Tuesday, December 30, 2014

balik

aku nak balik rumah.
nak balikkkkkkkkkkk.

Monday, December 22, 2014

CL, done!

yeayyy. dah habis contract law punya paper. *menari* lol. padahal bukak instagram stalk farizal marlias hahaha. dah dua tiga hari tak buka insta memandangkan roommate aku dah lock segala aplikasi facebook twitter tumblr insta haha bagus betul roommate macam ni. punyala aku beria merayu lima minit pun dia tak bagi. phone aku dah tak ada fungsi. campak jauh jauh. main dengan buku. sobs.

semalam acah-acah tak nak tido. tapi record aku paling lama mampu bertahan sampai jam 4 pagi lebih-lebih je. sudahnya, tido jugak pukul 4. setelah habis review semua chapters untuk final haha memang tak boleh tahan dah. ika lagi power. dia tido lepas subuh. haha. aku ingatkan aku nak la study lagi lepas subuh sebab exam pukul 9. perghhh tengok dia tido terus tertido sama. dia pula yang kejut aku pukul lapan tu. haha. situasi biasa di masa exam. haih.

tapi tadi alhamdulillah insyaallah dah bagi yang terbaik. kawan-kawan aku pun dah bagi terbaik. madam mumtaj, kami semua dah buat yang terbaik. *nangis* tiga jam tak berhenti menulis haha semua orang aku yakin tulisan dah macam tulisan doktor. nak buat macam mana. harap madam tabah. hihi.

sekarang dah pandai ber-tango dengan qilah. rinduuuuuuu hahaha. rindu nak belajar tepi longkah bawah tangga perangaaaaaaaaai sobs. 

tak tahulah kenapa rindu sangat dengan ittifaq. rindu dengan orang yang dulunya ada tapi sekarang sudah pergi. rindu sama manusia-manusia yang ada di saat jatuh bangun. rindu tiap pahit manis yang terukir di situ. tuhan. berkatilah bumi ittifaq.

beri aku kekuatan.
untuk terus hidup begini.


Saturday, December 20, 2014

selamanya harimau malaya

aku suka suka suka suka suka suka suka suka suka suka suka gila farizal marlias. jersey batch dengan blok dpp aku pun nombor 25. sebab, birthday aku dan no jersey farizal haha.

macam orang gila aku dengan ika jerit gol bila malaysia dah leading 3-0. biasalah, tengok dalam bilik je. online streaming. kalau tengok kat kafe perghhhh mesti meriah tapi takde maknanya nak jalan pergi kafe di musim exam begini semata-mata untuk bola.

tapi, dah tak ada rezeki menang. tak apalah. walaupun aku dengan ika masing-masing dah bergenang mata bila wisel penamat ke udara. sobs.

entah. rasa attach sangat dengan harimau malaya. padahal kita bukan dapat apa pun kalau HM menang atau kalah ahaha.

i just love malaysia.
and i want to be a part of malaysian itself.

tak apa. thailand memang layak menang juga. diorang punyalah tak putus asa cari gol walaupun dah ketinggalan. lincah betul, macam lipas kudung.

tahniah, malaysia.
tanah tumpah darahku.
selamanya harimau malaya.
sehati sejiwa.

good game, it was a good game though.
*kibar bendera*

kena sambung study. alahai! kalau tengok bola kat rumah ni mesti riuh dengan papa adam adib mama. aku dapat bayangkan. haha. tadi mesti adam pakai baju bola dengan seluar melayu dia tu. dan kalau aku ada kat rumah, mesti adam dah buat muka menyampah sebab asyik fan-girling farizal marlias. nasib baik aku dan ika sama-sama gila farizal hahaha dah berapa kali dah skrin laptop kena usap sebab asyik usap farizal je. perempuan!

nanti nak beli jersey malaysia la.
tapi tak ada duit. haha.
takpe.

malaysia memang dah terlukis di hati.
selamat malam :)




Friday, December 19, 2014

shall pass.

there is too many cases to be remembered. and too many facts to be read.

too tired of remembering.
cannot wait to escape these moments in a blink of eye.

i hope all of us can make it.
i hope we can reach whatever dreams that we want it to be true.
i hope there is always hope and spirit to give the best and challenge ourselves.
i hope give up stays afar.

dont let go.
dont surrender.
whatever comes, bear it.
this too, shall pass.

i am too desperate to get an A for every subject. haha. i need to study sooooo desperately too.

cmon.
do it.
make it done.
in the way you wanna it to end.





Wednesday, December 17, 2014

pada rindu yang pernah

makin rindu sekolah.

makin rindu pada keadaan yang memaksa aku untuk buat baik. untuk cuba jadi baik. untuk buat-buat baik.

sekurangnya ada cikgu, kawan, badar, manusia-manusia baik yang akan heret aku ke arah itu. heret pergi usrah- kalau tak nak ikut, tak nak kawan haha. heret pergi surau awal-awal. heret diri biar solat jemaah. heret diri mathurat sampai terlentok-lentok. heret buku biar dibukak. heret tudung biar labuh. heret kaki biar pakai stokin. heret tangan biar pakai sarung lengan. 

bila diheret-heret bila kita tahu kena buat jugak bila keadaan memaksa yang membuatkan kita sebenarnya senang dalam paksa- itu yang aku rindu.

bila dah sendiri, semua atas diri.
kau nak buat, buat.
tak buat, tak ada orang kisah.
hidup kau, kau pandai-pandailah.

ya allah.
hidupkan kami dengan imaan.
ya allah.
matikan kami dalam imaan.
ya allah.
bangkitkan kami dengan imaan.
ya allah.
dan masukkan ke syurgaMu dengan imaan.

rindu tudung bulat sekolah. :')

hari itu, masa dalam bas, ada akak pakai purdah berdiri depan aku. muka dia betul-betul bertentangan dengan aku. aku pandang je muka dia. sambil dalam hati, ya allah cantiknya dia. sangat cantik pada pandangan aku. walau cuma dengan mata. rasanya dia perasan aku tenung je dia. hahaha.

ya allah.
nak smka nurul ittifaq balik.

dulu kan selalu baca novel islamik, selalu baca pasal biah solehah. betapa tempat bisa menjadi tempat tarbiyah. susah betul rupanya, hidup tanpa didukung teman-teman yang dahulunya sentiasa ada di sisi. lol. dah mula la tu. jangan weh jangan. karang nangis. hahaha.

eh. aku tengah study contract ni. macam mana boleh bukak blogger.com pulak. pebende laaa perangai.

rindu pqah qilah, pqah manaf, sna madiha, cena munirah, ipa, jihah, che nur, hanny, epa, kaklong wani, zian, mila, pqoh, semua semua la huwaaaaa.

moga mereka sentiasa dikasih tuhan. tuhan je la tahu betapa rindunya nak kena sepak terajang nak kena marah nak kena rotan nak kena pujuk nak kena bebel huwaaaa ekstrem tapi perumpaannya begitulah.

tuhan.
benarkan aku cuba lagi dan lagi.
walaupun asyik jatuh dan gagal.
jangan bagi aku mengalah langsung.

*jeda*

selamat malam.
nak pergi sambung selak contract. 

doakan final exams aku; 22, 28, 31, 5, 7.
moga setimpal dengan usaha.

yakin okay yakin?
buat yang paling baik.
yakin pada rezeki.
yakin pada janji.
yakin pada diri.

insyaallah. ya allah permudahkanlah untuk setiap kami. ameen.

salam alayk.



Wednesday, November 26, 2014

random act of kindness


i cried reading this article. this is soooooo beautiful.

-random act of kindness.


betapa dunia ini masih cantik, walau sudah terlalu macam-macam tak terduga
moga suatu hari nanti, tidak ada yang akan jahat sesama kita
biar dunia yang cantik ini penuh dengan manusia-manusia penuh jiwa
terima kasih sebab masih wujud, peri-peri dunia

terima kasih.

Tuesday, November 25, 2014

c'mon baby


sudah tidak fokus. aduhai. ini kes tak sabar nak cuti la n. masyaallah. padahal cuti bulan satu! lambat lagi. hahaha siotnya perasaan.

ya ampun.

kalau nggak fokus, gimana dong kamu mahu jawab exam dengan cemerlang gemilang terbilang? ya tuhan. gimana nih. udah kerinduan banget sama kampung kesayangan. udah kerinduan banget sama papa mama dan musuh-musuh kecil di rumah. ya tuhan. gimana mahu bertahan sampai januari.

mahu nangis bisa enggak.

itulah, masa sekolah dulu sibuk nak belajar jauh-jauh. dulu, awal-awal masa asasi dapat kat kuantan pun kemaaaaaaaaain taknak sebab dekat. kesiotan apakah. hmmm. sekarang nah, duduk kedah. amik hang. nak jauh tara mana lagi. T________T

biasalah, dah tua-tua. dulu darah muda. ikut hati je. konon nak duduk jauh-jauh konon tak best duduk dekat dengan family konon nak independent konon nak acah-acah tak kisah hahaha, dah masuk degree ni... mak aiii. insaf. nak sekolah nurul ittifaq balik boleh tak? hihi.

ya tuhan.

inipun dipaksakan diri dengar lagu terbang tunduk- fynn jamal. daripada dengar lagu korea jiwang-jiwang siot lagi la nak balik rumah.

--bertahanlah wahai raksa. jangan kau terhenti.
berpautlah wahai nyawa. ini bukan mimpi.
--payah-payah semalam. moga mudah selama.
tiap apa yang mematah tegakmu. tiap yang menolak.
tiap yang memijak henyak. biar dibelakangmu.
--tuhan jangan kau izin aku lupa.

YA TUHAN AKU MAHU PULANG KE RUMAH. T_T

bawa bertenang. okay? okay.

kau buat semua ini pun sebab mak ayah kau. let's nail it. c'mon baby!


Saturday, November 22, 2014

forget



even if it hurts now,
time is passing by,
wounds will heal.

