Saturday, April 30, 2016

sejenis positif


rasa macam semangat dari kem kat a famosa seminggu lepas dah hilang. hahaha. bencinya. nak pergi kem balik. nak kena brainwash lagi. rindu nak kena brainwash ikhlas macam zaman sekolah. dah bertahun tak rasa. tiba-tiba rasa, perghhh, deep sampai ke hati.

tak tahu lah apa yang dipenatkan. kerja bertimbun tak sudah-sudah jugak. habis satu, satu datang lagi. tapi perasaan rajin tu makin lama makin pudar. tahu kerja banyak, tapi, progres slow. macam mana tu? nak salahkan siapa kalau bukan diri sendiri? tapi, bila dah selesai menyalahkan, alahai, bila penat, rasa nak give up balik.

kenapa susah sangat nak kumpul kekuatan tu?
kenapa susah sangat nak jadi positif?
kenapa susah sangat nak hadap kerja biar cepat siap walaupun tak pernah habis?

haritu kan aku cakap cuti midsem tak balik. hahaha. tapi, aku memang tak boleh pakai sikit kalau berbelah bahagi. malamnya, terus cari tiket untuk balik esok. nasib baik ada hihu. tapi, balik kejap je lah ganu. khamis dah ada kat kedah balik, nak settlekan program delegasi umk dengan budak-budak ni. lepas tu sabtunya, ke kuala lumpur. pontenglah kelas ahad sehari. masa tu memang rasa escapism betul! haha. sempat tengok wayang dengan nek, itupun nek belanjaaaa thankyouu. rasa macam pengganti atin pulak sobsobsob duk bayaq itu ini untuk aku. nasib dapat sepupu baik macam gini, haha rindu pulak lol. esoknya nek yang hantaq, lepas tu baru pi melaka ramai-ramai.

punyalah susah nak positifkan diri, sebab sorang-sorang! tapi, betullah. kita fikir positif, kita dapat positif. dapat kawan-kawan baru, uni macam-macam.. course pun hebat-hebat. walaupun empat hari je duduk serumah, tapi gaya macam berkenalan dah lama. macam jenis-jenis kawan sekolah menengah. alahai rindunya. dah habis kem sempat cikda bawak pusing melaka. wow, aku tak sangka aku boleh jatuh cinta pada melaka. rinduuuuuuuu. esoknya balik kl, cikda hantaq terus pi tbs nak balik uum.

tak tahu lah. rasa macam gila sikit la minggu tu. ganu-kedah-kl-melaka macam roda duk berputar, penat. itu yang duk tangguh kuiz process writing, exam criminal, exam islamic banking. tak sudah-sudah hahaha nak menangis jap. rabu ni dah la exam tort. esok dengan khamis cuti. exam semua nak setel minggu ni.

mampu berhuhuhuhu. tapi, aku yakin semua ni akan setel jugak.
aku kena percaya aku boleh!

okeylah, dah senja. nanti aku cerita apa yang best kat kem tu. banyak ilmu dapat, sebab semua orang hebat-hebat. rindu.

doakan aku kuat!
dan bertahan.

(tak tahu lah, tapi keazaman yang tertanam sejak dari kem tu masih ada walaupun hanya tinggal bara. takpe. aku percaya nanti jadi api balik. jangan putus asa!)



#hingaq


dari lepas isyak sampai sekarang gigih duk siapkan buku log kembara nak kena hantar esok. tapi tak larat dah! sambung pagi esok. nasib baik kelas tengah hari. T_T


video

semalam muz dengan nas duk ajak budak-budak ni yang free pergi talk #awas kat sac. sebab esoknya kan jumaat, lepas tu rasa macam bosan sangat kat bilik (perlukan udara segar walaupun pi jalan-jalan dalam uum ja, asalkan keluaq dari bilik) makanya, nak ikut nak ikut!

dan sebab program muz dengan nas kan, so macam, haaa boleh la pergi je la. kejap je pun. memang kejap pun encik jpj tu bagi talk. kami semua duk sebaris kat kerusi, haaa, bergambaq dan makan ja lebih. bukan fokus sangat. tapi adalah jugak fokus tu. 

