Wednesday, August 26, 2015

biar


berjalan pergi dari seseorang dalam hidup, mungkin orang akan bilang jahat.

seharusnya ketahuilah bahawa di setiap detik yang masih kita bertahan, mungkin cuma akan meranapkan dengan lebih.

ada keadaan yang tidak akan terubah,
sekalipun kita sudah hidup dengan amnesia.

dan ceritanya, parutnya tetap akan di situ. tidak ke mana. setiapnya seperti menabur garam di atas luka torehan. 

lalu dapatkah kita akan terus menekan diri, katanya, "tak apa. tak apa." sampai mati. mati, dan mati lagi berulang. atau pergi sahaja. mungkin takdirnya memang begini.

biar mati di situ.
walaupun tidak ada kubur, kita tahu di mana ianya harus bersemadi.


Wednesday, August 19, 2015

izz & uum


aku asyik cerita tentang uitm kan? jarang sangat cerita tentang uum. haha. entahlah. tidak dapat tidak, uitm pegang hati aku macam cinta pertama. sayang uum? mestilah! tempat jatuh bangun perghhhhh. aku tak rancang pun nak sambung study kat uum. masa buat asasi kat kuantan dulu, pernah lah kan cakap-cakap, kalau tak lepas uitm nak pergi uum la bla bla bla. itu semua macam, cakap kosong. gituuuu. tapi, lepas habis asasi, sambil goyang kaki duduk rumah, hantar jugaklah surat rayuan (manual) ke uum. saja, sebab kawan-kawan hantar. haha, nak hantar jugak. gigih bukak buku darjah 6 cari format surat rasmi, surat sokongan bagai. sehinggalah dah nak daftar uitm seremban, uum macam sepi je. bajet memang tak ada rezeki la kan. so, macam tak apalah. kisah pulak. sebab dah redha. haha kawan-kawan pun ramai sambung uitm seremban. uitm seremban pula ya allah baru gila cantik sofistikated wow.

tapi, aku tak ngam sangat dengan apa yang aku belajar kat uitm tu. kat sana ambil sains pentadbiran. haha kau bayangkan business mathematics dia macam add maths. !@$%%^&@$^**%##!!! hahaha. aku ingat lagi kuiz madam buat, soalan pertama pun dah tanya ika kat sebelah! (ya, sesiapa yang kenal aku tahu macam mana sucks nya aku dengan maths) (apatah lagi addmaths huhu) haha kelas accounting macam !@#$%^*#@! lepastu kelas management memang aku tido je. tapi serius dewan kuliah dia memang cenggini haaaaaaaaaaaa (angkat ibu jari) tapi ye la, still rasa macam, hmmmm. kolej puteri mayang selida siap ada lif lagi haaaaaaa. surau dia ya allah best gila. biasalah, fasiliti baru. mana tak sayang.

lepas tu, adalah suatu hari tu aku dan kawan-kawan yang hantar surat kat uum tu dapat call. dia suruh pergi temuduga kat uum kl. haaaa gigih kau bangun awal pagi pergi berempat je dengan fiza, ika, acap. balik tu kemain naik ktm haha. bila lalu bawah terowong, buat muka whoaaaaaaa (biasa laa, tempat kita takde kehkehkeh) 50-50 pergi temuduga tu sebab fiza beriaaaaaa sangat. aku macam, okaylah, pergi je la. dapat tak dapat lain kira.

(malas nak cerita pasal temuduga. bayangkan temuduga macam kebiasaan haha)

oh tapi aku pergi temuduga tak cakap kat parents pun. sebab tahu diorang takkan bagi. hahaha. (jangan ikut perangai macam ni) masalahnya, bila balik temuduga tu, membuak-buak jatuh cinta dengan uum. rasa nak lari pergi uum. hahahahaha. rasanya seminggu lepas tu dapat call, dia cakap dapat. oh yeah. kawan-kawan aku pun dapat sama.

tragedinya bermula di sini. mak ayah aku habis-habisan menentang. sebab aku tahu hari selasa. khamis tu dah kena pergi uum. mak ayah baru datang tengok aku minggu lepas. memang macam orang gila la aku (dan kawan-kawan) menangis sana sini. fikir macam mana nak pergi uum sebab mak ayah aku memang takkan bagi. tapi, aku tak tahu betul ke tak keputusan yang aku buat ni. apa yang aku tahu, aku takkan boleh stay kat seremban dah. aku nak belajar law. kalaupun aku menyesal di kemudian hari, aku sendiri yang akan bertanggungjawab. haaaaa. akak aku punyalah jadi mediator antara aku dengan parents. call parents. call kakak. call parents. call kakak. call parents. call kakak. haha. drama gila. sambil kawan-kawan aku fikir macam mana nak bagi aku pergi jugak.