-- i will forget / heartstrings


merindukan kehadiran manusia-manusia yang sering mengelilingi diri ini. dengan terlalu. kadang-kadang, yang jadi pengubat jiwa penguat semangat adalah mereka. alahai, rindu betul. aku bukannya reti hidup cuma dengan dua tiga orang. daripada asrama, sampai kuantan hingga seremban.... semua riuh. hmmm, kat sini, riuh jugak. tapi ada sunyi yang terselit.

anis lyana cakap, sampai bila nak mengeluh.

ya lah, betul. ini tak betul. itu tak betul. perangaaaaaaai. tak boleh ke hidup syukur dengan apa yang tuhan bagikan cukup-cukup ini? boleh tak?

bersyukurlah.
walaupun secebis.
kalau rindu sangat pun, sekurangnya tuhan dengar. dan, pasti disampaikan salam rindu itu dengan dijagakan manusia-manusia yang engkau sayang itu sebaik mungkin. tak cukup lagi ke?

dr rafidah cakap, "people tends to like their past more then their future. dont do that. past is past, that remains past." dan, "you are not going to surrender. dont let go."

wah siapa yang tak nangis terharu kalau kena tibai dengan kata-kata yang terang-terang betul.

ya allah berikanlah kami semua kekuatan untuk,
terus hidup moga disayangi moga dirahmati.

tiap kali dengar lagu dalam cerita heartstrings mesti teringat kuantan. sebab itulah drama korea pertama yang aku tengok. gigih betulkan habiskan dalam sehari. itulah saat kenal yonghwa, kenal cn blue. terus jadi fanatik lols. ini semua salah ayaa. kenalkan aku dengan korea. wadehel hahahaha. yang pastinya, heartstrings could bring me back to the old days. going through the memories that would not be repeated, and left behind as my past story. tiap lagu-lagu semua ber-memori untuk tiap-tiap peristiwa. payah kalau dah sentimental. gila.

terima kasih aya, kenalkan aku dengan semua ini. walaupun banyak membazir masa aku ngahaha tapi sebenarnya aku rindu, meriah kita bila bicara soal korea ni lols. boleh merapatkan silaturrahim sebenarnya hihi. memang pun.

doakan aku kuat, untuk hidup.
cerita lama, cukup jadikan pem-booster untuk bikin senyum saat layu,

:)




Thursday, November 20, 2014

lee seung gi saya


hari ini kelas hubungan etnik. kelas yang paling rilek di sepanjang semester satu. macam belajar sejarah, tapi sivik. haha. macam tu la. adat budaya bagai. whoa. dalam kuliah hubungan etnik, aku ada crush. hahaha. mamat chinese ni muka dia, sebijik macam lee seung gi. takde la sebijik tapi kalau tengok perghhhh melting kalau masuk dalam freezer pun belum tentu beku. ngahaha.

tapi, masalahnya, aku je. yang erra, fiza, nani... semua terpaksa menenangkan aku dalam kelas etnik. hahahaha. ya allah. perempuan -_-"

dan bila kelas dah nak habis, dr cakap, minggu depan kelas terakhir. lepas tu takde dah. sebab final exam akhir bulan 12 nanti. sedihnya aku. sebab tak dapat jumpa lee seung gi aku dah. bukan tak dapat jumpa, lebih kepada tak dapat tengok dan perhati dari jauh ngahaha.

nama dia pun aku tak tahu.
apatah lagi biodata dirinya.

wahhhh.

dan kelas hubungan etnik satu-satunya tempat pertemuan kami. wakaka. sadis gila bertepuk sebelah tangan. haha. kalau nak terjumpa terserempak kat seberang jalan tepi taman itu memang peluang 0.01% hahaha universiti ni besar nak mampuih.

boleh tak kelas etnik ada sampai bila-bila? hihi. gatai.

tapi sedihnya saya.
minggu depan sekali je lagi.

untuk sekali lagi.
amboi, drama.

*menangis*




gila tak hensem ka?! hahaha
(-______-)"



p/s- tengah baca case yang madam azlina suruh review. huahuahua. aku ni dah la macam siput sikit bab-bab nak faham kes omaigod pebenda la noscitur a sociis ni siapa punya kerja yang buat istilah-istilah latin ni hmmm doakan saya semoga rajin dan sel-sel otak laju berhubung.

p.s ii- aku serius sedih ni. haha. T_________T



Monday, November 17, 2014

manusia


kelmarin, lepas habis kelas pergi mall. beli coolblog. saja. hadiah untuk diri sendiri. hahaha. lepas tu masuk kedai buku. lepak. tengok buku. hmmm. tengok orang, tepatnya. dalam kedai buku tu ada kiosk kedai cermin mata, duduk kat situ borak-borak dengan uncle yang jual kat situ. pasal lens bagai. huihuihui. kalaulah lens tu tak rumit, tak leceh... dah lama aku pakai. ini ada sepasang lagi yang belum guna. sebab dulu beli untuk annual dinner kat kuantan homaigod dinner kan kena la lelawa gittew -.-

lepas tu tengok gelagat manusia je. pun dah boleh bikin senyum. nampak betul sunyi dekat uum ni. haha. sebab uitm dulu kan bonding dia punya la kuat tahap betul-betul keluarga punya pertalian. tak apalah, ini baru lagi. tak sampai dua bulan lagi kat uum ini.

tapi aku rindu kuantan.
seremban jugak.

paling, gorgeous g.

tapi, tak apalah. hidup ini kan satu perjalanan yang panjang. di setiap perhentian yang kita singgah itu, ada pahit manisnya tersendiri. cukuplah nak buat kenangan. nak jadikan sumber kekuatan. untuk terus bertahan hidup pada suatu masa nanti lagi. harap-harap.

jadi aku duduk je dalam kedai buku itu. tengok orang. patutlah manusia suka lepak kat mall. ngahahaha. ke aku sorang je kalau dalam uum ni? hui. nasiblah.

final exam mula bulan 12. 22/12 hingga 12/1 to be exact. hahahah. tak gelak pun sebenarnya. jadi kita akan mulakan dengan contract law, hubungan etnik, computer, islamic law dan malaysian legal system. dalam banyak-banyak tu, yang paling kritikal masyallah subjek komputer wahaha. aku tak tahulah. belajar macam belajar penggunaan komputer dalam pejabat. tahap kritikal punya. tapi alhamdulillah lah ilmu tu agak bertambah takde la reti buka microsoft word je huahuahua tapi itulah exam masyaallah menguji kesabaran betul. nasib baik semua soalan mcq, boleh tembak bang bang bang sampai redha. benci lah.

yang lain insyaallah boleh usaha boleh belajar sebab ye lah, karang kalau malas-malas nanti kena bebel dengan mama. mesti mama cakap, engkau yang nak amik law haaa belajar la. heuwwww. takdelah. tapi mungkin. dah tahu dah. lain la komputer. bukan aku nak pun. dah kena belajar. nak buek cemano ~.~

malas tu memang ada. tapi kalau difikirkan penat lelah pengorbanan nak datang sini, rasanya kena jugak study rajin-rajin. tak apalah. usaha dulu. yang lain fikir kemudian.

cepatlah habis final exam.
nak lepak rumah.


Monday, November 10, 2014

nostalgia yang hilang


tak sengaja tengok dan baca emel-emel lama. dari zaman tahun 2009. haha. kadang-kadang tak habis fikir, macam manalah masa sebenarnya boleh mematangkan. but yes, it is. we grow up as time goes by. zaman-zaman itu lah yang paling dirindui. zaman-boleh-buat-apa-sahaja. entahlah. tak boleh berhenti senyum. untuk setiap orang yang pernah kita beremel sama-sama, ada yang sudah terputus hubungan ada yang masih begini ada yang masih kekal. terima kasih beri aku peluang. untuk rasa manis itu. walaupun sekarang ada yang jadi pahit. tapi, tak apalah. hidup. :)

haih.

rasa nak balik rumah.
tapi kena qowiy! nak kena balas jasa mak bapak.

hari ini dalam facebook ada berita seorang mak meninggal dan sempat tolak anak dia ke tepi jalan masa hantar anak dia pergi sekolah. dia yang kena langgar. ya allah, sedih. budak tu baya adib je. innalillahi wainnailaihiroji'un.

rindu mama.
rindu rumah.
rindu besut.

kalau difikirkan rindu, sampai bila tak habis. T_T

ya allah kalau di dunia ini kami berlama-lama cuma sebentar, moga-moga ada syurga untuk kami berlama-lama untuk selamanya.

okey dah, mari belajar. mari usaha. cakap kat ika (roommate), "kalau boleh aku taknak besar. nak duk rumah je dengan mak ayah." ika cakap, "habis kau ingat mak ayah kau tak penat nak jaga kau?" hahaha. paling win. lepas tu ika sambung lagi, "inilah masa nak balas jasa. belajar untuk mak ayah. buat assignment. bla bla bla."

oh god.
lemme have the chance to repay all the kindness that they have been given to me. so i can give paradise on earth to em.

gimme strength!
yuk. belajar!

Sunday, November 9, 2014

sekolah itu syurga


rindu sekolah.
bukan.
rindu kawan-kawan sekolah.
rindu kelas.

betul lah, bila dah masuk universiti baru tahu, sekolah tu macam syurga. haha. universiti tu pun syurga juga tapi sekolah ni, lain. aku rindu kawan-kawan lama aku. aku nak mereka ada kat sisi. aku nak mereka guide aku.

that suasana. suasana yang bila dalam kelas dr azam. kelas islamic law. suasana macam tu la yang aku rasa kat sekolah untuk kebanyakan masa. walaupun aku agak rebel. hahaha. bukan. mungkin tak sebaik mana seperti kawan-kawan lain. tapi, sekurangnya aku ada mereka untuk cakap,


"iqa, bukan gini."

"iqa, dokleh wat gini."

 "mu ni gak eh iqa."

 "mu tahu dok kalo kito bla bla bla, kekgi bla bla bla."

"dok molek la mekqa weh."

"tak yah duk wat gong gitu lah."


atau sama-sama paksa aku. kalau malas buat benda baik. hahaha.


"weh, jom lah bla bla bla."

"mari lah. kalo dok aku gocoh."

"layan ko mu ah. meh g skali."


i just miss to be with you guys. sep mu tahu kea, aku manja sangat dengan sep mu. sokmo jerik ikut dea ikut nok. pah g letok palo atas ribo sep mu. pah sep mu layan  jah aku. sep mu tahu kea aku sayang blako ko sep mu. sep mu tahu kea aku ni jenis dok leh duk dediam. sep mu tahu kea aku suko kawan ramai-ramai pah wat kacik blako ngan semua orang. sep mu tahu kea aku behi kecek. sep mu tahu kea aku koya dok takut cakap depan-depan. sep mu tahu kea perangai aku gano. kalo aku nok wat gapo-gapo aku tak yah explain pun ko sep mu. kalo aku nok g mano-mano aku tak yah explain pun ko sep mu. kalo aku behi gapo-gapo aku suko tanyo sep mu. aku tak tahu, aku rindu sep mu jah. aku rindu nak manja-manja ngan sep mu. aku nak jadi iqa balik, aku dokse jadi izz.

izz tu kuat, gapo-gapo ye simpan dalam hati jah. gapo-gapo ye malas nak amik kisah. gapo-gapo ye biar jah mende jadi. gapo-gapo ye tak caro pon mende remeh temeh. gapo-gapo ye malas nak nyusoh ke saeng dia. gapo-gapo ye malas nak cerita pasal hidup dia. gapo-gapo ye behi dengar jah. kecuali kalau orang tanya, baru ye cite. izz tu kuat. dok tahu lah lagu mano boleh tahan jadi izz.

aku nak jadi iqa sep mu balik. aku nak sep mu. sep mu paham dok?


okey habis. kadang-kadang hidup ini cuma nak ajar kau jadi kuat. kalau paling belakang sampai bila pun jalan di depan kau takkan dengan jayanya lalui. detik yang terkebelakang, adalah masa lalu. cukuplah sekadar terima kasih. detik yang ada, hargai.

ya, memang aku hargai. aku suka dengan apa yang aku buat sekarang. aku syukur sebab di mana-mana pun aku pergi, ada je kawan-kawan yang baik yang sanggup susah senang sama-sama macam kawan kat sekolah.

tapi, ada masa... semua tentang kita;
aku masih rindu.


ya allah ya tuhanku,
ke manapun kau pisahkan kami
walau di mana pun kami masing-masing
tolong jaga kawan-kawan aku
panjangkan jodoh kami sampai tua
moga dilimpahkan segala sakinah ke atas mereka
moga mereka bahagia
moga mereka gembira
moga mereka tidak dalam kesedihan
moga mereka tidak dalam kepayahan

ya allah ya tuhanku,
sampaikanlah rindu aku pada mereka
melalui doa-doa
di balik bayu di balik awan
moga didengari di segenap langit dan bumi
moga mereka sama-sama seperti aku
diberi kekuatan untuk terus hidup
selagi punya waktu

ya allah ya tuhanku,
kiranya tiap kebaikan yang pernah mereka lakukan
kau gandakanlah berlipat kalinya
tiap payah mereka moga dipermudah
tiap getir mereka moga berkesudah

ya allah ya tuhanku,
panjangkan kasih aku buat mereka
biarkan kejap berlama-lama di hati mereka
moga diizinkan kami
bersama-sama ke syurga
moga jodoh kami
tidak habis cuma di dunia

ameen.










okay, mari berusaha untuk terus hidup. nanti kita sama-sama berjaya. dunia dan akhirat insyaallah. harap-harap. walaupun aku asyik tersilap langkah, terima kasih sebab masih ada menerusi whatsapp, facebook dan sebagainya. tapi, lain betul ya. lain betul bila cuma mampu ada korang di alam maya bukan di sisi sini.

haha, jangan risau. sebab iqa dah jadi izz, izz lebih berkuasa. haha. izz lagi kuat. insyaallah izz boleh survive untuk jangkamasa panjang lagi. macam split personaliti pula. lol. bukan, cuma sekarang kan dah sembilan belas, dan boleh fikir gaya orang-orang tua sikit. insyaallah. 

selagi tuhan kuatkan, selagi itu kalau terhempas, boleh terbang lagi.
biiznillah. allahu yusahhel.

okeylah. assalamualaikum. :)



p/s: sebab tu kelas yang paling aku suka yang paling aku tunggu-tunggu adalah kelas islamic law. mesti yeayyy. haha. aku suka. that suasana. suasana ittifaq. that suasana, yang buat aku rasa, hidup.


Saturday, November 1, 2014

lemme go


hazim called, and we talked about random things. stuffs that do not matter. like the old days. kinda missing my old colleagues. i dont know. it is hard to pretend that you dont miss someone. i keep telling myself that it doesnt bother but deep down my heart, it bothers. i want all of my friends to be here. the ones from high school, uitm kuantan, uitm seremban. haha, what an impossible hope. 

but i have to stay strong. i need to remain strong. so that i can finish my degree. i can have my own job, my own money, my own car, my own house haha and travel on my own. i want to go around the world. phewww. what a dream. 

can i just go to a place where i can lay on the ground, watching the starry skies in the midnight while grateful for being alive until that day? i hope i can do so.

a sky.
a sky that full of stars.

god, may i?
one day, please.

lemme go to korea, france, italy, venezuela, uk, czech republic etc.

let's dream.
and fight for it.

this world is so beautiful.
yet fulfilled with pretty people.

be kind.
be positive.

okay?
okay.


Thursday, October 23, 2014

god, freeze it.


god. i want to freeze the time. these times. please. pleaase. pleaaase. i want to stay with my family. i want to sleep every night in my room. i want to eat whatever my mom cooks. i want to argue even for small matters with my siblings. i want to see my cats every day.

god. i dont wanna leave so soon.

it has been seven days at home but still i think it is yesterday that i say my first hye to my parents.

god.

pahang was good.
kedah maybe better.
but terengganu will be the best yet my all time's favourite.

i dont wanna leave.
i dont wanna.

god.
make time moves slower than it used to be.
so i can have more, more and more times to spend on with the people here.

shit.
i hate the reality that i have to return there in few days.

i hate it.

Tuesday, October 14, 2014

i cant




my heaven.
my paradise.
my all.

i cant.
i cannot restrain myself from falling in love with, 
and what i know since forever,
 to miss you for thousand years.



lusa balik rumah!



tak sabar nak tunggu lusa. tak sabar nak balik rumah. walau hanya seminggu. tapi cukuplah sekadar melepas rindu. ya allah rindunya rindunya rindunya.

sebab semangat tinggal nyawa-nyawa ikan dah.
sikit je lagi mampu hidup.
bila balik rumah, boleh recharge semangat.

lain.
lain charger antara kawan-kawan dengan famili.

i need my spirit back.
so that i need my family right now.
i need to be with them.
even just for a while.

ya allah please,
take care of them for me.

i miss home.
i miss my loves.

god.
gimme more chances.
i beg.

Sunday, October 12, 2014

i cant




now i know that i cant do either attachments or commitments.

* * * * * *

hey big girl! i miss you.



Monday, October 6, 2014

currently living in sintok


sudah sebelas hari di sini. sudah sebelas hari meninggalkan seremban. sudah sebelas hari berada di sintok. dan insyaallah akan terus bertahan untuk empat tahun mendatang.

benda sekelip mata.

khamis tiga minggu lepas pergi temuduga di uum kl. dah la pergi tak cakap kat mak ayah. pergi dengan kawan-kawan. naik ktm. whoa. kuala lumpur. it was great, though. khamis dua minggu lepas kena daftar dah. alhamdulillah sebab dapat.

lari perancangan hidup. dah bersimpang. haha. kalau diikutkan, tekadnya, lepas asasi memang dah tak ada ingin mahu sambung law. tapi, saja je hantar rayuan ke uum. sebab entah, rasa nak buat. memang tekadnya, mahu menghabiskan degree sains pentadbiran yang tiga tahun di uitm. lepas tu terus sambung masters yada yadaa yadaaa. stuff like that.

tapi, bila dah start kelas kat seremban, tuhan je la tahu.
aku sayang seremban.
aku sayang manusia-manusia di dalamnya.

cuma aku tak suka apa yang aku belajar. business maths. accounting. i rather die. hahaha.

jadi, bila tuhan beri aku pilihan...
aku rasa aku patut cuba.

maths memang susah. sampai aku yakin aku memang tak boleh tolerate. hei, aku kenal diri aku. T_T tapi law pun lagilah susah. tapi aku cakap pada diri aku, walaupun apa yang aku mahu buat ini juta kali lagi susah sekurang-kurangnya ini susah yang aku pilih. ini susah yang aku mahu.

aku sedih meninggalkan seremban.
tapi sintok, lama-lama aku makin suka.

aku suka belajar di sini.
aku suka kuliah kat sini.

masa pensyarah tengah mengajar pun aku boleh senyum. haha.

walaupun agak rindukan seremban, sebab kat sini macam sunyi sikit, tapi anis cakap... kalau asyik nak merungut, bila nak bersyukur? whoa! jadi, aku cuma terima apa adanya. kawan-kawan kuantan aku pun ramai je kat sini. ni kes sebab bind dengan uitm la masa asasi. bila tak lepas muet band 4, cari alternatif lain macam mana nak sambung law juga ahaha.

sintok okay. meriah. walaupun aku rasa macam dugaan asyik datang je. lepas satu, satu. bukan dugaan pasal belajar la. i mean dugaan yang kau akan cakap, thats life. *sigh*

ssokeyyy.
aal izz well.

you gonna do this.
you can do this.

aku harap tuhan boleh kuatkan aku untuk sejuta tahun lagi.
aku harap aku lagi kuat seiring dengan masa berlalu.

till then.
salam alayk!
may allah bless.






Monday, September 1, 2014

it hurts a lot

malam ini, syahdu.

acube asyik cakap rindu. roommate yang paling dekat yang paling rapat manusia paling erat kat kuantan. kalaulah muet band 4, konfem dapat pergi shah alam sama-sama. kalau. kalau. kalau.

kalau rindu acube mesti rindu khairi.

i miss acube.
i miss khai.
i miss us.

mungkin sebab bila dah rapat dengan acube automatik rapat dengan khai sebab khai pakwe acube tapi macam mana eh nak cakap sebab semua macam budak-budak entah ape ape.

dan baru dapat tahu, zam pergi usim.

syahdu.
terlalu menyedihkan.
sebab tak boleh bayangkan zam tak ada. dengan lawak hambar dia. hipster dia. hahaha.
tak boleh bayangkan gorgeous g cuma dalam bayangan lalu.

it hurts a lot.

menitik air mata masa zam whatsapp dia pergi usim dan sorry sebab tak dapat ikut pergi seremban.

i dont know.

rasa macam hilang.
sebab zam status dia sama macam keberadaan acube khai fiza semua2 lah.

aku kan ada abang2 dalam family gorgeous g- mimi zam fiq acap.

yang selalu ada. yang selalu menyakitkan hati. yang ajar main futsal. yang teman. yang nasihat. yang dengar cerita. yang gila. yang bikin geram. yang suka belanja aiskrim.

yang lain masih seremban,
tapi kalau zam tak ada.....
rasa macam.....

tak lengkap.

i love my kuantan family so much.
can i turn back time?
so that i can live with em once again.

it hurts.
it hurts a lot.

Wednesday, August 20, 2014

paradise

i just want to be a person who can do anything to make everyone happy. i want to please people same as i do to please myself. i want people to accept for who am i. i want them to know that i am such a far-thanzperfect human. i am that kind of human. i hope i really have an ocean of love. i really do.

i am childish.
yet no a childlike one.

i always want people to listen to me. as i grow bigger, i learn how to consider with other people. should people consider what i feel too? what we give, we always get back. it is how it suppose to be. but when we give love, love does not always follow back. and it hurts so much. if you are such an immature kid, then you will stop to love. but if you are on the other side, you will never care about how people will pay it back to you.

because doing good, is better.
and you will always try better, so the best will be outcoming soon.

remember, be good. at least for yourself. be true, even when it hurts down to earth. be bold, so life will always shine ravishingly.

and what matters most, it is god who knows every single deed. pleasing god is far better than pleasing humans.

god, dont lemme go astray.
make me a better person from day to day so i can be one the worshippers whom You love. i know i am shameless but please grant me jannah. so i can meet with my loved ones in your holy heaven.

paradise, will you set me up a home at your land? T_T

Tuesday, August 19, 2014

higher and higher

i will fly, higher than before.

ya allah please help me. please help all of us to succeed in everything we do. bless my family, my teachers, my friends and my loved ones.

we all have our own dreams that we want to come true.

you, with your dream.
and i, stay with my dream.

our path will never be the same. but we live the same journey, to live our life to the fullest.

let us do what we are wanting to do all this while.

maja, pallie pallie pallie!

Saturday, August 16, 2014

no-excited lah

i do not feel excited to pursue my degree. it has been months i stay at home and now, when i know i have to leave afar, it sucks.

mama keep telling me to start doing all the preparation but i just let those words vanish in the air haha.

can i just stay home, for the rest of my life?
i hope the time to freeze so life will never change.

seremban, seremban. would you be my paradise on earth like kuantan?

Friday, August 15, 2014

with without

it is so hard to live without the people who you want to live with for the rest of time till the last breath of life.

but never forget that if people do not like you, for what you have to fear? but if allah is againts you, then what hope do you have?

i hope my tomorrow will always be better from today.
i hope my today will always be brighter than my yesterday.

i will always hope that i can be a ravishingly beautiful one. i really do. but i know i am just a person, who have nothing to be proud of. neither by god nor by humans.

'cause there are too many people whom at their peak of beauty are surrounding the earth.

may allah forgive.
may allah bless.
may allah protect.
may allah love.
may allah care.

each part of us.
each of you.
each.

goodnight, angels on earth.
yet soon to be so in heaven, pretty people.

Wednesday, August 13, 2014

gadis jolobu

shall i really say farewall to kuantan, and wave a new hello to seremban?

guess i should.

alhamdulillah, it has been destined by allah that i will be pursuing my degree in the bachelor of administrative science at uitm negeri sembilan campus of seremban 3.

dont know how to react but this is all i have ever wanted since the day i got my muet result.

band 3 is completely not enough to chase your dream in becoming a lawyer.

so through the final semester i decided and focused on this stuff. i wanted to do this very bad.

after all, allah knows this is the best. three years from now, i will be gadis jolobu hahaha says one of my cousins.

good night.
thanks allah.
everything will be better if i accept all your plans calmly.

ara. chincha ara.

Sunday, August 10, 2014

reminisce on

there is only two clothes of mine that you cannot touch, wear or borrow without my consent;

my gorgeous g's jersey, and my kuantan-jawi tee shirt.

except those two, you can do whatever you want with all of my clothes in my wardrobe. haha.

i dont know.
i am so in love, with everything that reminds me of kuantan.

it is great to have so much memories to be reminisced on. and thanks, kuantan, for giving me a year of beautiful life.

i love you so much.
truthfully with all my heart, kuantan.

good night, kuantan.
may your starry night will always bring calmness to the people who stare underneath the sky.

Friday, August 8, 2014

good night, for one more time.

i am trying so hard to not dependant on the other person because i wanna live my life on my own.

from a very childish one, who wants to tell every single thing how she feels at the moment to a very less talkative lady when it comes the matter of problems.

because i have the thought of being strong in my own definition. it means that you have to bear everything that knock you down to earth only in your heart. cause you cannot show that you are feeling weak and hopeless. if people ask, then your absolute answer has to be, "it is nothing heyyyy."

eventhough it is so hard to be done at first.
eventhough it ruins the heart at most.

the only reason i am trying to increase the heart mature level, it is just because. just because.

just because i think i will never go down if people leave me although i hope they will stay for the rest of life.

but hey, it drives me crazy to reset my heart. but i believe i can do it. i am a bearable person. okay? okay.

just now, i had a bad dream. i did not realize when i fell asleep cause i was too tired but it was the lousyest moment when your eyes open wide in no time without your consent.

there's pain, for knowing that i am the strong one so this kind of stuff like to be placate by someone after having a bad dream is a childish act.

i dont care.
eh yeah i care.

but being childish does not mean you will be mortally immature. i think that i have to change my perspective sooner or later. talking to people about how bad your day is or why i am having a bad dream that close enough to bring tears will never represent you as a hopeless person.

but still, i choose to dare myself not to stuck in this way any longer. myself needs to be built stronger day by day.

i hope that allah will strengthen me for the time being till the very end. i hope that allah will help you, and all of us to be a hero to ourselves.

good night, for one more time.
the stars will always accompany from above and give its smile to console our soul.

sweet dream!

Tuesday, August 5, 2014

mend it

mend my broken heart, cause you make me turns into a lunatic person. do you ever feel sorry, my dear? nothing on earth can placate my soul any longer. you tie my heart with a deep wrath that one day will make you realize,

you already set my blatant soul on fire.

Monday, August 4, 2014

selamat malam


selamat malam, malaysia.
selamat malam, dunia.

selamat malam, manusia2 kesayangan tuhan.

kalau diharap2, harapnya masih ada esok untuk setiap kita.

moga, moga setiap kita, bahagia dengan cara kita sendiri. dengan setiap apa yang dibagi tuhan.

* * * * * *

jihah cakap, aku suka perhatikan orang. berapa tahun kot jihah kawan dengan aku. jadi mungkin dia perasan kot. mana taknya, kalau orang tukar spek pun aku boleh perasan.

seronok sebenarnya tengok orang ni. rasa macam kau dalam dunia kau, dan ada macam2 karakter depan mata. dan, mungkin, kau boleh belajar tentang apa2 sahaja, daripada apa yang kau lihat.

cubalah.

* * * * * *

madly in love. tengok tak tengok je cerita ni. makin meluat dengan cerita bilamana dua2 sama cinta- tapi terpaksa berpisah sebab orang ketiga. bila dah berkorban, ingatkan bahagia- rupanya orang lain pula banyak masuk campur tak nak bagi orang bahagia.

kenapa ya, kita suka campur tangan macam kita tahu segalanya tentang orang di sekeliling kita, sedangkan dia pun masih kurang mengerti dirinya sendiri?

kenapa ya, kita sering lagak tahu kita punya mahu yang paling baik dan paling boleh julang bahagia?

kenapa ya, kita asyik fikir, jalan kita sahaja yang akan bawa menuju gembira?

haih, malas dah nak tengok madly in love. sakit pulak hati kita eeeeeee rasa nak nangis je bila tengok cinta tak bersatu tak dapat bersama sebab keadaan sedihnya sedihnya sedihnya.

sebab dalam hidup, sebenarnya sama je dengan apa yang kita lihat dalam drama. kebanyakan.

* * * * * *

selamat malam, bintang di langit.
moga dibangunkan tidur mentari di esok pagi.

Thursday, July 31, 2014

MAJESTIC


my perfect imperfect family is majesctically majestic.

raya ketiga dan keempat, ada sambutan hari keluarga mek nochu kat pantai perkasa punya resort. aktiviti keluarga, makan-makan mandi pantai lepak cakap-cakap borak-borak.

petang yang pertama, duduk di pasiran pantai. yang laki-laki kebanyakan dah terjun laut. maka kita, yang perempuan-perempuan, duduk borak-borak sambil pandang pantai. damai. pantai, mana pernah tak damai? lama kemudian, pergi duduk dengan yah dan kakak di hujung sikit sambil jaga nawal. duduk, dan borak pn boleh jadi damai. haih, keluarga.

malamnya, makan-makan. barbeque. masuk dewan siap ice-breaking, cabutan hadiah bagai. gelak-gelak. satu dewan tu penuh dengan keluarga. kemudian, makan-makan lagi. main mercun bagai. dalam pukul 11 malam ke hampir pukul 12, ajak yah jadi musyrif ececece teman aku kakak atin bilah kak siha pergi duduk kat pantai. sebenarnya masa kitorang tengah on the way ke pantai, yang lain on the way balik dari pantai lepas main mercun. dasaaaar. haha tapi heret jugak yah temankan. mana boleh tak ada laki-laki langsung. walaupun dekat, tapi dah malam larut sangat.

apa lagi, baringlah. masyaallah. tuhan je yang tahu betapa sempurnanya langit. pantai tu memang dah gelap. cuma bercahayakan bintang. baring di atas pasir, pandang atas masyaallah tak ada yang lebih sempurna pemandangannya masyaallah macam pandang lukisan masyaallah indah tak tahu dah cakap macam mana. pandang je. pandang. damai. lepas tu pejam, tidur.

bertemankan langit bintang, bermelodikan ombak, berselimutkan bayu, berlantaikan pasir, dan damai itu datang. dengan suara-suara orang yang dikasihi berbual-bual di larut malam. pejam, betul-betul pejam. bukan senang nak dapat peluang damai macam ini. masyaallah. dalam pukul 1 lebih baru kena heret balik. hahaha. tapi buka-buka mata jah, sorang-sorang datang. aniff dengan arif la. ijak dengan iqram. alah, dekat je pun dengan chalet. langit malam itu betul-betul majestic!

esoknya, pagi yang laki-laki subuh lagi dah turun ke pantai. memang aktivitinya main pantai je la. bermonopod. main bola-bola. haha group dengan anis. dapat nombor dua dan tiga yeah. lepas tu kan, naik banana boat yayy. asalnya tak nak sebab tak nak basah. renyah. tapi arghh tak boleh tahan godaan. naik banana boat dengan yah, dibah, bilah dan abah long.

nak dijadikan cerita, abah long terhuyung hayang sampai banana kitorang terbalik kat tempat yang agak dalam. sebab yang lain-lain sepatutnya terbalik kat  cetek je tempat famili kitorang mandi-mandi. haha abah long la ni hilang imbangan. semua orang jatuh. haha. dalam hoii dah la aku reti berenang katak je. tertelan air satu baldi. kalut gila kitorang bertiga. yah dengan abah long je la yang cool. ye la, lelaki. berenang punya berenang, tak gerak. hahah. masih kat tempat sama. bantai gelak je. sambil telan-telan air. yang famili kitorang pun dah gelak-gelak. nak pergi tolong, jauh sangat.

akhirnya, dengan bantuan yah, dia tolak je life jacket aku dan dibah haha sebab kitorang dua paling kalut. bilah dengan abah long haha. jadinya bila dah dekat dengan tempat budak-budak ni main, ijak dengan yoe datang heret aku. hahaha. aku cakap kat ijak, heret je la. dah tak mampu nak buat apa-apa. aku pun terlentang je la kat laut biru terbentang luas tu sambil pandang langit. haha. semua bantai gelak. lepas tu kena kelas terapung dan berenang dengan aniff, yoe, ijak, yah. haha.

main, main dan main. lepas zuhur tu, balik lah. the mek nochu's family day ended there. and i wish, all these moments will stay in my life story forever. i love my big family so much. so much until i want all of us meet again afterlife in heaven. ya allah, please grant us jannah ya allahh so that we can stay as a family forever in heaven and earth.

thanks for the memories, my loved ones. :)
pantai perkasa chalet, 30072014-31072014.
we are mek nochu's!