lepas habis talk, pi karnival tissa. saja jalan-jalan cari makanan. alang alang kan. hahaha sementara nak pi gerai makanan, lalu belah baju-baju dan tudung-tudung. riuh la duk ajaq muz, mal dengan ewan tentang jenis-jenis tudung. bubble shawl tak bubble shawl, bawal tak bawal, bawal monochrome tak monochrome. hahaha. depa duk geleng kepala ja padiaaaaa entah. 

sebab duk hingaq tak ingat dunia malu kat orang, adalah dekat tiga kali si mal duk ketuk kepala aku dengan sling bag dia. sebab duk buat perangai kat gerai orang hahahahahaha padiaaaa bukan aku sorang hat hingaq! orang lain hang tak ketuk pulak hahaha masa ni lah aku duk mengadu kat eizah. depa pulak duk geli lalalala.

yang tak tahannya, adalah jugak dia duk peteh ganu peteh aku masa tengah berjalan buatnya tergolek tak ke naya tapi boleh pulak dia jawab kat eizah masa eizah marah dia duk buat lagu tu kat aku takut aku jatuh, "sebab aku tau izz tu kuat la aku buat." ahahahahaha auwwwwww babs takde kaitan langsung.

duk pusing-pusing, ambil gambaq lepas tu duk hingaq sana sini akhirnya pulang selepas menemui makanan untuk dibungkus.

malam itu manis sekali, walaupun masing-masing memang pantang berkumpul mesti perangai kuanghajoooooo loqlaq entah apa-apa. aku sayang depa ni. rakan sekerja gittew tapi bukan rakan sekerja dah, dah jadi keluarga kat sini.

ni lah antara manusia-manusia yang duk bertengkar, bertekak, berpickupline, berstudio, berstudy, berpaperwork, bermeeting, bermakan, bersedih, bergembira, bercacimaki, bergurau, bermarah, berpillowtalk, berjerit, bermovie, berlepak, bergaduh, bermenganjing, bernasihat, bernangis.. dan sebagainya yang haru biru.

video


28042016, sintok.
enjut. zah. mekbudu. kinsdra. embun. manggis. sado.



Thursday, April 28, 2016

wawasan yang hilang



setiap kali dah mula serabut dengan segala exams dan assignments, mesti keluar dari mulut, "aku salah ambil kos."

dan kawan aku akan cakap, "hang ni tiap kali nak habis sem je mesti duk habaq lagu tu! dari sem satu lagi. sem lepas nak ambil hospitaliti. sem ni nak ambil tourism. haa sem depan nak ambil kos apa pulak?"

hahahaha. sebab tiap kali nak habis sem itulah saat kritikal.
benci.

walaupun dikelilingi oleh kawan-kawan yang hebat dan pandai, tapi aku tak pandai pun. aku tahu aku kena belajar, tapi setakat belajar je la. macam, macam mana aku kena belajar sejarah etc untuk exam spm dulu. bukan macam, macam mana aku belajar english etc untuk exam spm dulu. 

aku tak tahu mana nak cari passion tu.

paling-paling, kalau bosan tak faham lekcerer mengajar apa kat depan, duk buat seni dengan puisi kat buku nota. memang takde kerja lain. sebab nak tido memang tak boleh, haha. selama empat sem ni memang aku duk harap kat kawan-kawan lah duk ajaq aku duk push aku duk buat macam-macam takmau bagi aku jatuh. depa pun memang aku tak tau lah nak habaq lagu mana, hang bayangkan tiap kali final exam je, malamnya tu mesti duk ajaq aku satu-satu, duk bagi aku case senang nak hafal, duk bagi semangat walaupun aku macam orang gila duk mengagau bila lah nak habis penyeksaan ini kehkehkeh. 

tapi, tak adalah teruk sangat. aku suka je hidup macam gini. cuma macam bosan sikit lah sebab perasaan tu macam tak beria sangat hahaha. dah cuba nak beria tapi macam tak kena jiwa. tapi, aku harap aku dah bertahan sampai habis. lepastu nak sambung buat master bahasa melayu pulak! hahaha. macam takdak kaitan kan. apa-apa lah.

doakan aku.
doakan aku dan kawan-kawan.

supaya depa dapat capai apa-apa pun impian depa.
dan impian aku?

haha spesies takdak wawasan sebab aku pun taktahu nak habaq impian aku apa.
dah besaq tapi duk mamai lagu ni lah.
haihhh.





selamat malam, sintok!
(yang hangat biaq pukui dua pagi pun huhu)



PS. aku rasa aku sorang ja duk melopong jawab midsem test admin tadi! hahahahahahaha menyampah takmau belajaq dah takmauuuu! baik tidoq ja malam tadi kalau tahu nak jadi lagu ni




Tuesday, April 12, 2016

tidoq ja!


rindu.

rindu sangat-sangat. tapi, tahan je. tahan. sebab aku yakin, tuhan yang bolak-balikkan hati. macam mana sakit pun, macam mana pedih pun, macam mana rindu pun.. biar. aku dah malas nak ambil peduli. sebab kalau dilayan, makin gila! ya, semua ini gila. berjuta kali dah aku sebenarnya berharap dalam hati, alangkah bagusnya kalau semua ini tak terjadi.

itulah, bodoh sangat siapa suruh, kan seksa sampai bertahun-tahun. sakit, sakit sangat. tapi aku yakin semua ini akan hilang juga suatu hari nanti.

be it three years more, five, seven, or ten.. at the end, this stupid stuff will come at its end. until then, i will just live in the moment. maybe i become like this because i have no one to share my story with since then. plus, i seldomly have time to write, write and keep on writing what i feel neither jotting down the paper nor online. and somehow my heart will burst out ridiculous stuffs and matters!

i am sick for that.
i am so pissed off.
by myself.

i hate myself for staying like this but i could not, because thank you, for being strong enough until now. (proudly tepuk bahu sendiri) (rasa nak menangis balik) (ENOUGH. ENOUGH)


*pasang lagu sayang//faizaltahir*

sayang
tidur saja sayang

lupakan saja yang semalam 
tidurlah mimpi indah


tak tahu lah kenapa sejak kebelakangan ini, makin menjadi-jadi tidur aku! sejenis yang tiap kali pejam je tidur. rasa macam tak mampu dikawal hahaha. dimana sahaja, bila-bila. tengah rehat, pejam. letak kepala atas meja, pejam. baring atas lantai dalam bilik jkps/aktivti, pejam. tengah tunggu nak makan, pejam. haritu, tengah tunggu nak naik bot nak rafting pun sempat pejam.

tak tahulah. ibaratnya tidur dah jadi sejenis escapism selain baca tulis? hahaha what a life. kesian.

boy, nef dengan budak-budak ni asyik aim aku masa camping kat sungai sedim haritu, "hang ni bila ja yang tak tidoq?" (sambil geleng kepala)

AWATTT? aku tak kacau orang pun. haha. eyyyy.

.
.
.
.
.
.

aku penat.

serious talk, penat.

(okay aku nak pi tidoq. sebab dengan tidoq, walaupun amnesia sekejap, dah cukup)


i thought that i would have you forever
i thought that i could talk to you until midnight

i thought that i could count on you and ask you to go nowhere
i thought that you will stay
i thought you will buy me a lot of ice creams
i thought you will never actually leave me
i thought you will never let me live without you
i thought i hate you.




jangan pergi dulu. 

