Tido rumah epa semalam. Pukul 10 sudah berselimut di katil. Gelap. Sejuk. Sunyi. And we talked. That heart-to-heart conversation, about many things. Tapi kalau yang paling banyak, tentang hati la.
Epa cakap kat aku yang aku ni bodoh. Epa cakap jangan jadi bodoh. Dia tahu sebab dia pun pernah bodoh sama. Tapi aku tak kesah sebab aku memang bodoh.
Bila epa turun katil menuju ke tandas, "eeee bodo la mu ni qa."
Aku sengih, "babi."
Sama-sama pandang. Kami, "hahaha."
Dengan dia boleh cakap apa je. sama sama tak betul. Kalau dengan orang tak kamceng takdenya kurang ajar macam ni. Kasar memang kasar tapi bagi kami, manis. HAHAHAHA.
Epa cakap betul, aku memang bodoh. In fact aku tahu aku bodoh. Tapi kemudian ustajah epa bagi tazkirah bagai bla bla bla.
Paling terkesan bila dia cakap, "solat malam tak before this?"
Aku jawab, "tak."
Dah lama tak terbangun. Kemudian epa cakap, "malam ni bangun dengan aku."
Shit aku rasa terpukul gila. Epa ingatkan nak apa-apa kena mintak dengan tuhan. Serah pada tuhan.
Aku cakap aku jahat. Aku tak macam diorang pakai jubah tudung labuh tak pakai handguards. Tapi epa cakap iman tu bukan ukur dengan pakaian. Kena lagi tazkirah.
Konklusinya, aku dah tak nak jadi bodoh. Dan, untungnya bila kau ada kawan yang selalu ingatkan kau tentang tuhan. Aku rasa bersyukur sangat, sebab aku rupanya sentiasa dikelilingi oleh kawan-kawan yang dekat dengan tuhan.
Yang akan perlahan-lahan buat kau mahu cari tuhan.
Demi tuhan, aku sayang kau epa.
:)
No comments:
Post a Comment