--sebab kat dunia ni, tak ada orang yang boleh terima setiap inci baik buruk engkau dengan apa adanya, kecuali keluarga.
--sebab dalam dunia, engkau cuma akan rasa keseorangan bila engkau dah tak punya keluarga di dunia ini.
--sebab di dunia ini, ada angels yang tuhan kirim-pinjamkan untuk setiap kita; KELUARGA.






Thursday, July 24, 2014

macam mana


macam mana nak bergantung pada cuma tuhan, saya tak ada jawapan. sebab saya sebenarnya pun macam manusia lain. yang harap2 dulu pada manusia. yang pandang2 dulu manusia. baru minta tuhan. tapi bila dah asyik macam tu- lama2 awak sendiri pun akan sedar, di mana- jauh yang paling dalam, kita sebenarnya perlukan tuhan.

bila jauh dalam hati kita cakap, tuhan tolonglah, itu yang paling ikhlas. sebab memang tak ada daya dah tak tahu nak buat apa. masa tu, tuhan. sekarang ni sama2 sedang belajar, hidup sorang2 dgn tuhan. apa2 mintak dengan tuhan. apa2 tuhan buat, redhakan. apa2 tuhan bagi, terima. walau kadang2 tanya juga, kenapa macam ni. tapi kita tak ada daya nak tentukan hidup kita ni macam mana sebab tak tahu apa2.

jadi mungkin, bukan, memang- apa yang tuhan berikan pada kita, paling baik. walau macam celaka pada pandangan kita. maka, kalau nak sentiasa bergantung pada tuhan, mungkin- kena sentiasa ingat, apa2, cari tuhan dulu. dan terima, apa2 pun yang tuhan bagi. letak itu dalam hati.

tiap kali rasa sendiri- sebenarnya kita masih mampu hidup sekarang, sebab tuhan bagi pinjam kasih.

Wednesday, July 16, 2014

28

dari tingkatan satu aku kenal qilah. entah macam mana entah boleh kenal hahaha cemana eh dah lupa tup tup jadi kawan tup tup jadi kawan baik kawan seumur hidup insyaallah walaupun gaduh je kerja masa kecik2 dulu cewah kecik2 la sangat.

lain orang, lain. kat ittifaq tu semua kawan seumur hidup aku kot. qilah, aku tak pernah tido rumah dia. walaupun selalu je tido rumah kawan2 lain. qilah, jarang je mesej waksep masa kat universiti tapi tetap boleh cari je bila2 masa.

mungkin sebab kami sama. aku jenis tak semestinya berhubung 24 jam baru boleh jadi kawan baik. dia pun jenis yang sama. kawan2 aku semua mostly macam gitu. ada satu quote yang cakap, jadi kawan baik bukan bermakna berhubung 24 jam tapi bilamana dah lama tak berhubung, bila berhubung tak ada apa yang berubah. tetap macam dulu.

aaaah. saya sayang kawan2 saya.

sekarang, qilah dengan aku hadapi situasi sama kot. hampir sama. cukup untuk buat kami faham diri masing2 bila cerita soal itu. kadang2, buat lawak bodoh pun boleh. acah2 kuat. padahal...... hahaha.

qilah selalu jadi manusia yang rasionalkan aku. jadi bilamana aku rasa tak rasional, dia akan bagi macam2 hujah serta hikmah kenapa tuhan bagi macam ini. semata2 untuk buka fikiran aku daripada asyik persoalkan tuhan, kenapa begitu kenapa begini.

i am sort of that kind of girl yang suka persoalkan dan cari kenapa semua benda ni jadi which is not too good for myself. because we cant predict future yet we dont what is the best for us. so how come you (I) can question god for giving the situation youre going through right now? pity me for being that kind of human.

qilah pesan lagi, tak semestinya orang yang kita sayang tu cuma untuk kita. kalau dia bahagia dengan orang lain, tak apalah. walaupun kita yang macam gila sikit sebab gila bayang hahahaha tapi those pains will fade away sooner or later. nak paksa2 hilang sangat pun macam meranakan diri. nak simpan macam makin tak betul. jadi, enjoy the moment je lah. that moment someday will become your reason to smile. chill, for you have been going through hard times that appear in your life waaaa imma superwoman yeah yeahhhh.

aku pernah tanya qilah, "kau masih ada rasa nak kahwen ke lepas semua ni jadi?"

jawapannya, haaa rahsia kitorang je haha tapi betullah, masih percaya ke? lol.

bila aku cakap nak kahwen 28, mostly kawan2 kecam aku hahahaha jangan la wei support la kawan engkorang ni. aku sebenarnya bukannya nak kahwen 28 sangat cuma hahaha nantilah kahwen2 tu lek2 dulu belajar dulu cari duit dulu duduk rumah mak ayah dulu travel dulu pergi korea dulu ke haha. semua orang ada impian masing2. semua orang ada cita2 masing2. kan.

haha.
okbai.

a guy like him

i want to marry a guy like beto kusyairy, please.

manis2.
comel2.
kelakar2.

hahahaha.

i am a die-hard-fan of him.
arghhh, gile ke ape keluarkan topik ni. hahahaha. suka hati lah.

nak jugak laki macam beto kusyairy!
titik.

hahaha.
selamat malam.
entah pape lol.

Tuesday, July 15, 2014

sekolah kehidupan

ingat lagi malam terakhir kat kuantan. pagi esok dah nak balik. dan kuantan cuma akan jadi kenangan.

duduk kat balkoni belakang. nyaman. sunyi. perhatikan kuantan. dan seisinya. duduk. diam. menangis. faiz kat sebelah. dua dua diam. dua dua menangis teresak-esak tanpa pedulikan masing-masing. air mata turun tanpa sebab. sepenuh jiwa pulak tu.

sambil terkenang setahun perjalanan aku kat sini. faiz pun mesti dalam kepala dia fikir sama.

sekolah lima tahun, tak ada lah menangis lepas spm.
asasi setahun, menangis macam tak jumpa esok.

sebab, lain. sekolah kehidupan.

kuantan.
moga bagi manfaat pada orang lain juga ya. masa aku dengan kau, berakhir pada april itu. kisah kau, aku simpan. dalam-dalam. macam dalamnya sungai kuantan. kau salah satu perhentian yang aku singgah.

nanti, jumpa lagi. mana tahu kerja kat kuantan ada rezeki panjang umur? haha takdelah. makin besar ni makin aku belajar, yang hidup, takkan selamanya kekal pada suatu tempat.

sekolah kehidupan ada banyak perhentian. dan perhentian aku di kuantan, sudah selesai kerana takdirnya cuma setahun.

:)

Monday, July 7, 2014

roti & kek

dah seminggu kerja. ya tuhan, penatnya. buat roti. buat biskut raya.

serius. nanti degree belajar betul-betul weh! biar dapat sambung master terus. nanti kerja dalam air cond! hahahaha.

serius ni serius.

tapi baguslah. sekurangnya pukul 10 - 11 malam dah tidur. mana taknya penaaaat penaaaat penaaaaat. tapi takpelah. pengalaman hidup. gitu.

biar tahu, bukannya senang nak dapat duit. biar tahu susah sikit. biar tahu banting tulang.

alhamdulillah!

Saturday, June 28, 2014

anif

balik dari kuantan, terus pergi rumah mama long.

hari ini, nak pergi rumah ayah chik. non stop punya pengembaraan wakaka.

tadi, masa tengah siap-siap lepas tu naik tangga, tiba-tiba anif gitarkan lagu love story untuk aku. sebab aku paling suka dia gitarkan laove story selama ni. hahahaha. sumpah rasa macam princess. sebab naik tangga diiringi dengan petikan gitar kat tingkat atas. automatik senyum sendiri. manisnya.

hahaha sepupu aku ni. manis!

Thursday, June 26, 2014

this is darul makmur :)

I AM HERE, KUANTAN. :)

Rindunya kuantan. Rindu. Datang sini dengan ijak bilah kak siha. Sepupu-sepupu. Ijak yang drive. Saja nak jalan-jalan. Tengok wayang ahahaha lagipun aku mahu singgah uitm sebab nak ambil transkrip asasi. Alasan je tu. Sebenarnya, rindu nak mati kat kuantan.

Tengok Maleficient tadi kat ECM dengan ijak iqram bilah kak siha. Pergi lepas achik belanja makan. Bila ijak drive around kuantan tadi, rasa macam mimpi. Am i here for real? Hahaha. Over. Tapi betul. Rasa nak nangis tengok bandar kuantan, tepi jalan.

Bila turun dari kereta lepas parking kat bumbung paling atas ecm, haihhh rasa nak peluk je ijak cakap terima kasih sebab drive sampai sini. Hahahaha nasib baik sepupu.

Kuantan.
I miss you so much.

Esok,
Tunggu ya.
:)

Wednesday, June 25, 2014

Tepi Sikit

Terima kasih untuk semua memori

Sekarang masa untuk aku naik pesawat

Dibumi ku berpijak sentiasa rendah diri

Tapi sekarang masa ku berlari atas awan

Pada mula kalau betul hilang

Tiba tiba diam

Yang lain cuma bisa meminjam

Gayaku nak ambil simpan

Ku kata gayaku Pablo

Mereka tak kenal Picasso

Jadi semua berkoba koba nak jadi macam Escobar

Itu aku

Ikhlas

Kau nak ikhlas

Ku bagi ikhlas

Tapi sekarang memang jelas, wang tidak boleh beli class

Duit tidak boleh beli masa

Masa dulu mungkin rasa ni tak buang masa

Tapi sekarang rasa macam kena paksa

Mungkin kita berdua jadi mangsa

Cita rasa berbeza walau sama budaya dan bangsa

Jadi tepi sikit, tumpang lalu

Biar yang lalu jadi yang lalu

Apa yang jadi hari esok, itu esok baru tahu


Tepi Sikit // SleeQ ft Joe Flizzow

Tuesday, June 24, 2014

lol

aku selalu runsingkan perkara yang tak besar mana pun sebenarnya.

perempuan tipikal.

hahaha. ke aku sorang je yang macam ni? lol.

Tuesday, June 17, 2014

move on

aku tak boleh terima lagi ending drama goddess of marriage tu. kenapa tae wook dan ji hye bercerai. hahahaha. tidaaaaaaak. sumpah tak boleh move on daripada drama ni.

hailaa. ni drama je. drama. reti?

oh. lagu-lagu davichi kebanyakannya best. lirik pun deep. wakaka. serius. aku paling suka lagu diorang, dont ever find me again dengan we were in love. wuwuwuwu. deep.

tapi... kenapa tae wook cerai dengan ji hye. haih apa ni ending macam ni sedih la sedih. tae wook tu macam dalam situasi, lepaskan orang yang kita sayang supaya dia bahagia.

ah, kenapa pula aku yang touching lebih-lebih ni. tae wook ni menusuk jiwa betul. eeeeeeeee.

goddess of marriage


cerita ni drama korea yang paling panjang kot pernah aku tengok. 36 episod. tapi baru tengok sampai episod 35. jadi, siapa-siapa yang nak kahwin awal tu, atau rasa kahwin itu semua benda yang indah-indah sahaja boleh la tengok drama ni.

sedih woi sedih. bila dah nak last episodes, kalau tak menitik air mata sekali tu tak sah. touching sangat lol. kahwin bukan benda mudah. itu saja lah konklusinya. ekekeke.

tapi yang episod 35 ni, yang buat rasa sebak bila akhirnya tae wook nak bercerai dengan ji hye. sebab dia nak ji hye hidup bahagia. walaupun dia sayang sangat kat ji hye tapi dia tak nak ji hye terseksa sebab family dia yang kaya raya tu. diorang sepatutnya dah hidup bahagia kalau bukan sebab keluarga tae wook tu! ahahaha emo. tapi ji hye pun bukan sayang terlalu kat tae wook sebagaimana tae wook sayang dia. pendek kata, dia cuba nak jadi isteri yang baik sebab tae wook tu sayang nak mati kat dia. mula-mula aku tak suka juga tae wook sebab dia nampak macam memaksa ahaha tapi akhirnya, aku rasa ending dia sepatutnya ji hye tu jatuh cinta lagi dengan tae wook sebab dia awesome gila. tapi itulah, tak ada jodoh.




bila hari last mereka sebagai suami isteri, mereka jalan sama-sama. lepas tu berpisah. selamat tinggal. lima minit berjalan, tae wook pusing belakang panggil ji hye. lepas tu dia depakan tangan. tanda nak pelukan selamat tinggal. ji hye pun lari peluk tae wook sambil minta maaf sebab tak dapat jadi isteri yang baik. okey itu yang buat rasa nak menangis. hahaha. damn.






masa tae wook nangis tu dia cakap kat ji hye, "hidup baik-baik."

hoi sedih hoi. T____________T tapi itulah, jodoh tak panjang. wakaka. drama je pun.

ini drama ketiga kot yang aku rasa susah nak move on. first, heartstrings. yang kedua, reply 1997. yang ketiga, goddess of marriage. sebab goddess of marriage ni banyak sangat buka mata aku. ada empat kisah perempuan dan perkahwinan dalam tu. ji hye salah satunya.

jadi, jangan salahkan aku kalau aku nak kahwin sekitar 25-28. kawan-kawan aku yang nak kahwin awal tu, kahwin lah. :) maknanya kalau tuhan bagi korang jodoh awal tu memang korang layaklah. hihi. aku? tak nak. XD



Monday, June 16, 2014

skeptikal


aku sebenarnya agak skeptikal dengan orang-orang kaunter, tidak kisahlah kaunter bank ke apa-apa ke. ahaha. biasalah. orang pesimis macam aku, hmmm, memang.

ceritanya atm ambank telan kad bank islam aku. huarghh tapi hari itu hari sabtu. bank tak buka. makanya, hari ini ahad. jihah ajak pergi jerteh terus sebab dia nak pergi cimb bank, dan aku pulak nak kena pergi kutip kad yang atm dah telan tu.

bila pergi ambank, encik abang kot merah tu cakap kena pergi buat kad baru kat bank islam. -___-" nasib baik bangunan depan tu je. dan yang paling nasib baik, sebab abang kaunter tu manis aherherher ya ampun manis banget. aku dan jihah dah jatuh hati. sebab dia cakap baik-baik. kalau tak maunya aku dah maki atm diorang. dah terang-terang rosak, lekatkanlah notis. dah rabak kot atm bank diorang tu. jadi aku cuma cakap dengan lembutnya, "baiki. atm tu rosak." dia angguk. alahai manis, gila, manis betul. lepas tu blah angkat kaki pergi bank islam. satu hal pulak nak pergi minta kad baru.

di bank islam, amboi lagi la jatuh hati dengan encik abang kaunter. ekeke. yang ini sejuk mata memandang baiknya alahai tuhan je la yang tahu. manis betul. dah selesai semua, bila keluar, jihah cakap dia nak abang ambank. aku pulak nak abang bank islam. hahahahaha, dasar perempuan!

dan abang-abang kaunter itulah yang menyebabkan tengah hari kami yang panas terasa begitu nyaman. wakakaka.

yang paling penting, siap cakap kat jihah, "doakan aku nanti in the future dapat suami macam abang bank islam. walaupun aku tahu aku ni tak baik mana. hahaha"

tapi serius lah,
manis betul hari ini walau rm 12 melayang untuk kad baru.
tak apa, kad baru kad team harimau malaya warna hitam.
sumpah hensem.

sekian.
juga, hari ini aku belajar untuk tidak skeptikal,
dengan mana-mana manusia pun. hihi.

Sunday, June 15, 2014

kekal

aku, ada banyak impian.
semua orang ada impian masing-masing.

impian aku, sekarang, cuma mahu waktu dipaku begini. tak ada apa yang lebih indah daripada dikelilingi famili.

walaupun selalu gaduh sakit hati menyampah- indah.

entah.
tak mahu waktu bergerak pun.
sebab aku tahu yang aku takut untuk terima kenyataan bahawa suatu hari nanti-

masa tidak akan kekal begini.
ahhh.

Saturday, June 14, 2014

manusia macam aku

aku adalah manusia yang ingin setiap orang yang aku sayang dekat dengan aku

tapi pada masa yang sama

aku adalah manusia yang tidak mahu sesiapa pun dekat dengan aku kerana aku lebih senang sendiri

aku pun tak kenal diri aku. aneh. tapi begitulah. manusia pelik.

malam

aku kalau ditanya, siang atau malam, aku lagi kasih pada malam.

aku tak ada apa nak buat pun. sebab malam, gelap. sunyi. damai. aku suka. walaupun hari-hari begini.

bilik tidur aku memang dah lama lampunya tak hidup pada waktu malam. dan papa tak baiki pun. dulu-dulu suruh jugak. sekarang aku lebih suka begini. sebab memang tak perlu buka lampu pada waktu malam. jadi seawal lepas maghrib dah boleh lepak dalam bilik. diam. damai.

dan mungkin juga sebab aku tak suka cahaya. rimas. terang. gelap begini gelap yang indah. cuma satu sahaja, tiada bintang. haha kalaulah atap ini aku bisa lutsinarkan. haha.

aku suka malam.
lagi-lagi malam yang bagi aku damai.

Saturday, June 7, 2014

Abo Acube Khai

Teringat roommates.

Masa tu ada abo dengan acube je dalam bilik. Amie busy dengan mock trial so memang hampir hari-hari dia turun bawah dengan krew-krew eceh.

Ada satu petang, semua tengah tido haha weekend rasanya so memang kerja lain lepas zuhur. Satu rumah biasanya, sunyi je. Qada tido la katakan haha. Tiba-tiba dengar abo panggil aku, "ibu.. ibu." Haha bebudak rumah semester satu ada dalam tiga empat orang panggil aku ibu. Yang lain semua aizeezee. Tapi acube setia panggil aku zizie. Abo pulak hingga semester dua tegar panggil aku ibu. Lol. Tak normal budak-budak rumah aku di semester satu hahaha siot sebab tu sorang-sorang jadi rapat. Rindunya A107.

Bila di semester dua, tukar ahli rumah dapat rumah lain A206. Normal sikit sebab semua dah panggil izz. Tapi rommates aku je la yang setia dengan zizie, ibu. Auwhh. Okay sambung cerita. Bila abo panggil, tersedar. Dia nangis-nangis. Lepas tu sebagai seorang ibu muahaha pergilah turun katil tingkat dua tu bla bla bla pelok bla bla bla pujuk bla bla bla cerita auwhh bila abo dah okey dia ajak aku dan acube pergi makan sushi king. Yeayyy abo belanja hiks.

Maka keluar la pergi ecm yang sekangkang kera dari uitm tu muahaha. Kemudian kat sushi tu perghh order lah apa, abo belanja. Tapi biasalah, itu first time aku makan sushi dan entah, tak kena dengan selera kot. Haha makan pun slow je. Siap tukar lagi makanan aku dengan makanan abo sebab nampak dia punya lagi boleh telan. Masa kat kedai tengah makan-makan tu, khai join. Biasalah, nak jumpa acube dia.

Haha khai jugak yang perasan aku tak suka sushi sebab makan punya la lembab. Lepas tu depan abo dia cakap aku makan ni semata-mata nak jaga hati abo haha tak guna khairi. "Zizie makan tu sebab nak jaga hati abo je tu haha." Ingat lagi ayat dia. Dekat kuantan tiga-tiga ni aku rapat. Dan khai, aku rasa dia satu-satunya lelaki yang bukan sekelas yang aku rapat gila.

Ha'a la. Baru perasan. Khai sorang je lelaki yang aku rapat walau dia bukan sekelas. Sebab kat kuantan, aku tak peduli orang sangat. Cuma rapat gila dengan classmates housemates. Bila dah semester dua baru kenal yang itu siapa yang ini siapa. Baru mula rapat dengan kawan atas kawan. Dengan manusia-manusia tepi jalan kat dalam kuantan tu. Haha. So basically boleh la cakap aku hidup kat kuantan tu sebab ada classmates housmates. Nyawa-nyawa aku. Yang khai pun sesat boleh jadi nyawa aku jugak sebab entah, sebab dia pakwe acube kot. Acube tu aku rapat gila dengan dia. Automatiknya jadi rapat dengan khai sebab dia gila. Aku gila. Acube pun gila. Ahh rindunya budak berdua tu. Rindunya abo.

Ianya petang yang indah.
Tak tahu kenapa cerita.
Sebab teringat kot.
Atau mungkin sebab rindu kat abo acube khai.
Haihh pada diorang la aku nangis, merajuk, gila, kongsi cerita, suka tawa, lepak.

Rindu kuantan, dan setiap yang pernah wujud dalamnya.

Friday, June 6, 2014

Tak apa.

Cheongdamdong Alice.
Goddess of Marriage.
You're Surrounded.
Doctor Stranger.

Ini baru cerita yang main kat SBS. Haih melampau lampau lampau lampau lampau lampau lampau lampau lampau lampau koreanya. Sekarang dah jun. Tinggal beberapa purnama lagi sebelum september. Haihhh.

Tak produktif langsung hidup. Duduk rumah-keluar rumah-tido-makan-movies-buku dan beserta pelbagai benda yang tak berfaedah ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh.

Tak tahu la apa jadi.

Kelmarin pergi kedai buku. Lama gila dah tak beli buku. Singgah galeri hidayah. Nampak buku pujuklah hati & mungkinkah ini solat terakhirmu? Buku pts bahagian tarbiyah tu. Best buku-buku macam tu. Fikir nak beli yang mana, akhirnya ambil dua-dua sambil rasa bengang kat diri sendiri sejak bila rasa kedekut nak beli buku ilmiah. Padahal 40 rm je.

Tiap kali masuk galeri hidayah tiap kali itu mak rasa insaf noks. T_T

Aku tahu aku ini makin rebel dari sehari ke sehari. Bukan macam kakak aku. Bukan macam sepupu aku. Bukan macam kawan-kawan sekolah aku yang dulu. Diorang memang istiqamah baik tapi aku, haha selalu haru biru.

Tapi pernah baca, meski pun perlahan, jangan berhenti cari tuhan. Meski pun dah salah arah, jangan lelah untuk patah balik. Walaupun tak cepat macam orang lain. Walaupun kadang-kadang rasa macam, akulah manusia yang paling celaka.

Tapi tuhan ada.
Salah manapun-
Cari jalan pulang,
Dia pasti depakan tangan.
Lagi,
Dan lagi.

Aku pun masih lagi hari-hari perang dengan jiwa. Syaitonirrojim betul. Walaupun lima tahun sekolah agama, walaupun dulu belajar syariah dan quran sunnah bagai tapi bila dah keluar daripada persekitaran semua itu- baru rasa perang yang paling buat aku rasa celaka.

Perang untuk jadi manusia baik di sisi tuhan.

Aku tahu, aku langsung tak baik.
Cuma aku tahu,
Tuhan cuma duga di yang paling mampu.
Walaupun perlahan,
Aku tetap mahu terusan cari tuhan.

Sebab aku pernah baca, lambat mana pun tak apa- asal sampai.

Perlahan-lahan, cuba baiki. Perlahan-lahan, walau masih haru-biru.

Tak apa.
Tuhan tahu.

Thursday, June 5, 2014

Phoenix


Mungkin kau tak tahu sepenuhnya yang aku ini sebenarnya phoenix yang tak pernah akan mati

Lagi kau pedang aku
Lagi kau pijak henyak caci maki aku
Lagi kebal rusukku

Ahaaaa aku masih lagi bernafas
Ahaa aku masih tak duli kebas
Ahaaa lihat aku yang tetap bangun kembali
Kakimu tak cukup buat aku mati

(phoenix // emc shaz ft fynn jamal)

Sunday, June 1, 2014

sebab

sebab aku tak cantik, ke?

Wednesday, May 28, 2014

A true goodbye.

May 28, 2014.

So, really, no more you in my life. You can really live without knowing who am i. I will live well. Because you, do not matter anymore. Find your own love. Go back to your first love. I do not care. At all. You know what, because something better is coming my way. I will live far better. So do you. I do not keep any hatred, but i cannot love you as a friend any longer. We can just be a stranger for the time being, and we will stay like that for the rest of life i guess. Anyway, thanks for everything. For every lesson. For every minute you spend on me. I appreciate that, but our old days have been forgotten by me. Still, i remember the lessons, each of it. Thanks for creating me like this, and goodbye. A true goodbye. We will never meet again. Never. Let go of our past memories and live our own path of life. Yours and mine, are definitely different.

Goodbye, the one who i used to know.
Goodbye, the one who i used to love.
Goodbye, the one who i used to miss.
Goodbye, the one who i used to cannot live without.

Goodbye,
And live well.

*delete all the past three years memories*

*and smile*

:)

Tuesday, May 27, 2014

Isteri Adam

Memang kerja membebel je sekarang. I am that kind of kakak yang suka bebel, suka marah-marah, suka jerit-jerit hahaha that's me. Memang adik beradik macam tu tapi tak pernah simpan dalam hati. I guess itu yang merapatkan kitorang kot.

Ceritanya malam tadi. Tengah baring kat sofa tengok tv lepas tu gaduh dengan adam sebab berebut tv hahaha gaduh mulut la bebel bebel bebel. Sampai satu tahap, aku cakap karang aku bagi sumpahan yang nanti dia dapat isteri perangai macam aku.

Perghhh. Bermati-matian dia suruh aku tarik balik 'sumpahan' aku tu. Siap nak pukul-pukul lagi suruh tarik balik. Tolonglah. Tolonglah. Haha.

Siot engkau ya. Kitorang gelak je la. Akhirnya dapat tv kat aku. Cheongdam-dong Alice! Yeahhhh.

Dengan budak macam tu kena main psikologi je. Nak bergusti macam menyakitkan badan je hahaha baiklah menyakitkan hati. Hihi.

sampai waktunya nanti

dulu kan selalu baca novel alaf 21 ni. zaman dahulu kala. dalam umur 13-15 macam gitu. hahaha. baca novel cinta tak padan dengan umur.

pernah lah baca kisah kalau dah terluka, dah takut untuk sayang orang. dah takut untuk terima realiti kalau orang sayang kita. konon-konon.

masa itu mesti la fikir, tipu je semua ini. takkanlah boleh jadi kesan sampai macam itu. takkanlah boleh jadi heartless. takkanlah boleh jadi sampai tak ada hati macam tu.

memang gelak la kalau baca novel yang kisah perempuannya macam itu. gelak tak percaya. takkan lah semudah itu.

tapi sekarang, baru tahu memang betul. realitinya memang ada. baru rasa. memang rasa. nak gelak pun, mampu gelak kat diri sendiri je. hahaha. sebab bukan semata kisah yang ada dalam novel tu khayalan. bukan semata boleh cakap bodoh betul cerita tu. bukan semata.

takut untuk nak sayang orang. takut untuk terima yang orang sayang kita. itu bukannya kesalahan. kalau rasa hidup begitu lebih baik, apa salahnya. sampai waktu nanti, akan datang bila kau mampu untuk tidak terus takut.

sampai waktu nanti.
cuma pastinya,
ambil masa.

kan?

Saturday, May 24, 2014

bismillah

dengan ini-
aku move on.

ehehe. lek la. hidup ni masih panjang perjalanannya. ada takdir yang tuhan tuliskan yang paling baik.

untuk aku.
untuk engkau.
untuk setiap kita.

insyaallah.
moga yang baik-baik sahaja.
moga kuat.
moga bahagia.

bismillah.

Monday, May 19, 2014

Baik-baik sahaja

macam mana aku nak hidup tanpa ada kau. macam mana aku nak ukir senyum bila kau tak ada. siapa aku nak cari bila aku nak menangis. siapa aku nak mengadu bila aku ada masalah. siapa nak jadi tukang dengar cerita kosong aku. siapa nak marah bila aku selalu fikir bukan-bukan. siapa nak nasihat bila aku tersasar jauh. kepada siapa aku mahu pergi lagi, kalau kau sudah terang-terang tidak peduli. kepada siapa aku mahu pegang janji sampai selamanya, bila sekejap sudah termungkir. tapi jangan risau awak, aku masih hidup. dengan hati yang lompong. dan aku tak rasa yang kau risau pun. aku cuma mahu tulis. kalau kau baca, hidup baik-baik ya. jangan rabak hancur macam aku. aku tak apa. aku dah biasa. sekali lagi, aku masih rasa yang kau memang sentiasa baik-baik sahaja kan, awak?

oh, awak aku cuma kau. apalah yang ada pada kau, sampai aku masih tak mampu bawa kau keluar dari hati? tapi tak apa, aku masih hidup dan aku terus hidup. selagi aku punya tuhan, aku tak mahu sesiapa.

Bodoh & Tuhan

Tido rumah epa semalam. Pukul 10 sudah berselimut di katil. Gelap. Sejuk. Sunyi. And we talked. That heart-to-heart conversation, about many things. Tapi kalau yang paling banyak, tentang hati la.

Epa cakap kat aku yang aku ni bodoh. Epa cakap jangan jadi bodoh. Dia tahu sebab dia pun pernah bodoh sama. Tapi aku tak kesah sebab aku memang bodoh.

Bila epa turun katil menuju ke tandas, "eeee bodo la mu ni qa."

Aku sengih, "babi."

Sama-sama pandang. Kami, "hahaha."

Dengan dia boleh cakap apa je. sama sama tak betul. Kalau dengan orang tak kamceng takdenya kurang ajar macam ni. Kasar memang kasar tapi bagi kami, manis. HAHAHAHA.

Epa cakap betul, aku memang bodoh. In fact aku tahu aku bodoh. Tapi kemudian ustajah epa bagi tazkirah bagai bla bla bla.

