Saturday, May 17, 2014

terima kasih


entahlah.

banyak lagi aku mahu capai dalam hidup. banyak lagi benda. banyak. perancangan aku senang- belajar tinggi-tinggi, simpan duit bagi mak ayah dan travel. i want to live well so my parents dont have to worry. i want to live on my own. aku mahu terbang tinggi.

truthfully, aku mula jatuh lepas zaman pmr. you know, jatuh. jatuh. exams ke mana. perangai ke mana. rebel. it is so hard to find yourself in a good way back then. aku jatuh and i cannot make my parents proud. so that is why i want to live well.

aku rancang macam macam. tapi aku tahu, yang tentukan tuhan. tipulah kalau tak ada rasa, "tuhan, kenapa begini?" atau "tuhan, apa salah aku?". tapi itu lah hidup. kau rasa benda yang kau mahu paling baik padahal tuhan lebih tahu. ada saatnya bila kau betul-betul perlu redha dan cakap pada tuhan, kau serahkan segala dengan betul-betul serah.

i am no a good girl. so faaaaaaaaaaaar away to be. banyak konflik dengan jiwa. banyak konflik dengan hidup. kalau belah hati ini- penuh dengan parut. tapi, aku masih mahu terus hidup. aku masih mahu jadi manusia. aku masih mahu terima kasih pada tuhan untuk segala-galanya. aku masih mahu pandang bintang di langit malam dengan damai. aku masih mahu belajar sampai master, phd. aku masih mahu buat apa yang aku mahu kalau diizin tuhan. walau rabak mana pun aku. walau koyak mana pun aku. walau macam mana aku buat salah lepas tu cari tuhan balik, aku masih mahu hidup.

tuhan-
kalau dengan cara begini kau mahu ajarkan aku jadi manusia;
terima kasih.

No comments: