Tuesday, December 13, 2011

Terkenang



Terlihat, terpandang, terkenang.

Gambar itu Nadya yang edit rasanya. Aduhai, mula merindukan mereka :) Oh, itu gambar sewaktu tingkatan 3. Lepas PMR. Tengok, meja bersusun kat belakang. Kelas kosong, jadi tempat untuk melepak sahaja lah, bagi orang-orang rajin yang datang ke sekolah. Hehe, aku rajin tau. *puji diri sendiri* Waktu lepas PMR dulu, hanya sehari je aku tak pergi sekolah. Punya lah seronok pergi sekolah lepas PMR.

:)

Dan tahun hadapan, akan berada di tingkatan 5. Erk.

Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk menghirup udara-Nya.. masih diberi kesempatan untuk membersihkan jiwa dari kotoran-kotoran yang melekat. Uhuuu, nak istiqamah tu susah sangat kan? :( Tapi, tak apa. Allah sentiasa ada untuk aku.

"Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan kamu?"


 Allah sangat baik kan? :D


PS. 131211; Jom mulakan. Dengan Bismillah. Allah, kuatkan aku.

PS II. Mula jatuh hati dengan lagu ini; Maha Melihat. Pertama kali terdengar di blog zahir :)


No comments: