aku rindu kuantan.
setiap detik yang pernah ada, yang pernah jadi, semuanya aku rindu. selama ini, macam mimpi je kalau rasa nak dapat kawan sekelas yang memang semuanya rapat dekat di hati. mimpi. tapi bila datang kuantan, tuhan bagikan gorgeous g. di seumur hidup aku, inilah kelas pertama yang setiap seorangnya sangat rapat dan sangat keluarga. sangat keluarga. sangat mendukung antara satu sama lain. sangat penyayang. sangat memberi inspirasi. sangat budak-budak. sangat matang. sangat manis.
inilah. gorgeous g.
kuantan, kuantan ajar aku untuk terima setiap manusia seadanya. kuantan ajar aku untuk sayang setiap manusia atas apa adanya dia. kuantan ajar aku untuk kuat terus bertahan. kuantan ajar aku untuk terima manusia. kuantan ajar aku untuk tidak jumud. kuantan ajar aku, yang cinta memang ada di mana-mana untuk setiap manusia. kuantan ajarkan aku, keluarga yang bukan dengan pertalian darah.
mula dengan jun 2013 hingga april 2014, kuantan adalah momen yang sangat indah. walaupun kadang-kadang menyakitkan. tempat mana yang tiada jalan ditabur duri? tapi kuantan ajar aku, pedulikan duri. terus bertapak. sampai mampu. setiap air mata yang tumpah, setiap hati yang terguris, setiap peluh yang habis, setiap sedih yang menyelubungi... setiap satunya, ajar aku untuk hidup.
tapi, kuantan cuma yang indah-indah sahaja di pandangan mata. kuantan tetap bersinar walau langit malamnya jarang berbintang. kuantan tetap damai walaupun setiap detiknya penuh dengan jeritan ekzos kenderaan yang tak pernah penat buat kami mengamuk. haha. kuantan tetap kampung di hati walaupun ianya adalah bandar yang tidak pernah tidur.
kuantan, yang pernah menjadi rumah kedua aku.
kenalkan aku dengan keluarga kedua aku.
mujurlah cuma hampir setahun, kalau tidak- memang aku obses dengan kuantan.
aku ingat lagi, khamis, malam. malam terakhir untuk lena di rumah itu. jadi, aku pergi ke balkoni belakang. duduk. diam. menikmati kuantan dan seluruh isinya. menikmati bunyi kuantan pada malam hari untuk terakhir kalinya. sedar, aku tak akan lagi berada di detik itu pada masa hadapan. tiba-tiba, air mata turun. laju. sebak. bilamana harus pergi daripada kuantan. kota cinta aku. menangis teresak-esak sendirian. tanpa sebab. cuma kerana, sedih untuk berpisah dengan kuantan. kemudian, faiz datang. dia diam juga di sisi aku. dia pun menangis sama. tanpa sebab. macam aku. kami tak bercakap langsung sama sendiri. kami di tempat yang sama dan menangis tanpa peduli apa. tanpa peduli waktu. tanpa peduli ketika. menangis kerana kuantan, malam ini akhirnya.
cuma yang pernah merasai akan tahu perasaan ini.
bilamana harus pergi.
dan kuantan, walaupun cuma ibarat sedetik aku helakan nafas-
sampai mati dalam ingatan.
kuantan, untuk setiap satunya hidup yang engkau beri aku nyawa sebagai manusia lemah gagah-
sebagai seorang izzati, izz, zizie, aizizi, ibu, gigie, bucuk, hensem-
secara literalnya sebagai seorang izz juga zizie;
terima kasih.
tuhan,
terima kasih.
kuantan,
kita pasti jumpa lagi.
:)
ps- beribu-ribu gambar kuantan. kalau boleh, setiap satunya aku mahu cetak. alahai. tapi biar dalam ingatan, sudah lebih daripada cukup.
No comments:
Post a Comment