Thursday, November 20, 2014

lee seung gi saya


hari ini kelas hubungan etnik. kelas yang paling rilek di sepanjang semester satu. macam belajar sejarah, tapi sivik. haha. macam tu la. adat budaya bagai. whoa. dalam kuliah hubungan etnik, aku ada crush. hahaha. mamat chinese ni muka dia, sebijik macam lee seung gi. takde la sebijik tapi kalau tengok perghhhh melting kalau masuk dalam freezer pun belum tentu beku. ngahaha.

tapi, masalahnya, aku je. yang erra, fiza, nani... semua terpaksa menenangkan aku dalam kelas etnik. hahahaha. ya allah. perempuan -_-"

dan bila kelas dah nak habis, dr cakap, minggu depan kelas terakhir. lepas tu takde dah. sebab final exam akhir bulan 12 nanti. sedihnya aku. sebab tak dapat jumpa lee seung gi aku dah. bukan tak dapat jumpa, lebih kepada tak dapat tengok dan perhati dari jauh ngahaha.

nama dia pun aku tak tahu.
apatah lagi biodata dirinya.

wahhhh.

dan kelas hubungan etnik satu-satunya tempat pertemuan kami. wakaka. sadis gila bertepuk sebelah tangan. haha. kalau nak terjumpa terserempak kat seberang jalan tepi taman itu memang peluang 0.01% hahaha universiti ni besar nak mampuih.

boleh tak kelas etnik ada sampai bila-bila? hihi. gatai.

tapi sedihnya saya.
minggu depan sekali je lagi.

untuk sekali lagi.
amboi, drama.

*menangis*




gila tak hensem ka?! hahaha
(-______-)"



p/s- tengah baca case yang madam azlina suruh review. huahuahua. aku ni dah la macam siput sikit bab-bab nak faham kes omaigod pebenda la noscitur a sociis ni siapa punya kerja yang buat istilah-istilah latin ni hmmm doakan saya semoga rajin dan sel-sel otak laju berhubung.

p.s ii- aku serius sedih ni. haha. T_________T



1 comment:

Syahirah Ruslan said...

omg. comelnye! ><

*Imagining the situation when your friends try to calm you during that class hehe