Cheongdamdong Alice.
Goddess of Marriage.
You're Surrounded.
Doctor Stranger.
Ini baru cerita yang main kat SBS. Haih melampau lampau lampau lampau lampau lampau lampau lampau lampau lampau koreanya. Sekarang dah jun. Tinggal beberapa purnama lagi sebelum september. Haihhh.
Tak produktif langsung hidup. Duduk rumah-keluar rumah-tido-makan-movies-buku dan beserta pelbagai benda yang tak berfaedah ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh.
Tak tahu la apa jadi.
Kelmarin pergi kedai buku. Lama gila dah tak beli buku. Singgah galeri hidayah. Nampak buku pujuklah hati & mungkinkah ini solat terakhirmu? Buku pts bahagian tarbiyah tu. Best buku-buku macam tu. Fikir nak beli yang mana, akhirnya ambil dua-dua sambil rasa bengang kat diri sendiri sejak bila rasa kedekut nak beli buku ilmiah. Padahal 40 rm je.
Tiap kali masuk galeri hidayah tiap kali itu mak rasa insaf noks. T_T
Aku tahu aku ini makin rebel dari sehari ke sehari. Bukan macam kakak aku. Bukan macam sepupu aku. Bukan macam kawan-kawan sekolah aku yang dulu. Diorang memang istiqamah baik tapi aku, haha selalu haru biru.
Tapi pernah baca, meski pun perlahan, jangan berhenti cari tuhan. Meski pun dah salah arah, jangan lelah untuk patah balik. Walaupun tak cepat macam orang lain. Walaupun kadang-kadang rasa macam, akulah manusia yang paling celaka.
Tapi tuhan ada.
Salah manapun-
Cari jalan pulang,
Dia pasti depakan tangan.
Lagi,
Dan lagi.
Aku pun masih lagi hari-hari perang dengan jiwa. Syaitonirrojim betul. Walaupun lima tahun sekolah agama, walaupun dulu belajar syariah dan quran sunnah bagai tapi bila dah keluar daripada persekitaran semua itu- baru rasa perang yang paling buat aku rasa celaka.
Perang untuk jadi manusia baik di sisi tuhan.
Aku tahu, aku langsung tak baik.
Cuma aku tahu,
Tuhan cuma duga di yang paling mampu.
Walaupun perlahan,
Aku tetap mahu terusan cari tuhan.
Sebab aku pernah baca, lambat mana pun tak apa- asal sampai.
Perlahan-lahan, cuba baiki. Perlahan-lahan, walau masih haru-biru.
Tak apa.
Tuhan tahu.
1 comment:
macam mana la aku bila dah keluar dari 'sekolah agama' tu.
Post a Comment