Wednesday, April 6, 2016

matahari


malam ini sir ashok buat kelas malam. yeayy, kelas malam. penat, tapi aku suka kelas dia. kami suka. kami boleh anggap sir macam inspirasi la. bayangkan, dia lawyer, mai mengajar uum ada driver weh, bmw lagi. beriaaaa duk cari mana kereta sir mana kereta sir hahaha. kitorang tanya lah, kenapa sir mengajar? (padahal duit dia tu, perghhhh, berkepuk aku rasa) sir cakap sebab memang passion dia, jenis suka mengajar. dan, sir cakap, kalau bukan lawyer yang nak mengajar budak-budak law ni, siapa lagi? yang boleh bagi kefahaman yang sejajar, hahaha. dan kitorang pun macam, sobsobsob sir.

masa awal sem hari tu, aku rembat selimut dengan baju kedah tok bawak datang sini. saja. rindu.

malam ini pergi kelas pakai baju kedah tok, sarung dengan cardigan. sebab, rindu. tambah-tambah, lusa dah start cuti midsem seminggu tapi aku tak balik. sebab, ada program delegasi dekat kolej. tapi, boleh je nak balik dulu sebelum program tu tapi memang kejap je la kan cerita diaaaaaaa, dan aku ni, kalau dah balik rumah, memang liat lah nak datang sini balik. penat wuuuuu menangis dalam bas! hahaha bencinya diri sendiri. penat tau tak, penat.

dan, sebab lepas cuti midsem ni memang ada exam midsem untuk semua subjek. jadi, aku perlukan masa untuk arrange balik hidup aku, terutamanya dalam pelajaran sebab all this while, aku macam hidup dengan merepek dan tak terurus. ya tuhan, apalah nasib pelajaran aku. sebab mostly siapkan assignment + presentation + tuto je. ulangkaji apa bagai masih ke laut sebab busy dengan nak settle-kan program-program kolej di sebelah malam dan weekend. lagipun, nak kena kemaskini rekod-rekod laporan untuk banyak benda alahai banyaknya kerja yang nak diatur balik.

sabar okay, sabar.

tapi, aku lagi suka hidup yang 'penuh' begini daripada 'kosong' sebab masa memang tetap akan 'hilang'. cuma, aku rasa lebih bermakna dan bertanggungjawab sejak hidup begini. dengan nak bekerja sebagai pelajar dan bekerja untuk kolej, rasa macam entah, memupuk rasa tanggungjawab? dan lebih menghargai masa bersama yang tersayang? dan lebih baik daripada dulu-dulu kalau tak ada kerja ke bosan ke, mereput dan tidur?

haha. you can do this, cokelat orked!

masa balik kelas malam tadi, sukun-sukun ni gelakkan baju aku. hahaha bij masing-masing. tapi, perangai kami memang macam gini, kalau dah namanya group tembikaii kan hahaha kisahh pulak. bila aku cakap baju nenek aku okay. rindu. sebab tu pakai. terus masing-masing sobsob. haaaaaa. baju kedah sarung cardigan pakai jeans hahaha wanie cakap awat tak pakai kain batik terus. eyy dia ni. karang ramai pulak berkenan gadis melayu terakhir kahkahkah.

aku rindu tok.
rindu keluarga.
rindu semua orang.

tok, ika janji belajar betul-betul. sungguh-sungguh. (walaupun main-main gak aaaaa sebab bosan kot belajar law huhuhu) tapi memang dari awal lagi ika jejakkan kaki kat sini, dengan niat, semua ini untuk keluarga kita. untuk kita. untuk tok, acu, mok ngoh, mama papa, kakak adik-adik dan kucing-kucing huwaaaa rinduuuuuuu.


p/s; nak kerja dengan ITBM. serius! memang azam dalam hati. sejak jumpa dengan abang ITBM dalam van buku masa pesta buku tu, perghh, sejak tu lah, melampau-lampau keinginan yang tersemat jauh di sudut hati paling dalam gitu.

dengan tak malunya, (bersila di atas lantai van sambil belek buku)


"abang, macam mana saya nak kerja sana?"

"adik bila habis belajar?"

"dua tahun lagi bang. lambaaaaaaaaaaaaat lagi."

"haaaa, habiskan dulu belajar tu. lepas tu mintak lah nak kerja ITBM."


bla bla bla. okay abang. saya habiskan belajar dulu.