Paling terkesan bila dia cakap, "solat malam tak before this?"

Aku jawab, "tak."

Dah lama tak terbangun. Kemudian epa cakap, "malam ni bangun dengan aku."

Shit aku rasa terpukul gila. Epa ingatkan nak apa-apa kena mintak dengan tuhan. Serah pada tuhan.

Aku cakap aku jahat. Aku tak macam diorang pakai jubah tudung labuh tak pakai handguards. Tapi epa cakap iman tu bukan ukur dengan pakaian. Kena lagi tazkirah.

Konklusinya, aku dah tak nak jadi bodoh. Dan, untungnya bila kau ada kawan yang selalu ingatkan kau tentang tuhan. Aku rasa bersyukur sangat, sebab aku rupanya sentiasa dikelilingi oleh kawan-kawan yang dekat dengan tuhan.

Yang akan perlahan-lahan buat kau mahu cari tuhan.

Demi tuhan, aku sayang kau epa.
:)

Sunday, May 18, 2014

t.t

menangis untuk satu sebab.
yang diakhirnya jadi makin hujan air mata untuk pelbagai sebab yang dah lama jadi parut kat hati.

celaka.
kenapa kau begini.

Saturday, May 17, 2014

celaka



walaupun kadang-kadang aku rasa celaka tapi celaka inilah yang buat aku jadi manusia gagah. macam, kau rasa hari ini hidup kau lah yang paling celaka. tapi kau bertahan. tetap bertahan. akhirnya kau menang. kau berjaya hidup hingga ke esoknya. esoknya lagi, kau lalui hari yang celaka bagi kau. tapi kau tetap bertahan. akhirnya lagi, kau menang jugak kan. celaka tu tak buat kau hancur kan? kalaupun hancur- kau mampu bangun dan kutip balik serpihan. dan mampu hidup dengan serpihan punah ranah koyak rabak itu- kau patut terima kasih pada hari yang buat kau rasa celaka.

sebab kau belajar jadi gagah,
di saat semuanya goyah.

my brothers






i miss my brothers.
acap mimi zam fiq.

aku selalu cakap- nanti kalau aku nak cari laki, nak cari laki yang ada gabungan keempat-empat mereka. hahaha. sungguh. manusia-manusia inilah yang jaga aku kat kuantan. yang kalau aku jatuh, diorang suruh bangaun. yang kalau aku sedih, diorang suruh gembira. yang kalau aku rabak, diorang cakap jangan. yang kalau aku malas, diorang suruh rajin. yang macam mak asyik membebel. yang macam ayah asyik menjaga. yang macam akak abang boleh berkongsi cerita huhahuhahuhahu. yang macam entah- yang macam segalanya.

aku rindu korang-
asyraf zulhilmi zamharir fiqri.



terima kasih


entahlah.

banyak lagi aku mahu capai dalam hidup. banyak lagi benda. banyak. perancangan aku senang- belajar tinggi-tinggi, simpan duit bagi mak ayah dan travel. i want to live well so my parents dont have to worry. i want to live on my own. aku mahu terbang tinggi.

truthfully, aku mula jatuh lepas zaman pmr. you know, jatuh. jatuh. exams ke mana. perangai ke mana. rebel. it is so hard to find yourself in a good way back then. aku jatuh and i cannot make my parents proud. so that is why i want to live well.

aku rancang macam macam. tapi aku tahu, yang tentukan tuhan. tipulah kalau tak ada rasa, "tuhan, kenapa begini?" atau "tuhan, apa salah aku?". tapi itu lah hidup. kau rasa benda yang kau mahu paling baik padahal tuhan lebih tahu. ada saatnya bila kau betul-betul perlu redha dan cakap pada tuhan, kau serahkan segala dengan betul-betul serah.

i am no a good girl. so faaaaaaaaaaaar away to be. banyak konflik dengan jiwa. banyak konflik dengan hidup. kalau belah hati ini- penuh dengan parut. tapi, aku masih mahu terus hidup. aku masih mahu jadi manusia. aku masih mahu terima kasih pada tuhan untuk segala-galanya. aku masih mahu pandang bintang di langit malam dengan damai. aku masih mahu belajar sampai master, phd. aku masih mahu buat apa yang aku mahu kalau diizin tuhan. walau rabak mana pun aku. walau koyak mana pun aku. walau macam mana aku buat salah lepas tu cari tuhan balik, aku masih mahu hidup.

tuhan-
kalau dengan cara begini kau mahu ajarkan aku jadi manusia;
terima kasih.

Monday, May 5, 2014

wannur's


You go girl! Stay positive. You know what they say, when we cannot get things we want, is bcuz Allah is driving us towards His plan which is ALWAYS better than ours. Life is full of surprises. And I'm glad you're STRONG enough, now! May Allah bless your journey ~

 because if one day i screw myself up then i can have a look to her words back then, so i will be able to stand up again. for one more time. i love you, wannur. :)

waktu


susah macam ni. tuhan. aku tak nak libatkan sesiapa tapi aku dah terlalu penat untuk tanggung sendiri benda yang aku tahu aku takkan dapat selesaikan. selama ni, aku takkan sesal untuk apa yang pernah. pengajaran hidup. pengalaman hidup. untuk aku. tapi untuk ini, aku harap waktunya aku boleh undur dan ubah semula. supaya sekarang menjadi lain.

kalau.
kalaulah.
kalaulah boleh.

shit, i screwed myself. god i dont know what to do.

oh. muet aku masih band 3. markah tetap naik. tapi tak sampai band 4 jugak. tapi insyaallah tak sedih boleh terima sebab memang aku dah tak aim nak ambil law dah pon. sejak final hari tu memang aim aku nak buat bachelor administrative science. memang sampai sekarang. so aku memang tak kisah la tak dapat band 4. aku dah doa supaya dapat apa yang paling baik. ini mungkin yang paling baik. tuhan tak pernah salah. jadi rasanya, uitm seremban 3, kita mungkin jumpa di sana :)

oh sebab nak ambil sn admin?
pertama-tama sebab ianya bukan pure law. nak jadi lawyer tak boleh tapi legal advisor tu boleh la. subjeknya belajar jugak law cuma dicampur dengan macam-macam lagi subjek. aku dah nak muntah belajar fully law. haha. lagi, sebab degree ni cuma tiga tahun. lepas tiga tahun ni aku ada perancangan sendiri mahu sambung belajar apa lagi dan di mana. insyaallah. dan mungkin sebab akan belajar di uitm seremban 3, haha aku terpikat betul dengan uitm tu. mungkin sebab dah biasa dengan fakulti kecil di kuantan. banyak la sebabnya.

insyaallah ini yang terbaik. :)


Thursday, May 1, 2014

untuk kuantan, yang aku rindu


aku rindu kuantan.

setiap detik yang pernah ada, yang pernah jadi, semuanya aku rindu. selama ini, macam mimpi je kalau rasa nak dapat kawan sekelas yang memang semuanya rapat dekat di hati. mimpi. tapi bila datang kuantan, tuhan bagikan gorgeous g. di seumur hidup aku, inilah kelas pertama yang setiap seorangnya sangat rapat dan sangat keluarga. sangat keluarga. sangat mendukung antara satu sama lain. sangat penyayang. sangat memberi inspirasi. sangat budak-budak. sangat matang. sangat manis.

inilah. gorgeous g.

kuantan, kuantan ajar aku untuk terima setiap manusia seadanya. kuantan ajar aku untuk sayang setiap manusia atas apa adanya dia. kuantan ajar aku untuk kuat terus bertahan. kuantan ajar aku untuk terima manusia. kuantan ajar aku untuk tidak jumud. kuantan ajar aku, yang cinta memang ada di mana-mana untuk setiap manusia. kuantan ajarkan aku, keluarga yang bukan dengan pertalian darah.

mula dengan jun 2013 hingga april 2014, kuantan adalah momen yang sangat indah. walaupun kadang-kadang menyakitkan. tempat mana yang tiada jalan ditabur duri? tapi kuantan ajar aku, pedulikan duri. terus bertapak. sampai mampu. setiap air mata yang tumpah, setiap hati yang terguris, setiap peluh yang habis, setiap sedih yang menyelubungi... setiap satunya, ajar aku untuk hidup.

tapi, kuantan cuma yang indah-indah sahaja di pandangan mata. kuantan tetap bersinar walau langit malamnya jarang berbintang. kuantan tetap damai walaupun setiap detiknya penuh dengan jeritan ekzos kenderaan yang tak pernah penat buat kami mengamuk. haha. kuantan tetap kampung di hati walaupun ianya adalah bandar yang tidak pernah tidur.

kuantan, yang pernah menjadi rumah kedua aku.
kenalkan aku dengan keluarga kedua aku.
mujurlah cuma hampir setahun, kalau tidak- memang aku obses dengan kuantan.

aku ingat lagi, khamis, malam. malam terakhir untuk lena di rumah itu. jadi, aku pergi ke balkoni belakang. duduk. diam. menikmati kuantan dan seluruh isinya. menikmati bunyi kuantan pada malam hari untuk terakhir kalinya. sedar, aku tak akan lagi berada di detik itu pada masa hadapan. tiba-tiba, air mata turun. laju. sebak. bilamana harus pergi daripada kuantan. kota cinta aku. menangis teresak-esak sendirian. tanpa sebab. cuma kerana, sedih untuk berpisah dengan kuantan. kemudian, faiz datang. dia diam juga di sisi aku. dia pun menangis sama. tanpa sebab. macam aku. kami tak bercakap langsung sama sendiri. kami di tempat yang sama dan menangis tanpa peduli apa. tanpa peduli waktu. tanpa peduli ketika. menangis kerana kuantan, malam ini akhirnya.

cuma yang pernah merasai akan tahu perasaan ini.
bilamana harus pergi.

dan kuantan, walaupun cuma ibarat sedetik aku helakan nafas-
sampai mati dalam ingatan.

kuantan, untuk setiap satunya hidup yang engkau beri aku nyawa sebagai manusia lemah gagah-
sebagai seorang izzati, izz, zizie, aizizi, ibu, gigie, bucuk, hensem-
secara literalnya sebagai seorang izz juga zizie;
terima kasih.

tuhan,
terima kasih.

























kuantan,
kita pasti jumpa lagi.

:)


ps- beribu-ribu gambar kuantan. kalau boleh, setiap satunya aku mahu cetak. alahai. tapi biar dalam ingatan, sudah lebih daripada cukup.