Rindu nak tulis panjang-panjang. Banyak sangat cerita =D
Okay, dah lama sebenarnya tak online lama-lama. Sebab? Internet kat rumah dah pengsan =_='
Kenapalah ada orang yang sanggup curi wayar kabel kat tiang tu? Menyusahkan ramai orang, terima kasih :)
Jadi, terpaksalah bertebal-tebal muka online kat BK. Haha.
Eh, eh. Final exam tinggal dua paper lagi. BA 1 dan PQS. Huhu, dah sebulan lebih rupanya jadi orang 'gila' kot. (aku la) Waaa, tido tak tentu masa (konon-konon haha)... berkepit dengan buku 24 jam. Kadang-kadang rasa macam aku belajar cuma untuk exam je? Macam tak patut kan? =_="
Dalam sibuk-sibuk exam, sempat lagi main-main. Ahaaa, sangat seronok :)
Rabu, pergi Pasir Puteh. Saja, balik kampung. Ehehe, entah macam mana boleh tersangkut kat rumah Mama Long. Malam tu, pergi Kota Bharu.. hantar Ijak ke stesen bas. Budak MCKK dah balik dah, good luck untuk Es Pi Em! Dah tempah dah dia untuk jadi cikgu fizik, kimia, bio, addmath dan segala bagai lagi laa nanti cuti sekolah ni. Yeah yeahh.
Khamis, pergi jalan-jalan pusing kampung. Main-main dengan sawah. Serius, sangat cantik! Haha. Aku, Ilah, Kak Siha dan Anif. Memang syok! Gambar-gambar, nikmati keindahan... :) Ma Ajmala! Konon-konon nak tangkap ikan laa kan, tapi.. susah. Ikan-ikan semua lari bila kami datang =P
Jumaat pula. Buat nasi ayam! Yeahh, kami bertiga je berperang di dapur. Hui, goreng ayam siap pakai topi keledar lagi. Betul, tak tipu! Langkah keselamatan. Nanti kena minyak panas, ehehe.
Sedap? Mesti laa, kitorang yang masak! Haha.
Sabtu petang, baru balik rumah. Alahai, duduk dekat rumah Mama Long... takde sempatnya nak baca-baca buku. Konon laa kan bawak buku bio. Ehehe, sempat jugak habiskan tiga buah novel rasanya. Siap buat marathon filem lagi! Alahai, memang tak betul :P
Tentang final Piala Malaysia, takpe laa. Bukan rezeki kot Ganu nak menang. Ahaaa, apa pun... dah cuba yang terbaik kan? :) Aku dekat rumah tengok bola sorang-sorang.. Papa, Adam, Adib, Farah, Sarah... selamba-yayaya je pergi lepak tengok kat kedai. Uarghh, boleh sangat kalau nak ikut. Tapi, takpe laa. Rimas kot kalau beramai-ramai dengan orang tak dikenali. Eheeee.
Dan, minggu ini exam still berjalan bla bla bla. Takpe, takpe. Fasobirun jameel. Sabar itu indah kan? =D
Nak jadi good girl yang pintar. Dah kuat kot, walau tak sekuat badang. Percaya. Itu aje. Yang lain, serah pada Dia. Kadang-kadang rasa lembik jugak, tapi... entah. Yang aku tahu, aku kuat :D Cik Nor pulak, dengar kata dah rindu-rindu aku yang dulu... Ehee, yang cool dan ? It's okay. I will finish strong.
Dah habis kot menconteng kat sini. Ahaa, rasa nak conteng kat sini hari-hari.. panjang-panjang! Tak kisah lah orang baca ke tak sebab aku menulis untuk memori. Phewwiit. Haha. Hidup kan tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Sekarang musim hujan, pagi-pagi rasa malas je nak pergi sekolah. Eheee, sejuk. Tapi, aku suka hujan! Sebab, hujan tu cantik. Cantik sangat-sangat. Beauty.
Sya Izz
No comments:
Post a Comment