pqoh, faeza, yana, azlina, aina, thirah, bilah, fatin, farah, syatun

29 budak-budak rock yang menjadi kesayangan hati. forever friends...



salah seorang warga 4R yang rock,
sya izz XD