Wednesday, November 9, 2011

Pretend Everything's Okay

Tinggal satu kertas sahaja lagi esok :D *bahagia*

Hehe. Dan, esok jugak hantar buku teks. Eh, dah setahun ke? :P

Pergi sekolah. Macam biasa. Kalau pengawas tak ambil nama aku, macam tak sah je XD Peperiksaan bermula pukul 1130 pagi. Oh, agak seksa sebenarnya nak tunggu pukul 1130 tu. Hehe. Bajet la konon-konon nak exam awal padahal buku pun tak habis khatam lagi. >.<

Tapi kan, rasa mengantuk sangat pagi tadi. Rasa tak boleh nak bukak mata. Rasa nak tido sangat-sangat. Heret Ipa pergi BK. Masuk Bilik PPDa. Erm, bajet nak baca buku laa kan. Elok-elok dah bersila atas lantai, entah macam mana kaki ini boleh berjalan ke ruang luar dan amik kusyen sofa. Hehe. Masuk dalam bilik balik dan bagi Ipa satu. Makanya, tido berjemaah laa kami. Ada laa dekat sejam. Pukul 8 sampai 9 lebih. Ingat nak bangun huhu tapi rasa seronok sangat dapat tido lena :P

Nak tak nak, bangun laa jugak. Ipa yang comel masih dibuai mimpi. Hehe. Bukak, baca. Baca baca dan baca. Naik atas kelas, duduk. Tapi, itulah.. duduk dekat BK, tido. Duduk dalam kelas, borak. Hailaaaa. Bertuah punya budak. Duduk dekat tempat Yana, belakang sekali. Bebudak ini, bila waktu exam... mula lah dah tak ingat tempat duduk. :P Aci kosong je, haa kat situ laa engkau boleh duduk. Hazim pula, selamba-yayaya je duduk kat meja cikgu. Hoho. Dah tak boleh nak baca ayat-ayat dalam buku tu... makanya, ambil jalan mudah... kami ramai-ramai suruh dia cerita.Dari satu tajuk ke satu tajuk. Okey, bla bla bla dan habis. Bla bla bla dan habis. Setengah jam sebelum exam mula.

Dan, nampaknya aku betul-betul perlu berterima kasih kepada Hazim hari ini. Haha. Terima kasih, kawan! :)


Sometimes, you just have to smile, pretend everything's okay, hold back the tears and just walk away.


PS. Ipa dengan comelnya, pagi-pagi lagi dah datang ke tempat duduk aku dan cerita blog dia kena removed tu. Nak nangis eh? Haha. Ipa yang comel, takpe takpe. Boleh buat blog baru. Jangan sedih-sedih :'( Sedih tu tak best.

PS II. Kalau cakap rindu, boleh? --' Tak. Tak. Aku budak kuat. AKu boleh survive!


No comments: