selamat malam, malaysia.
selamat malam, dunia.
selamat malam, manusia2 kesayangan tuhan.
kalau diharap2, harapnya masih ada esok untuk setiap kita.
moga, moga setiap kita, bahagia dengan cara kita sendiri. dengan setiap apa yang dibagi tuhan.
* * * * * *
jihah cakap, aku suka perhatikan orang. berapa tahun kot jihah kawan dengan aku. jadi mungkin dia perasan kot. mana taknya, kalau orang tukar spek pun aku boleh perasan.
seronok sebenarnya tengok orang ni. rasa macam kau dalam dunia kau, dan ada macam2 karakter depan mata. dan, mungkin, kau boleh belajar tentang apa2 sahaja, daripada apa yang kau lihat.
cubalah.
* * * * * *
madly in love. tengok tak tengok je cerita ni. makin meluat dengan cerita bilamana dua2 sama cinta- tapi terpaksa berpisah sebab orang ketiga. bila dah berkorban, ingatkan bahagia- rupanya orang lain pula banyak masuk campur tak nak bagi orang bahagia.
kenapa ya, kita suka campur tangan macam kita tahu segalanya tentang orang di sekeliling kita, sedangkan dia pun masih kurang mengerti dirinya sendiri?
kenapa ya, kita sering lagak tahu kita punya mahu yang paling baik dan paling boleh julang bahagia?
kenapa ya, kita asyik fikir, jalan kita sahaja yang akan bawa menuju gembira?
haih, malas dah nak tengok madly in love. sakit pulak hati kita eeeeeee rasa nak nangis je bila tengok cinta tak bersatu tak dapat bersama sebab keadaan sedihnya sedihnya sedihnya.
sebab dalam hidup, sebenarnya sama je dengan apa yang kita lihat dalam drama. kebanyakan.
* * * * * *
selamat malam, bintang di langit.
moga dibangunkan tidur mentari di esok pagi.
No comments:
Post a Comment