Sunday, December 11, 2011

Nasi Goreng


Sabtu 101211


Mula mencampak bahan-bahan ke dalam kuali. Sambil berfikir macam mana nak hasilkan nasi goreng yang sama macam mama buat. Haha. Pernah, buat nasi goreng satu ketika dahulu.. ekeke, tapi itu mama yang sebut satu per satu bahan-bahannya, dan langkah-langkahnya. XD Tawakkal je laa. Main campak-campak itu dan ini, konon-konon professional haha nak tak nak kena masak jugak. Kalau tak, Sarah.. Adam.. Arif.. tak makan lah nampak gayanya. Sudah tengah hari. Mama papa tersayang pula dari pagi sudah merewang di kawasan ala ala padang tu, maklumlah ada majlis jamuan untuk satu kampung kot. Mengeratkan silaturrahim warga Limbongan. ^_^

Setelah main campak-campak, main rasa-rasa. Em, okay dah kot. Wahai adik-adik, sila makan :D Siap bagi amaran lagi.. siapa makan tak habis, memang nak kena laaa :P Bagus lah, semua makan walaupun Adam siap cakap lagi yang aku tak boleh bukak kedai makan. Erk, takde niat pun nak bukak kedai makan! Ekeke. Sepupu aku, si Arif tu siap cakap lagi yang aku masak tak sedap. Dalam ketidaksedapan tu, licin jugak pinggan korang ye?

Tapi, aku sendiri pun tak makan nasi goreng tu.. sebab aku rasa tak sedap lah. Haha. Masakan yang kita masak, kalau kita yang rasa sendiri.. memang tak sedap pun XD

Konklusinya, bahagia dapat kenyangkan perut mereka walaupun aku tahu aku masak tak la sedap sangat. Haha, terima je laa ye. Asal boleh makan :)





PS. Aku cakap pasal masak? Memasak? Erk. Penangan menonton MasterChef laa ni. =.= Haha.




5 comments:

cik rose said...

ececece... kuat ehs masak loni
;) goodgirl~

SK KUALA BESUT said...
This comment has been removed by the author.
Sya Izz said...

haha, nak jd mcm awak laaa.. pandai masak :P


imissyousomuch, cikrose :)

prince akasyah said...

mcm knal jer lagu nih...dr mana awk curi??? ^_^

Sya Izz said...

tak curi. tp lagu ni ikot sy balik dri blog awak. hahaha