Tuesday, June 17, 2014

goddess of marriage


cerita ni drama korea yang paling panjang kot pernah aku tengok. 36 episod. tapi baru tengok sampai episod 35. jadi, siapa-siapa yang nak kahwin awal tu, atau rasa kahwin itu semua benda yang indah-indah sahaja boleh la tengok drama ni.

sedih woi sedih. bila dah nak last episodes, kalau tak menitik air mata sekali tu tak sah. touching sangat lol. kahwin bukan benda mudah. itu saja lah konklusinya. ekekeke.

tapi yang episod 35 ni, yang buat rasa sebak bila akhirnya tae wook nak bercerai dengan ji hye. sebab dia nak ji hye hidup bahagia. walaupun dia sayang sangat kat ji hye tapi dia tak nak ji hye terseksa sebab family dia yang kaya raya tu. diorang sepatutnya dah hidup bahagia kalau bukan sebab keluarga tae wook tu! ahahaha emo. tapi ji hye pun bukan sayang terlalu kat tae wook sebagaimana tae wook sayang dia. pendek kata, dia cuba nak jadi isteri yang baik sebab tae wook tu sayang nak mati kat dia. mula-mula aku tak suka juga tae wook sebab dia nampak macam memaksa ahaha tapi akhirnya, aku rasa ending dia sepatutnya ji hye tu jatuh cinta lagi dengan tae wook sebab dia awesome gila. tapi itulah, tak ada jodoh.




bila hari last mereka sebagai suami isteri, mereka jalan sama-sama. lepas tu berpisah. selamat tinggal. lima minit berjalan, tae wook pusing belakang panggil ji hye. lepas tu dia depakan tangan. tanda nak pelukan selamat tinggal. ji hye pun lari peluk tae wook sambil minta maaf sebab tak dapat jadi isteri yang baik. okey itu yang buat rasa nak menangis. hahaha. damn.






masa tae wook nangis tu dia cakap kat ji hye, "hidup baik-baik."

hoi sedih hoi. T____________T tapi itulah, jodoh tak panjang. wakaka. drama je pun.

ini drama ketiga kot yang aku rasa susah nak move on. first, heartstrings. yang kedua, reply 1997. yang ketiga, goddess of marriage. sebab goddess of marriage ni banyak sangat buka mata aku. ada empat kisah perempuan dan perkahwinan dalam tu. ji hye salah satunya.

jadi, jangan salahkan aku kalau aku nak kahwin sekitar 25-28. kawan-kawan aku yang nak kahwin awal tu, kahwin lah. :) maknanya kalau tuhan bagi korang jodoh awal tu memang korang layaklah. hihi. aku? tak nak. XD



No comments: