Friday, December 23, 2011

Cikgu Azimah



23 December 2011

Sanah helwah, Cikgu Nor Azimah :D

Kaunselor yang sangat la disayangi. Yang sentiasa ada untuk aku. Hehe. Mula rapat dengan cikgu, sejak tingkatan 3. Alah, ruginya.. Waktu tingkatan 1 dan 2, tak berapa kenal sangat dengan cikgu. Cikgu sangat lah sempoi! Gila-gila orangnya, macam remaja. Dan, dia sangatlah memahami kitorang. Sampai tiap kali kitorang takde kelas, mesti kitorang pergi Bilik Kaunseling (BK). Jumpa cikgu la, lepak la, macam-macam la. BK tu sangat lah best. Hehe, tambahan pula... budak-budak batch kitorang kebanyakannya rapat dengan cikgu.

Dulu-dulu, waktu lepas PMR... setiap hari melepak kat BK. Jatuh cinta dengan BK. Cikgu pandai layan kitorang, haha dan cikgu sentiasa panggil aku Princess XD dan cikgu sangatlah suka panggil aku dengan nama penuh. Bila terserempak dengan aku, jauuuuh lagi dia dah jerit nama penuh aku, haha. Alahai, rindu cikgu.

Sangat rapat dengan cikgu, sampai bebudak ni cakap aku ni anak emas cikgu. Haha, padahal cikgu memang rapat dengan semua pelajar lain pun. Mungkin sebab perangai cikgu yang happy-go-lucky dan gila-gila tu buat aku rasa yang cikgu tu sekepala dengan aku juga mungkin sebab tarikh lahir cikgu sangat dekat dengan tarikh lahir aku :) Jadi, perangai pun lebih kurang samaaaaa je ^^

Teringat tahun lepas, waktu ambil result PMR. Haa, hari ini lah tarikhnya. Lepas majlis selesai, duduk di pondok dengan kawan-kawan. Cikgu ada, lepas tu cikgu cakap yang hari ini birthday cikgu. Biasalah, gurau-gurau dengan cikgu sambil buat-buat tak percaya. Hihi. Cikgu apa lagi, keluarkan kad pengenalan dia. Haa, dah  percaya? Ekeke. Ya cikgu, percayaaaa :)

Sebabkan tahun ini pada awal-awalnya, aku sempat jadi 'gila' kejap hahaha maka cikgu lah tempat aku mengadu hal-hal sekolah ini. Hui, tak payah cakap lah. Banyak sangat susahkan cikgu, tapi cikgu tetap cikgu.. sentiasa cuba menyenangkan pelajarnya. Bertuahnya dapat cikgu yang super duper baik macam cikgu azimah. Serius! Macam, kita boleh cerita segalanya lah pada cikgu :D

Kebaikan cikgu, tiada termampu untuk aku membalasnya... :) Allah je la yang mampu membalas segala kebaikan cikgu. Hehe. Cikgu, kita sayang cikgu. Sayang sangat-sangat! *flying kiss*

Semalam, dua kali taip mesej haha dua kali terpadam mesej yang panjang-panjang tu. Sabar je lah telefon ini =.=' Takpe, takpe. Demi cikgu, taip mesej ketiga. Panjangnya berjela-jela sampai tak boleh nak tulis dah :) Haha. Tak syok la wish kat facebook, ekeke. Tak romantik =)

Apa pun cikgu, terima kasih untuk segalanya.
Iqa sayang Cikgu Zimah.




PS. Nanti besar, boleh tak kalau aku nak jadi kaunselor juga? :) 
       
       (tapi cikgu tak bagi sebab cikgu cakap pening nanti. haha)



3 comments:

prince akasyah said...

hb cikgu..emm mcm knl je tmpat tuh..oowhh igt lg masa gotong royong kan???

Am_Za said...

Jawab soalan iqa.. x blh jd kaunselor.. mulut u bnyk sgt..
nnti org nk crta masalah dia kita plk hk bnyk duk crta :P

Sya Izz said...

zahir - yep2, mse gotong royong pas pmr. :)

adham - hahaha. bru lah kaunselor yg berjaya namanya ^^