Khamis 081211
Sudah berjanji hendak ke rumah Cik Nor, dengan dua tujuan utama. Belajar buat kek batik, ekeke tak sangka aku akan berminat untuk buat kek =.= dan untuk meneruskan marathon drama City Hunter yang tak habis-habis itu. Wawawa. Kiranya, sambung daripada episod 7 hingga 13. Uhuks, nak muntah rasanya menghadap cerita itu 24 jam haha tapi itulah, terpaksa. Kalau tak, lambat lagi nak habis. Alaaa, masih tinggal 7 episod. Grr grrr. Cik Nor cakap sedih bahagian akhirnya, sob sob sob T_____T
Jadi, dalam pukul 10 lebih aku berangkat ke rumah dia. Hehe, macam laa jauh sangat kan. Ketuk-ketuk pintu, Afiq yang bukak. Oh, adik Cik Nor yang sebaya dengan adik aku. Hihi, Afiq baik :) Dah rasa macam adik sendiri dah. Haha, melangkah masuk ke rumah... tiba-tiba ternampak si Arif Kimie kat kerusi. Eh, ada jugak sepupu aku ni ye? Ceh. Rupa-rupanya dia dah tido kat rumah Afiq semalam.
Okey okey. Tak usah pedulikan si Afiq dan Arif tu. Mula buat rumah Cik Nor macam rumah sendiri. Waahaha. Biasa lah. Rumah kawan-kawan aku, selalu selamba-yayaya je aku cakap rumah kedua aku. Rumah Cik Nor. Rumah Cik Qilah. Rumah Cik Aifaa. :P Tapi kan, Che Sue (Ibu Cik Nor) selalu tak kasi aku masuk ke dapur rumah mereka. Waahaha. Entah berapa kali kena halau kan? Tiap kali nak masuk dapur, tiap kali itu laa aku dipaksa duduk dekat ruang TV. Macam tetamu. Haha, rileks laa. Dapur rumah saya sama je dengan dapur rumah kawan-kawan saya XD Cuma, semalam.. nasib baik Che Sue tak ada, itu yang bebas buat dapur macam dapur sendiri ^^
Makanya, marilah belajar buat kek batik. Cik Nor ni main campak je bahan-bahan ikut firasat sendiri. Pendek kata, tak ada sukatan yang betul. Waahaha. Lepas main campak-campak segala bagai, okey siap. Wah, sementara menunggu kek sejuk... Jom tengok City Hunter. Cik Aifaa yang baru balik tusyen.. singgah sama. Wah, the more the merrier :D Bermanja-manja depan TV dengan orang-orang kesayangan hati. Makan. Makan. Tengok TV lagi. Akhirnya, Cik Nor bawak keluar kek yang dah siap. Yeayyyy. Berebut laa aku dengan Cik Aifaa. Siap berlari-lari ke ruang tamu, semata-mata berebutkan kek yang berada di dalam mangkuk kaca. Haha, lapar :) Kek pula sedap. Hihi.
Sepetang itu, menghadap TV je kerjanya. Sambil bergaduh-gaduh sayang dengan Cik Aifaa. Alahai, kenapa saya ada kawan-kawan yang cukup memikat hati? :D
Malamnya, berehat dalam bilik. Erk, buat kacau kot. Riuh satu bilik. Tambah-tambah, bila Cik Aifaa telefon Cik Rose. Ekeke. Rindu sayang mereka. Sangat. Okey, Cik Aifaa balik dahulu. Yeahh, hantar di pintu pagar. Sempat lagi Cik Nor tunjukkan bulan yang sangat cantik. Ahaha, bulan memang cantik. Sangat.
Duduk di meja makan, bersama Afiq dan Arif. Sambil makan roti sardin bakar yang Afiq buat. Sedap! Setelah hulur pinggan yang berbaki dua keping roti lagi kepada mereka, tiba-tiba tangan ini dengan dramatiknya melanggar (?) gelas minuman sehingga terbalik. Waahaha. Maka, tumpah lah air teh susu saya di atas meja. Sob sob sob. Diorang gelak je. Haihhh.
Duduk di ruang tamu. Budak berdua tu suruh cari perbezaan antara dua gambar. Tengah tekun mencari perbezaan, tanpa diduga... keluarlah mak cik hantu dengan suara yang menggerunkan. Haha, terperanjat. Menjerit. Grr. Ada je orang nak kena ni, sepak kang =.= Sekali lagi, kami digelakkan. Argh, ada ke tunjuk hantu....
Dalam pukul 11 malam, baru papa sampai. Arif ikut aku balik rumah. Haha. Dari Isyak lagi dia sibuk cakap nak balik, nak balik. Aku ajak dia berjalan sampai ke rumah aku di bawah purnama malam, tak nak pulak hahaha XD Dapat jugak akhirnya pulang. Yeahhh.
Jumaat 091211
Pergi ke kedai, dengan berniatkan mahu membeli biskut Merie. Ronda punya ronda kedai, terjumpa Kak Syiekah. Yeah, cuit dia. Cakap cakap dengan girangnya! Tup tup, tangan ini hanya mencapai butter dan cokelat je. Bila sampai kat depan pintu rumah, tiba-tiba Sarah berpaling ke belakang dan cakap,"Iqa, tak beli biskut Merie!" Erk. Terduduk sambil tergelak. Wargh, nyanyuk betul :D Macam mana boleh lupa ni. Alahai, penat digelakkan oleh bebudak ni. Cis. =.=
Cuma, petang tadi... bawak Arif ronda-ronda kampung. Okey, konvoi berbasikal dan bermotor =.= Papa dengan Adib. Farah dan Sarah, setia menjadi pembonceng aku. Adam basikal. Arif basikal. Maka, bermulalah acara meronda-ronda kampung. Hui, seronok! Bila papa bawak laju je, ahaaa nak berlumba ke? Aku tumpang sama laju. Haha. Seronok jugak dapat merempit ni, apatah lagi rempit yang diredhai haha sebab merempit bersebelahan papa kan.. kira diredhai lah tu :P Pusing punya pusing punya pusing punya pusing punya pusing punya pusing, akhirnya sampai lah ke rumah.
Seisi keluarga, menatap Nada Cinta. Ahaa, petang-petang begini memang tak ada kerja lain dah. =.=
PS. Kek yang aku buat, manis sangat. Sedih la :( sebab tak sesempurna dan tak sedap macam yang Cik Nor dan Cik Rose buat.
No comments:
Post a Comment