Friday, November 25, 2011

Tok



Tok. (yang berbaju hijau)

Dulu-dulu waktu kecik, cewah macam laa sekarang dah besar XD Sangat laa suka duduk kat rumah Tok. Sebab, dari kecik lagi duduk kat rumah Tok :) Uhuuu, rindu Gong Kedak...

Waktu dulu, sukaaaa sangat main masak-masak dengan daun-daun, kayu-kayu, pokok-pokok. Siap hidupkan api lagi. Sangat laa seronok. Main kutip-kutip buah mangga, rambutan, celagi, jambu dan segala bagai. Main dengan lembu-lembu haha, duduk dekat kampung memang syok. Kasi ayam itik makan. ^^

Bila dah sekolah rendah, selalu je balik hujung minggu. Bila dah kena angin tak nak-pergi-sekolah-nak-duduk-rumah-tok, hui memang tak balik rumah lah. Ahad confirm tak pergi sekolah, haha. Puas kena pujuk, kena marah tapi itulah.. bila aku cakap tak nak balik... memang aku tak akan balik. Tapi, perangai macam tu automatik terhenti dengan sendirinya bila aku masuk Darjah 4 atau 5 rasanya. Mungkin dah besar kot :D Tu yang jadi tak boleh tak pergi sekolah tu since sekolah sangat la best waktu tu. Hehe.

Sekarang, selalu je balik rumah Tok. Tapi, dah jarang tido. Tak tahu kenapa tapi aku sangat laa rindu waktu kecik-kecik dan tido ramai-ramai dengan sepupu-sepupu. Bangun je, main. Pagi petang siang malam, main je. =.= Rumah Tok memang meriaaaaaah la kalau semua orang balik. Tapi, nak tunggu macam tu... tunggu raya je laa kot. Alaaa :'(

Tok baik. Tok selalu je cerita waktu zaman perang jepun yang ada dalam sejarah, huuu kalau Tok cerita, memang bersemangat sungguh. Memang nampak laa betapa zaman perang tu sangat meninggalkan kesan dalam hidup Tok. Tapi, seronok laa dengar cerita Tok. Selalu je buat kitorang gelak. Macam-macam cerita, dan bila dengar cerita orang-orang zaman dahulu, memang rasa teruja nak dengar :D

Selalu cemburu dengan Tok, selalu tanya Tok kenapa Tok lagi putih dari Iqa? Haha. Hampeh punya cucu. Kulit Tok memang putih, macam chinese. Tok cakap nenek moyang dia dulu-dulu chinese. Tapi, lain benar dengan Tok Ki. Tok Ki orang Penang-Kedah. Dulu, Tok dan Tok Ki ada kedai runcit. Diorang cakap, orang kampung selalu panggil kedai diorang; Kedai laki india, bini cina. Haha. Macam-macam laaa. Tapi, Tok selalu je cakap.. sama je kulit aku dengan dia. Ehehe, saje je Tok nak sedapkan hati cucu dia tuuuu. XD Tertengok gambar Tok waktu muda kat rumah Mak Cik Eda, wah sangat lah cantik :D Tak puas tengok. Tok Ki dah takde waktu aku kecik lagi, dan aku tak ingat langsung sebarang memori aku dengan Tok Ki. Tengok gambar je. Sebab itu, aku saaaayaaaaang Tok. Tok satu-satunya Tok yang aku ada belah papa. Tapi, rapat jugak dengan Tok-tok saudara yang lain. Rasa macam Tok sendiri je :)

Aku suka tido dengan Tok. Kalau Tok datang tido kat rumah, mesti Tok tido dalam bilik aku.. dengan aku. Ehem, harus lah tido dengan cucu kesayangan XD Bila aku tido tepi Tok, Tok selalu usap belakang aku. Buat aku rasa tenang sangat, bertambah-tambah lena nak tido. Ahaa, macam Mama laa. Pagi-pagi nak kejut aku, mesti dia duduk di tepi aku lepas tu usap-usap belakang. Haihh, aku cakap dekat Mama... kalau buat macam tu aku bukan akan bangun, malah bertambah lena nak tido. =P

16 tahun kenal Tok, 16 tahun sayang Tok.... sayang Tok sangat-sangat. Dan, selamanya akan sayang sayang sayang sayang sayang sayang Tok.

Semoga Tok sentiasa sihat, sukaaaa tengok Tok senyum.
Iqa sayang Tok :)