Thursday, July 31, 2014

MAJESTIC


my perfect imperfect family is majesctically majestic.

raya ketiga dan keempat, ada sambutan hari keluarga mek nochu kat pantai perkasa punya resort. aktiviti keluarga, makan-makan mandi pantai lepak cakap-cakap borak-borak.

petang yang pertama, duduk di pasiran pantai. yang laki-laki kebanyakan dah terjun laut. maka kita, yang perempuan-perempuan, duduk borak-borak sambil pandang pantai. damai. pantai, mana pernah tak damai? lama kemudian, pergi duduk dengan yah dan kakak di hujung sikit sambil jaga nawal. duduk, dan borak pn boleh jadi damai. haih, keluarga.

malamnya, makan-makan. barbeque. masuk dewan siap ice-breaking, cabutan hadiah bagai. gelak-gelak. satu dewan tu penuh dengan keluarga. kemudian, makan-makan lagi. main mercun bagai. dalam pukul 11 malam ke hampir pukul 12, ajak yah jadi musyrif ececece teman aku kakak atin bilah kak siha pergi duduk kat pantai. sebenarnya masa kitorang tengah on the way ke pantai, yang lain on the way balik dari pantai lepas main mercun. dasaaaar. haha tapi heret jugak yah temankan. mana boleh tak ada laki-laki langsung. walaupun dekat, tapi dah malam larut sangat.

apa lagi, baringlah. masyaallah. tuhan je yang tahu betapa sempurnanya langit. pantai tu memang dah gelap. cuma bercahayakan bintang. baring di atas pasir, pandang atas masyaallah tak ada yang lebih sempurna pemandangannya masyaallah macam pandang lukisan masyaallah indah tak tahu dah cakap macam mana. pandang je. pandang. damai. lepas tu pejam, tidur.

bertemankan langit bintang, bermelodikan ombak, berselimutkan bayu, berlantaikan pasir, dan damai itu datang. dengan suara-suara orang yang dikasihi berbual-bual di larut malam. pejam, betul-betul pejam. bukan senang nak dapat peluang damai macam ini. masyaallah. dalam pukul 1 lebih baru kena heret balik. hahaha. tapi buka-buka mata jah, sorang-sorang datang. aniff dengan arif la. ijak dengan iqram. alah, dekat je pun dengan chalet. langit malam itu betul-betul majestic!

esoknya, pagi yang laki-laki subuh lagi dah turun ke pantai. memang aktivitinya main pantai je la. bermonopod. main bola-bola. haha group dengan anis. dapat nombor dua dan tiga yeah. lepas tu kan, naik banana boat yayy. asalnya tak nak sebab tak nak basah. renyah. tapi arghh tak boleh tahan godaan. naik banana boat dengan yah, dibah, bilah dan abah long.

nak dijadikan cerita, abah long terhuyung hayang sampai banana kitorang terbalik kat tempat yang agak dalam. sebab yang lain-lain sepatutnya terbalik kat  cetek je tempat famili kitorang mandi-mandi. haha abah long la ni hilang imbangan. semua orang jatuh. haha. dalam hoii dah la aku reti berenang katak je. tertelan air satu baldi. kalut gila kitorang bertiga. yah dengan abah long je la yang cool. ye la, lelaki. berenang punya berenang, tak gerak. hahah. masih kat tempat sama. bantai gelak je. sambil telan-telan air. yang famili kitorang pun dah gelak-gelak. nak pergi tolong, jauh sangat.

akhirnya, dengan bantuan yah, dia tolak je life jacket aku dan dibah haha sebab kitorang dua paling kalut. bilah dengan abah long haha. jadinya bila dah dekat dengan tempat budak-budak ni main, ijak dengan yoe datang heret aku. hahaha. aku cakap kat ijak, heret je la. dah tak mampu nak buat apa-apa. aku pun terlentang je la kat laut biru terbentang luas tu sambil pandang langit. haha. semua bantai gelak. lepas tu kena kelas terapung dan berenang dengan aniff, yoe, ijak, yah. haha.

main, main dan main. lepas zuhur tu, balik lah. the mek nochu's family day ended there. and i wish, all these moments will stay in my life story forever. i love my big family so much. so much until i want all of us meet again afterlife in heaven. ya allah, please grant us jannah ya allahh so that we can stay as a family forever in heaven and earth.

thanks for the memories, my loved ones. :)
pantai perkasa chalet, 30072014-31072014.
we are mek nochu's!

--sebab kat dunia ni, tak ada orang yang boleh terima setiap inci baik buruk engkau dengan apa adanya, kecuali keluarga.
--sebab dalam dunia, engkau cuma akan rasa keseorangan bila engkau dah tak punya keluarga di dunia ini.
--sebab di dunia ini, ada angels yang tuhan kirim-pinjamkan untuk setiap kita; KELUARGA.






No comments: