macam mana aku nak hidup tanpa ada kau. macam mana aku nak ukir senyum bila kau tak ada. siapa aku nak cari bila aku nak menangis. siapa aku nak mengadu bila aku ada masalah. siapa nak jadi tukang dengar cerita kosong aku. siapa nak marah bila aku selalu fikir bukan-bukan. siapa nak nasihat bila aku tersasar jauh. kepada siapa aku mahu pergi lagi, kalau kau sudah terang-terang tidak peduli. kepada siapa aku mahu pegang janji sampai selamanya, bila sekejap sudah termungkir. tapi jangan risau awak, aku masih hidup. dengan hati yang lompong. dan aku tak rasa yang kau risau pun. aku cuma mahu tulis. kalau kau baca, hidup baik-baik ya. jangan rabak hancur macam aku. aku tak apa. aku dah biasa. sekali lagi, aku masih rasa yang kau memang sentiasa baik-baik sahaja kan, awak?
oh, awak aku cuma kau. apalah yang ada pada kau, sampai aku masih tak mampu bawa kau keluar dari hati? tapi tak apa, aku masih hidup dan aku terus hidup. selagi aku punya tuhan, aku tak mahu sesiapa.
No comments:
Post a Comment