Khamis 15122011
Maka, apabila masuk ke bilik.. bercerita lah kami seumpama sudah bertahun-tahun tidak bertemu. Alahai, rindunya dekat kawan-kawan sekolah. Bercerita dengan Husna; tentang Es Pi Em, result, kelas, pelajaran, perkembangan terkini, khabar kawan-kawan yang lain. Sambil itu, Cik Husna yang rajin membuat latihan addmath. Erk, cakap kat Husna."tak muntah ke?" Haha. Addmath. Addmath. =.='
Melepak berdua, memang seronok. Melepas rindu laa katakan. Dan, bertambah lagi laa keseronokan saat Cik Nor datang mengetuk pintu bilik. Eh, bila masa sampai ni? :P Heee, bila bertiga huuu makin riuh rendah laa suasana. Ekeke. Tapi, diorang berdua buat addmath jugak. Grr. Apa lagi, tidak berhenti aku menghasut mereka untuk tido. Hehehe. Kenapa lah diorang rajin sangat ni? Huhu.
Dan di saat aku melangkah ke meja belajar, buat nota bio.. Cik Nor dan Cik Husna telah mengambil keputusan untuk berhibernasi seketika. Waahaha. Tak aci ni. Tidak boleh dibiarkan. Jadi, cepat-cepat selesaikan bio.. tutup lampu dan berhibernasi bersama mereka dalam kedinginan hujan. Huuuu, seronok dapat peluk Cik Nor. Hihi. Dan, sangat lah manis pabila Cik Husna mengejutkan aku untuk bangun bersolat zuhur. ^^
Kemudian, baru lah Cik Aifaa tiba. Maka, berborak-borak sebentar dan marilah menuju ke dapur untuk kuliah kek batik daripada MasterChef Husna. Hehe. Cik Aifaa yang beria-ia hendak belajar. Maklumlah, sewaktu di rumah Cik Nor hari itu.. tidak sempat dia belajar :D Tapi, mungkin kami boleh namakan kek batik kami sebagai puding batik. Sebab, kek itu agak cair sedikit kerana terlebih air. Lalala. Tak apa lah, cubaan yang baik. Hoho.
Sementara menunggu kek disejukkan, jom keluar ke halaman rumah untuk mencuci mata dengan pemandangan yang indah. Haha, sambil mengambil gambar untuk kenangan =)
Macam-macam gaya, macam-macam perangai, macam-macam lagak. Meriaaaah je. Tambah-tambah bila Cik Nor men-request dua tutorial daripada Cik Aifaa. Alahai, lucu lucu XD Oh, hari ini juga dapat hadiah hari lahir yang pertama (walaupun awal sepuluh hari) hihi. Terima kasih, Kak Mimi. Untuk kertas-kertas fizik yang bersertakan ucapan Good Luck itu. Huuuuuu. Terharu :P
Bila sudah agak petang, Cik Husna pulang dahulu. Diikuti oleh Cik Aifaa. Dan, akhir sekali... Cik Nor. Masa-masa yang cukup sempurna pabila mereka ada di sisi. Oh, aku juga merindui kawan-kawan yang lain. :D
Sesungguhnya, Sya Izz sangat mencintai saudara-saudara perempuannya; HusnaMadiha, NurAifaaNajwa dan NorSyafiqah.
Terima kasih, untuk hari yang cukup indah.
Alhamdulillah.
:)
2 comments:
haha...is it sweet??haha
Cukup sweet utk sayaaaaaa :)
Post a Comment