ingat lagi, malam tu kami kumpul kat kafe. aku dah give up. maybe korang je yang patut pergi. tapi diorang marah aku. diorang cakap, diorang takkan tinggalkan aku kat sini. hahaha. air mata aku dah satu baldi kot sepanjang masa tu. diorang cakap, takpe, pergi sama-sama. bahagikan barang. aku pergi dengan fiza. barang-barang bahagi letak dengan ika, acap. :( masa tu, tuhan je la tahu. aku taknak menyusahkan, tapi diorang insist. mana nak cari kawan macam ni? sampai mati aku ingat. akhirnya, akak aku pujuk kot, jadi parents aku pun bagi lah aku pergi. sukahati aku. haha. jadi dalam masa sehari tu kami semua setel surat, borang bagai... yeah, goodbye uitm. i dont wanna leave. but i have to.

well, hello uum.

tak tahu kenapa aku tinggalkan uitm yang sofistikated tu dan sambung belajar kat hutan sintok. haha. dah dapat bilik best, rela pergi duduk bilik lama kat uum. orang cakap, uum tak ada apa. dalam hutan. payah. aku pun ingat macam tu. tapi semua tu salah. haaaaa, uum ada segalanya. hutan bandar haha. walaupun tak canggih mana.

the struggle was real. kami pergi sana, tak ada orientasi. masuk pun dah nak dekat bulan 10. uum tu besar gila. BESAR GILA. and kami bagai rusa masuk kampung. nak naik bas macam mana. dewan kuliah kat mana. kelas tutorial kat mana. semua belajar sendiri. discover sendiri. di sinilah bergunanya pepatah, malu bertanya sesat jalan. nasib baik budak uum baik-baik! hahaha. (malas nak cerita tragedi-tragedi haha)

dan, tak sangka. dah habis tahun satu. tipulah kalau cakap, tak pernah terfikir kenapalah aku datang sini. kenapalah aku buat semua ini. kenapalah aku ada kat sini. but the fact is, aku sayang uum. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat hidup empat tahun. insyaAllah. setahun kat sini, ajar aku macam-macam. pahit manis semua ada. biasalah kan. semester satu macam chapter satu, baru nak belajar.. baru nak hidup, baru lah. baru. semester dua macam disaster sikit. haha, bukan sikit. banyak. betul-betul menguji. but, it happened. and, lesson learnt.

orang cakap, belajar mana-mana pun sama. memang sama, tetap ada pahit manis. cuma, bila berkelana ni, macam-macam lagi lah yang kita rasa. semuanya berbeza. tapi, hidup memang macam ni kan.

aku tak pernah move on daripada uitm dan seisinya. tapi, kawan-kawan aku semua dah bertebaran. uitm. ukm. usim. mmu. semua sebab nak kejar cita-cita masing. aku pun sebenarnya tak tahu apa yang aku nak buat in future. tapi, apa yang pasti... aku nak habiskan semua ni dan aku akan teruskan jalan yang aku pilih.

macam mana hidup aku penuh pelangi di uitm, macam itu lah juga hidup aku di uum. so, sesiapa yang dapat uum (sementelah keputusan upu dah keluar)... you will have a great life ahead! serius serius serius. mana lagi nak cari pensyarah, kawan (yang sumpah baik!) (tapi bergantung la kan) dan litar go kart dan wifi laju gila dan bas sistematik dan dewan kuliah yang old skool tapi cool dan rusa dan kuda dan burung unta dan kolam renang dan gim dan mall dan ya allah sebagainya! jangan skeptikal macam aku dulu hahaha :)











p/s: awkward sangat bila masuk kereta masa cuti midsem uum tahun lepas. sebab rasa macam kahwin lari. lepastu balik rumah. nasib baik tak bawak suami! hahahahaha. but things turned out good. everything was okay. =D

p/s: uum ada langit malam yang sangat cantik. sebab hutan kan. memang bintang-bintang tak terhilang dek biasan lampu. antara salah satu sebab aku jatuh cinta.


Monday, August 3, 2015

f


failed.
gagal.

macam mana kau nak bangun balik di tahun dua? you are falling way too deep. 

sh*t you, dearself.