Monday, November 14, 2011

Biarlah awan yang mencorak rahsia hatiku


Budak-budak sekolah jadi kaya hari ini :D Haha, dapat RM100 kan. Huhu. :)

Aku rasa aku perlu lakukan sesuatu dengan Puan Biologi. Huhu. Menyentap perasaan betul laa. =.= Takpe, takpe. Belajar daripada kegagalan. :) Nampaknya, sangat laa betul bahawa tiada istilah cuti sekolah untuk aku selama sebulan lebih yang akan datang. Dah kena fikir nak ulangkaji apa, kat mana, dengan siapa, bla bla dan bla. Oh, sudah dapat membayangkan keletihan berada di tahun hadapan. =.=

Takpe, takpe. Yang penting, harus baharukan semangat. Takpe, takpe. Kalau tak boleh berlari, berjalan. Kalau tak boleh berjalan, merangkak. Buat laa apa sahaja, tapi jangan berhenti bergerak! Yeah yeah. Senyum. Senyum. Semangat kena sentiasa ada. B+ = Be Positive!

Nampaknya, aku perlu lebih tenang mengawal perasaan. Kena faham, semua orang ada situasi sendiri. Dan, aku rasa aku perlu lebih ayu dalam mengeluarkan kata-kata. Haha, rasa macam dah tak betul sampai bercakap pun macam budak tak sekolah. Grrrr. $%^&*! Kata-kata yang boleh menyentap perasaan, tidak boleh diucapkan :)

Hari ini jugak, mengamuk dengan Nick.. Sapik.. Danny. Haha. Buat habis suara aku je minta duit dengan diorang. Bila mengamuk baru nak kasi. =.= Perlu lebih banyak bersabar, hoho bukanlah kesabaran kalau masih ada batas. Panas sekejap je, elok je sejuk lepas tu. Dan, apa yang aku belajar adalah supaya lebih menghargai apa yang orang buat untuk kita. :) Letakkan diri kita dalam diri diorang, maka paling tidak kita akan cuba menyelami perasaan mereka. Jom sama-sama hormat orang, itu adalah sikap yang sangat baik :D

Rasa, macam banyak sangat menunggu dan gelak hari ini :)

Menunggu. Dari pukul 8 sampai laa pukul 10 pagi, tunggu pakcik Amran hantar baju kelas. Hui, menunggu itu sangat memerlukan kesabaran rupanya. Hehe, eksaited sangat laa nak dapat baju kelas. Kenangan tuuuuu.

Menunggu. Tika di surau, waktu nak amik duit. Dari pukul 11 di surau, pukul 12 lebih baru cikgu berucap. Ehehe, sempat jugak laa manja-manja dengan Pqah Jusoh. Merengek kat dia, "nak tido, nak tido" Dia dengan senyum manisnya tepuk-tepuk aku yang tido dalam ribaan dia (?) Sayang Kak Long! Haha, penolong kelas yang terbaik >.<

Peristiwa bersama Yana di pondok telefon pagi tadi, haha memang sangat mengharukan. Azlina, Husna, dan Hani asyik gelak je dalam perjalanan hendak naik ke kelas. =.= Eish, memang haru! Dan, lucu XD

Di pondok, bersama Madiha.. Qilah dan kembar. Gelak je, sementara tuggu waktu hendak pulang. Alahai, si Qilah tu sampai tak bagi aku telefon papa... betapa tak nak nya dia pulang. =.= Ceh. Itulah, seronokkan ada kawan... kawan yang sentiasa ada tatkala suka dan duka? :)

Dapat cakap dan wish hari ini, haha. Selamat maju jaya untuk hari-hari seterusnya, awak :D

Sebut pasal wish ni, hari ini cik kesayangan hati bergelar birthday girl. Hehe, sanah helwah Syafiqah Aqilah Mohd Yusri. Kullu 'am wa anti bekhair. Kasi surat cinta untuk dia ekeke hadiah tu nanti-nanti laa eh. Yang penting, aku dah curah segalanya melalui pena. Hei, hei terharu tak bila baca ayat sastera aku tu? Waahaha. Ikhlas, daripada hati yang cukup dalam. Kerna aku menyayangimu, seadanya.

Tak tahu nak tulis apa lagi. Rasa nak curah segala-galanya, tapi biarlah.

Biarlah awan yang mencorak rahsia hatiku.
Biarlah pelangi yang menyimpan warna-warni cerita kehidupanku.
Biarlah bayu yang menyelimuti kenangan di perhentian remajaku.
Biarlah bintang yang menyinari hikayat perjalanan ini.




Selamat malam bumi yang dilimpahi kedinginan,
sya izz :)

2 comments:

Rossarina™ said...

suka puisi awan + pelangi + bayu + bintang tu. :)

Sya Izz said...

haha, adakah itu sebuah puisi? XD ekeke.